Jump to ratings and reviews
Rate this book

Backpack Pusing Jerman & ...

Rate this book
"Saya pergi tak kena masa!"

Itu yang mengganggu fikiran saya seminggu dua sebelum ke Jerman.

"Semenjak kes pengeboman di Brussels, agak susah juga situasi warga Islam di Eropah. Lebih-lebih lagi kalau awak mengembara dengan tudung, bagi saya itu agak merbahaya," ujar seorang warga Jerman yang saya termui di Laos dua minggu sebelum ke sana.

Tiba-tiba tidak lama selepas itu ada kes Omar Mateen, seroang lelaki Islam yang menembak 50 orang gay di Amerika. Wah semakin kusut saya rasakan.

Kembara solo kali ini agak berat saya mahu lakukan. Tak seperti perjalanan sebelum ini, ketika di KLIA saya tak begitu teruja.

Tiba di Frankfurt, bermulalah kembara solo di bumi Eropah. Semuanya baik-baik saja dan cuma saya perasan tiada siapa yang sudi duduk di sebelah saya. Di kebanyakan masa begitulah. Ok juga, lagi selesa duduk sorang-sorang.

Minggu kedua di Jerman, nah, ada kejadian tembak secara rambang di lapangan terbang Turki. akan kembara dari Korea mula meluahkan kerisauannya untuk meneruskan perjalanan ke Istanbul. Selamat ke tidak? Bila dia bertanya pendapat saya, saya sendiri tak tahu nak kata apa.

Akhirnya apa yang saya tak mahu ia berlaku, terjadi juga!

Ketika berjalan di deretan bangunan yang sunyi berseni-seni Zaman Pertengahan, seorang lelaki tiba-tiba bersuara, "TERRORIST"

***

Kembara solo di 6 negara, 16 kota termasuk Belanda, Denmark, Sweden, Republik Czech dan Austria

219 pages, Paperback

First published April 1, 2017

Loading...
Loading...

About the author

Normi Ahmad Shafie

9 books13 followers
Nama pena: Normi Mas

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
6 (22%)
4 stars
14 (51%)
3 stars
6 (22%)
2 stars
1 (3%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 10 of 10 reviews
Profile Image for Azida Ishak.
29 reviews6 followers
January 28, 2019
Saya membaca buku ini dengan semangat berkobar-kobar. Tidak sabar hendak mengetahui bagaimana saudari Normi Nas menempuh kembara di Jerman, Belanda, Denmark, Sweden, Republik Czech, Austria. Tulisannya baik dan lancar, dan Normi memiliki gaya penceritaan yang menarik sehingga membuatkan saya tidak dapat meletakkan buku kerana mahu terus menyelami kisah kembaranya.

Saya sukakan kejujuran Normi lebih-lebih lagi bila dia sudi berkongsi kesilapannya sehingga ditipu oleh para scammers, dan juga perasaan kacau yang dialami semasa mengunjungi tempat-tempat yang tidak serasi dengan jiwanya. Saya suka bila dia banyak menyelitkan intipati perbualannya dengan rakan-rakan backpackers di hostel. Semua ini adalah pengalaman mahal yang saya cari apabila membaca buku travelog.

Namun, saya rasa sangat terganggu kerana Normi tidak melakukan persiapan yang sepatutnya sebelum melalui kembara ini. Dia tidak membaca reviu tentang hostel yang ingin didiami (sehingga tidak tahu bahawa ada hostel yang tidak menyediakan sarung bantal, cadar dan selimut). Dia ternganga luas apabila memasuki Red Light District (mujurlah dia tidak ditangkap kerana cuba merakam foto ayam-ayam di sana).

Paling saya gusar, Normi langsung tidak mementingkan tahap kesihatan semasa mengembara. Pertama sekali, dia tidak membawa khemah yang sesuai untuk berkhemah di negara sejuk (badannya mula tidak sihat sejak itu). Kedua, Normi memilih untuk berpuasa selama berbelas jam walaupun sedang menjalankan kembara. Badannya mengalami dehydration kerana kurang minum air dan banyak melakukan aktiviti. Sepatutnya, dia memilih untuk memakan makanan yang sihat dan memberi tenaga semasa berbuka puasa, tetapi kebanyakan makanan berbuka puasa yang dipilih adalah maggi mee sahaja. Saya tahu dia mahu berjimat-cermat, tetapi wajarkah sampai ke tahap membahayakan diri?

Di akhir kembara, Normi terpaksa bertindak drastik dengan menukar tiket penerbangan lapan hari lebih awal, kerana sakit teruk dan sudah tidak berupaya hendak meneruskan perjalanan. Biar pun ramai yang mempertikaikan keputusan Normi, saya percaya itu adalah pilihan terbaik yang dibuatnya sepanjang kembaranya ini. Sakit semasa kembara bukanlah satu benda yang boleh dibuat main, dan pilihan Normi untuk pulang ke Malaysia mungkin sahaja telah menyelamatkan nyawanya, dan juga poketnya daripada disantak bil hospital yang melambung di luar negara!

