Jump to ratings and reviews
Rate this book

Kisah-Kisah Melawan Dalam Al Quran

Rate this book
Seperti Ibrahim, anak-anak muda harus sedar bahawa tidak semua perkara turun-temurun yang diajar dan diatanam moyang kita adalah betul. Pada sesetengah hal itu merupakan kesesatan dan salah faham yang nyata sehingga mengenepikan keimanan kepada Tuhan Yang Satu. Memberanikan diri untuk berdepan dengan persoalan-persoalan yang datang dari dalam diri sendiri serta menyatakannya di hadapan orang yang berkait memerlukan satu jiwa yang cukup bersar dan berani.

Selaku anak muda, di fikirannya terkandung beribu persoalan yang memerlukan jawapan agar menjadi kunci kepada kehidupan seterusnya. Hadapilah ia seperti mana jujurnya Ibrahim bertanya kepada ayahnya. Persiapkan diri bukan semata dengan soalan, bahkan pendapat-pendapat yang kita yakini ia betul dan kita awalnya sudah renungi sebelu menuturkannya.

137 pages, Paperback

First published April 1, 2017

13 people are currently reading
97 people want to read

About the author

Aina Wafi Ab Kadir

1 book4 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
12 (12%)
4 stars
32 (32%)
3 stars
43 (44%)
2 stars
9 (9%)
1 star
1 (1%)
Displaying 1 - 26 of 26 reviews
Profile Image for Nur Fatin Atiqah.
Author 1 book42 followers
July 31, 2017
2 bintang cuma :(

Kenapa dua bintang? Sedangkan di awal pembacaan, aku berteriak "Wow!"?

Kerana sejujurnya, wow buku ini cumalah pada helaian awal sahaja sebelum akhirnya ia menjunam drastik, membuatkan aku sebagai seorang pembaca yang mempunyai high expectation termengah sendiri.

Aduhai, dengan idea yang begini bagus dan baik, kenapa penulis boleh membuang kesempatan ini untuk melakukan sebaiknya?

Ternyata buku ini tidak luar biasa sebagaimana yang cuba digembar-gemburkan. Buku ini terlalu biasa sehingga aku mengambil waktu yang amat lama untuk menghabiskannya. Padahal bukunya bukanlah tebal, tulisan pun besar-besar!

Aku cuma tertarik dengan kisah pertama sahaja, iaitu Habil dan Qabil. Manakala tulisan-tulisan lain pula kelihatan pra-matang hujahnya, tidak cukup kuat dan meninggalkan kesan serta teknik penulisan yang bersyarah langsung mematikan rasa teruja. Attempt penulis dengan menggunakan perkataan-perkataan bombastik pun masih tak mampu menawan hati untuk suka dengan idea yang disampaikan. Terasa ibarat penulis hanya tahu mengulang perkataan bombastik, tetapi isinya tak sampai-sampai juga.

Selain itu, terdapat banyak pengulangan isi di dalam satu-satu artikel sehingga membuatkan pembaca berkhayal sendiri, "Aku dah baca kan?", "Ke aku belum baca?", "Eh aku dah baca ke?", sehinggalah aku kena ulang semula beberapa muka surat terdahulu hanya untuk mengesahkan, ya, berlakunya pengulangan isi dan hujah. Kecewa betul :(

Buku ini juga membunuh rasa senang apabila ternyata ia diterbitkan dalam keadaan tergesa-gesa dan tidak kemas di setiap helaian muka surat. Setting perengan yang senget, banyaknya kesalahan ejaan dan susun atur yang tidak indah mematikan mood membaca sama sekali!

Akhir sekali, aku tidak sarankan buku ini untuk mereka yang sudah banyak membaca buku-buku diskusi yang beraras tinggi di luar sana. Buku ini hanya boleh dibaca untuk mereka yang baru hendak mengenal apakah itu buku tentang idea dan perbincangan. Bagi mereka yang sudah terbiasa dengan buku-buku diskusi idea, lupakanlah buku ini. Aku jamin kau akan berasa sangat kecewa dan tidak puas dengan hujah-hujah yang disampaikan oleh penulis.

