"Pengarang muda dengan karya yang luar biasa enaknya" - Berita Harian, 5 Ogos 2016.
"Saharil has the gift of telling stories with a touch of humour and wit." - The Sun, 21 September 2016.
"Gaya penceritaan Saharil mampu memprovokasi arus pemikiran pembaca" - Kosmo!, 1 ogos 2016.
Perkataan adalah pigmen penulis. Kisah adalah pigmen karya. Saya fikir, pengembaraan kita sebagai khalifah dalam hidup ini penuh tepi dengan kisah, terlalu sarat dengan pengalaman, manis dan pahit.
Yang membentuk diri kita bukanlah satu peristiwa tunggal, tetapi ribuan cebisan peristiwa, carik demi carik pengalaman-pengalaman lampau, secara kumulatif memacu dan mencorak, tersintesis menjadi satu imej, pada kanvas diri.
SAHARIL HASRIN SANIN ialah seorang penulis, ilustrator, dan visual artist berasal dari Pontian, Johor, dan kini bergiat di Kuala Lumpur, Malaysia. Sepanjang kariernya, beliau telah dianugerahkan Selangor Young Talents Awards, Hadiah Sastera Darul Ta’zim Johor, Hadiah Sastera Berunsur Islam, serta lain-lain pengiktirafan. Biodata: http://bit.ly/biodata-saharil
Ada satu kegembiraan bila baca buku ini. Tak pasti kenapa-- mungkin cover pink yang cantik, dan Saharil sendiri yang sememangnya antara penulis kegemaran saya.
Ibu Kota Luka mengingatkan saya kepada novel Dentang. Kisah di dalam kisah. Di sini ada Lagenda Marian Makiling, yang kisahnya agak menarik juga. Saharil sememangnya seorang pencerita yang bagus. Meletak fakta dan kisah dongeng satu dua di setiap tulisannya, penambah rencah yang melengkapi cerita. Menariknya bila ada fakta ikan gapi dan burung merak dalam kisah keretakan rumah tangga, kisah pohon Gharqad pada kisah cinta Yahudi-Islam, atau asal usul Orkid pada kisah cinta dan perbualan dua orang lelaki, tentang Greek history jugak banyak. Added knowledge, thank you.
Barangkali kesemuanya saya suka. Ambil masa juga saya baca buku ini, sambil baca sambil google satu dua fakta menarik yang baru saya tahu. Ada kisah tentang emoji-emoji yang saya sangat suka sebab nampak sangat unik, sisipan hal semasa-- metafora kobis dalam drama Korea, Goblin dan ada juga saltbae dengan gaya taburan garamnya.
Ada humor dan sarcasm. Paling ingat cerpen dengan judul yang sangat panjang tapi isinya cuma satu perkataan yang sangat makan dalam. Ia sepatutnya tentang patah hati but in a seriously fun way. Saya pun tertanya juga (seperti Husin, bukan nama sebenar) tentang istilah 'patah hati' ini, ia seperti batang kayu boleh dipatah-patah barangkali.
Inilah Saharil. Beliau punya warnanya yang tersendiri. Jika kita pening meletakkan perkataan dalam satu-satu ayat untuk digubah menjadi enak, Saharil tidak perlu. Beliau hanya meletakkan perkataan di tempatnya yang betul.
Aku suka sekali Cerpen-Cerpen Patah Hati ini. Terutama bagaimana Saharil menggambarkan warna dalam kehidupan dan norma manusia. Satu persatu dari putih kepada merah, ungu dan hijau. Aku suka sekali.
Sama ada betul dia manusia atau sekadar punya perasaan seperti manusia. Ataupun dia bukan manusia namun dia ada hati seperti manusia. Semua akan ikut suka dengan apa yang Saharil sampaikan. Kahkah. Aku dah terikut-ikut.
Yang aku tahu, buku ini akan dijadikan rujukan buat semua yang kakinya bergantung di kerusi besar. Yang mana menjadi tempat duduk manusia-manusia yang bercinta dengan pen dan pensil. Lalu digabung-gabung kertasnya kemudian dijahit menjadi satu. Terus menjadi objek segi empat tebal. Dipegang dan dibelek di toko-toko,
Kemudian dijual. Lalu yang membayar akan senyum mengadap. Dan kembali menyulam cinta.
Tahniah Saharil. Sebuah lagi karya yang betul karya.
