Jump to ratings and reviews
Rate this book

Nota Perempuan Backpacker

Rate this book
(Daripada FB Nota Perempuan Backpacker)
Merupakan kompilasi cerita 12 negara;
• Australia.
• Indochina - Vietnam, Laos, Cambodia.
• Filipina.
• India.
• Mesir.
• Korea Selatan.
• Jepun.
• Eropah - Paris, London, Amsterdam.
+ Nota-Nota Random.
(Tidak ada Turki kali ini.)
Asasnya, buku ni mengandungi tiga elemen:
Travel tips, quotes, and short stories.
Dan gambar, gambar, gambar. Berwarna.
Bagi yang kenal aku sebagai penulis, dan yang dah ikut page NPB sejak 2014, pasti boleh agak macam mana bentuk konten buku ni.
Ada yang mungkin kau pernah baca. Ada yang memang aku peram khusus untuk buku, tak pernah disiarkan di mana-mana channel social media lagi.
Kesimpulannya, buku ini adalah nota kembara yang aku kumpulkan untuk kita sama-sama senyum, geram, dan berfikir panjang.

193 pages, Paperback

First published April 1, 2017

1 person is currently reading
26 people want to read

About the author

Azzah A.R.

21 books66 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
22 (40%)
4 stars
27 (49%)
3 stars
4 (7%)
2 stars
1 (1%)
1 star
1 (1%)
Displaying 1 - 16 of 16 reviews
Profile Image for Fara.
235 reviews19 followers
July 4, 2021
Buku ini boleh habis baca dalam sekali duduk. Mungkin kerana kategori buku kegemaran, boleh jadi juga sebab gaya penceritaan yang santai macam bercerita dengan kawan-kawan.

Selalunya saya mudah rasa terganggu kalau cerita tak mengikut kronologi, sekejap tahun 2016, sekejap 2012 tapi buku ini tak terasa sangat. Anekdot yang ditulis lebih menarik membuatkan saya nak tahu pengalaman penulis yang berikutnya. Tak ikut tahun pun tak mengapa.

Saya suka apabila ada diselitkan sedikit nota bahasa Korea. Macam tak susah sebenarnya tulisan hangul. Cuma kena ingat betul-betul bentuk dan bunyi, kemudian rajin praktis. Mungkin juga sebab penulis menerangkan dengan baik, maka saya rasa begitu.

Lagi, saya suka susun atur yang kemas dalam buku ini. Baik fontnya, paragraf berkolumnya atau letak duduk gambar - mudah untuk dibaca dan tak menyakitkan mata. Saiz buku dan kertas juga saya suka. Jenis ringan dan mudah dibawa ke mana-mana.

Memang menginspirasikan. Introvert pun boleh menawan dunia tahu. Terasa nak pack baju dan megi mulakan kembara sendiri.
Profile Image for Nor.
Author 9 books105 followers
December 28, 2019
Tulisan santai pengalaman seorang backpacker wanita. Menarik bagi saya kerana yang dicari adalah ibrah dalam setiap perjalanan.

(Ramai orang mengembara secara backpack atau melalui perjalanan mewah, tetapi sekadar berjalan mencuci mata dan berbelanja).

Dikongsikan perjalanan berserta cabaran ke beberapa buah negara, Australia, IndoChina, Filipina, India, Jepun, Mesir, Korea Selatan dan Eropah.

Foto-foto menarik (dengan jumlah minima) dan peta laluan perjalanan dikongsikan. Secara tidak langsung, pembaca dapat melihat jaraknya dan mengenali serba sedikit negara yang dilawati.

Antara peringatan yang diulang-ulang sepanjang perjalanan, "Kita selalu jumpa orang baik-baik waktu travel, bukan sebab nasib kita baik, tapi sebab Allah kesian." Azzah AR.
Profile Image for Cik Nadiah.
74 reviews1 follower
May 13, 2017
Aku da lama follow NPB ni. Tapi as a silent reader je. First time jumpa face to face, masa teman member pergi PWTC for PBAKL2017 baru-baru ni. Sekali pandang, serius air mukanya. Tapi orangnya ramah. Nota-nota dalam buku ni bagi aku semua best-best. Gaya penceritaan yg santai. Kadang tergelak sorang-sorang. Tahniah!
Profile Image for D.
59 reviews1 follower
September 16, 2019
Anekdot kembara yang menarik dan penuh berisi. 👍
Profile Image for Husna Musa.
67 reviews
May 24, 2017
Buku ini mengumpulkan catatan pengalaman kembara seorang perempuan di beberapa buah negara.