Tak ketinggalan, aku juga berharap Aina Wafi akan dapat memperbaiki gaya penulisan selain memantapkan lagi hujah-hujah serta ideanya. Semoga ada penambahbaikan yang dapat dilihat pada keluaran buku akan datang. Hopefully.
Profile Image for Emmy Hermina Nathasia.
530 reviews
April 9, 2020
Mesej yang menarik untuk difikirkan. Saya sarankan ahli masyarakat untuk membacanya!

Ada beberapa perkara yang boleh ditambah baik:

Penerbit: Layout dan font
Editor: Jaga bahasa agar ada kesinambungan antara perenggan dan ada harmoni sepanjang penceritaan. Bahasa agar keras dan statik.
Profile Image for Naim al-Kalantani.
283 reviews17 followers
October 3, 2017
Kulit depan dan blurb yang gempak tidak menentukan isi yang menyengat.

Apapun, keep it up Aina.
Profile Image for Incek Akim.
83 reviews9 followers
June 7, 2017
Overall, OK. Kupasan menarik dari tafsir ayat-ayat suci Al-Quran. Penulis pandai mengolah penceritaan, tapi kurang "melawan".
Profile Image for farahxreads.
717 reviews261 followers
May 16, 2017
Sangat tertarik dengan bagaimana penulis memulakan penulisan ini dengan memberikan pengenalan tema kepada pembaca - bahawa kita, semua manusia ini, punya sifat melawan. Dan sifat melawan ini berasal dari elemen penciptaan kita sendiri iaitu tanah dan roh Tuhan. Tanah itu sifatnya bergantung, merendah diri, pasif dan roh pula bermaksud kita ini sentiasa bergerak, fleksibel, mahukan kesempurnaan. Dan apabila dua elemen yang sangat kontra ini disatukan dalam kejadian diri manusia, manusia itu mengalami pertentangan dalaman yang agak dahsyat. Dan dari asal penciptaan itu, lahir sifat rebel dalam diri kita.

Kemudian aku suka apabila penulis mengulas apa itu ad-deen secara ringkas. Merujuk Prof SN AL-Attas, ad-deen ini ialah hutang (ad-dain) kepada Tuhan dan ia juga berkait rapat dengan kalimah al-mudun, iaitu bandar atau pun tamadun. Maksudnya, agama ini bukan semata-mata akhirat saja, hubungan dengan Tuhan sahaja - malahan lebih daripada itu - hubungan dengan manusia, mengangkat nilai kemanusiaan, mengangkat nilai keadilan dan melawan penindasan. Secara ringkasnya, inilah tema utama yang penulis mahu sampaikan.

Dan aku baru tahu yang penulis ini merupakan pelajar Tahun 1 di IIUM. Pergh, power haram Tahun 1 pandai buat cross-reference ulama', cendekiawan yang bukan calang calang seperti SN AL-Attas, Hamka, Ali Shariati dan ramai lagi. Tahun 1 dulu aku buat apa entah.

Cuma benda yang aku kurang sikit pasal KKMDAQ ini ialah aku rasa akan lebih seronok dan puas kalau penulis meletakkan rujukan-rujukan yang beliau rujuk sepanjang penulisan buku ini. Dan satu lagi benda yang aku kurang puas ialah ada beberapa bab yang cerita semata-mata, kurang aplikasi ataupun kupasan yang lebih mendalam macam bab awal awal yang aku sangat puas hati.

Keseluruhannya, novel yang baik dan power. Tak banyak penulis wanita Malaysia yang menulis buku buku seperti ini (atau aku yang kurang cakna). Aina Wafi boleh pergi jauh, mudah-mudahan.
Profile Image for Maisarah Mohd.
Author 1 book42 followers
May 8, 2017
Pertama sekali, tahniah kepada penulis atas kelahiran buku sulungnya ini. Bukan mudah untuk menulis kisah-kisah daripada Al-Quran dengan perspektif yang luar daripada kebiasaan. Malah, yang menariknya aku suka apabila pengkisahan kisah dalam buku ini diselangi dengan rujukan daripada tokoh seperti Ali Shariati, Syed Hussein Alatas (nota: dalam buku ini penulis mungkin tersilap nama penulis buku Intelektual Masyarakat Membangun. Sebetulnya Syed Hussein, bukan Syed Farid(anaknya)), Pendeta Za'ba dan beberapa tokoh pentafsir Al-Quran seperti HAMKA dan Ibnu Katsir.

