“Aku pendekkan cerita ya. Dulu masa sekolah aku tak tau pun yang rupanya dia dengan kawan baik dia, Wawa syok kat aku. Dia orang berebut nak dapatkan aku. Satu hari tu dia orang datang jumpa aku tanya abang pilih yang mana? Laju ajelah aku jawab aku pilih Wawa sebab masa tu Wawa lagi cun daripada dia,” cerita Uda mula membuka kembali cerita zaman sekolah dengan Dara.
#NadimSyafa - Nia Qurratun’aini Mr. Dudarella
“Mulai hari ni saya nak tukar. Bukan Cinderella.” “Habis tu?” “Dudarella.” Nadim Qhairuddin menghadiahkan senyuman. “Dudarella?” “Ya. Dudarella,” ucap Syafa Athira disulami jelingan manja dan bermakna. “Kalau macam tu, duda ni memang rela sayangkan awak sampai akhir nafas dia.”
#ZafriAiris - Hanny Esandra Duda Dilarang Masuk
“Kenapa, Airis? Awak tak suka kawan dengan duda?” “Erm, lebih kurang macam itulah. Saya tak suka berselindung. Lebih baik saya berterus terang. Saya tak terfikir pun nak berkawan dengan duda. Awak memang dilarang masuk.” “Masuk ke mana?” “Masuk ke dalam hati saya!”
#IdhamIshaa - Zany Ezatie Duda Full Package
“Ishaa sebenarnya...” Dia berdeham beberapa kali. Beberapa ketika kemudian, “Ishaa dah jatuh cinta dengan Datuk.” Mata dan kening kiri Ishaa Dania terangkat bagi melirik reaksi Idham Fadri.
#DUDADARA kali ini dibaca laju dan pantas dari #SUAMIISTERI kerana novel mini kali ini lebih menarik jalan ceritanya dari permulaan sampailah ke akhir terutamanya TIGA cerita TERATAS. Ini adalah kali kedua saya membaca novel ini dan masih kekal tersenyum simpul.
ABANG PILIH YANG MANA ~ REHAL NUHARIS ☆☆☆☆
Senang benar penulis memilih nama watak, Uda adalah si DUDA manakala Dara adalah ANAK DARA. Kelakar semasa membaca cerita ini sekali lagi, terutamanya mengingatkan EMPAT buah gerai di situ dengan nama gerai yang lain dari lain iaitu NASI LEMAK DARA, NASI AYAM DUDA, NASI LEMAK TERUNA, NASI CAMPUR JANDA.
Nama ' Nasi Lemak Dara ' mengingatkan saya ada kisah penjual perempuan tular yang menjual Nasi lemak dara di hujung jari beberapa tahun yang lalu, kemungkinan penulis mendapat ilham ataupun hanyalah kebetulan sahaja.
Lagu dangdut yang meletup dari Indonesia nyanyian CitaCitata ' Perawan atau Janda ' yang diputarkan Kak Lina berulang kali, membuatkan saya tersenyum geli hati membayangkan suasana gerai jualan di situ.
Penulis memang rajin menulis setiap judul novel berkaitan dengan DUDA yang dibaca Dara sepanjang berniaga di situ, kasihan pada watak Daus dipergunakan Dara demi matlamatnya mahu mendapatkan Uda.
Tetapi salah Daus juga yang tidak mahir membaca raut wajah dan tindak tanduk seseorang, tidak semestinya TERUNA dengan DARA begitu juga DUDA dengan JANDA. Akhirnya DUDA bersama DARA, manakala JANDA dengan TERUNA.
Tidak lama berkahwin, berjiran berniaga bersebelahan dan beranak serentak juga. Memang kelakar jika adanya pasangan macam mereka, nampaknya ditakdirkan mereka mendapat zuriat dari perkahwinan kedua DUDA dan JANDA.