Selain pengajaran dari pengalaman yang dikongsikan, paling aku suka tentang buku ini adalah gambar-gambarnya yang cantik, berwarna dan bersaiz 'puas hati'.

Ada juga dikongsikan tips dan panduan seperti contoh declaration list untuk ke negara asing, contoh-contoh scam dan cara mengelakkannya dan juga panduan membaca tulisan hangul. Menarik, kan?

Turut diselitkan di dalam buku ini beberapa potong quotes yang adakalanya menyentap dan terkena batang hidung sendiri. Kata biar terasa, gitu.

Tahniah kepada penulis!
Profile Image for Siti.
Author 3 books18 followers
September 7, 2017
Akhirnya habis baca buku cikgu penulisan saya ni. Isinya ringkas namun padat. Sebagai seorang insan yang Alhamdulillah pernah sampai ke beberapa buah negara luar (secara konvensional, bukan backpacking), buku ini mengubat kerinduan sebenarnya. Saya terlalu muda semasa pertama kali sampai di Louvre. Baru tahu melalui buku ini tentang adanya potret Maryam dengan kalimah La Ila Ha Illa Allah. Seingat saya dahulu hanya sempat melihat pameran mumia Mesir yang berkaitan dengan sejarah Islam.

Insya-Allah, satu hari nanti akan ke Louvre lagi. Dan Itali. Dan Sepanyol. Insya-Allah.

Pengembara baharu dan lama, buku ini sesuai untuk anda. Jemputlah baca dan hadam. Kalau tiba-tiba ada yang bikin ego anda sentap, istighfar banyak-banyak, ambil iktibar dan jalan terus ya 😁
Profile Image for Nurul Farhanah.
3 reviews1 follower
August 23, 2017
Buku pengembaraan dengan penceritaan gaya santai yang sangat best. Dah lama ikut cik puan Azzah AR melalui fb NPB. Ada beberapa petikan kata - kata di dalamnya telah sy baca dan membacanya di dalam hardcopy buku ini membuatkan sy lebih teruja. Buku ini akhirnya dimiliki dengan akad jual beli di depan penulisnya sendiri bersama kata - kata semangat untuk mengembara yg hampir sama dengan Mbak Asma. Great travel writers think alike, i guess. Akhir kata...Belilah! Tak rugi pun😊
Profile Image for Muna Zaen.
67 reviews1 follower
May 10, 2017
Walaupun ini bukan kali pertama aku mendengar tentang Nota Perempuan Backpacker (NPB), namun inilah buku pertama beliau yang aku baca. Siap dapat dari tangan penulis sendiri (dan dapat autograph). Aku merasai nikmatnya membaca catatan-catatan pengembaraan beliau dan mencerna kata-kata hikmah serta mengagumi gambar-gambar berwarna yang begitu banyak disertakan. Sangat menarik dan begitu banyak yang dapat dipelajari dan diteladani. In shaa Allah, pengalaman beliau akan memberi banyak manfaat kepada semua yang minat (ataupun yang sedang berangan) untuk mengembara.
Profile Image for Ibtihaj Saian.
24 reviews
January 11, 2018
Reviu Nota Perempuan Backpacker

