Jump to ratings and reviews
Rate this book

Tentang Aku & Perempuan Sigaret

Rate this book
Antara setia dan kematian suami, ada peti ais yang belum tertunaikan di sudut dapur. Pada wujudnya sebuah perkampungan kutu di atas kepalamu, tersisip cerita si ayah terselamat nahas menjelma ketam. Mungkin kita kasihankan perempuan menjual sigaret dan terpukul akan lelaki Kathamandu kebanggaan Malaysia, namun aroma daun limau sering sahaja menyenangkan. Insomnia kemudiannya membawa kita kepada pra-persaraan seorang halimunan yang dibayangi oleh cameo penulis lagenda Argentina.

Anas meraup perkara-perkara kecil dengan kepekatan imaginasinya yang terkadang serius dan terkadang berbaur humor.

199 pages, Paperback

First published April 28, 2017

1 person is currently reading
28 people want to read

About the author

Anas Mohd.

6 books9 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
13 (17%)
4 stars
40 (53%)
3 stars
19 (25%)
2 stars
1 (1%)
1 star
2 (2%)
Displaying 1 - 28 of 28 reviews
Profile Image for Anis Suhaila.
138 reviews11 followers
July 20, 2017
Kalau buku Lelaki Yang Tak Punya Apa Untuk Dipersia dibeli kerana penulisnya Mat Gorn, dan buku Laki-Laki Scorpio dibeli kerana review-review yang bagus, buku ini dipilih purely sebab apa yang tertulis di belakang buku (which is how I usually pick my books out).

Dan ternyata strategi ini menjadi seperti selalu, kerana buku ini bagi saya adalah yang terbaik among the three. Mungkin ini disebabkan kedua-dua buku Mat Gorn dan Hadi telah menjadi agak overrated tapi saya betul-betul telah jatuh cinta dengan penulisan Anas.

Kekuatan Anas terletak pada kebolehan beliau membuatkan kita in the shoes of the narrator atau watak utama. Cerpen-cerpen beliau terbahagi kepada beberapa tema tapi ia tidak rasa seakan berulang-ulang atau membosankan.

Anas menggunakan situasi yang aneh dan sifat manusia untuk mengolah cerita yang menghiburkan. Keputusan editor untuk meletakkan Beristerikan Kerangga sebagai cerpen pertama adalah bijak dan I swear cerpen Asam Pedas Dalam Mangkuk Tingkat is a stroke of genius.

Bahagian terakhir buku ini titled Ketakterhingaan paled in comparison than the previous short stories jadi it did not manage to end with a bang, sadly.

Akhir kata, siapa cakap penulis Malaysia tak pandai menulis oi? Korang je suka bagi perhatian to those who do not deserve it.
Profile Image for Regina Ibrahim.
Author 22 books112 followers
November 18, 2017
TENTANG AKU DAN PEREMPUAN SIGARET
Penulis: Anas Mohd
Terbitan: ROMAN BUKU

Roman buku mendapat perhatian saya melalui medsos, menurut ramai terbitan bukanlah untuk naskah biasa biasa. Saya tertanya tanya apakah ianya ala ala Murukami atau Edgar Karet? Terpikat pada sampul depan setiap buku tidak cukup untuk pembaca berurusan dengan kemampuan dompet. Naskah ini saya pilih setelah menilai semua komentar di goodreads.

Cerpen Anas Mohd pernah terpilih lewat Cerpen Terbaik 2016 perihal kelahiran semula ayah sebagai ketam. Garapan garapan pendek yang dibahagikan ke 5 bahagian memudahkan titik tumpu pembaca. Ada yang berbentuk cerita dan ada juga yang bagaikan luahan. Setiap satu pastilah memikat.