Aku dapat rasakan betapa banyaknya sumber rujuk silang yang penulis baca sebelum menulis buku ini. Bukan mudah untuk membaca buku bukan fiksyen yang ditulis oleh penulis wanita tempatan. Sebagai perbandingan, buku Kisah2 Pembebasan dalam Al-Quran oleh Eko Prasetyo dan Revelation & Revolution by Dr Ziaul Haque ialah buku yang bertema sama dengan buku ini. Tapi kedua-duanya ditulis oleh lelaki, dari Indonesia dan Pakistan.

Jadi, buku ini boleh dikatakan satu usaha yang sangat baik daripada penulis. Malah, bahasa penulisannya santun dan mudah difahami untuk pembaca sepertiku yang bukan berlatar belakangkan pendidikan agama. Di tengah-tengah kritikan terhadap buku indie yang dianggap merosakkan bahasa, aku tak tahu kenapa kritikan sebegitu sangatlah bersifat pukul rata. Padahal buku seperti ini yang diterbitkan di bawah penerbitan indie tidak langsung mencemarkan bahasa malah buku sebeginilah yang patut menjadi buku pemula sebelum kita membaca bahan yang lebih berat.

Profile Image for 'Izzat Radzi.
149 reviews65 followers
Read
July 11, 2020
Berbanding dengan Kisah-kisah Pembebasan dalam Qur'an, penulisan buku ini -yang menurut penulis terinspirasi darinya-, saya kira lebih mengutarakan wacana secara 'thematic' dengan memilih satu tema tertentu bagi setiap kisah/ayat yang ingin dibincangkan. Beliau membawa lanjutan dari wacana agama disamping menambah analisis melalui wacana materialis/kelas, sosiologi Ali Shari'ati, Hamka dan Azhar Ibrahim.

Lihat sahaja kisah Musa a.s dalam strategi dan ruang yang diguna untuk membentangkan hujah (dan dalam masa dakwahnya). Juga Musa dalam adab menuntut ilmu (mengajak saya sendiri membuka kembali nota dalam bengkel 4-5 hari hujung 2013 dengan Ust Ridhauddin tentang Ibrah Nabi Musa) dengan nabi Allah Khidir. Kisah seorang pemuda Ghulam melawan raja, lalu dibunuh tidak mati (dakwahnya)! Juga Ashabul Kahfi dalam mengasingkan diri untuk menjaga iman (yang dalam masa yang sama, membuktikan kekuasaan Tuhan mematikan dan menghidupkan manusia). Ustaz Sya'ari Abd Rahman juga mengupas panjang lebar (surah Kahfi) dalam bengkel sekitar hujung 2014 pula, dan mengajak saya sendiri pula untuk revisit nota lagi kefahaman sebelum ini.

Update 2020

Apa tulisan lain penulis selepas buku ini? Rugilah kulliyyah wahyu tapi bicara runcit-runcitan, ilmu tak dikembangkan.
Profile Image for Syahiran Ramli.
221 reviews14 followers
May 9, 2021
Pada pengamatan saya setelah menghabiskan bacaan ini, beberapa bab awal buku ini sahaja yang menarik perhatian saya. Antaranya kisah kejadian Nabi Adam yang dipersoalkan oleh Malaikat dan Iblis dan pembunuhan Qabil terhadap Habil. Selebihnya seperti bacaan sirah yang biasa kita tekuni daripada kisah Nabi Nuh, Nabi Ibrahim, Nabi Musa, kisah Ashabul Kahfi dan bab kebelakangnya pula berkenaan Nabi Muhammad. Kebetulan beberapa bulan lepas saya baru menghabiskan bacaan Muhammad karangan Martin Lings, jadi buku ini tidak ada penambahan yang saya kehendaki sepertimana pada bab-bab awal buku ini.
Profile Image for Sarip Dol.
47 reviews56 followers
September 8, 2017
Sebuah buku yang berpotensi untuk jadi kritik (critique) al-Quran yang sangat baik. Penulis cuba untuk menyelitkan kritikan-kritikan kontemporari kepada kisah-kisah lazim yang diketahui oleh kaum muslimin yang terabadi di dalam al-Quran.

