Jump to ratings and reviews
Rate this book

Cindai Berdarah

Rate this book
Saat pandangan Mak Nang menyentuh wajah lelaki itu, nafas Mak Nang terhenti. Wajah itu direnungnya dalam-dalam. Lelaki itu tiba-tiba meletakkan kepala di ribaan sosok wanita itu.

“Suamiku.” Beritahu sosok perempuan itu sekali lagi disusuli ketawa nyaring.

Ah! Itu Imran. Imran majikan aku! Mak Nang ingin menjerit memanggil nama Imran, jeritan Mak Nang hanya bergema di kerongkong. Mata Mak Nang merenung Imran di ribaan sosok perempuan itu. Kepala Imran diusap perempuan itu dengan senyum panjang.

“Suamiku sedang sakit.” Beritahu perempuan itu sambil mengusap–usap kepala Imran. Mak Nang masih lagi tidak mampu mengalih pandangan dari wajah Imran. Kepala Imran terkulai di ribaan perempuan itu.

“Syt...”Desis perempuan itu dengan nada suara bertukar parau dan serius. Perempuan itu tiba-tiba mengangkat kepala Imran dari ribaannya kemudian diletaknya di atas bantal di sebelahnya. Perempuan itu mencapai sebuah gelas di atas meja kecil di sebelah katil berkerawang itu. Sebilah pisau berkilat dikeluarkan dari lacinya.

Perempuan itu tiba-tiba bangkit dari katil dan berdiri merenung ke wajah Mak Nang. Jantung Mak Nang berdegup pantas.

Paperback

First published March 1, 2017

2 people are currently reading
14 people want to read

About the author

Indah Hairani

13 books27 followers
Indah Hairani atau nama sebenarnya Ramlah Latif bertugas sebagai Pembantu Pegawai Muzium.

Beliau yang turut menulis puisi dan juga skrip drama radio juga enggan mengalah malah tidak pernah jemu menambahkan ilmu dalam bidang penulisan.

"Seorang penulis itu juga perlu seorang yang berilmu pengetahuan kerana dia bukan hanya menulis untuk tujuan komersial tanpa ada arah tuju" katanya.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
5 (20%)
4 stars
4 (16%)
3 stars
6 (25%)
2 stars
5 (20%)
1 star
4 (16%)
Displaying 1 - 8 of 8 reviews
229 reviews16 followers
June 12, 2017
*2 Stars

Saya akui, saya beli buku nie kerana cover depannya. Ia mengingatkan saya kepada Lengloi karya Maria Kajiwa. Bezanya, Lengloi saya bagi 5 bintang. Dan utk buku ini, saya sebenarnya paksa diri utk habiskan. Saya agak celaru dgn plot cerita nie. Konsepnya menarik. Ala2 saka. Terpaksa/dipaksa menerima cindai dan secara xlangsung terikat dgn sumpahan keluarga. Menarik kan? Tapi storyline is all over the place. Gangguan demi gangguan mcm terlalu byk ke atas semuaaa watak hingga saya rasa sesak. Yes, I get it. Penulis nak aksi. Jadi xada waktu bertenang. Sentiasa ada gangguan. Tapi ada yg sehingga saya rasa,APAKAH??? Tak faham. Kenapa org nie diganggu?

Dah semua yg ada/msk dlm rumah Imran diganggu, tak ada yg nak sarankan supaya berubat. Semua mcm redhooo je diganggu. Erm...berkali2 pulak 2. Haishhh..kuat btol semangat dorng. Dan Mak Nang. Saya pelik dgn Mak Nang. Masa MN dikampung. Ketika anak sedaranya Suhana diganggu, hebat MN ubatkan dia. Tapi, masa Anis, Riena dan even Imran yg diganggu, kenapa MN xbuat apa2? Pendek kata, karekter setiap watak dlm buku nie mmg unpredictable. Sekejap begini. Sekejap begitu. Saya xmampu nak hayati. Jadinya, saya sekadar membaca. Tapi xada rasa.

Apa yg menariknya, saya suka kisah Asep, Sunti dan Gentala/Gentara?(tgk,bru je habes bca,nama watak pun dah xigt. Nmpk tk tiada penghayatan disitu). Kisah cinta 3 segi dorang kalau dikembangkan lg mgkn akan lebih menarik. Saya suka kisah begitu. Pembacaan saya laju dan lancar ketika tiba bahagian kisah mereka. Kerana nak tahu apa jd pada mereka bertiga saya habiskan buku nie. Kalau tak,mgkn saya terpaksa hentikan je pembacaan. Xberminat nak tau kisah Imran dan Riena (yg saya xfhm kenapa nak curiga sgt dgn MN dan Anis). Emo lain mcm perempuan 2. Haha.

Satu lagi, kesalahan ejaan dan terdpt byk perkataan2 yg tertggl. Saya bkn seorng yg fussy. Satu dua kesalahan, even 10 pun saya boleh terima lg. 10 dlm satu buku yea adik2. Tapi kalau dah berpuluh2. It annoys me much yea. Very2 much indeed! Membuatkan saya xnak beli lg buku dari publisher nie. Utk buku seram, lebih baik saya stick dgn Buku Prima. They did an awesome job. So far I discovered a few good horror books from them.

