Jump to ratings and reviews
Rate this book

No PC No Jolok!

Rate this book
Buku ini namanya 'No PC No Jolok' merujuk kepada terma yang biasa diguna bila wartawan dihalang daripada buat kerja mereka.

'No PC' bermakna, tiada Press Conference.

'No Jolok' bermakna, wartawan tak diizinkan daripada menanya soalan kepada subjek yang nak disoal dengan cara menjolok mikrofon/rekorder/kamera secara spontan.

157 pages, Paperback

First published April 1, 2017

12 people want to read

About the author

Syahril A. Kadir

3 books11 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
12 (41%)
4 stars
10 (34%)
3 stars
7 (24%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 8 of 8 reviews
Profile Image for Incek Akim.
83 reviews9 followers
October 8, 2017
Tugas dalam dunia kewartawanan bukan sekadar bidang kerja yang boleh duduk goyang kaki atas sofa empuk, sambil minum kopi o panas sambil taip artikel/berita/cerita. Ia lebih dari itu. Kadangkala sehingga mampu meragut nyawa. (latar muzik: suspen)

Buku ini membuka ruang dan peluang bagi kita yang teringin nak tahu, apa sebenarnya yang berlaku di sebalik setiap berita yang dilaporkan; baik di corong radio, di kaca tv, mahupun dalam naskhah akhbar harian. Student masscomm, korang harus (digalakkan) baca buku ni!

Teknik penceritaan penulis dalam buku ni memang berkesan (mungkin kerana ketiga-tiga mereka adalah wartawan yang prolifik), sampai aku boleh bayangkan kalau aku sendiri yang berada di tempat mereka sewaktu peristiwa itu berlaku.

Oh, satu lagi bonus dalam buku ni; jarang ada typo. Mungkin sebab penulis-penulis buku ni dah terbiasa menulis kot. Tu yang jadi payah nak ada typo. Syabas. Layak la dapat 5 bintang. Haha
Profile Image for Hadi Muss.
147 reviews20 followers
September 15, 2021
4.5 bintang.

Antara bacaan yang best tahun ini dan sememangnya memoir, biografi dan tulisan pengalaman manusia ni memang genre kegemaran aku. Pelbagai kita 'insider' dihidangkan oleh 3 wartawan tanah air dalam 16 buah cerita dari isu dalam sehingga luar negara seperti banjir Kelantan, pembunuhan abang tiri Kim Jong Un, MH 370.
Profile Image for Zaghol .
1,115 reviews
October 1, 2021
Baca buku ni sambil menonton perlawanan badminton Piala Sudirman diantara Malaysia dan Indonesia. Alhamdulillah Malaysia menang, buku pun khatam.

Beli buku ni sebab minat dengan tulisan Syahril A Kadir di facebook. Sebab aku tak tau apa2 pasal dunia kewartawanan, banyak pengetahuan baru tentang selok belok pekerjaan mereka yang dikongsikan. Siapa2 yang minat nak jadi wartawan boleh baca buku ni. Untung tuan Syahril dapat jumpa dengan Chin Peng sebelum dia meninggal.
Profile Image for Siti.
Author 3 books18 followers
June 1, 2017
Cerita yang paling saya gemari dalam naskhah ini: Cara Menang Kerusi Parlimen Lapan Kali Berturut-turut.

Siapa pun kita dan apa pun jawatan yang kita pegang, akhirnya kita hanya mahu dilihat wujud dan dilayan seperti manusia. Maka tugas kita ialah menjadi manusia yang berperikemanusiaan

On the other hand, naskhah ini terlalu banyak kesalahan ejaan. Ke arah menjadi naskhah klasik dunia kewartawanan yang akan dibaca 1000 tahun dari sekarang, mohon cetakan seterusnya di-repair oleh pembaca pruf berkaliber. Saya nak tawarkan diri, tapi terlalu khusyuk membaca pusingan pertama sampai tak tercapai pensel nak tanda semua kesalahan yang ditemui. Kena tunggu saya baca pusingan kedua, cuma lama sangat nanti. Nak habis punya nipis ini pun sampai dua minggu lebih. Haish.

Apapun, kesimpulan: buku ini power. Ribuan tahniah kepada para pengarang!
Profile Image for Nina.
11 reviews1 follower
February 29, 2020
Kerjaya wartawan sangat mencabar dan serius. Semua orang boleh jadi wartawan tapi tidak semua berpegang teguh pada prinsip sentiasa kemaskini maklumat dengan benar dan tepat pada masanya.

Menariknya buku ini adalah ketiga-tiga wartawan punyai latar belakang agensi berita yang berbeza seperti Astro Awani, Sinar Harian (suratkhabar) dan Bernama. Mereka juga berbeza dari segi tugas kerja seperti pembaca berita, jenayah dan politik semasa.

Banyak terma baru yang dipelajari hasil daripada perkongsian penulis, gaya penceritaan seolah-olah kita juga bersama penulis ketika menjalankan tugas sebagai wartawan.