Saya tahu Normi sendiri memilih untuk menempuh banyak kesukaran semasa kembara ini (bagi memperoleh pengalaman), dan saya yakin dia sudah banyak belajar daripada kesilapannya. Saya percaya, jika Normi mengulangi kembaranya ke Eropah beberapa tahun selepas ini, tulisannya akan lebih bertenaga kerana pandangannya lebih luas dan fikirannya yang lebih terbuka :)
Profile Image for Hamidah Effendi.
767 reviews15 followers
March 8, 2025
Sayangnya buku ni tak dijual dah...nak masuk wishlist pun gagal...seronok baca catatan travel dia. Banyak tempat menarik dia bagitau, masa, makan dan minum dan tips2 tu yang berguna..terbitan pun 2017...i wish to have it🙄😑😭😭😭lambat sangat dapat baca....

Pengajaran boleh dipelajari dari perjalanan penulis :

Backpacking please plan untuk pergi satu negara je cukup...aku tengok penulis macam mengejar penulisan, penat dengan beg yang berat..mungkin ada masa enjoy tapi bila pergi banyak sangat tempat, nak enjoy makanan pun kena catu...tempat yang paling kita nak pergi pun boleh terlepas...nak travel europe jangan pergi bulan puasa...aku baca aku pun penat sampai jatuh sakit penulis..perlu lebih banyak persediaan dimasa akan datang untuk travel and plan ahead untuk fokus satu2 tempat je...supaya tak menyesal dikemudian hari...🥰 anyway kita dapat sesuatu dari perjalanan dia...

Saat yang penulis kena pukau tu, aku yakin mamat turki nak tolong dia sebenarnya sebab sedar apa dah berlaku kat penulis..sebab tu dia tolong walau dengan cara marah sebenarnya dia lah penyelamat..

Ada ramai penyelamat penulis disepanjang travel dia☺️ dan paling sedih bila penulis jatuh sakit, beg berat, duit kena save, duit kena ambil🫣 tidur dalam kemah basah, kesejukkan🤒🤒🤒.
Profile Image for D.
59 reviews1 follower
August 13, 2019
Normi Nas memang sinonim dengan penulisan buku travelog. Kali ini Normi mencabar diri, memgembara di bumi Eropah seorang diri di bulan puasa.

Menjadi wanita bertudung di bumi yang dilanda Islamophobia bukanlah mudah. Ironi bila memikirkan kita yang Islam ketakutan untuk berada di kalangan orang asing yang dimomok berita pengganas. Risiko tetap ada.

Menggembara seorang diri bukanlah mudah. Beg berat hendak dipikul, cuaca tak menentu, lapar menahan puasa, bumi asing yang tidak difahami bahasa. Tambah menyebalkan bila mengenang matawang di sana yang tiga ke empat kali lebih mahal dari matawang Malaysia. Hostel cikai yang mahal, kos pengangkutan yang mahal.

Ini semua pengalaman berharga yang dikongsi dalam buku-buku travelog. Ialah, di media sosial kita kongsi yang indah-indah belaka, perit di sebalik lensa hanya kita yang tahu.

Bagaimana keadaan tempat tinggal di sana? Bagaimana sistem pengangkutan, bagaimana nak beli tiket atau nak cari stesen bas? Bagaimana merancang untuk ke sesuatu tempat? Bagaimana kalau kena scam? Semua ini pengalaman berharga yang boleh didapati dari buku-buku travelog.

Berbalik kepada buku ini, saya suka cara Normi bercerita. Rasa simpati pada setiap dugaan yang menimpa sepanjang kembara, pasti bila dikenang semula ianya menjadi pengalaman yang berharga. Tersentuh dengan kisah Kak Serin. Overall, highly recommend.

Bacalah, sesungguhnya kembara solo itu tidak mudah.
Profile Image for Sooraya Evans.
939 reviews64 followers
September 1, 2018
Berbanding lambakan travelog tempatan dalam pasaran semasa, layout serta kualiti foto buku ini wajar dipuji. Jelas, terang, berwarna dan padan dengan konteks.

Hmm… Tak tahu kenapa travelog Melayu rata-rata perlu dihurai segala perincian nombor penerbangan, harga tiket dan gambaran suasana dalam pesawat seawal berada di KLIA. Semua orang dah cerita benda yang sama. Sekilas pandang macam laporan lawatan. Olahan bosan. Faktor utama ialah sebab tak banyak benda menarik yang berlaku selain kejar tren, sesat, orang sekeliling tak mahu tolong, etc.

Tidak keterlaluan dikatakan penulis agak judgemental juga terhadap orang sekeliling dan cenderung bersangka buruk. Penumpang sekenderaan. Jiran sebilik hostel. Orang awam di jalanan. Ini jauh sebelum insiden-insiden kurang enak berlaku seperti yang dikhabarkan.

Motivasi di sebalik kembara aneh di bulan puasa kononnya untuk ‘mengubat hati lara dan tercalar’. Namun, sampai ke sudah tak dihurai langsung apa yang sebenarnya terjadi. Ada disebut mengenai dibuang kerja. Tetapi, saya rasa ianya lebih daripada itu. Jadi, sukar hendak tumpang bersimpati. Jikalau hendak berahsia terus, lebih baik tak payah sebut langsung.