Apa yang memikat?
Pemilihan kosa kata dalam berhubung dengan pembaca. Pembaca serta merta tahu bahawa Anas Mohd bijak dan kelolo, dia berkisah tentang orang bodoh, khilaf, sesal, keliru dan tertanya. Ianya bagaikan kamu berada di hadapan pakcik yang nakal berbahasa apabila duduk berkisah pada anak anak saudaranya. Ada hal hal yang bagaikan mahu disimpan sedikit dan pakcik berharap anak anak saudara berusaha mencari pengertiannya sendiri. Saya anggap ini teknik yang amat memikat. Teknik apa? Bercerita yang ada ketikanya tidak tamat secara tradisi, kisah tergantung yang membenarkan pembaca berfikir, pengakhiran yang membuatkan pembaca jadi teruja apa dia? Lantas diulangi lagi.

Apa yang membuat saya terpaku?
Ada 30 lebih paparan pendek dan panjang. Tiap satu amat berbeza, jadi saya suka semuanya. Setelah membaca kisah kisah tentang cagu, ibu yang melayang naik penyapu, isteri yang mahukan peti ais, anak yang punya tiga opsyen tentang masa depan, tutorial syaitan junior, jejaka Khatmandu, penulis jadi-jadian, neraka tanpa tahi burung serta kutu kutu yang berpindah kawasan dalam 5 bahagian yakni orang orang asing, para kulawarga, susur manusia, kereta mimpi dan ketakterhinggaan. Wawancara di halaman akhir membolehkan kamu lebih mengenali Anas Mohd, bagaimana beliau meminati penulis kondang Hamzah Hussien dan memberi homaj untuk Cortazar dan Borges.
Secara peribadi?
Naskah yang harus dibaca oleh pembaca muda, satu pendedahan baharu bagi mereka tentunya. Santai, mudah dibawa dalam perjalanan atau ketika mengadap penantian yang memakan masa, naskah ini mampu membuatkan kamu tersenyum. Melihat keseluruhan susunan yang tidak caca marba membuatkan saya merasa bangga pada penerbitan tempatan ini.

Saya mahu mencuba 9 naskah naskah lain tentunya...Syabas!

Profile Image for Asmar Shah.
Author 20 books136 followers
July 27, 2017
4.05* untuk Tentang Aku & Perempuan Sigaret!

Antara semua buku baru Roman yang aku dah baca setakat ni, naskah ni yang aku paling suka. Tulisannya menggiurkan, menarik, tidak memaksa untuk kita menerima kisahnya dan tulisan (cerpennya) nampak bijak. Pendek kata, aku seronok baca buku ni!

Siapa Anas Mohd ni? Tulisannya boleh tahan power! *Batuk!*

Susunan kisah-kisah di dalam buku ni sangat kemas.

Dalam semua cerpen yang dihidangkannya, hanya beberapa buah saja yang aku tidak suka. Selebihnya betul-betul buat aku terhibur. Macam Wan Azriq cakap, imej-imej yang dipersembahkan di dalam setiap cerpen sangat jelas. Ada beberapa buah kipsen yang kurang menarik tapi ditutup dengan bahasa penulis yang baik dan tidak gelojoh. Mungkin tidak salah kalau aku cakap, salah satu cerpen di dalam naskah ini kemungkinan akan dipilih untuk dimasukkan di dalam buku Cerpen Terbaik 2017 nanti. Percayalah!

Aku paling suka Asam Pedas Dalam Mangkuk Tingkat dan Penulis Buta Dari Buenos Aires. Aku sangat teruja baca kedua cerpen ni. Moga tuan penulis akan terus sukses lagi. Tahniah Anas untuk tulisan yang sangat baik ini!

Korang tak nak cuba baca ke? Seronok tau buku ni. Percayalah.

Peace!
Profile Image for hans.
1,158 reviews152 followers
May 14, 2017
Pelik yang menarik. Fiksyen-fiksyen yang bawa saya mengembara entah ke mana, imaginasi paling luas dan tak terfikir. Barangkali ada yang anggap ia aneh-- tetapi percayalah cakap saya, ia sangat lazat.