Semoga lebih banyak buku seperti ini dihasilkan agar lebih ramai faham nilai dan etika dalam menyampaikan maklumat. Buku ini masih relevan bila-bila pun untuk dibaca.
Profile Image for Fur Abid.
227 reviews8 followers
September 2, 2021
Kisah daripada 3 wartawan yang menampilkan 16 kisah yang masing-masing hadapi semenjak menceburi diri dalam bidang kewartawanan. Kisah-kisah tragedi yang pernah hangatkan suasana di Malaysia beberapa tahun dahulu. Kisah-kisah yang tulen yang ditulis oleh wartawan yang acapkali terlibat dalam sidang media setiap berita dan isu-isu yang sensasi dan hangat di kaca-kaca televisyen & dada akhbar.

Pengalaman sahabat baik Shafizan Johari, iaitu Ashwad yang mana Ashwad terlibat sama dalam misi Mavi Marmara. Tragedi ini pernah menggemparkan dunia pada tahun 2010, yang mana turut terlibat beberapa orang yang terbunuh dan kesemuanya daripada negara Turki.

Bukan itu sahaja, tragedi kehilangan pesawat MH370 yang dilaporkan hilang pada 2014 turut disematkan di dalam buku ini daripada sudut perspektif wartawan sendiri. Kronologi-kronologi dimuatkan bagi menggambarkan suasana keadaan sidang media.

Pengalaman-pengalaman orang yang kontroversi yang pernah terkait dengan jenayah seperti ulama kontroversi Ustaz Abu Bakar Baasyir, pernah dikaitkan dengan penjenayah dikehendaki oleh Amerika Syarikat.

Malah, tragedi kematian Kim Jong-Nam yang menggemparkan seluruh dunia akibat diracun dengan gas saraf NX berjaya menarik perhatian seluruh dunia terhadap dunia. Bahkan, tragedi ini melihat kepada negara Jepun ingin mendapatkan maklumat berkenaan kematian Kim Jong-Nam oleh kerana pergeseran politik di antara Jepun dan Korea. Jepun sanggup membayar mahal bagi mendapat segala maklumat. Di sini, ada satu mesej yang rakyat Malaysia tak tahu dari sudut bidang kewartawanan.

Dapat dirasakan suasana yang agak kelam-kabut 'chaotic' dan huru-hara yang para wartawan ini hadapi. Ditulis dengan jiwa yang pembaca dapat selami keadaan sebenar pada ketika itu dari sudut seorang wartawan. Kita inginkan berita-berita yang sensasi, tetapi di sebalik sensasinya sesuatu berita, ada jiwa-jiwa wartawan yang terpaksa dikorbankan.
Profile Image for Aisyah Murad.
13 reviews
December 23, 2017
NO PC NO JOLOK

Selesai menghabiskan buku ini dalam masa tak sampai sehari.

Buku No PC No Jolok ini menceritakan kisah belakang tabir 3 wartawan berbeza bidang.

No PC bermaksud no press conference. Manakala no jolok bermakna wartawan tak diizinkan daripada menanya soalan kepada subjek yang nak disoal dengan cara menjolok mikrofon/rekorder/kamera secara spontan.

Saya berkesempatan bertemu dengan salah seorang dari penulisnya iaitu Tuan Ali Imran sabtu lepas.

Antara yang menarik dalam buku ini adalah kisah Bertuah di Bersih 5 dan See Jee Hock ejen pondok. Kisah berkenaan kematian Kim Jong Nam juga turut disentuh.

Pertemuan ini membuka satu sisi pandang baru buat saya terhadap disiplin dunia kewartawanan.

Baru saya faham Bernama itu berfungsi bagaimana. Pertubuhan Berita Nasional Malaysia atau ringkasnya BERNAMA, ialah sebuah badan berkanun, ditubuhkan di bawah Akta Parlimen 1967 dan mula beroperasi pada 26 Mei 1968. Agensi berita nasional ini berada di bawah jurisdiksi Kementerian Penerangan Malaysia.

Dalam kata lain Bernama adalah suara rasmi negara. Berita yang dikeluarkan oleh Bernama menurut tingkatan hierarki antara semua, haruslah paling sahih dan berdasarkan bukti dan bukan cakap-cakap orang. Ini kerana berita Bernama bukan sahaja untuk belian suratkhabar seperti berita harian dan utusan, tetapi juga menjadi rujukan media asing.

Terima kasih tuan Ali Imran kerana memberikan harapan bahwa, masih ada yang benar2 menjiwai kerjaya menyampaikan berita dengan tulus.

Sepertimana Islam dan Muslim adalah dua subjek yang berlainan.

Lelaki dan sifat lelaki yang menjengkelkan juga berasingan.

Begitulah juga dengan politik dan kepartian yang harus kita pelajari secara berasingan,
Seperti membedakan cinta dengan mereka yang merosakkan cinta.

#bookreview

18122017
Displaying 1 - 8 of 8 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.