Pendekatan penulis dalam mengkritik kisah-kisah ni agak eklektik, penulis mengambil inspirasi daripada banyak sumber: tradisional, semasa, ideologi dll. Begitu pun, bersifat eklektik tidak bermaksud tidak ada satu gagasan kritik yang jelas, dan ini aku kira kekurangan dalam buku ini. Kita tidak dapat lihat apakah kerangka besar gagasan kritik yang dianjurkan oleh penulis. Kekurangan ini bukanlah suatu yang janggal pun bila mana kita tahu ini ialah buku pertama daripada penulis.

Buku ini juga ditulis dalam nada separa akademik. Begitu pun, aku kurang selesa apabila penulis tidak menurut konvensional penulisan yang mana memerlukan citation yang banyak, dan juga nota kaki yang bagus. Penulis banyak membuat pernyataan (assertion) tanpa melampirkan bukti kukuh bahawa pernyataannya itu benar, khususnya yang melibatkan kata tokoh itu dan kata tokoh ini. Benar, ada dibuat citation di sini-sana tapi agak terperca-perca.

Sebuah buku yang sangat bagus untuk dihadiahkan kepada kenalan-kenalan dan sepupu yang menuntut di pusat tahfiz sebagai gerbang pertama kepada pembukaan mata mereka bahawa al-Quran itu suatu tanzil yang hidup dan perlu dihidupkan dalam konteks kritikan semasa.
Profile Image for Ili.
59 reviews1 follower
May 15, 2017
Sy bukan tukang 'review' buku yg baik. Tapi sy cubalah kan. Utk rujukan sy sendiri di masa depan. Hehe.

Sy tertarik utk beli buku ni sebab sy kenal penulisnya di Facebook; kenal dalam erti kata sy follow beliau di FB dan beliau tak kenal sy pun 😅. Sy baca satu posting beliau selepas PBAKL yg memberitahu bukunya sold out di PBAKL! Terus sy teruja utk memiliki buku ini sebagai koleksi.

First impression bila sy selak buku ni waktu ia sampai di tangan sy petang td, buku ini berat. Banyak terjemahan ayat-ayat Quran, dengan nama-nama tokoh penulis lain yg terkenal tapi sy tak baca karya mereka kerana sy rasa tulisan mereka berat.

Tapi telahan sy meleset sama sekali bila sy sudah di hampir separuh buku ini. Tulisan ini memang agak berat dan sarat, tapi penulis berjaya bawakan penceritaan dengan agak santai. Masih mudah difahami oleh seseorang yg buta tentang ilmu tafsir al Quran, dan sejarah Islam sendiri seperti sy khususnya.

Penulis berjaya bawa satu gaya penceritaan dari kisah para nabi dalam al Quran yg tidak pernah sy baca di tempat lain. Atau mungkin pernah ditulis di buku lain, tapi sy tidak baca kerana sebab-sebab yg sy nyatakan tadi.

Secara keseluruhannya, sy suka penceritaan penulis dan sy teruja untuk habiskan pembacaan. Semoga penulis akan dapat menghasilkan lebih lagi karya sebegini di masa hadapan. 😊
Profile Image for Syed Shahrom Wafa.
273 reviews16 followers
September 12, 2018
Buku pemula yang bagus bagi mendalami isi-isi penting disebalik tafsir Al-Quran, khususnya berkenaan dengan kisah-kisah sifat manusia yang secara fitrahnya suka menentang, menyoal, melawan apa sahaja yang tidak mengikut kehendaknya mahupun tidak kena pada fikiran ceteknya.

Buku ini berjaya menarik minat pembaca bagi mengkaji dengan lebih dalam lagi kisah di sebalik setiap sirah Nabi-Nabi yang diutuskan, kisah perang-perang besar dalam Islam, serta kisah silam yang signifikan dalam perkembangan agama yang suci ini.

Yang bagusnya, penulis merangka buku ini menurut kronologinya. Bermula dari kisah manusia pertama, Nabi Adam & isterinya Siti Hawa dengan kisah mereka sebelum diperintahkan untuk turun ke bumi, membawa kepada kisah anak baginda Habil & Qabil, kisah Nabi Nuh dan anaknya yang ingkar, Nabi Ibrahim dengan bapanya si pembuat berhala, Nabi Syuaib, Nabi Musa dengan kaum Yahudinya, hinggalah yang terakhir Rasulullah Nabi Muhammad SAW, semuanya mengikut susunan waktu ianya terjadi. Ditambahkan lagi dengan kisah-kisah lain yang signifikan, seperti kisah Ashabul Kahfi, kisah Tabut & Bani Israelnya, dapat disimpulkan bahawa terdapat pelbagai teladan yang telah Allah tunjukkan di dalam Al-Quran selepas satu generasi ke satu generasi dari permulaan tamadun manusia bermula ribuan tahun dahulu untuk pedoman kita, umat terakhir kini.