Bahagian kegemaran saya-- KETAKTERHINGGAAN. Kisah Censorship Board masih buat saya sedikit terharu dan mungkin watak lelaki baik hati di dalam telinga itu antara watak kegemaran saya. Saya paling ingat cerita bendi dan mangkuk tingkat. Comel sungguh. Dan kisah yang kena baca dalam satu nafas itu buat saya betul-betul berdebar. Ada satu dua yang lain menjadi kegemaran saya juga-- masih teringat-ingat tetapi secara keseluruhan, kesemuanya bagus belaka. Kagum dengan imaginasi penulis, absurd!

Kalau mahu inspirasi atau sedikit adventur fantasi, silalah baca.
Profile Image for farahxreads.
716 reviews262 followers
August 20, 2017
Semalam waktu aku susun susun buku di kotak, aku belek belek sekejap beberapa buku, termasuk Tentang Aku & Perempuan Sigaret. Perasaan aku masa baca belek belek buku ini: Damn, this is brilliant! sampai aku meroyan di beberapa group Whatsapp tentang buku ini. Dan aku terus ambil keputusan untuk baca.

Tentang Aku & Perempuan Sigaret ialah satu kumpulan kompilasi cerpen yang bagi aku serius nadanya (ya, seakan akan guru disiplin yang serius) tetapi absurd dan sangat tak terjangkau imaginasinya sampai aku tak senang duduk.

"Ayah, sampai bila aku harus duduk dalam mulutmu?"
Aku tersenyum dan berkata, "Sampai kita jumpa rumah baru, nak,"

Antara cerpen kegemaran aku ialah Keria, Leher Tidak Kelihatan, Meredakan Tantrum, Sebuah Pondok Berbentuk Kiub, Kathmandu dan Asam Pedas Dalam Mangkuk Tingkat yang lazat dan comel!

Antara koleksi cerpen terbaik yang aku pernah baca, serius! Apa tunggu lagi?
Profile Image for Abdullah Hussaini.
Author 23 books80 followers
July 24, 2017
Anas dalam kelas tersendiri. Tak dapat disangkal lagi kep-nya berbau hutan Amazon, bajunya dicilok dari Casa Tomada dan dalam kepalanya mungkin tersisip sebuah perpustakaan dengan buku2 koleksi milik Borges.

Cerpen pertamanya saja sudah membuatkan saya berasa teruja dan cerpen yang paling aku suka... banyak sebenarnya.

Imaginasinya yang perlbagai tu membuatkan aku tersengih, dan geram dan kemudian kekaguman. Kita menanti karya2nya yang akan datang, sudah pastinya
Profile Image for Hilmi Loma.
32 reviews9 followers
May 25, 2017
Kau boleh tersenyum bilamana rm22 yang kau laburkan untuk membeli sebuah buku itu berbaloi dan kepuasan yang kau dapat tu sampaikan kau terlupa nikmat makan, seks, tidur, mandi, mengumpat dengan Cik Neng sebelah tanjung dan juga kesedapan Long Island Ice Tea.

Cerita-cerita pendek nukilan Anas Mohd seperti kau sedang melihat channel Astro Ria + MTV di zaman prime mereka dahulu. Ada kegilaan, ada kepundekkan, ada kejahilan, ada juga kekartunan. Segalanya sedap dalam konteks pembacaan absurd yang tidak melampau. Kau boleh enjoy dengan tersengih macam kerang busuk dan tinggalkan buku ini di atas meja makan tanpa perlu risau mak + ayah + tok wan + maksu timah + mak une anda menyelak dan menjumpai ayat carutan atau nama-nama manja untuk bahagian privasi wanita seperti celah bedah dan nonok contohnya. (Mind you, Nonok juga panggilan kasih sayang daripada hakak-hakak so tak payah nak offensive sangat okay? Chill...)

Walaupun buku ini di dalam kategori umum tetapi ada juga bahagian yang berkait dengan PG-13. Tapi masih dalam kadar yang selesa punggung. Anas Mohd ternyata bijak membuat cerita dan kisah-kisah pendeknya dengan pendekatan memenangi hati rakyot jelata tanpa mengira kaum + darjat + fahaman. Adakah beliau juga penyokong tegar Umno yang terus mara untuk rakyot Malaysia itu masih menjadi misteri.