Saya bermurah hari bg 2 bintang. Kerana saya hargai penat jerih penulis. TETAPI, do not judge the book by its cover. NEVER! The cover may look scary and creepy, but the content may be some cheesy heart warming romance. Haha. Hyperbola daku!!
Profile Image for Annakarenina.
142 reviews15 followers
May 16, 2017
PBAKL2017 #19

2*

Sy suka kisah mistik yg ada kena mengena dengan sejarah keturunan. Tapi dlm Cindai Berdarah ni taktaulah kenapa sy rasa jalan ceritanya serabut sangat. Mungkin hanya pendapat sy shj begini dan orang lain mungkin enjoy baca buku ni. Jadi sy bg 1* utk usaha penulis dan 1* lagi utk kisah sejarah Gentala-Asep-Sunti.
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 12 books107 followers
August 1, 2017
terbejat kejap otak camna nak story berkenaan novel nih. hehe.. cover buku sememangnya menarik sama juga buat semua novel seram terbitan yang sama yang akak baru baca sebelum yang ni. idea sangat menarik. cuma perjalanan ceritanya agak berserabut dan kelam kabut. ianya tak di susun dengan berapa kemas. sayang untuk sebuah kisah yang sebenarnya boleh buat pembaca berasa teruja untuk membaca tapi beralih kepada perasaan eh.. dah kenapa pulak cerita ni macam ribut taufan?..

imran secara terpaksa menerima satu kotak yang berisi cindai dari tok muda. dan selepas saja dia terima, tok muda meninggal. imran anak yatim piatu dan tinggal bersama mak nang. sejak dia terima kotak tersebut, imran mengabaikan saja pesanan dari nek muda terhadap apa yang perlu dilakukan pada cindai tersebut. dan imran mula menerima gangguan. gangguan tersebut turut mengganggu mak nang yang menghuni rumah imran..

riena dan anis sahabat dan juga rakan sekerja imran juga diganggu. haa... part ni memang agak bercelaru. faham sebenarnya puan penulis nak gambarkan yang mereka sukar nak membezakan realiti dan gangguan. tapi bila berulangkali jadi macam terganggu pembacaan. begitu juga bentuk penyampaian gangguan ada ketika amat longgar dan membuatkan pembaca rasa sedikit hambar walaupun sebenar kisah seram dan kejam.

part yang membuat rasa kembali teruja baca bila kisah asep dan sunti diperjelaskan. bagaimana kembar tersebut berebutkan gentala dan siapa yang menjadi korban. Hmm... tapi gangguan dari asep dan hilangnya anak sunti agak kabur dan tiada perincian. sebelum itu juga selepas mayat asep hilang tak pula diperjelaskan kisah seterusnya.

yang pasti imran adalah keturunan ke 7 dan cindai tersebut diperturunkan dari satu keturunan kepada satu lagi selepasnya. hubungan imran dengan tok qassim pun tak ditelitikan. sayangnya... keseluruhan kisah boleh diterima. jodoh, maut semua Allah saja yang mengetahui. Jika tiada jodoh, walau macam mana cinta sekalipun harus terima dan bukan menyimpan dendam. arah cinta sesama manusia pun bukan boleh dipaksa. tahniah untuk puan penulis dan moga dapat berkarya dengan lebih baik lagi untuk yang akan datang...
2 reviews
September 24, 2021
mula mula tu stop kat chapter 3/4 sbb takut sikit dgn unsur saka/hantu keturunan tapi harini cuba untuk habiskan baca sebab nak tambah buku baru. setiap gangguan agak menyeramkan, buat meremang bulu roma tapi rasa mcm setiap watak terlalu kerap diganggu. peliknya, takde yang rasa something is wrong dan niat nak berubat melainkan semasa di 3/4 cerita. plot menarik sangat, especially backstory gelantala-asep-sunti tapi flow berterabur.

makin baca makin tak paham sebenarnya apa kaitan cindai tu dengan roh asep dan sunti. takkan roh dan dendam semata-mata boleh jadikan mereka cukup kuat untuk menyerupai manusia dan mengganggu reina-anis-mak nang sampai teruk sangat. tambah pelik bila mak nang nampak knowledgable nak rawat suhana tapi completely at lost bila diganggu di rumah imran.

paling tak tahan dengan ending. takkanlah si imran takde refer mana mana ustaz atau berubat untuk putuskan hubungan antara dia dengan cindai tu? terus serah kat muzium pastu bila kain cindai tu hilang, buat terkejut pulak. takkanlah roh asep-sunti akan blah macam tu lepas dia pass kain tu kat orang lain. pastu open ending pulak tu, buat orang tertanya-tanya apa jadi sebenarnya sksk

cover was good, the plot was good.

certainly penulis boleh berkarya dengan lebih baik lagi. goodluck
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Sha Mohamed.
2,523 reviews1 follower
January 11, 2018
Okay.. #cindaiberdarah #indahhairani #karnadya #novelmelayu #novelseram #horrornovel #seram #bookstagram #hobisaya #bookworm #bookreview #booklover #reviewbukuolehsha #bookreviewbysha #bacaanjanuari2018 #bloggerbuku #blogger #bloggerperak #blogkasihkuamani #membacajambatanilmu
Profile Image for RAHAMAH.
14 reviews
January 13, 2018
Jalan cerita agak mengelirukan, namun plot cerita agak menarik, lain daripada yang lain. Kadang kala saya tidak merasakan kepuasan pada cerita. Cover tip top, daya penarik pembeli .
Profile Image for Leortna.
10 reviews1 follower
January 1, 2019
Saya suka jalan cerita yang lampau. Tapi secara jujur nya jalan cerita untuk yang masa kini agak kucah kacih. Untuk penamat nya pulak agak singkat dan menjadi tanda tnya.
Profile Image for Casper Judati.
61 reviews2 followers
April 12, 2019
Hanya satu saja komen yang saya mampu lontarkan : KARYA INI TERUK
Displaying 1 - 8 of 8 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.