Pejuang ganja selalu menggunakan hujah bahawa ganja adalah tumbuhan organik dan telah banyak digunakan untuk rawatan pelbagai penyakit. Membeku dan menghalang sel-sel kanser daripada merebak, malah, ganja dianggap sebagai ubatan, bukan dadah.
Hakikatnya, para penagih ganja cuma memainkan sentimen lapuk semata-mata untuk menghalalkan penggunaan ganja di Malaysia dan melakukan penipuan demi penipuan atas nama Medical Merijuana.
Kami rungkaikan satu persatu mitos berkenaan ganja dan patahkan kesemua hujah penagih ganja yang ingin menghalalkan tanaman haram ini di Malaysia.
Buku wajib baca bagi semua penyokong gerakan legalisasi ganja di Malaysia. Kumpulan penentang pun harus baca jugalah, untuk dapatkan input extra berkaitan ganja dalam bidang perubatan.
Setinggi penghargaan & tahniah kepada Dr. JackNaim kerana sudi mengupas isu ganja di Malaysia, memberi pendapat & pandangan dari sudut perubatan. Tidak kurang dari 65 bahan rujukan telah digunakan bagi menghasilkan karya setebal (senipis?) 125 muka surat. Sarat dengan maklumat, namun masih mudah difahami oleh orang biasa seperti saya.
Benar, ganja adalah dadah "pencetus" atau "pemula" bagi seseorang sebelum terjerumus ke dalam gejala penagihan & penyalahgunaan dadah yang lain. Telah terbukti kesannya kepada manusia. Kenapa masih memilih untuk merosakkan diri lagi?
Semoga buku ini dapat memberi kesedaran kepada warga Malaysia khususnya penyokong tegar gerakan legalisasi ganja betapa bahayanya ideologi yang mereka cuba ketengahkan itu.
Akhirnya, habis juga. Cuba memahami isi namun salah diri sendiri kerana tidak memahami bahasa perubatan. Terima kasih atas pencerahannya doktor. Teruskan perjuangan.