Fantasi fetish di dalam Keria, nada sinikal seksis di dalam Rahsia Kecil Yang Kotor, galau hati sang sunyi di dalam Hujan Jangan Kau Basahkan, hampir mual dengan keanehan Leher Tidak Kelihatan (entah kenapa terbayangkan Queen Alien dalam ni... Seram mak tau!) Meredakan Tantrum yang semestinya suatu yang mengejutkan perasaan, Songkok Keramat Bangsa Saka yang membuatkan kita terngiang- ngiang dengan aroma tengik wangi minyak rambut Zam Zam Oil (kotak hijau tinggi yang ada gambar perempuan berambut ikal di tengahnya sedang menadah tangan) Kathmandu sebuah satira kehidupan melayu di bumi Malaysia serta kengerian melampau di dalam Syaitan dan Tutorial Kitar Semula ini semua antara personal favorite saya yang sudah diulang-baca sebanyak 3 kali kesemuanya.

Bagi saya, Roman Buku dan penulis-penulisnya seakan sedang menyiapkan armada perang di dalam industri buku tempatan (betul ke falsafah aku ni entah?) dengan menyediakan kumpulan-kumpulan cerpen yang bermutu yang tidak berpaksikan moral dan mesej positif sahaja. Anggap sahaja sebagai himpunan cerpen-cerpen lazat yang disediakan oleh hero-hero yang tidak didendangkan sewaktu kumpulan Avengers menyelamatkan bumi daripada serangan alien huduh yang mana kita semua pretentious sibuk nak Team Captain America + Team Iron Man padahal ada superhero-superhero lain yang lebih layak menerima lagu-lagu terima kasih daripada masyarakat.

Anas Mohd, terima kasih! Oh ya, hensem jugak awak ni. Ehem. Buku Roman, terima kasih! Muah ciked!


"Kenapa perlu malu dengan tabiat kau sendiri, bukankah ia berlaku secara semulajadi dan hampir setiap orang ada tabiat kotor masing-masing?"
Profile Image for Azrin Fauzi.
Author 19 books45 followers
July 7, 2017
Tiada satu pun cerpen dalam buku ini yang aku rasa tidak sedap. Kesemuanya mengenyangkan. Sedap dan kenyang: ia berkait dengan pengalaman dan kesan pembacaan. Imej-imej yang telah Anas Mohd. beri untuk kita kunyah buat kita mahu lagi dan lagi. Kita sedar, ada sedikit rencah dari Melaka, ada sedikit percik dari Amerika Latin, dan lain-lain datang dari kepalanya.

Anas berjaya membebaskan keluarbiasaan daripada hal-hal biasa di sekeliling kita. Cerpen-cerpennya membolak-balikkan imaginasi kita sejauh hal-hal pasangan, kerenah keluarga, jiran tetangga, masyarakat dengan segala kejanggalannya, dan apa-apa yang asing di luar sana sebelum balik ke dalam sini, ke dalam tubuh, ke dalam kepala. Seakan suatu tindak perjalanan dalam perhubungan. Kita akan bertemu dengan kerengga yang menyimpan rahsia gelap daripada suami manusianya, surat daripada seorang anak (yang belum dilahirkan?), abang yang mencemburui mimpi adik, bapa yang menyayangi dan menyimpan anaknya di dalam mulut, kerangka sosial dalam mangkuk tingkat, dan mereka yang menapis kata-kata di dalam telinga kita. Dan kita sedar, kita mahu mendengar lebih lagi cerita-ceritanya.