Satu lagi karya sastera yang lain macam daripada Saharil. Jika sebelum ni underground kali ini patah hati plak. Lebih serius tapi tetap berwarna-warni dan kadangkala tak tercapai dek akal. Karyanya bagus-bagus termasuklah yang satu ni. Aku suka bila dia menyelitkan unsur humor dan double meaning dalam setiap tulisannya.
Ternyata bukan bacaan ringan. Walaupun temanya patah hati, kesemua diceritakan dengan gaya yang pelbagai. Makan masa juga menghadam semua cerita yang ada.
Antara yang menarik perhatian ialah cerpen scifi bertajuk Gapi. Penulis menggunakan ilmu biokimia dalam ceritanya - menjelaskan mengapa sesetengah orang akan berlaku curang dalam kehidupan. Ia berlanjutan kepada situasi distopia dan mungkin boleh dikembang menjadi cerita lain. Menarik!
Ada juga yang perlu dibaca beberapa kali untuk faham. Ada juga yang masih tak faham dan perlu ditelaah semula. Pun begitu, naskah ini memang sangat menghiburkan.
Rasanya buku ini sudah tidak lagi dicetak, hanya tinggal saki baki di beberapa buah kedai buku. Untuk pengumpul buku-buku Saharil Hasrin Sanin, naskah ini wajib dimiliki.
Kebanyakan masa saya memilih untuk menonton filem daripada drama bersiri kerana saya suka cerita yang cepat habis, attention span saya tidaklah begitu panjang dan saya cepat berasa bosan. Demikian juga dengan buku, saya sebenarnya suka membaca cerita yang ringkas dan cepat habis. Mungkin kerana itu saya lebih memilih cerpen daripada novel.
Kali ini saya memilih untuk membaca dan menulis resensi “Cerpen-Cerpen Patah Hati” karya Saharil Hasrin Sanin. Terdapat 30 buah cerpen dan certot dimuatkan dalam buku yang diterbitkan pada tahun 2017 ini. Dalam rancu kisah yang pelbagai, intinya masih sama, seputar hal-hal patah hati.
Penggemar karya-karya Saharil pasti mengetahui apabila beliau menulis karya yang panjang, di celah-celah fiksyen itu ada fakta sains, kadang-kadang sejarah, agama atau sesekali mitos Yunani. Cerpen-cerpen dalam buku ini juga tidak terkecuali. Ada kalanya fakta-fakta yang dikemukakan cukup menarik untuk saya mengGooglenya kembali. Contohnya perkataan ‘orkid’ itu bermaksud testikel menurut bahasa Greek.
Mungkin kerana ini semua cerpen patah hati tidak ada cerpen pun yang benar-benar menggembirakan. Meski begitu saya masih merasakan cerpen-cerpen itu menarik. Menarik kerana plot, menarik kerana cara penceritaannya. Antara cerpen yang paling membekas di hati saya ialah “Cinta di bawah Teduh Gharqad” tetapi “Gapi,” “Ibu Kota Luka”, “Selingkuh Tak Sampai”, “Pengantin Akhir Zaman”, dan “Order Baru Sang Hedonis” tidak kurang menarik. Yang paling menarik mestilah “Sebuah Certot Satu Perkataan Ditujukan kepada Bekas Kekasih yang Telah Mencurigai Kebolehanku untuk Mengkhianati Cinta dengan Perikemanusiaan yang Sama Sifar dengannya.” Cerpen-cerpen ini, selain menghiburkan (bolehkah saya menggunakan ‘menghiburkan’ di sini? — di atas kisah-kisah patah hati orang lain?) juga terselit humor dan kiasan, dan ada yang mengajak kita berhenti sejenak dan berfikir.
Namun demikian, semestinya saya dapat mengesan kesalahan tatabahasa dan kesilapan ejaan dalam buku ini. Kebanyakannya melibatkan kesalahan penggunaan ‘dari’ dan ‘daripada’. Typo melibatkan nama watak juga ada. Mungkin saya yang alah dengan kesalahan-kesalahan seumpama ini, jadi ia mengundang perasaan kurang best kepada saya. Oh, di halaman 160 saya jumpa perkataan pendicocok, saya tidak tahu maksud perkataan itu. PRPM dan Google juga tidak membantu. Tetapi saya tahu perkataan baru, honar, yang sama maksud dengan onar. Terima kasih.