MR. DUDARELLA ~ NIA QURRATUN'AINI ☆☆☆☆
Cinderella versi duda maka menjadilah Dudarella, pertemuan mereka disebabkan kesilapan Syafa semasa mengambil kasut milik ayahnya di sebuah kedai kasut tanpa melihatnya terlebih dahulu, takdir menemukan mereka di tempat kerja Nadim.
Pada hari yang sama, takdir menemukan mereka sekali lagi selepas Syafa membantu satu-satunya anak tunggal Nadim yang terlupa diambil dari sekolah. Disebabkan itu, Syafa menjadi pengganti sementara pengasuh Nadim yang balik kampung menjaga anaknya yang berpantang.
Tidak perlulah menulis panjang berjela, apapun cerita ini di antara TIGA TERATAS kesukaan saya di dalam novel mini ini. Jalan ceritanya menepati citarasa dan selera saya, menarik serta seronok dibaca.
DUDA DILARANG MASUK ~ HANNY ESANDRA ☆☆☆☆
Novel ' Duda Pujaan Dara ' nukilan penulis sudah dimiliki dan dibaca lama dahulu, namun saya sudah terlupakan jalan ceritanya bagaimana. InsyaAllah lain kali membacanya semula, jika tidak tersilap novel ini pernah diadaptasi ke sebuah drama bersiri sama seperti karyanya yang lain ' Mr. Donut Karamel ' rasanya.
Saya ini bukannya peminat menonton drama bersiri apatah lagi diadaptasi dari novel, biarpun novel yang dibaca saya sekalipun. Cerita kali ini menumpukan kepada kawan baik Ainee Marwah, Airis yang masih sendirian membujang.
Pada mulanya Airis begitu tegas menolak kehadiran kawan baik kepada ketuanya, merangkap suami kepada kawan baiknya sendiri kerana alasannya Syed Zafri adalah DUDA.
Berkat rencana Syed Zafri bersama ibubapa Airis di kampung tanpa pengetahuan empu badan, akhirnya mereka disatukan sebagai suami isteri.
Airis yang pada mulanya sombong sepanjang melayan Syed Zafri akhirnya mengaku tewas dengan perasaannya tersendiri yang mula merindui duda yang lama menghilangkan diri, sudah lama tidak menganggu dirinya.
Pada saya tidak penting status duda ke janda ke teruna ke dara ke, zaman sekarang yang dikatakan bujang tidak semestinya masih ada kedaraan ataupun keterunaan lagi. Lebih baik memilih status janda dan duda yang rasmi, dari tidak rasmi TETAPI menyiasat dahulu apakah punca penceraian mereka. Elakkan tersalah memilih jodoh dan pasangan.
DUDA FULL PACKAGE ~ ZANY EZATIE ☆
Satu-satunya cerita yang paling kurang disukai saya kerana watak utama perempuan, Ishaa kebudak-budakan, tidak matang dan hidup di dalam khayalan akibat ketaksuban menonton drama cinta dari Korea Selatan.
Jika wujudnya watak macam ini, memang mengarut adakah menyukai Idham kerana dia kaya, tampan dan lengkap serba serbi seperti watak-watak utama dalam drama yang ditonton. Berpijaklah di bumi yang nyata, rasanya novel picisan melayu di pasaran kebanyakan menggambarkan watak utama lelaki kenalah kaya, kacak dan hebat serba serbi.
Apapun cerita inilah yang paling tidak sesuai dengan selera dan minat saya, sepatutnya watak Ishaa digambarkan lebih matang dan sesuai dengan watak Idham. Membaca watak Ishaa mengingatkan saya kepada watak utama perempuan dari drama bersiri Taiwan ' Campus Shrewd@Miss No Good ' kerana suka menamakan setiap benda termasuklah skuter kesayangannya.
Rasanya saya lebih menyukai watak-watak dari drama bersiri Taiwan 'Campus Shrewd@Miss No Good' , berbanding watak Ishaa.
