Jump to ratings and reviews
Rate this book

Rendah

Rate this book
Tidak ada secubit beras pun erti kehormatan untuk diingat pada golongan Marhaen. Mereka tidak punya apa-apa untuk diukir kemegahan. Mereka tidak punya sebanyak mana pun harta, tiada pengkat dan bintang gelaran. Yang mereka miliki cuma keikhlasan, kejujuran, kegigihan, ketabahan, bertolak-ansur, saling memahami, berkasih-sayang dan setiakawan.

Yudi nekad berfikir begitu. Tanpa kesucian batin kemanusiaan itu, golongan marhaen sepertinya, seperti masyarakat Taman Muhibbah itu tiada sehabuk nilai di sisi pertimbangan manusia.

Novel REnDAH membawa pembaca jauh ke rahim kehidupan golongan marhaen.Hidup dilingkungi kesempitan menuntut kecekalan. Betapa kehidupan ini perlu diteruskan dengan sejujurnya. Penyelewengan dan ketamakan akan meminggirkan diri jauh dari lingkungan kesucian kehidupan.

Novel ini mengangkat tragedi kemanusiaan berlawan dengan alam kelilingnya.

Novel yang wajib dibaca oleh semua.

297 pages, Paperback

First published May 4, 2017

8 people want to read

About the author

Hasanuddin Md. Isa

25 books16 followers
Hasanuddin bin Md Isa dilahirkan di kampung Kuala Atok, Raub, Pahang Darul Makmur pada tahun 1 Januari 1961. Bapanya, Md Isa bin Omar merupakan petani yang pernah belajar pendidikan Islam dan bahasa Arab di sebuah pondok pengajian Islam di Bunut Payung sebelum perang. Hasanuddin Md Isa mendapat pendidikan awal di kampung halamannya iaitu di Sek.Kebangsaan Kuala Atok pada 1967-1973. Beliau melanjutkan pelajaran ke Sek.Men.Kebangsaan Raub pada 1974-1977. Dengan berbekalkan A15 dalam Peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran, beliau melanjutkan pelajaran ke Sek.Men.Teknik Kuantan 1977-78. Setelah itu, beliau melanjutkan pelajaran ke Sek.Men. Abdul Rahman Talib , Kuantan 1979-1980 di tingkatan 6 Sastera. Setelah mendapat pencapaian agak baik dalam peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran, beliau melanjutkan pelajaran ke Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi 1981-1984. Seterusnya mulai tahun 1988-89, beliau mengikuti kursus diploma pendidikan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Pada tahun 1992, beliau sekali lagi mengikuti kursus dalam bidang Pedogogi dan Metodologi Pembelajaran di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Beliau telah berkahwin dengan Puan Nor Aliza bt. Mohamad Hanib pada November 1990. Hasil perkahwinannya itu dikurniai Allah empat orang cahaya mata.

Dalam kerjaya yang pernah dijalankannya, beliau pernah menjawat jawatan dalam sektor awam. Antaranya ialah:

i.GSTL di Sek.Men.Kebangsaan Alor Akar,Kuantan 1986-87
ii.GSTL di Maktab Rendah Sains Mara,Kuantan, 1987
iii.Kurator muzium Sultan Abu Bakar,Pekan, 1988
iv.Tutor Bahasa Melayu Program Khas Diploma Pendidikan, UIA 1989-90
v.Guru Bahasa Melayu/Ekonomi Asas di Sek.Men.Agama Pulau Tawar,Jerantut 1990 –96 (Sekolah di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Pahang JAIP)
vi.Guru Ekonomi Asas di Ma’ahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-Dini. 1997-98 (Sekolah di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Pahang JAIP)
vi.Guru Bahasa Melayu dan Ekonomi di Sek. Men. Agama Al-Ulum Ad-Diniah, Dong- 1999 – 2008 (Sekolah di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Pahang JAIP)
vii. Pengetua Maahad As-Sultan Ahmad Shah Addini, Bandar Jengka 2008- 98 Februari 2011
viii. Pengetua Sek. Men. Agama Al-Falah Batu Talam, Raub mulai 9 Februari 2011 hingga kini.