Tentang Aku & Perempuan Sigaret adalah antara kumpulan cerpen paling kemas dan solid Malaysia pernah aku hadam, setakat ini.
Profile Image for Aqiela.
58 reviews1 follower
December 10, 2018
P E L I K. Secara jujurnya, saya memang tak boleh terima & masuk dengan gaya penulisan macam ni. Mungkin kerana keterbatasan imaginasi? 🤷🏻‍♀️
Profile Image for Suny Krlhzdr.
11 reviews
July 25, 2017
*1st!
~saya suka tulisan, suka cerita dalam buku ni, tenang tapi penuh kejutan.
~cara penulis mencerita sudah menangkap.
~mula cerita awal sampai interview last memberitahu penulis ialah pecerita gila yang bagus.
~my favourite are Peti Ais, keria, Ayah berjalan senget, Kathmsndu, combi, asam pedas, Patung Tiup and many more
~saya nak lagi n saya akan baca lagi.
Profile Image for Syafiq Ghazali.
35 reviews6 followers
May 28, 2017
Kalau awak mahukan cerita yang kelakar dan gelap tapi sama sekali tidak merendahkan pemikiran awak, buku karangan Anas Mohd ini adalah pilihan terbaik (ok done angkat bakul kau Anas, jangan lupa angkat bakul aku jugak).

Pertama kali saya belek buku ini (di PBAKL, sebelum sesi sain buku bersama Anas sendiri) saya terkejut tengok bilangan cerita pada kandungannya. "Apahal mamat ni tulis sajak ke apa sampai banyak macam ni," saya di waktu itu. Tapi ternyata banyak cerita bukan bermakna cerita-cerita yang ada jenis tangkap muat saja. Cerita-cerita yang dikarang Anas boleh dikatakan mempunyai kekuatannya tersendiri, kekelakarannya yang tersendiri, kegelapannya yang tersendiri, dan kebijaksanaan yang tersendiri.

Oh dan saya teringatkan Etgar Keret sewaktu membaca buku ini.

Mahukan buku cerita yang kelakar dan gelap? Pilihlah Tentang Aku & Perempuan Sigaret. Mahukan penulis yang kelakar tapi tidak gelap? Pilihlah Anas Mohd.
Profile Image for Zulzafry Zulkifly.
333 reviews
April 9, 2022
Berdasarkan buku buku terbitan roman yang saya baca sebelum ini, saya agak yang buku ini cuma punya beberapa cerpen macam naskah Johan Radzi, tapi saya silap. Buku ini lebih kepada buku Lang Rahman. Tapi saya suka, cerita ceritanya unik. Dan ada cerita di balik cerita atau apa perkataan yang sesuai saya tak tahu. Tapi saya puas berimaginasi dengan cerpen cerpen dalam buku ini.
Profile Image for ~:The N:~.
851 reviews55 followers
October 5, 2020
https://cepuaksara.wordpress.com/2020...

Buku terbitan Roman ini menarik, besar dan lebar bukunya sedang elok, dan ilustrasi pada kulit buku juga cantik. Ini karya pertama Anas Mohd. yang saya baca.

Cerita-cerita pendek surreal (aneh) yang kadang-kadang tak masuk akal, pada mula-mulanya saya rasa biasa-biasa sahaja, menjelang pengakhirannya saya rasa cerita-ceritanya jadi semakin menarik.

Kisah-kisah yang diceritakan kebanyakannya kisah-kisah yang berlaku di sekeliling kita juga, tetapi diberi twist menjadikan kisah itu absurd. Antara yang paling digemari — kisah bendi dalam asam pedas, kisah anak yang tinggal dalam mulut bapanya, kisah lelaki mikro dalam telinga, kisah seorang ayah yang menjelma menjadi ketam, kisah lelaki dari Nepal, kisah lelaki yang sifat amarahnya curi-curi lari daripada tuannya, tentang penulis yang tidak menyukai namanya sendiri. Ah, banyak pula.

Namun begitu, entahlah, mungkin memang resam agaknya buku-buku hasil penerbitan alternatif ini punya kelemahan tatabahasa dan kesilapan ejaan, buku ini juga tidak terkecuali. Saya harap penerbit lebih berwaspada dan berhati-hati dalam proses mengedit dan membaca pruf kerana sayang sebenarnya kalau karya yang bagus sudah menjadi buku tetapi masih nampak cacat cela dalam tatabahasa dan kesalahan ejaan.

