Jump to ratings and reviews
Rate this book

Kembara Peniaga Jalanan

Rate this book
Ini cerita sedap tentang seorang budak kampung yang mula serius untuk berniaga sejak mula berhijrah ke ibu kota. Ini catatan perjalanan aku, Ikram Al Banjari.

Bisnes bukan tentang modal duit dan berapa banyak diut yang kita nak buat. Tetapi bisnes itu adalah sebuah perjalanan yang tiada penghujung.

Bisnes adalah sebuah perjuangan dan penuh cerita kehidupan. Kembara Peniaga Jalanan adalah cerita bagaimana aku boleh mula minat bisnes dari sekolah sehinggalah aku benar-benar serius sampai sekarang.

Bacalah.

143 pages, Paperback

First published April 1, 2017

1 person is currently reading
16 people want to read

About the author

Ikram Al-Banjari

1 book3 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
13 (35%)
4 stars
15 (40%)
3 stars
7 (18%)
2 stars
2 (5%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 13 of 13 reviews
Profile Image for Naim al-Kalantani.
283 reviews17 followers
Read
October 16, 2017
Melalui buku ini, kita dapat konsep yang mudah diamalkan oleh Ikram "kalau nak berniaga, just do it". Fuck-kan semua masalah, teruskan perniagaan anda.
Profile Image for Fara.
235 reviews19 followers
January 18, 2019
Perkongsian pengalaman niaga yang menarik. Banyak tips berharga. Saya jangka ada cerita kegagalan terselit di mana-mana. Sayangnya tiada. Bukan kerana mengharapkan kegagalan orang, tapi saya rasa cerita yang pahit-pahit juga perlu supaya pembaca boleh belajar daripadanya. Sama ada penulis sangat bertuah kerana ada sentuhan emas (dan rezeki bertemu dengan hamba Allah yang baik-baik) atau pun memang beliau rasa tak perlu ditekankan di sini.

Apapun, keberanian penulis wajar dicontohi. Semoga terus berjaya!
Profile Image for Hanis Khaleeda.
90 reviews10 followers
April 25, 2018
Kembara Peniaga Jalanan by Ikram Al-Banjari.

- Buku ni mengisahkan tentang pengalaman penulis dalam bidang perniagaan sampai la beliau berjaya sekarang.

- Penulis merupakan seorang usahawan yang berjaya pada abad ini. Ya, berjaya.

- Dalam buku ni, penulis cerita yang beliau start menjual ni pada umur 10 tahun. Masa tu dia jual jambu batu je depan rumah dia.

- Lepas pada tu, dia cuba untuk mencari lagi pengalaman menjual ni dengan kerja di kedai makan, jadi kuli dan banyak lagi.

- Haa, penulis ada bagi tips macam mana untuk buat bisnes ni. Actually, banyak tips.

- Kalau nak buka bisnes, tak perlu nak buka kedai besar terus. Untuk permulaan, jual tepi jalan tu dah kira nice dah. Yang penting buat, kalau setakat ada niat, ada plan, tapi tak buat, memang tak jalan.

- Ada orang bagitau aku, have a plan, work the plan.

- Kalau siapa-siapa nak buat bisnes, elok la baca buku ni. Tapi kalau takde niat pun boleh je baca untuk tambah pengetahuan pasal bisnes ni.

- Bila baca buku ni, banyak sangat aku dapat info-info pasal negara lain.

- Kalau nak tahu penulis jual apa lagi, sila la baca !

- Baca lah sebab dengan membaca kau dapat tahu banyak benda.

#2018readingchallenge
#duniaBOOKku🎓
#bukuduapuluh
Profile Image for Incek Akim.
83 reviews9 followers
August 24, 2017
Teruja sangat dengan cerita penulis. Tiba-tiba rasa semangat nak berjualan. Aih... nak resign la camni, nak try start bisnes pulak! Haha
Profile Image for Syed Shahrom Wafa.
273 reviews16 followers
July 18, 2018
Dari sekecil-kecil perniagaan menjual jambu batu sehingga menjadi pembekal barangan kering dan basah ke Jepun & Korea. Anda memang sebenar-benar usahawan Encik Ikram.

Menantikan buku keduanya yang beliau ada nyatakan di dalam buku ini yang bakal menceritakan dengan lebih lanjut pelbagai perniagaan yang beliau telah ceburi. Pasti menarik.

Sesuai untuk sesiapa saja yang ingin mencari motivasi untuk memulakan perniagaan.

