Jump to ratings and reviews
Rate this book

Buku Terakhir Tentang Hantu

Rate this book
1999-2000.
Waktu tu, ketakutan saling tak tumpah umpama nafas. Tarik - terfikir hantu, lepas - memikirkan yang sudah mati. Lebih menakutkan bila abah marah sebab aku penakut sangat. Sampai jiran kampung sebelah pun boleh bau aku punya penakut. Tapi tu dulu, berbelas tahun dahulu. Sekarang, hantu hanya wujud dalam bentuk fiksyen. Novel, filem, drama dan tipu daya orang-orang kampung.

Ini buku terakhir tentang hantu.

Diharapkan selepas ini, tiada lagi yang menulis tentang hantu. Biarlah mereka tenang dan "hidup" seperti biasa. Tiada apa yang perlu ditakutkan tentang hantu. Yang lebih menakutkan jika takut pergi ke masjid malam-malam kerana takut hantu. Percayalah, takut pada hantu takkan membawa kita ke mana-mana, tapi takut pada Tuhan boleh sampai hingga ke syurga.

Woha!

166 pages, Paperback

First published April 1, 2017

14 people want to read

About the author

Hamka Kereta Mayat

13 books51 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
7 (31%)
4 stars
12 (54%)
3 stars
2 (9%)
2 stars
0 (0%)
1 star
1 (4%)
Displaying 1 - 6 of 6 reviews
Profile Image for Pak Badrul.
Author 3 books6 followers
June 17, 2017
Bagi yang nak tahu tentang hantu dan tips berhadapan dengan gangguan makhluk halus boleh lah baca buku hamka ni. Macam biasa, penceritaannya santai dan kelakar. Siap ada lukisan kartun lagi yang menyerikan penyampaian buku ni. Dan aku paling terkesan dengan bab pengenalannya. Deep dan memberi sedikit kesedaran demi kemajuan umat. Hehehe...
Profile Image for Shahrul AhLami.
188 reviews13 followers
December 24, 2017
Buku Terakhir Tentang Hantu. Hamka Kereta Mayat. Terfaktab Fine. 2017.

1) Buku ini aku beli kat Big Bad Wolf haritu.

2) Buku ini ditulis oleh Hamka Kereta Mayat manakala lukisan komik dilukis oleh Nazrul Ali.

3) Buku Terakhir tentang hantu ini mengandungi 10 BAB & setebal 164 muka surat.

4) Buku ini bukanlah seperti buku-buku seram di luar sana. Nama je Buku Terakhir Tentang Hantu tetapi bila kau baca buku ini, kau tak rasa seram langsung malahan kau akan tersengih atau ketawa seorang diri.

5) Penulis ada berkongsi tips untuk tidak takut dengan hantu. Kalau nak tahu, kau kenalah baca buku ini.

6) Apa reaksi kau bila ada orang bercerita tentang hantu? Ataupun apa perasaan kau bila menonton cerita-cerita hantu? Mesti kau ada rasa takut & seram, kan?

7) Kau kena baca buku ini untuk mengetahui macam mana nak atasi rasa takut & seram tu.

8) Nak kongsi sikit pesanan daripada penulis. " Percayalah, takut pada hantu takkan membawa kita ke mana-mana, tapi takut pada Tuhan boleh sampai hingga ke syurga. Woha !"

9) Ini pulak pesanan daripada aku, kalau kau dah baca buku ini, jangan disimpan sorang2, kau kena kongsi dengan orang lain.

10) Sekian daripada aku. Selamat membaca !

#duniaBOOKku📚
#alonalonjanjikelakon
#breatheNread
#2017readingchallenge
[ ENAMpuluhDUA ]
Profile Image for Hanis Khaleeda.
90 reviews10 followers
April 22, 2018
Buku Terakhir Tentang Hantu by Hamka Kereta Mayat.

- Buku ni mestilah pasal hantu. Ada 10 bab dan 164 muka surat.

- Kita kalau dengar je topik pasal hantu mesti excited nak tahu walaupun kita takut atau seram bila dengar perkataan 'hantu' tu kan? Ke tak ?

- Dalam buku ni penulis ada kongsikan tips-tips untuk tidak takut kepada hantu. Wow ! Nak tahu? Bacalah !

- Haa, anda tak akan bosan semasa baca buku ni sebab ada lukisan komik yang dilukis oleh Nazrul Ali.

- Macam biasa, kalau baca buku Hamka Kereta Mayat ni mesti ada je benda ilmiah yang beliau akan share. Mostly yang berkait dengan agama la. Dan macam biasa juga, ada je benda-benda lawak yang membuatkan anda tersengih atau gelok bila baca buku ni.

- Pesan penulis, kalau kita jumpa atau bunyi benda-benda pelik, sila la pergi tegur ! Woha ! Hahaha.

- Semoga lepas baca buku ni, kita dah tak takut dengan hantu lagi dah, sebab yang perlu kita takut adalah dengan sang Pencipta itu sendiri. Oh ya, ada beza jin dengan hantu tau.

- Selamat membaca buku pasal hantu !

#2018readingchallenge
#duniaBOOKku
#bukulapanbelas
Profile Image for Hasif Ahmad.
3 reviews
July 20, 2017
Bahasa yang mudah. Boleh dijadikan asbab untuk menghilangkan rasa takut ke atas cerita-cerita tentang hantu. Penceritaan yang santai dan menghiburkan diselangi dengan lawak jenaka yang melucukan.
Profile Image for Shea.
153 reviews5 followers
January 1, 2020
I started liking this book but after a few chapters... I changed my mind. Fresh concept. Cuma ada few things yang mengganggu. Selain typo.

Contoh di halaman Berkenaan Komik menyatakan ada sebahagian lukisan di Bab 2 yang dilukis oleh penulis tapi, Bab 2 mana ada lukisan?

Yang lain-lain tak payah kupaslah sebab I think it’s a matter of taste. Yang mana I cringed tu, I sangka baik je la that I’m simply not their target audience. Content ok, ada isi. Presentation creative, tak membosankan.
Profile Image for Shahmi Fadzli.
93 reviews
September 3, 2022
Jelas dan nyata, buku ini menyedarkan kita untuk lebih berani untuk berhadapan mitos dan sebagainya. mcm tu la. Editor pun baik siap ada komik lagi. Tahniah penulis 🔥
Displaying 1 - 6 of 6 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.