Jump to ratings and reviews
Rate this book

Kumpulan Puisi Siang Tak Pernah Mungkir dan Kau Akan Dewasa

Rate this book
Kumpulan Puisi ini menghimpunkan 81 buah puisi Sasterawan Negara ke 12, Dato' (Dr) Baharuddin Zainal atau lebih di kenali sebagai Baha Zain. Tidak hanya bermain dengan bahasa yang indah, puisi-puisi yang ditampilkan sarat dengan idea, saranan, teguran dan juga kritikan demi kemanusiaan sejagat.

Penulisan puisi yang bersahaja ini mampu membuai perasaan pembaca dan membangkitkan semangat untuk terus menghayati puisi-puisi yang terdapat dalam kumpulan ini. Sesungguhnya kumpulan puisi ini dapat memberi pengalaman dan pengetahuan yang bernilai kepada pembaca, serta dapat dijadikan panduan dan rujukan dalam menghadapi arus kehidupan pada zaman yang mencabar ini.

123 pages, Paperback

Published January 1, 2014

2 people are currently reading
24 people want to read

About the author

Baharuddin Zainal

28 books21 followers
DATUK Baharuddin Zainal atau turut dikenali sebagai Baha Zain anak kelahiran Hutan Melintang, Perak pada 22 Mei 1939, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera di Universiti Malaya (UM) pada 1963 dan Sarjana Sastera di Universiti Indonesia Jakarta (1972).

Baha Zain mula berkhidmat di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada 1963 sehingga 1984 dengan pernah dipertanggungjawabkan sebagai Ketua Pengarang Dewan Bahasa, Dewan Sastera dan Dewan Budaya, Ketua Bahagian Pengembangan Sastera serta bersara sebagai Timbalan Ketua Pengarah, sebelum terjun ke dunia penerbitan melalui Pustaka Cipta Sdn Bhd.

Beliau yang lebih dikenali sebagai penyair dan menghasilkan beberapa kumpulan puisi, iaitu Perempuan dan Bayang-Bayang, Dari Kertas Catatan Tengah Malam dan Tiga Catatan Perjalanan (Three Sketches from A Journey), selain Postponing Truth and Other Poems = Menangguhkan Kebenaran dan Sajak-sajak Lain.

Dalam kesusasteraan tradisional, Baha Zain menyusun semula Hikayat Bakhtiar, Hikayat Umar Umaiyah dan Hikayat Cekal Waneng Pati.

Baha Zain tidak hanya bertingkah dalam penulisan, bahkan beliau turut terbabit dalam aktivisme, iaitu sebagai Setiausaha Satu, Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA) 1967-1969; Ketua Dua Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA) 1982-1984; Ahli Majlis Buku Kebangsaan Malaysia, Kementerian Pendidikan 1986-1994; Naib Presiden, Persatuan Penterjemah Malaysia 1985-1991; Presiden, Ikatan Penerbit Buku Bumiputera Nasional 1989-1994; Ahli Lembaga Amanah, Balai Seni Lukis Negara (BSLN) 1984-1987/2001-2003; Ahli Lembaga Pengelola DBP 1989-1992/2002-2005/2005-2008; Ahli Lembaga Pengarah, Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) 1993-2009 dan Presiden PENA 2008-2010.

Namanya terpahat sebagai penyair serantau sehingga dinobatkan sebagai Penerima Anugerah Penulisan Asia Tenggara (SEA Write) pada 1980; Anugerah Penyair GAPENA (1988); Anugerah Tokoh Pejuang Bahasa (2004); Anugerah Budayawan GAPENA (2008) dan Anugerah Tokoh Pena (2011).

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
8 (28%)
4 stars
12 (42%)
3 stars
7 (25%)
2 stars
1 (3%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 11 of 11 reviews
Profile Image for Abdullah Hussaini.
Author 23 books80 followers
April 11, 2018
Tak perlu saya ulas puisi2 yang termuat di dalam buku ini sebab memang saya menyukai puisi2nya. Buku ini menghimpunkan beberapa puisinya daripada beberapa buah buku Baha Zain.

Harga, kaver, susun letaknya; munasabah dan berpatutan. untuk itu, 5 bintang
Profile Image for hans.
1,160 reviews152 followers
April 1, 2020
Baris demi baris dalam alun bersahaja berkias alam dan perasaan, klasik puisi melayu sekitar 70an dan 90an.

"kenapa sulit sangat untuk aku menulis puisi?
bunga-bunga berkembangan setiap hari
tak berhenti
pagi ini aku diselubungi rahsia
tak sepatah pun dapat kuucapkan"

Puisi-puisinya terbahagi kepada beberapa bahagian dan aku paling gemar puisi-puisi di bahagian Dari Kertas Catatan Tengah Malam. Ada cinta yang dipendam atau rindu yang tak terbahas, pemerhatian, pengalaman dan hal-hal kecil dalam kepala. Rangkapnya ringkas dan mungkin sedikit sinis namun aku suka sisi tersirat setiap aksara penulis.

"sekarang aku belajar pintar
pertama tentang perhitungan
dua kali lima jumlahnya sama saja
seperti gelandangan di jalanan
mereka bukan antiperaturan
tapi perlu makan"
Profile Image for AL Sihite.
194 reviews6 followers
July 8, 2020
Sekali terpanggil untuk menyatakan rindu
Dalam debar aku mengunjungimu
Pesan yang telah lama kulupakan
Aku akan bertolak dengan rela
Mengheret segala noda
Terimalah aku sebagai kekasih
Yang terluka dan kotor.
Profile Image for ⠀.
119 reviews35 followers
August 26, 2020
Boleh tahan banyak juga puisi sedap-sedap yang terkandung dalam buku kumpulan puisi ini. Antara puisi yang menarik perhatian adalah puisi bertajuk Impian Seorang Seniman dan Bacalah dalam Bahasamu yang membicarakan tentang harapan dan aspirasi seorang penulis terhadap industri penulisan tanah air dan juga keperluan untuk rasa bangga dan keinginan mahu memelihara bahasa ibunda.