Olahan penulis berjaya menunjukkan kisah dari Al-Quran ini tetap masih signifikan dengan situasi zaman kini. Ianya akan membuatkan kita tertanya-tanya, tidakkah kita belajar dari kesilapan kaum-kaum yang terdahulu, hingga kita ingin mengulangi kesalahan yang sama lagi kini?
Author 3 books9 followers
December 11, 2017
Saya suka bagaimana empat bab pertama membuatkan saya rasa semacam WOW. Dan minda saya boleh refresh kembali pengetahuan sambil sedikit sebanyak membayangkan kejadian demi kejadian. Namun bab demi bab seterusnya penulisan Aina seakan-akan diburu. Saya jadi liat untuk menghabiskan pembacaan, tapi akhirnya berjaya juga khatamkan.

Terima kasih Aina Wafi Abd Kadir atas penulisan anda ini. Semoga terus melaju!
Profile Image for Nanadhoi.
438 reviews45 followers
October 14, 2018
Ambil masa yang lama untuk habiskan walaupun hanya 137 m/s. Sometimes baca banyak kali ayat untuk faham dan bagi aku ia agak berat sedikit. But aku suka bila kisah-kisah dalam Al-Quran dihuraikan dan disertakan dengan pengajaran yang boleh diambil.

Aku jumpa beberapa kesalahan ejaan tapi tak begitu mengganggu. Cuma kadang-kadang terganggu dengan struktur ayat.
Profile Image for Fur Abid.
227 reviews8 followers
January 28, 2021
Sebuah buku yang berkisarkan mengenai sirah nabi daripada Nabi terdahulu sehingga ke zaman Nabi Muhammad. Bertemakan penentangan terhadap sesuatu perkara. Buku ini membawa kita memandang ke satu sudut historiografi dan Islam itu sendiri.

Akan tetapi dari segi sudut reka letak dan banyak typo dalam buku ini agak mencacatkan pembacaan.
Profile Image for Auni B.
73 reviews4 followers
September 3, 2017
'Melawan' yang saya fahami daripada konteks buku ini ialah 'berjuang'. Penulis menghamparkan beberapa pendekatan untuk 'melawan' mengikut teladan kisah-kisah Nabi dahulu. Melawan tidak semestinya dengan kekerasan, malah sebenarnya memerlukan strategi & kesantunan yang sewajarnya. Menarik juga apabila ada ibrah yang tidak saya perasan daripada kisah-kisah Nabi dahulu. Looking forward for more 😊
Profile Image for Juliyana Junaidi.
28 reviews9 followers
May 23, 2017
I'm just gonna do a quick summary on this book. Dah habis baca beberapa hari lepas tapi belum berkesempatan untuk beri komentar.
Cubaan baik daripada saudari Wafi untuk memperkenalkan sedikit sisi berbeza tentang kisah-kisah al-Quran yang biasa kita ketahui melalui para asatizah mahupun kitab tafsir popular. Melawan tidak hanya harus difahami dengan pemberontakan. Tetapi ia juga membawa definisi 'bertentangan dengan arus perdana'. Para Nabi yang ditugaskan Allah telah melawan arus jahiliyyah dan tradisi kuno sosiokultural zaman mereka diturunkan. Tulisan yang saya kira baik namun ada beberapa bahagian yang penulis hanya memfokuskan kepada rentetan kisah tanpa memberi ulasan akan signifikan perbuatan atau kisah tersebut. Adalah lebih baik sekiranya penulis menambah satu sitasi rujukan buku beserta mukasurat bagi setiap bab supaya dapat dirujuk para pembaca. Secara keseluruhan, usaha yang sangat-sangat baik bagi pelajar tahun 1 jurusan Quran Sunnah ini dalam penulisan kisah-kisah al-Quran. Malu pula pada diri sendiri apabila memikir akan sumbangan kepada masyarakat ketika aku semuda beliau. Rating: 3.8/5
Profile Image for CikguKaykayAlkhair.
87 reviews1 follower
May 28, 2017
Menyedarkan diri akan tugas khalifah dan dapat juga tips2 bagaimana laluan dan cara nabi melaksanakan tanggungjawab dakwah yang boleh dipakai zaman kini.
20 reviews
September 5, 2017
Awalnya power tapi semakin kurang pada hujung.
Cerita2 pada tengah2 bab hingga ke hujung adalah cerita yang dah selalu didengari cuba diolah kembali dalam gaya bahasa penulis.
Tapi bab awal memang power,sudut pandang yang sangat berbeza yang buat aku nak baca lagi tapi sedikit kecewa apabila prestasinya menurun di hujung.
Jangan slaah faham,cerita2 yang dilampirkan cerita2 yang berkaitan dengan tema dan amat bagus untuk dibaca dan dihadam.
Cuma personally bagi saya sebab dah pernah baca kisah yang diceritakan tu,saya kurang mendapat isi2 yang baru.