Teruskan mencabar diri!
Profile Image for Shahrul AhLami.
188 reviews13 followers
August 13, 2017
Kembara Peniaga Jalanan. Ikram Al-Banjari. Thukul Cetak. 2017.

1) Buku ini memang sedap. Ada 143 mukasurat. Aku percaya korang boleh khatamkan buku ini dengan sekali hadap.

2) Di dalam buku ini, penulis berkongsi pengalamannya menceburi bidang perniagaan & keusahawanan.

3) Seawal umur 10 tahun, penulis dah mula berniaga. Jual jambu batu di tepi padang. Inilah bisnes pertama dia.

4) Bermula daripada situ, minat untuk berniaga semakin membuak-buak.

5) Antara bisnes yang paling 'rare' yang penulis kongsikan ialah bisnes cuci kereta di dalam universiti.

6) Penulis berkongsi tips-tips dalam menjalankan perniagaan.

7) Buku ini memang sesuai dibaca untuk korang yang minat dalam bisnes.

8) Eh, jap ! Buku ini juga sesuai untuk korang yang tak minat dalam bisnes tapi minat membaca. 😁

9) Mana tahu selepas dah baca buku ini tiba-tiba minat nak buat bisnes tu datang dalam fikiran korang, kan?

10) Seingat aku, waktu aku sekolah dulu, aku pernah jual nasi lemak yang mak aku buat. Nasi lemak endok ceplok ( Baca : Nasi Lemak Telur Goreng ) .

11) Waktu tu, aku jual kat kawan-kawan sekelas. Bila tiba waktu rehat, kitorang makan sama-sama dalam kantin. Sedap woi ! Dia punya nikmat tu hanya orang yang makan je boleh tahu. Kah ! Kah ! Kah !

12) Ok, dah itu je.

13) Sekali lagi nak bagitahu, buku ini memang sedap. Dia punya nikmat tu hanya orang yang membaca je boleh tahu.

14) Dah lah, tulis panjang-panjang pun bukannya korang nak baca .🙄.

15 ) Selamat membaca !

#duniaBOOKku📚
#alonalonjanjikelakon
#breathNread
Profile Image for Benz.
Author 20 books104 followers
May 1, 2018
Antara buku yang memuaskan dari Thukul Cetak. Meskipun buku ini tidak ada apa-apa ideologi, seperti namanya, kerana menurut penerbitnya, mereka adalah penerbit plural yang menerbitkan apa sahaja buku.

Baik.

Penulis buku ini tahu mendalam mengenai apa yang diperkatakannya. Daripada kisah berniaga semenjak kecil hinggalah import-eksport, dari zaman sekolah sampailah masuk ke university, dari mengimport barang-barang Made In China sampai jual udang ke Korea Selatan. Walaupun tidak didedahkan dengan ‘secret resipi’nya, tetapi buku ini bagus untuk menggalakkan semangat wirausaha (keusahawanan/peniaga) di kalangan anak muda atau mereka yang baru hendak berjinak-jinak berniaga. Sememangnya itu adalah semangat praktikaliti yang diamalkan oleh para peniaga.

Aku rasa komentar ini masih bersifat biasa.

Baik. Apa yang seorang Kiri/Sosialis boleh dapat hasil membaca buku peniaga/petite borjuazi begini?

Aku rasa, aku dapat memahami bagaimana caranya seseorang peniaga kecil itu mahu bermula, sebelum ia menjadi peniaga besar dan seterusnya kapitalis. Seorang kapitalis itu tidak bermula secara besar-besaran atau tiba-tiba, melainkan dia anak lord. Dia pastilah seorang entrepreneur tegar, seorang yang workaholic sekaligus pandai melihat peluang. Ini adalah ciri-ciri positif pada seseorang peniaga itu, sebelum ia berkembang menjadi negative dengan menindas orang lain, dan mempunyai beribu alasan yang lain untuk menjustifikasikan penindasan tersebut. Dia akan bermula dengan kisah susah hidupnya.

Ok, itu kritik. Tapi apa lagi benda yang baik boleh dipetik di dalam buku ini?

Ilmu.