Kumpulan cerpen yang baik bagi aku untuk tahun ni. Walau pun tajuknya nampak cringe tapi isinya menghiburkan. Aku selalu je baca cerpen yang jenis sebegini dari beberapa penulis tempatan. Masa tu aku tak tahu kategorinya apa. Hinggalah aku baca pascakata dari penulis. Rasa macam bijak sikit bila dah tahu nama genre yang dimaksudkan.
Pointilisme. Teknik yang digunakan di dalam lukisan digunapakai ke bentuk penulisan. Campuran kata-kata, ayat-ayat, perenggan-perenggan, bila dibaca sekali imbas seperti fragmen-fragmen yang tidak berkait.
Banyak sebenarnya cerpen yang menarik seperti Cinta Di Bawah Teduh Gharqad tentang pokok orang Yahudi sebagai simbolik yang ditanam untuk melindungi keluarga. Antara dua agama berbeza tetapi membenci zionis yang satu. Dilema Dua Dekad pula tentang rasa bersalah seorang doktor di awal kariernya mengingatkan pesakit yang mati di atas sebab hutang keliling pinggang. Dan yang paling epik cerpen bertajuk Sebuah Certot Satu Perkataan Ditujukan Kepada Bekas Kekasih Yang Telah Mencurigai Kebolehanku Untuk Mengkhianati Cinta Dengan Perikemanusiaan Yang Sama Sifar Dengannya.
Bila baca esei akhir baru saya faham kenapa tulisan Saharil (terutamanya dalam buku ini) ditulis sebegini dan sebegitu *kena baca karya beliau baru sampai maksudnya* dek kerana Pointilisme (barangkali) yang sedang diketengahkan oleh Saharil.
Macam biasa, ada cerita pelik dan aneh. Ada yang tak masuk akal. Tapi masuk akal sebab karya Saharil.
Bagi aku buku ni kelakar, ada banyak cerpen dalam ni dan mostly penceritaan dia mcm, kawan kau nak cerita, apa yang jadi kat dia harini tapi perjalanan cerita dia berterabur, tiba2 tukar cerita dan kadang2 biarkan kau tertanya tanya "sebanarnya kau nk cerita apa ni?" buat kau penat nk dengar hahahahah
Paling aku suka cerpen 'transkrip bicara patah hati', buat aku tak boleh move on dan nak baca banyak kali.
Tapi bila masuk cerpen yg belakang2, ada banyak point yang aku tak tahu dan tak faham sangat.
Terima kasih kepada kawan saya nurul najwa kerana memberikan saya buku ini, memberi peluang untuk saya membaca karya penulis ini. 😶
Selain cover buku yang sememangnya cantik, koleksi cerpen ini memang unik dan memiliki kelas tersendiri. Olahan cerita yang bersahaja dengan gabungan dongeng dan fakta memang akan buatkan pembaca rasa WOW!
Baca buku ini memang sarat dengan pelbagai emosi dan pertanyaan. Ada yang kelakar ada macam "biar betul". Kepelikan yang unik dan bersahaja. Kadang plot twist pun entah apa-apa dan tak masuk akal. Hanya Tuan Saharil saja mampu buat elemen begitu dan menghiburkan para pembaca.
Saya kira ini karya yang berat. Karya beliau yang paling lama untuk saya habiskan. Cerpen-Cerpen Patah Hati ini memberat bercerita tentang cinta, tapi kisah cinta yang tak jadi, sifat-sifat egois, serta dendam-dendam yang merencat cinta. Saya tak mampu habiskan atau membaca lebih dari 5 kisah sehari, sebab nanti saya depressed kerana terlalu sedih atau overwhelmed T.T
Saharil adalah penulis yang bijak, beliau bawa pelbagai trivia dan fakta-fakta menarik, beliau adun karya sastera seperti mengadun warna untuk sebuah lukisan. Kita kadang-kadang tak faham kenapa langit dalam lukisan Saharil akan berwarna hijau (sedangkan langit seharusnya biru/jingga). Ada karya yang saya tak faham, tapi indah, maka saya biarkan keindahan yang penuh persoalan itu difahami cuma Saharil (atau pembaca bijak yang lain). Saya nikmati kesedapan ayat dan kosakata beliau sendiri sebab kadang-kadang ada benda tak perlu kita faham (macam wanita yang complicated tetapi berkarisma dan anggun dalam liganya sendiri). Saya sudahi dengan karya paling saya gemari, Cinta Dibawah Teduh Gharqad. Kisah pohon gharqad yang diceritakan oleh Rasullulah saw yang akan melindungi kaum Yahudi semasa perang dengan Muslimin. Dan bagaimana sepasang suami isteri memerangi penanaman rahsia pohon ini dibawah Masjidil Aqsa oleh zionis. Menarik dan tak masuk akal. Tapi itulah Saharil. Power!
