Jump to ratings and reviews
Rate this book

Stesen Kosmik

Rate this book
Atmosfera tiba-tiba berubah kemudiannya. Helaian langsir bergerak-gerak, lalu angin tanpa asal usul menderu masuk, berpusar dengan deras. Poster-poster si dinding ada yang tertanggal dari tempatnya. Kipas siling terhayun kuat. Pintu gerobok yang longgar terbuka-katup sendiri. Tong sampah tumbang. Isinya berserakan di udara.

71 pages, Unknown Binding

Published April 1, 2017

2 people want to read

About the author

Sang Gabriel

3 books13 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
1 (14%)
4 stars
4 (57%)
3 stars
2 (28%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 4 of 4 reviews
Profile Image for Regina Ibrahim.
Author 22 books112 followers
July 26, 2017
Hebat. Mengoda. Sehingga terpaksa saya pelan pelan menikmatinya. Sang Gabriel bagaikan penongkah kata melakarkan kisah dengan luahan luahan yang berseni tetapi tidak jengkel. Dia bercerita tentang khayalan dan dikait kaitkan dengan semesta. Indah sekali garapanya. 17 cerpen (2 daripadanya dalam Bahasa Inggeris).
Siapa kata Bahasa Malaysia tidak indah sekiranya diguna pakai secara betul dengan penuh daya ekspresif? Paling memikat dalam Zine ini Tuhan yang kalah, Itadakimasu! (bon apetit!), Sebuah Psikedelik keretapi, Yasmin dan Peace love and Death Metal. Ini tidak bermakna yang lain saya tidak suka...
Sekiranya kamu suka pada susunan kata bersahaja dan kisah kisah yang terawang saya ungkapkan buat kamu A MUST BUY!!!
Profile Image for Abul M. Salleh.
22 reviews
June 25, 2017
Pembaca yang gemarkan cerita-cerita mengenai ruang, waktu, cahaya, galaksi dan sains atau fizik mungkin, bolehlah cuba membaca karya ini. Cerita di dalamnya betul-betul mengikut tema tajuk utama zine ini Stesen Kosmik.

Sejujurnya saya memang mudah terpesong apabila membaca cerpen yang meleret atau melewah. Mungkin penulis boleh perbaiki lagi untuk tulisan-tulisannya yang akan datang. Contohnya seperti cerpen Sinema Di Bawah Hujan. Di mana penulis cuba menggambarkan hujan lebat yang bakal turun tetapi diolah menjadi panjang seperenggan tentang saiz lebar awan dan ketinggiannya yang saya rasa pembaca semua tidak mahu tahu (atau mungkin saya sahaja). Ia terasa seperti membaca buku sains dalam bab pembetukan hujan. Ini mengganggu pembacaan saya. Cerita yang seperti loop menurut saya harus padat agar pembaca terus fokus. Bila pembaca hilang fokus dek lewah yang tidak perlu, maka akan ada beberapa perenggan yang dilangkau dan itu satu kerugian.

Saya suka beberapa cerpen di dalam zine ini. Yang paling saya suka Excalibur. Plotnya menarik. Cuma kalau diolah menjadi lebih serius mungkin ia akan lebih teruja dan menimbulkan ketegangan apabila membaca. Akhir sekali saya harap cover zine ini lebih meriah.

Itu sahaja review saya. Moga bermanfaat untuk semua. Teruskan berkarya wahai penulis. Hanya dengan itu, karya akan bertambah baik.
Profile Image for Anis Suhaila.
138 reviews11 followers
May 13, 2017
Penulis seakan obses dengan segala perkara kosmik, kereta api dan burung-burung.
Profile Image for Fur Abid.
227 reviews8 followers
February 18, 2023
Terdapat 17 cerita pendek (Cerpen) yang merangkumi 2 cerpen dalam Bahasa Inggeris dan selebihnya di dalam Bahasa Melayu. Keunikan dan keindahan penggunaan Bahasa Melayu yang sangat menggangumkan. Unsur-unsur alam dan elemen Sains yang menjadi satu unsur tarikan buku ini.

Malah, olahan setiap penceritaan itu, ada unsur-unsur yang unik disematkan sekali. Tetapi, suka diingatkan bahawa setiap cerpen yang penulis tulis, terdapat banyak 'triggered scene' yang perlu pembaca pertimbangkan. Babak pembunuhan, dan beberapa babak-babak yang agak menguggat fikiran saat pembaca membaca cerpen-cerpen beliau.

Sayangnya, ia merupakan cerpen-cerpen yang ditulis oleh penulis, tetapi mempunya potensi yang besar untuk dikembangkan menjadi satu novel bagi-bagi cerpen beliau. Konsep dan idea yang menarik merupakan satu kekuatan yang menambat hati pembaca. Penggunaan ayat yang solid mencantikkan gambaran keseluruhan setiap cerpen.

Tajuk 17 cerpen :

📌 Tuhan Yang Kalah
📌 Itadakimasu!
📌 Pungguk Kosmik Datang Lagi!
📌 Sebuah Psikedelik Keretapi
📌 Peace, Love And Death Metal
📌 Pelancong Di Negara Mesin
📌 Bagaimana Pinocchio Memilih Untuk Tidak Menjadi Budak Sebenar
📌 Solitari Isolasi Imaginasi
📌 Rickenbacker
📌 Excalibur
📌 Mimpi Kosmik, Beg Prada Amira dan Sebuah Novel
📌 Seorang Badut Yang Cuba Mengubah Dunia
📌 Yamin, The Light
📌 Esok Masih Ada
📌 Seorang Hobo dan Sebuah Tren
📌 Sinema Di Bawah Hujan
📌 The Door
Displaying 1 - 4 of 4 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.