Penulis buku ini seperti disebutkan di awal mempunyai pengetahuan dan semangat sanggup bersusah payah untuk mengetahui sesuatu (yang menguntungkan). Ia tidak lokek masa, duit dan tenaga untuk mendapatkannya. Dan sesuatu itu akan diusahakannya sehingga dapat – berdasarkan buku tulisannya ini, beliau bukan hangat-hangat tahi ayam – aku belum berjumpa lagi di mana aku boleh kritik jika ia melakukan penindasan dan cuba menghalalkan penindasan tersebut, kerana nampaknya bisnes-bisnes yang dilakukannya ini seperti tidak mempunyai para pekerja (tetap), melainkan Tudia Char Koey Tiaw, yang menurutnya dijaga dengan elok. Tetapi kerja warung kedai makan Melayu, tak berapa teruk sangat. Ia tak macam bisnes restoran kedai mamak yang menekan para pekerjanya bekerja sehingga 12 jam.

Antara berniaga dan bekerja mana lebih baik?

Kedua-duanya sama penting dan sama-sama memerlukan. Otak dan otot kedua-duanya perlu. Kita tak boleh nak galakkan semua orang jadi kaya dan meninggalkan pekerjaannya yang penting, maka sebab itu gaji minima – (pekerjaan) jadi sangat penting. Maka kerana itu pekerjaan guru, nelayan, petani, itu semua penting.

Tetapi berniaga menuntut otak yang lebih kreatif dan imaginative (yang lebih banyak dimiliki oleh kapitalis). Kerana bukan senang nak berniaga berbanding bekerja. Dan berniaga tidak semestinya didorong oleh hendak menjadi kaya dan tamak semata-mata. Mungkin itu sahaja yang ada pada seseorang itu disebabkan dia tidak dibenarkan bekerja di sector-sektor tertentu atau tidak mempunyai pendidikan tinggi, atau tidak mampu bekerja disuruh itu-disuruh ini menyebabkan dia memaksa dirinya untuk membuka sebuah kedai kecil atau berjualan dari meja ke meja. Jadi perniagaan tidaklah semestinya bererti penindasan atau pengejaran terhadap objek bernama wang semata-mata.

Dan buku ini sesuai dan elok dibaca, kerana bisnes-bisnes yang dicanang-cadangkan beliau berdasarkan pengalamannya adalah bisnes yang real, bukan bisnes skim cepat kaya yang banyak di pasaran. Tidak ada jalan mudah untuk dapatkan sesuatu.
Profile Image for Ili.
59 reviews1 follower
September 7, 2017
"Ini cerita sedap tentang seorang budak kampung yang mula serius berniaga sejak mula berhijrah ke ibu kota."

Sinopsis ini tidak menipu. Sungguh, semua cerita dalam buku ini sedap-sedap belaka.

Bermula dari zaman sekolah rendah penulis sudah mula berniaga. Makin menginjak dewasa, makin banyak dan pelbagai jenis perniagaan yang beliau cuba.

Makin lama kita membaca buku ini, makin jauh penulis bawa kita meneroka kisah suka duka business beliau yang kebanyakannya perkara baru bagi saya.

Selama ini peluang business yang saya nampak sebagai anak muda cuma business online dan business jalanan. Rupanya terlalu banyak cabang business yang lebih luas pasarannya di merata dunia, yang boleh kita anak muda terokai, contohnya business export ikan tuna ke Jepun. Haha.

Tak rugi baca buku ni, penuh dengan kisah inspirasi dan motivasi. Kalau kau peminat business, ini memang wajib ada dalam waiting list kau.

Tak sabar nak tunggu buku seterusnya!
19 reviews1 follower
March 18, 2022
Bagus buku ni, dari sedari kecil penulis mula berniaga, ditanam pula minat untuk mengetahui pelbagai jenis perniagaan akhirnya dia mempunyai empayar nye tersendiri . Dari meja 4 segi, ke warung , seterusnya uptown, car wash dan kini menjalankan perniagaan import eksport. Tiada kejayaan yang dapat digenggam dalam sekelip mata . Semua kena berani, dan idea yang tidak kering untuk berduduk diam .
Profile Image for Hakimi Mustafa.
17 reviews6 followers
July 25, 2019
One of the best book that i have ever read. I finished it in just 2 hour as during reading it, my adrenaline is very high to finish it XD.

The book is based on real story. It is about determination, goals and many more. It is very recommended for those who interested in business

Profile Image for Mohamad Syahir.
13 reviews2 followers
October 3, 2017
Betul, sedap buku ni.. buku kedua selepas Robert Kiyosaki..😄 semoga penulis berjaya membangunkan usahawan sebangsa. Tahniah,bang!
Displaying 1 - 13 of 13 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.