Terkejut zombie saya boleh enjoy baca cerpen dan certot Mamat ni. Ada rasa macam tak betul pun Iya tapi itu lah sebenarnya Realiti kehidupan kan. Korang jangan tak tahu, betul lah kata Mamat penulis ni. Dunia ni, yang berjaya ialah orang jenis hipokrit. Ku pun mesti ada ya masa masa ber hipokrit. orang Paling ku suka Warna Warni Aidilfitri, Cinta Di Bawah Teduh Gharqad dan Tidak Terselamat kan. Banyak lagi yang interesting, dan serious, walaupun cara tulis dia macam nak buat lawak. Thumbs up la
bagus untuk jiwa yang lara yang sedang mencari jalan how to survive a heartbreak and find a way to forget. Brilliant writings, funny and smart at the same time. Memang rekomen semua orang baca buku ini! Tak rugi.
ada satu perihal yang saya sedar dalam penulisan saharil. beliau begitu konsisten menulis tentang palestin; muslihat zionis meruntuhkan al aqsa dengan menggali terowong didasar masjid al aqsa, perihal suasana di jerusalem, makanan nya, budaya nya, termasuklah perihal yahudi membina rumah hijau gergasi di dasar masjid al aqsa; membina tapak semaian gergasi pokok gharqad rejim Zionis yang terletak di dasar al aqsa.
melalui penulisan saharil juga saya tahu pasal seni kolaj yang kita belajar sewaktu sekolah rendah dahulu namanya pointilisme, perihal hormon ikan gapi (GnRH-gonadotropin releasing hormone) dan oestradiol (yang dikenali sebagai hormon kecurangan) sebab ikan gapi betina lebih suka ikan gapi jantan yang sudah berpasangan
ironinya saya belajar tentang ini semua dalam buku yang jika kita lihat daripada tajuk nya mungkin hanya seputar cerita melankolia tentang patah hati tapi sebenarnya tidak
Saya baca dua tiga kali juga buku ini. Entah kenapa setiap cerpen ini seolah cerminan kepada penghidupan secara langsung yang pernah dilalui atau melalui. Kisah-kisah patah hati sebenarnya mengingatkan kita tentang memangnya sifat manusia, dan patah hati adalah sebahagian daripada hidup yang mesti dilalui.
Bila selesai membaca buku ni, saya terus merenung siapakah penulis ni? Banyak betul cabang ilmu beliau kuasai. Jika anda mencari satu kumpulan atau koleksi cerpen, inilah buki yang patut anda cari.
Gaya penyampaian yang santai dipaut dengan fakta dan statistik serta sejarah menyebabkan koleksi cerpen ini bertambah menarik.
Setiap cerpen yang ditulis oleh author memang dahsyat. Terpegun dengan perkataan yang digunakan.
Cerpen yang saya paling suka "pengantin akhir zaman" kandungan cerpen sangat menarik dan buat pemikiran saya lebih terbuka dalam perkara yang ingin disampaikan.
Berbeza dengan Cerpen-Cerpen Underground (2016), Cerpen-Cerpen Patah Hati (2017) lebih membawa sisi serius penulisnya. Lebih banyak cerpen yang digarap dengan fakta-fakta tetapi, bukanlah mencacatkan cerpen yang digarap. Tidak dapat dinafikan masih ada cerpen-cerpen melucukan seperti Debar Pertama misalnya. Saharil adalah Saharil dalam fakta dan serius, menjetik dyngan rasa emosi patah hati tapi, di hujung buat kita ketawa tak berkesudahan.
Saya lebih suka Cerpen-Cerpen Patah Hati. Saran baca sangat untuk dibaca.
Kalau nak dibandingkan dengan cerpen2 underground sebelum ini, naskah ini lebih banyak tulisan berbanding lukisan. Kerana ada cerpen yang panjang. Tapi yang menariknya, ada satu cerpen dengan satu satu perkataan saja. Lol. Ironinya, tajuk cerpen tu panjang pulak. Haha. Sekadar nak mengisi masa lapang, cerpen2 dalam naskah ini boleh dikatakan menghiburkan. Ada cerpen yang pengakhirannya kreatif betul! Lol.