Tetapi sekiranya kita akan mati
esok, lusa atau hari ini nanti
dan bahasa ibunda tidak laku
itu bukan salah kita
itu adalah urusan orang di dunia
yang terlalu bodoh menguruskan maruahnya
– Impian Seorang Seniman

bacalah, dan bacalah dalam bahasamu
agar kau tidak jadi perantau
yang pulang dengan segala muatan
yang mati angin dan cahaya di lautan
– Bacalah dalam Bahasamu


Selain itu, suka juga dua puisi – Beberapa Catatan Kenangan dan Di Cameron Highlands – yang terselit rasa romantis dan nostalgia dalam susunan ayat-ayatnya.

Masihkah aku seperti dahulu
pengasih, perasa, penyayang dan perindu
masihkah semuanya jadi tanda tanya
tentang gelapnya dalam diriku
– Beberapa Catatan Kenangan

sekalian pengalaman yang kecil itu
membesar kembali di gigil kabus ini
dapatkah kita mengekalkannya beberapa saat lagi
sebelum cahaya mengangkat sepi
– Di Cameron Highlands


Dan akhir sekali, tajuk puisi-puisi lain yang turut menggoda aku untuk membacanya lebih dari sekali – Akhirnya Bersendirian, Anak Asia, Dari Puisi Apa Ertinya, Kupetik Mawar Pagi di Kaki Piramid yang Tinggi dan juga Nasihat Orang Tua-tua.
Profile Image for Muhammad Fitri.
152 reviews7 followers
August 9, 2021
BUKU Terakhir 1442 : Siang Tak Pernah Mungkir dan kau akan dewasa oleh SN Baha Zain. (Edisi Malaysia Membaca)

Kumpulan puisi yang menghimpunkan 81 buah puisi yang ditulis oleh Sasterawan Negara ke-12. Puisi yang diisi cinta, keindahan, idea, teguram dan juga kritikan demia mengembalikan kemanusiaan manusia.

Sehingga menulis ulasan ini saya masih belum puas menikmati puisi yang punya suntikan merawat atma. Atma yang lelah dengan kekusutan kerja. Rawan yang gersang dek durja politik.

Puisi merupakan dunia eskapisme bagi saya. Setika lari dari kerisauan tanggungjawab yang membingungkan. Kerja-kerja membaca yang buntu arah. Bertutur syarah yang punya banyak salah. Semuanya ditawan dengan menyerahkan jiwa kepada puisi.

Kompilasi puisi ini mampu membuai perasaan dan membangkitkan semangat. Kumpulan puisi ini juga memberi pengalaman dan pengetahuan yang bernilai kepada pembaca. Dapat dijadikan panduan dan rujukan menghadapi arus kehidupan yang mencabar ini.


#bacalokal2021
#MalaysiaMembaca2021
#PPN1
#COVID19
#StaySafe
Profile Image for Azhar Shukri.
46 reviews
November 13, 2023
Sajak-sajak Baha juga melambangkan nilai-nilai kemanusiaan yang tinggi dan kesedaran sosial yang kuat seperti Sajak Kalau Kita Tak Berasa Hina, Kita Tak Pula Berasa Mulia, Cerita Sepasang Kaki dan Pahlawan Kuda Kepang dan Maharaja.

Saya pilih sajak ini untuk dikongsikan. Tajuknya Kebijaksanaan dan Wajah Manusia.

Seperti cinta, kebijaksanaan memerlukan waktu
Matang dalam kesepian dan renungan
Seperti cinta, tidak memerlukan paksaan
Berakar dikalbu dan berwajah kemanusiaan

Benci, cemburu dan dengki berkubu dalam hati
Menusia memerlukanwaktu untuk memusuhinya
Memerangi perasaan yang mambakar diri
Benci, cemburu dan dengki dalam hati

Tidak ada kehidupan
Tanpa cinta
Tanpa kebijaksanaan
Bagaimana wajah manusia?
Profile Image for Faraa Musa.
46 reviews38 followers
March 10, 2020
Bermula dari harga (RM10 sahaja), kulit muka depan, isi kandungan, hingga ke muka terakhir, karya DBP ini segalanya cukup rasa, lazat, dan memberi aku "kenyang". Walaupun aku bukanlah peminat seni dan mampu memahamkan semua bait penulis berstandard sasterawan negara. Namun di akhir pembacaan, aku berasa amat berbangga dengan kehebatan dan kekayaan bahasa bangsaku, meski kian pupus ditutur pada zaman kini. Usah risau para seniman dan sasterawan negara, meski esok lusa atau hari ini nanti bahasa ibunda tak laku, itu bukan salah kalian yg tak berusaha menyebar kata melalui pena. Tetapi ianya adalah salah orang-orang yg terlalu bodoh menguruskan maruahnya.
Profile Image for farahsbooks.
49 reviews
September 8, 2023
Membaca puisi-puisi Baha Zain membuatkan saya jatuh cinta berkali-kali dengan bahasa ibunda. Terdapat beberapa puisi beliau yang menyentuh hati dan akan saya abadikan kata-kata indah itu dalam fikiran :)
Displaying 1 - 11 of 11 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.