Antara sebab aku suka baca travelog, selain aku ini tak berapa nak ada bajet dan kelapangan adalah kerana maklumat daripada pengalaman sebenar yang dirasai oleh para pengembara sendiri.
.
Seeing is believing. 'Nota Perempuan Backpacker ' oleh Cikpuan Azzah mencabar diri untuk lebih berani dan bertawakkal. Cara penulis dididik juga terselit yang aku percaya itulah antara yang mempengaruhi keazaman beliau dalam setiap kembara.
.
Contohnya macam game yang dia main semasa kecil dan daripada gambar keluarga semasa hari Wuquf di tanah Arafah.
.
Nota ini bukan sekadar sebuah perkongsian tetapi panggilan untuk kita cuba melihat dunia dari pelbagai perspektif dan meneruskan usaha untuk menjadikan dunia sebagai tempat yang lebih aman. Ini selari dengan hikmah hadirnya Islam ini melalui Nabi S.A.W sebagai 'rahmatallil a'lamin' iaitu rahmat ke seluruh alam.
.
Status wanita dinaikkan, daripada tidak boleh memiliki harta kepada boleh mewarisi harta sebagai contohnya. Ada sedekah wajib iaitu zakat kepada golongan asnaf yang tidak boleh tidak orang berada (atau 'have-have') kena juga keluarkan, satu lagi contoh yang cantik untuk masyarakat amnya.
.
Rentetan daripada itu, buku ini ada menceritakan juga hadirnya Islam ke Korea Selatan adalah dengan askar UN dari Turki yang berjaya membina masjid lantas direalisasikan oleh Malaysia.. Ya Malaysia, membuatkan aku sedikit bangga namun masih pedih kerana aku masih belum berdakwah atau melakukan apa-apa.
.
Sebagai tambahan, catatan blurb di belakang buku ini boleh dijadikan iktibar tentang apa yang berlaku dalam dunia sebenar. Dengan buku ini juga antara benda yang mengejutkan aku adalah Tasik Tonle Sap yang dipelajari masa subjek Geografi dijumpai kering! Rumah atas air sepatutnya tetapi tidak Subhanallah.
.
Gambar-gambar, peta, ilustrasi bagpack dengan simbol negara yang dilawati memang informatif dan menarik. Orang macam aku yang suka gambar memang puas hati sebab pemilihan gambar-gambarnya sesuai.
.
Oh ya, ada lagi yang membuatkan aku terkejut. Kejadian di satu tempat bila penulis ditimpa musibah kebakaran hotel yang diduduki. Bomba tak akan padamkan api selagi tidak dibayar. What the...
.
Jadi legalah kita yang duduk di Malaysia cuma bila bersyukur maka haruslah segala kebatilan tidak diberikan sokongan supaya tidak jadi hamba yang kufur. Allah.
.
(P/s: Allah selalu bagi peluang untuk saya berjumpa Cikpuan Azzah ini, sudah tiga kali untuk saya tanyakan soalan yang memang saya mahukan pendapatnya. Hairan juga tetapi rezeki. Macam yang dia kata dalam buku di halaman 102, "..Sebab Tuhan kasihan.."

Iya, Tuhan selalu kasihankan saya tetapi saya selalu alpa. Semoga cuti sementara ini sebelum semester kedua dapat lebih dimanfaatkan untuk memperbaiki diri.) #travelog #ceritabuku
#readersofmalaysia #KLBACphotochallenge
Profile Image for Aisyah Samuin.
99 reviews20 followers
June 27, 2017
Dari kaca mata seorang pembaca tegar, aku rasa kupasan dari buku Nota Perempuan Backpacker masih punya banyak ruang untuk ditambah baik. Tapi, namanya pun 'Nota' maka aku faham mengapa strukturnya begitu.

Pembawaan yang santai dari penulis, melakar perjalanan ke serata dunia dengan juga bantuan imej dan peta dari semasa ke semasa.

Buat aku rasa ingin bangun dan mengembara. Jadi aku simpulkan, penulis berjaya dengan misinya berkongsi pengalaman agar kita semua bermusafir, melihat dunia dan masyarat berbilang bangsa, dari Tuhan yang Maha Esa.
Profile Image for Ayu Cipie.
12 reviews
May 29, 2017
Menceritakan pelbagai ragam manusia yang penulis ketemu sepanjang kembara ke 12 negara.

Anekdot pengalaman dan cabaran penulis lalui termasuk perspektif budaya.

Yang menarik apabila penulis sentiasa bersifat positif mengaitkan setiap kejadian dengan hikmah yang Allah ingin tunjukkan.

Ada juga tips-tips yang bermanfaat.

Cumanya, jika anda inginkan step-by-step perjalanan ke setiap negara, buku ini bukanlah rujukan.
Profile Image for Wan Jaafar.
2 reviews
June 14, 2020
Ada perasaan skeptikal sebelum beli dan masa mula-mula membaca beberapa halaman pertama. Tapi berubah hanya selepas beberapa halaman pertama juga. Catatan ringkas tapi penuh berinformasi dan bersifat mendorong untuk travel. Bacaan ringan tetapi padat dengan mesej.
Profile Image for Aisyah Murad.
13 reviews
June 19, 2020
Buku ini jenis travelog dan anekdot pendek. Maka boleh tebuk-tebuk baca, tak ikut susunan. Antara benda yang saya suka pada buku ini adalah

1. Sangat berwarna warni dan cantik.

2. Kisah pendek tapi zass kadang2 buat kita berfikir luar perspektif baru.

3. Beri rasa seronok untuk pembaca seperti saya yang belum berani travel solo walaupun teringin yang amat.
Displaying 1 - 16 of 16 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.