Sendiri pilih untuk redah backpacking sewaktu tempoh Ramadan panjang di tempat orang, kemudian tak habis-habis komplen. Hampir setiap hari timbul dilema sama ada hendak teruskan berpuasa atau berbuka (atas alasan musafir). Aspek ini repetitif dan langsung tak menyumbang apa-apa terhadap jalan cerita.

Bab-bab hujung juga agak kelam-kabut naratifnya dan berakhir tergantung. Refleksi perjalanan pun tidak ada. Entah apa yang penulis dapat hasil kembara pun tak tahu. Banyak penyesalan dan silap percaturan. Overall, the ‘adventure’ was mostly uneventful. In fact, kisah Kak Serin (watak tambahan) sekitar hujung buku jauh lebih menarik daripada perjalanan keseluruhan penulis. Now, that’s a book I wanna read.

Despite a rather lame lengthy travelog, I still salute her bravery.
Profile Image for athirah amri (athirah_bookstagram).
243 reviews32 followers
July 9, 2017


Setelah berkurun tak membaca travelog, akhirnya Backpack Pusing Jerman &... Belanda|Denmark| Sweden | Republic Czech|Austria telah berjaya membuatkan aku kembali mengembara walaupun hanya melalui aksara-aksara yang ditulis kemas oleh saudari Normi Nas 

.
Pengalaman mengembara Normi Nas secara solo ke Jerman dan lain lain negara hampir sebulan pada bulan Ramadhan membuatkan aku kagum dengan kekuatan mental dan fizikal saudari Normi. Walaupun ada hari hari nya dia mengambil rukhsah tetapi kebanyakkan harinya dia tetap menjalankan ibadah tersebut. Bayangkan berpuasa untuk jangka masa yang lebih panjang dari biasa? Allahu, puasa dekat Malaysia pun paksa diri untuk tahan. Apatah lagi berpuasa sambil mengembara dengan cuaca dan suhu yang sentiasa berubah ubah. Fuh Salute!
.
Dengan penggunaan ayat yang mudah dan santai langsung membuatkan pembacaan aku semakin laju. Tidak bosan, mungkin juga disebabkan gaya penulisan Normi Nas ini ala ala diari.
.
Jerman, Belanda, Denmark, Sweden, Republic Czech & Austri, semuanya diceritakan seperti diari. Dengan siapa, insiden yang dihadapi, berlaku diwaktu dan ditempat sekian sekian, membuatkan travelog ini lebih deskriptif. Bagi aku, travelog ini sesuai untuk backpacker yang pertama kali nak kesana. Kak Normi banyak juga selitkan panduan-panduan yang berguna dalam travelog ini.

.

Sejujurnya aku tak menjangkakan travelog ini akan berakhir dengan satu keputusan yang dibuat secara drastik oleh Normi Nas tentang kembaranya yang seterusnya. Mungkin kalau Normi Nas relax sedikit, mungkin keputusannya berbeza. Kalau nak tahu keputusan apa yang Normi Nas buat, korang kena beli travelog ini dan baca ok? ✌🏻️
.
Selain dari pengalaman yang diceritakan, travelog ini juga disertakan dengan jadual perbelanjaan Normi Nas ketika mengembara. Hampir lengkap perbelanjaan nya. Jadi, korang yang memang dah lama nak ke Jerman dan negara negara lain dengan bajet yang terhad, korang boleh beli travelog ni ok? :)

Profile Image for Nona.
100 reviews
January 10, 2022
🌷 Q U O T E 🌷

Nak tahu tak, mana-mana negara atau pusat pelancongan memang pening nak terima pelawat dari Asia terutamanya dari negara China. Sebab rombongan masing-masing kecoh walaupun ketika dalam muzium. Ada sekali tu masa saya di Jerman, pelancong China menghalang jalan raya kerana mahu mengambil gambar kawan tanpa menghiraukan keselamatan diri dan pengguna jalan raya. Itu tak cerita bab 'buat kecah' dalam bilik penginapan. Memang kita bayar hotel tu tapi janganlah tunjuk sangat yang kita ni pengotor. Buat malu negara saja.
_Normi Nas
Profile Image for Husna Musa.
67 reviews
September 30, 2017
Penamat yang sedikit mengejutkan, namun tentulah penulis sendiri lebih tahu apa yang terbaik untuknya. Bukan mudah mengembara solo di Eropah, apa lagi di bulan puasa.

Tulisan yang deskriptif, kemas, teratur dan beremosi. Kadang-kadang terikut cemas membacanya. Ada detik saspens, lawak, gembira dan sedih.

Tahniah kepada penulis.
Profile Image for Mira Hasmira.
26 reviews
January 17, 2021
novel travelog yang tak membosankan bila baca..penulis menceritakan pengalaman beliau megembara dengan bahasa yang sangat santai😊jadi kita yang membaca pun tak terasa bosan..next akan baca novel tulisan beliau yang lain pula..best!!❤️❤️
Displaying 1 - 10 of 10 reviews