Dalam bidang penulisan, beliau telah mula menulis sejak di bangku sekolah menengah lagi. Hasil-hasil karyanya berbentuk sajak sering disiarkan di dalam majalah tahunan sekolah. Kemudian bakat penulisannya dilanjutkan dengan menulis rencana-rencana di dalam akhbar tabloid seperti Watan, Tanahair dan lain-lain juga menulis rencana dalam majalah ‘ Al-Muslimah’ (tahun 1980-an) dan majalah keluaran Pusat Islam Malaysia (Cahaya). Kerja-kerja penulisannya turut mendapat pengiktirafan. Beliau pernah memenangi anugerah iaitu:
i. Anugerah Khas Budaya Negeri Pahang 1986 Bahagian Penulisan Rencana Budaya,
ii. Hadiah Sastera berunsur Islam 1988 (DBP:Novel Mereka Yang Tertewas [dijadikan teks sastera SPM 1991-2001]
iii. Sastera Berunsur Islam 2, 1990 (DBP: Novel Halangan dan Rintangan)
iv. Novel Al-Abrar dipilih dalam penilaian peringkat akhir , Hadiah Sastera Nasional anjuran Utusan Publication & Distributors 1994
v. Memenangi hadiah utama pertandingan penulisan puisi tradisional (Syair: Masyarakat Madani mengharung zaman) anjuran Permodalan Nasional Berhad 1999
vi. Memenangi hadiah sagu hati pertandingan Penulisan Al-Manak 2001 (cerita rakyat : Puteri Indung Gunung Tahan) anjuran Nett Space Sdn. Bhd. 2000.
vii. Tahun 2004, beliau diberi Anugerah Pengkaryawan Sastera oleh Dewan Persuratan Melayu Pahang (DPMP)
viii. Novel "Cebisan Mantera Terakhir" diangkat oleh Majlis Buku Kebangsaan sebagai antara 50 buku terbaik guru dan karya terjemahan guru sempena Majlis Pelancaran Hari Guru Peringkat Kebangsaan Ke-42
IX. Novel "Sarjana Bangsa" mendapat tempat ke-2 kategori novel di Sayembara Penulisan ITBM-PENA-BH 2.

Rujukan: http://piathangtuah.blogspot.com/2013...

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
4 (66%)
4 stars
2 (33%)
3 stars
0 (0%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 2 of 2 reviews
Profile Image for Yazlina Saduri.
1,560 reviews42 followers
November 21, 2020
Alhamdulillah. Jam melepasi 12 tengah malam, berbekalkan kopi CEO tentunya, selesai sudah bacaan saya yang ke 160 untuk tahun ini. Rendah, karya Sasterawan di hati saya, Hasanuddin Md Isa.

Buku yang teramat cemerlang, lunak bahasanya biarpun diiringi persoalan-persoalan kehidupan yang merengaskan. Dari awal, saya semacam membaca dengan nada lembut suara Yudi, adiwara dalam kisah Rendah. Yudi yang rendah taraf kehidupan nya, namun tinggi sifat kemanusiaan nya.

Seperti buku Hasanuddin Md Isa yang lain, buku Rendah terlalu sarat dengan celoteh berat penuh keilmuan menadah taufan sebuah perjuangan di Alam fana. Manusia yang pelbagai sifat, mahu, keperluan, ada saja cara untuk melempiaskan nafsunya. Ada nafsu untuk berbuat kebaikan, dan ada juga nafsu untuk mendatangkan kebinasaan. Kebinasaan bisa meruntun jiwa dan hidup orang lain, namun diri sendiri juga biasa terjebak.

Yang membezakan orang berilmu dengan yang dangkal Ilmu, orang bersabar dengan yang tidak, orang yang bersyukur dengan yang alpa, orang yang cintakan kedamaian dengan yang suka berpilu,... banyak lagi jenis orang.

Rasa saya, buku ini jika dibaca dua, tiga, empat kali lagi pun akan masih tidak cukup untuk mengutip manfaatnya. Memang perlu ulang baca jika nak tulis review yang lebih terperinci.

Buku Rendah Hasanuddin Md Isa, superb and highly recommended by #yazlinamembaca dan #kedaibukusaduri

Nak beli? Saya ada beberapa naskah.
May 17, 2017
Novel yang harus dibaca oleh semua.

Sebuah karya Hasanuddin Md Isa yang terbaik dengan mengangkat kisah heroisme dan tragedi hidup masyarakat marhaen yang sering dihapuskan dalam sejarah.

Novel ini begitu perlu dibaca oleh para pendidik/guru, pemimpin/ahl politik dan kita yang ingin membina peradaban bangsa.

Displaying 1 - 2 of 2 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.