4/5

Profile Image for Ira Nadhirah.
601 reviews
March 13, 2018
Setiap ending cerita dalam buku ini akan aku sudahi dengan padiaaaaa dan tertawa kecil.
Profile Image for Meor Cavalera.
19 reviews
May 24, 2017
What an experience! this is dark comedy meet surrrealism and it is hillarious .
Profile Image for Mohd Asyraf Abdul Nasir.
67 reviews3 followers
February 5, 2018
Cerpen Asam Pedas Dalam Mangkuk Tingkat agak melekat di kepala. Cerita Tentang Aku & Perempuan Sigaret pula boleh tahan mencabar bila kita membaca 3 muka surat cerita yang tanpa noktah, semput woih. Overall boleh tahanlah untuk sebuah kompilasi cerpen.
Profile Image for Faiz.
47 reviews2 followers
Read
July 26, 2022
Ini karya Anas yang pertama saya baca. Saya DNF-ed novelnya berjudul Tenggek sebelum ini. Haha. Suprisingly buku yang ini menarik, absurd dan buat saya berfikir. Tak macam Tenggek yang saya gagal habiskan.

Antara cerpen kegemaran saya ialah ;-
- Peti Ais Sayang! Peti Ais,
- Hujan Jangan Kau Basahkan Baju Yang Aku Sidai,
- Leher Tidak Kelihatan,
- Asam Pedas Dalam Mangkuk Tingkat,
- Kathmandu
- Penulis Butan dari Buenos Aires
Profile Image for Nuruddin Abu Bakar.
Author 3 books3 followers
September 4, 2020
Selepas Azmen, Anas adalah penulis cerita pendek yang saya gemari. Apa yang menarik tentang Anas adalah bagaimana dia memulakan cerita. Ia memberkas dan sentiasa memberi rasa intrig. Cerita-ceritanya rawak dengan penggunaan bahasa yang cermat. Cara Anas memberi momentum dan membawa ceritanya punya rasa tersendiri yang jarang saya temui.
Profile Image for Syaz Rahim.
10 reviews
July 3, 2020
Mungkinlah buku ini terlalu muda untuk umur aku.
Tak puas baca cerpen yang ada terlalu pendek, dan ending tergantung.
Sesuai untuk baca sebelum tidur sebagai bacaan ringan dan tidak perlu commit masa lama untuk habiskan setiap cerpen.
Profile Image for Nasss.
13 reviews4 followers
Read
May 29, 2017
Ralat. Awal sinopsis yang betul: Antara keria dan kematian isteri...
11 reviews24 followers
October 9, 2017
Beautiful book covers and amazing stories all along the reading. Keep it up, Mr. Author!
Profile Image for Fahmi Khir.
71 reviews3 followers
August 1, 2018
Cerita-cerita Anas memercikkan api-api kecil di dalam otak. Yang menyakitkan dan menyeronokkan sama sekali.
Profile Image for Hani Suraya.
Author 7 books50 followers
November 27, 2018
Seronok baca imaginasinya yang aneh-aneh. Tahniah, Anas Mohd!
Profile Image for H0ney_ruby .
38 reviews2 followers
May 21, 2018
Cerpen- cerpen yang agak unik. Boleh jadi pengakhiran yang suka ataupun duka terpulanglah kepada imaginasi para pembaca. Penulisan, gaya bahasa yang bagus.
Antara cerpen kegemaran : Peti Ais Sayang, Peti Ais! mengisahkan sepasang suami isteri yang menjadi saksi pertengkaran jiran sebelah; dan Asam Pedas Dalam Mangkuk Tingkat yang mengisahkan kegigihan sebatang bendi yang ingin keluar ke mangkuk tingkat yang lain.
Profile Image for Kjsmni.
36 reviews22 followers
November 14, 2017
Keseluruhan buku ini adalah surreal dan sangat absurd. Buku ni mungkin akan di re-read. Who knows i might fall in love with this book one day. But for now, i just wanna shelve it back.
Profile Image for Zaiful Zahiri.
38 reviews1 follower
May 22, 2018
Cerpen-cerpen Anas Mohd unik sebab ...lepas baca kau kena fikir apa yang penulis cuba sampaikan dan try to relate dalam kehidupan seharian...
Displaying 1 - 28 of 28 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.