Jump to ratings and reviews
Rate this book

Rock Kapak Not Dead

Rate this book

136 pages, Paperback

First published April 1, 2017

1 person is currently reading
4 people want to read

About the author

Ocha Vozvyshennyy

2 books1 follower

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
11 (45%)
4 stars
5 (20%)
3 stars
8 (33%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 6 of 6 reviews
Profile Image for Incek Akim.
83 reviews9 followers
November 5, 2017
Aku dapat rasakan perasaan dan semangat naik turun perjuangan rock dalam jiwa Man Bising dalam jalan cerita ni sebab timeline dia. Timeline cerita ni macam dekat di hati aku, sebab umur Man Bising dengan aku lebih kurang je rasanya.

Buku ni banyak bincang pasal falsafah muzik rock. Bacaan yang bagus untuk peminat muzik, terutama dalam genre rock. Ada jugak mini-d.i.y. projek gitar, boleh cuba kalau korang ada bahan.

Cerita ringkas je dalam setiap bab. Tak meleret, tak berbunga, terus ke perbincangan tajuk-tajuk utama. 1 bab bersamaan dengan 1 tahun. 1 tahun; 1 peristiwa besar sebagai turning point dalam hidup Man Bising. Dari umur 14 tahun, sampai la Man Bising berumur 27 tahun. Apa berlaku seterusnya? Baca la sendiri. Kah kah kah

Extra point untuk buku ni, sebab dia ada QR code bagi beberapa lagu terpilih. Nak dapat feeling lebih; sambil baca buku ni, sambil dengar lagu yang Man Bising tengah nyanyi. Seronok tau dapat menjiwai watak ni.
Profile Image for Pak Badrul.
Author 3 books6 followers
August 22, 2017
Rock Kapak Not Dead mengisahkan seorang pemuda bernama Lokman yang terjebak dalam dunia rock selepas kecewa dalam percintaan monyet di sekolah. Bermula dengan hanya mendengar sebuah lagu rock demi melupakan kekecewaannya, beliau mula mendekatkan diri dengan gitar dan sejak itu muzik rock semakin sebati dengan jiwanya. Skill dan bakatnya terus berkembang. Beliau dikenali dengan nama Man Bising dan menubuhkan kumpulan Batu Perjuangan. Maka bermulalah suatu perjuangan. Rock kapak not dead bro!!

Buku ini istimewa kerana ada QR code yang engkau boleh scan dan akan keluarlah pautan lagu-lagu rock yang seiring dengan jalan cerita kisah si Man Bising ini. Engkau baca sambil mendengar lagu. Akan lebih feel bak kata orang putih. Ada 10 lagu kesemuanya. Layan.....

Kepada peminat rock kapak maka buku ini untuk engkau semua. Yeah yeah!!!
Profile Image for Hafeji A.D.
257 reviews1 follower
September 29, 2021
Bukan karya picisan, apatah lagi mahu meniru apa yang telah dikaryakan oleh Mamat Khalid menerusi trilogi filem ROCK. Sangat menyegarkan, jauh daripada bayang-bayang filem Mamat Khalid. Garis masa pula bukan ketika zaman kegemilangan muzik rock tanah air, tetapi ketika tenggelamnya muzik rock dek kenaikan mendadak selera untuk muzik elektronik. Penulis memang menulis dengan hati.

Semoga aku juga ada karya yang begini.

-SEMOGA AKU BERJAYA-
Profile Image for Mai Radhiallah.
84 reviews12 followers
June 28, 2021
Lokman, masa umur dia 15 tahun dia putus cinta dengan Alia. Heart broken teruk sampai layan lagu rock kapak. Dari situlah dia mula explore musik dan cari kawan jamming. Tapi waktu tu rock dapat banyak tentangan daripada masyarakat. Masyarakat selalu pandang serong dengan orang lepak main guitar, rambut panjang, tak ada ijazah, bla bla bla.

Aku suka buku ni sebab banyak fakta fasal musik rock yang dihuraikan dalam bahasa mudah faham dan tak meleret. Aku baca buku ni sambil rujuk Bapak aku yang hidup di era 80an. Kami dengar lagu yang direcommendkan dalam buku ini bersama-sama.

Oh ya. Kalau ikut watak dalam buku ni, aku punya cita rasa sama macam drummer Batu Perjuangan (nama band Lokman). Adib namanya. Kami suka heavy mental. Secara tak langsung aku jumpa band nama Cromok yang sesuai dengan selera musik aku.
Profile Image for haaaziqq.
18 reviews
March 18, 2022
Pada mulanya, aku anggap jalan cerita buku ni mungkin seakan akan filem Rock arahan Allahyarham Mamat Khalid. ternyata tanggapan aku salah. memang lain daripada yang lain!

setelah baca buku ni, rupanya banyak lagi band band tempatan yang aku tak tahu walhal pada zaman mereka, mereka inilah yang menaikkan genre musik rock ke tanah air kita. namun dimatikan dan dilupakan begitu saja akibat "orang atas" yang pandang serong terhadap golongan mereka ni.
Profile Image for Zulzafry Zulkifly.
333 reviews
May 24, 2020
Buku ni cita cita dia tinggi. Untuk berakhir seperti Kurt. Yang lain cuma biasa biasa saja dan banyak yang masih boleh diperbaiki sama ada dari segi penceritaan atau penyampaian. Tapi yang seronok adalah fakta fakta dan info rock era 80s.
Displaying 1 - 6 of 6 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.