DUDA GILA AKU ~ BIKASH NUR IDRIS ☆☆☆ Hambali Naimi Kasihan dengan Naimi pada 15 tahun yang lalu, di mana dirinya menghidap penyakit membuatkan perutnya membesar telah membuatkan orang sekeliling termasuklah ayah kandungnya menganggap dirinya mengandung anak luar nikah.
Malah doktor lelaki yang mula merawatnya juga menyindir seolah-olah dirinya perempuan murahan, nasib baiklah doktor perempuan selepas itu yang merawat dirinya dan selepas itu dia rapat dengan Dr. Malika.
Doktor telah mengesahkan dirinya tidak boleh mengandung dan ayahnya yang berperangai teruk lebih rela anak perempuannya, Naimi mati dari menjadi perempuan tidak sempurna.
Alhamdulillah takdir menemukan Naimi kembali dengan Hambali yang pernah ditemui pada 30 tahun yang lalu, biarpun Hambali duda anak empat orang di usia 39 tahun setelah kematian isterinya pada 6 tahun yang lalu semasa melahirkan kembar.
Rupa-rupanya Naimi pernah melamar Hambali semasa kanak-kanak menjadi isterinya dan perjanjian itu diingati sampailah sekarang, malah arwah isterinya juga pernah meminta Hambali mengahwini Naimi kerana janji yang dibuat itu.
Hambali sanggup menerima kekurangan diri Naimi yang tidak boleh mengandung kerana dirinya sudah mempunyai anak-anak dari perkahwinan pertamanya, anak-anak tiri Naimi sangat menyayangi dirinya dan menerimanya sebagai sebahagian dari keluarga mereka.
Sungguh beruntung Naimi mendapat suami seperti Hambali yang memahami, penyayang, bapa yang bertanggungjawab dan layak dijadikan suami. Berbanding arwah ayah Naimi yang kaki pukul, menduakan ibu Naimi dan teruk dalam melayan isteri serta anaknya.
Agaknya berapa ramai pasangan suami isteri di luar sana berjaya mempertahankan rumah tangga mereka tanpa zuriat seperti pelakon Mark Adam, Beto Kusyairy, Izzue Islam dan ramai lagi.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Sebenarnya, kurang pasti kenapa beli buku ni. haha. Waktu jalan-jalan di kedai buku hari tu, aku rasa macam perlukan sebuah buku yang santai untuk dibaca. Apabila terlihat nama Rehal Nuharis, terus sambar tanpa peduli apa-apa. haha. Siapa yang tak kenal Rehal Nuharis, oit!
Dalam buku ini, ada 5 cerita dari 5 penulis. Setiap mereka membawa tema duda & dara. Penulis-penulis yang ada pun bukan calang-calang orangnya. Ada yang dara kejar cinta duda, dan sebaliknya. Memang santai.
Aku bukanlah seorang yang suka baca genre cinta. Tapi, kalau nak santai-santai, genre cintalah yang aku cari. haha. Jadi, aku suka dengan setiap cerita yang dinukilkan dalam buku ini. Tidak keterlaluan jalan ceritanya, just nice dan tersusun. Menghiburkan meskipun ada yang boleh dikatakan perkara itu berada di luar jangkaan idea manusia biasa.
Kalau aku nak santai-santai lagi, kebarangkalian untuk aku ulang baca buku ini adalah tinggi. haha.
Overall semua cerita ok, nak kata best tak juga tapi takdelah teruk sangat. Cuma satu cerita yang aku kurang gemar iaitu Duda Full Package. Rasa macam tak kena dengan jiwa. Watak heroin bagi aku terlalu 'annoying ' dan 'childish'. Jadi pembacaan aku agak terganggu. Tapi aku cubalah juga habiskan walaupun rasa nak skip bab tu membuak-buak.
My initial intention purchasing this book was to complete my collection on Hanny Esandra's writing. However, when I began my reading journey, I can not put the book down. The authors has outdone themselves. They have in light way, beautifully enfold plot after plot of love story and life challenges. When all seem lost and hope is no where to be found, they teach us to have patient and hold on to faith for Allah is always there. Just reached out.