Many of us are employees. We tend to hate our jobs & dislike our bosses. We then dream of opening our business or being a superstar investor. Reality check - 90% of us are employees and not everyone is cut out for entrepreneurship.
Mark shows you another way.
There is no shame in being employee and taking pride in your career, Mark is living proof that one can be successful in both our Careers and Property Investments. At the age of 33, Mark became one of the youngest Senior Vice President in a Foreign Bank and achieve property investment success.
Baca buku ini jika anda dari kalangan belia (awal 20-an sehingga 35) yang serius dalam kerjaya di bidang swasta, berpendapatan sederhana tinggi (RM 4500+++) dan merancang membina aset jumlah (net worth) dalam bentuk pelaburan hartanah.
Chua mendakwa bahawa dia mampu melakukannya dengan menjalani kerjaya dengan waktu kerja yang lazim (9 pagi ke 5 petang) tapi peristiwa-peristiwa imbas kembali yang diimbaunya menunjukkan bahawa Mark memang seorang yang biasa bekerja sehingga lanjut tempoh biasa. Lagipun kerjanya adalah dalam bidang swasta yang mempunyai tahap kenaikan jawatan yang relatif cepat, pada bidang yang lumayan pula pulangannya iaitu perbankan, pada bahagian yang kritikal pula iaitu bahagian kewangan dan analisis peminjaman. Pendek kata, jangan cepat terliur dengan menyangka anda mampu menjadi sama berjaya seperti Mark pada usia 33 tahun selagi anda memakai teknik yang diajar.
Baiklah berkenaan teknik yang diajar Mark...tidaklah radikal. Ia adalah langkah-langkah masuk akal untuk seorang pelabur separuh masa yang mempunyai kerjaya sepenuh masa. Labur di lokasi yang anda fasih (selalunya lokasi-lokasi yang berjiran dengan kawasan anda), kenalpasti kriteria-kriteria yang perlu dipenuhi, congak tahap risiko berdasarkan sifir-sifir tertentu, beli hartanah, dan pastikan anda memperoleh penyewa yang ideal (wanita bekerjaya, pasangan muda) supaya kemasukan duit anda berlaku secara otomatis. Oh dan jangan lupa memenangi hati penyewa anda dengan cuba memenuhi keperluannya sebaik yang mungkin. Memang ada tips-tips lain tapi seperti yang biasa ditemui dalam buku kewangan sebegini ia tidak lebih daripada "gali lubang, tutup lubang" dengan nota kaki bahawa pastikan aset jumlah anda terus berkembang.
Penulis acap menggunakan teknik tuas (leverage) dan ulangbiaya (refinancing) dalam membeli aset-aset baharu. Kebolehan beliau untuk mengulangi prosedur tersebut meningkat dengan bertambahnya nilai aset beliau. Beliau malah mengaku bahawa beliau tidak pernah menjual aset hartanah, hanya membeli sahaja - itupun sudah cukup mendatangkan kekayaan. Membaca bahagian ini baru aku faham ejekan "rent-seekers" dalam kritikan golongan kiri terhadap sistem kewangan moden. Biasalah dengan sistem kapitalis moden; yang kaya menjadi kaya, keuntungan tertinggi (maximized profit) adalah tuhan. Eh, berfalsafah pula aku.
Buku ini banyak menggunakan teknik penceritaan anekdotal disamping cadangan-cadangan praktikal tadi. Aku boleh katakan nisbah tips praktikal untuk pelaburan hartana berbanding anekdot adalah 50-50. Anekdot peribadinya agak menginspirasikan terutama hal-hal yang melibatkan politik pejabat dan budaya kerja. Tapi kalau itu yang menarik minat pembaca, aku sarankan membaca Dale Carnegie lagi baik.
Learned a tonne from this book. Change of outlook guaranteed whereas perhaps achieving both in the areas of career and property investment can go hand in hand.
Sure there are some trade offs, Mark highly advocates stress-free tenant management style ie sticking with less sexy tenanting vs AirBnb or splitting the rooms but it works for him.
Major takeaway: 1. Ditch below market value, Margin of Safety is more realistic measure of acquiring good value properties. 2. Necessity of having mentors. 3. Empathy is better then honesty. 4. How to be a great manager? Hint: Never ask for weakness in interview (?) 5. Pairing concept as part of portfolio balancing.
Essential read in your property investment journey.