Kita tidak perlu takut dengan sejarah kita sendiri. Sejarah kita bukanlah hulubalang dan keris yang tewas dengan meriam-meriam Portugis. Sejarah yang diceritakan tanpa asas-asas yang kukuh hanyalah dongengan semata.
Rentaka Sekalian Bijasura adalah senjata yang ditempa Srikandi untuk semua. Walau hitam atau putihnya sejarah itu, ia mesti mendidik kita menjadi berani dan kuat. Sejarah bukan lagi untuk berpenglipur lara mengalir air mata, tetapi sebagai azimat perjuangan membantai kelesuan hidup, mengalir sebagai adiwira.
Bukanlah mudah untuk menghabiskan sesebuah buku sejarah lebih-lebih lagi ketebalannya mencecah sehingga 522 helai muka surat. Namun hal ketebalan itu bukanlah sesuatu yang saya mahu tampilkan sebaliknya kepadatan fakta yang terkandung dalam buku ini sangatlah saya kagumi terhadap penulis yang sungguh-sungguh mahu pembaca mempelajari dan mengenal sejarah asal usul bangsa satu ketika dahulu.
Sepertimana buku-bukunya sebelum ini Emas Para Dapunta dan Maharaja dan Baiduri Segala Permaisuri, Rentaka Sekalian Bijasura membawa pembaca kehebatan Kedah Tua yang pernah memproses besi di Sungai Batu sehinggakan dijadikan pedang yang berkait rapat dengan garis masa Nabi Ibrahim as sehinggalah ke zaman Quraisy Makkah.
Penulis juga membawa bukti atau rujuk silang bahawa bangsa Melayu bukanlah pendatang sepertimana dakwaan yang tidak bertanggungjawab, bahkan sudah lama menetap di Kepulauan Melayu sejak dahulu lagi (Tamadun Sungai Batu). Persamaan bahasa yang di kalangan kelompok Austronesia – Hawaii, Oceania, Kepulauan Melayu, Madagascar, di samping kajian genetik (DNA) penyelidik antarabangsa sedikit sebanyak menguatkan lagi hujah keberadaan bangsa Melayu lebih awal lagi.
Kisah kerajaan Perak dalam mempertahankan wilayahnya dari ancaman Siam melalui serangan Ligor juga sangatlah dikagumi melalui kebijaksanaan Sultan terdahulu yang dipaksa untuk membayar bunga emas. Walaupun kerajaan Perak menawarkan kerjasama dengan Kedah untuk mempertahankan dan menyerang Siam ditolak oleh Kedah, tetapi sifat tidak mudah putus asa dan akal panjang yang ada pada kesultanan Perak berjaya mengekang kemaraan Siam melalui beberapa siri serangan Ligor.
Di samping itu, perbezaan Siam dan Thai juga dijelaskan yang mana kita sering kali terkeliru bahkan boleh jadi tidak kenal perbezaan antara kedua ini. Thai merupakan bangsa yang menetap di bawah wilayah selatan China sebelum bertebaran dan melakukan serangan terhadap kerajaan Angkor sehinggakan budaya orang Khmer (Kemboja) juga dicedok oleh bangsa Thai sehingga kini. Hal ini boleh dilihat pada persamaan seni bina, tarian, pakaian tradisional dan sebagainya impak daripada ‘culikan’ tersebut.
Banyak lagi perkara yang dijelaskan oleh penulis berkenaan sejarah bangsa yang saya anggap akan ada penambahbaikan dan maklumat terkini memandangkan akan ada penemuan dan kajian baharu lebih-lebih lagi penemuan Tamadun Sungai Batu yang masih berada dalam peringkat pengkajian lagi.
Dari segi penambahbaikan buku ini, saya mengharapkan akan ada susunan dan pengkhususan topik-topik yang lebih jelas lagi (penggunaan nombor sedikit mengelirukan) dan kertas kerja yang terdapat di dalam buku ini kalau tidakpun diterjemah secara literal, dapat diperjelaskan sedikitpun sangatlah dihargai.
Finish this book just before Malaysian independence day. I guess our glory has ended, yahh? From the well known iron melting pot to the divided nation, we have certainly were tainted by colonizer. We were told that we are non civilized people, no law, lazy people, and worse, they claimed we are from India. So, what do we need to go from here? After we all have discovered our buried treasure, how can we raise as whole again?
Buku ini merupakan kumpulan artikel, rencana, tulisan eceran dan seumpamanya, jadi terdapat banyak pengulangan terhadap isu, hujah dan pandangan. Ia mengurangkan 'mood' pembacaan. Namun, usaha memudahkan kefahaman dan pendedahan pengetahuan dan disiplin sejarah wajar dipuji. Saya bersetuju usaha penulis dan sejarawan untuk mengangkat kajian akeologi Sungai Batu, perang Siam - Perak dan kepentingan ilmu sejarah kepada masyarakat terutamanya kepada generasi muda.
Mencuba dan tersuka dengan koleksi penulisan cik Srikandi. Bagus untuk membakar jiwa Melayu, supaya berusaha gali sejarah sendiri.
Banyak artikel menarik dikongsi cik Srikandi, yang tidak terhad kepada sejarah Melayu sahaja. Bacalah! Dan keluar dari saka penjajah yang menguasai silibus Sejarah sekolah.
Cik Srikandi menggunakan pendekatan kisah sejarah dalam buku ini berdasarkan kajian dan fakta ilmiah secara santai dan mudah untuk difahami. Diselitkan juga dengan mitos dan dongeng dan kisah-kisah sejarah dari luar yang saling berkait diolah secara intelektual.