Overall really good book written by a writer that i respect very much
Baru umur 20-an tapi dah ada pemikiran cam ni.terbaik
Profile Image for Mohamad Syahir.
13 reviews2 followers
September 28, 2017
Kisah kisah melawan dalam al-quran menghuraikan makna "ad-deen" (agama) yang terbahagi kepada 2 perkara iaitu 1) hubungan kepada Allah. (Taat & patuh) 2) hubungan sesama manusia (muamalah; hak dan keadilan). Penulis banyak mengambil ibrah daripada kisah2 asbabun nuzul mengenai penyimpang yang dilakukan oleh umat2 terdahulu dalam mengingkari maksud "ad-deen" yang dibawa oleh Rasul2 & utusan Allah (ghulam). Semoga kisah yang dihuraikan dapat memberi pengajaran dan membuatkan kita lebih dekat kepada Tuhan.

**point yang paling best bagi aku:- part ekonomi kaum Madyan.
Profile Image for Nurhanisah.
Author 1 book9 followers
December 8, 2018
Buku yang baik dalam memahami kisah-kisah ataupun maksud di sebalik ayat-ayat al-Quran yang diturunkan sebagai petunjuk dan tauladan untuk umat manusia. Dotulis dari perspektif dan penjelasan yang berbeza oleh seorang pelajar Darul Quran sendiri.

Buku ini mengingatkan pembaca tentang sirah Nabi yang kita pernah pelajari dahulu sekali gus mengajak kita membelek semula kisah-kisah yang membawa umat ke arah kebaikan, kesabaran dan yang paling penting, melawan anasir-anasir yang menggugat keteguhan dan keharmonian umat secara menyeluruh.
Profile Image for Muhammad Fitri.
152 reviews7 followers
September 24, 2017
Buku jadi menarik apabila saya baca ulasan tentangnya yang pro dan kontra dahulu sebelum membaca isinya.

Mengangkat kisah-kisah nabi dalam bentuk yang ringan.Tetapi masih lagi dalam kerangka menggerakkan sel-sel otak untuk berjalan.Pengajaran-pengajaran dalam al-quran(khusus pada sirah nabi) yang dipaparkan dikaitkan dalam konteks masa kini.
Profile Image for Ruslan Bukhari.
87 reviews3 followers
December 7, 2018
Pada awal-awal bab, tulisannya begitu mempersona. Aku terpegun dengan logik di sebalik kisah Habil Qabil. Kisah Nabi Nuh dan Nabi Ibrahim juga begitu mengujakan aku. Aku tak pernah terfikir untuk merenung kisah tersebut dari perspektif berbeza. Namun, momentum itu semakin lama semakin hilang. Akhirnya, cerita-cerita yang dipaparkan tidak lebih daripada hanya sirah seperti yang biasa kita dengar.
Profile Image for Affan Yunus.
106 reviews3 followers
March 27, 2020
Pengisian kisah dalam al-quran yang tidak ramai ambil ibrah daripadanya. Itu apa yang cuba disampaikan oleh penulis. Sangat baik huraian setiap topiknya👍🏼. Akan tetapi , tajuk bukunya selalu membuatkan saya keliru dengan mesej penulisan bukunya. Agak kurang jelas.
Profile Image for Ain Farhani.
6 reviews2 followers
May 17, 2020
Penulisan yang baik dan punyai kelainan dalam metode
Displaying 1 - 26 of 26 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.