Jump to ratings and reviews
Rate this book

Why So Serious, Parents?

Rate this book
Anak tertumpahkan air,marah.
Anak conteng dinding, marah.
Anak lambat membaca, marah.
Semua benda pun nak marah.
Cuba tarik nafas, hembusss....

Kita ibu bapa ni, kadang-kadang terlalu mementingkan diri, tak pandai kawal emosi, tak pandai berlembut dalam mendidik, dan lebih cepat melenting daripada membimbing.

Kita jarang selami jiwa anak-anak. Walaupun dulu semasa bergelar anak, kita juga impikan ibu bapa yang memahami. Kan?

Why so serious, parents?

Jom pasang matlamat untuk sentiasa jadi nombor satu dalam hati anak-anak. Jadi orang pertama yang anak-anak dambakan dalam apa jua situasi.

Sementara mereka masih mahu memandang wajah kita.
Sementara masih kedengaran suara-suara comel mereka memanggil-manggil kita.
Sementara mereka masih sudi peluk cium kita seikhlasnya.
Dan sementara semuanya masih belum terlambat.

Why so serious, parents?

Let's try to put a smile on our face everyday, and be the funniest, the happiest and the proudest parents to our children.

376 pages, Paperback

First published January 1, 2017

Loading...
Loading...

About the author

Adlil Rajiah

6 books13 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
26 (50%)
4 stars
18 (34%)
3 stars
7 (13%)
2 stars
1 (1%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 13 of 13 reviews
Profile Image for Aiza Idris (biblio_mom).
622 reviews212 followers
January 15, 2022
Kepada pasangan yang nak jadi ibubapa yang menyeronokkan, dan nak belajar cara kawal emosi supaya tidak menjejaskan emosi dan mental anak-anak yang membolehkan perkembangan mereka terbantut, saya sarankan anda supaya membaca buku ini. Seperti buku 3 Krayon, penulisan Puan Rajiah diserikan dengan humournya agar pembaca selesa membaca penulisannya. Dalam gurauan, terselit pelbagai tamparan.
Profile Image for CikguKaykayAlkhair.
87 reviews1 follower
May 19, 2017
Ada empat bahagian:

tips keibu bapaan
Aktiviti bersama anak
Refleksi diri
Why so serious,parents

Seriously, memang banyak kita dapat belajar dari seorang anak kecil dan buku ini sedikit sebanyak menceritakan pengalaman apa yang penulis pelajari semasa membesarkan anaknya.
Profile Image for KakEllereads.
131 reviews15 followers
November 13, 2020
Kak Elle suka sangat buku hasil tulisan Adlil Rajiah ini. Selain daripada mukasurat yang berwarna, terdapat juga gambar-gambar beliau sekeluarga terutamanya Haikal (anak beliau).

Walaupun beliau baru mempunyai seorang anak, namun tips-tips yang beliau berikan dalam buku ini amat berguna! Serious boleh digunakan untuk semua anak-anak kita.

Buku ini lebih kepada mengajar Kak Elle menjadi ibu atau mommy yang boleh mengawal emosi terutama emosi panas baran.

Kak Elle adalah seorang mommy yang sangat mudah menjadi HULK walaupun dalam sekecil-kecil perkara yang Reis lakukan 😣, and I AM NOT PROUD of that! Antara sebab Kak Elle pilih buku ini adalah Kak Elle mahu memperbaiki lagi diri Kak Elle.

Setiap mukasurat yang Kak Elle belek, pasti ada sahaja yang terkena batang hidung Kak Elle. Kak Elle adalah seorang ibu tipikal iaitu selepas marah anak baru menyesal dan kemudian buat lagi. Kitaran ini berulang-ulang setiap hari!

Tahu tak apabila kita kerap memarahi anak, kita sebenarnya telah mencederakan emosi mereka 😭. Bila terlalu kerap dicederakan, anak-anak akan jadi pemarah, tidak sabar, berani menipu dan banyak lagi 😣.

Buku ini berjaya mengajar Kak Elle satu perkara yang paling penting iaitu “Jika kita mahu anak kita jadi baik, perbaiki diri kita dulu, jika mahu anak jadi soleh solehah, perbaiki diri supaya jadi soleh solehah kerana anak belajar daripada “meniru” kita bukan daripada arahan atau suruhan kita!”

Bak kata orang putih, “Lead by example!”

Kak Elle bagi buku ini 5 🌟. Tak sabar nak baca dua lagi buku beliau selepas ini.

Jika anda mempunyai tahap kesabaran yang rendah atau amat sedikit dalam mendidik anak-anak seperti Kak Elle, Kak Elle highly recommended uolls untuk baca buku ini!
Profile Image for Zakiyyah.
23 reviews
August 5, 2018
Alhamdulillah. Sekian lama (lama sangat), akhirnye habes jugak bace buku ni. 🙂

Sangat sangat memanfaatkan dan memerangsangkan. I galakkan setiap ibu dan bapa (kalau ade yang membace) untuk bace buku ini:

👉 Why so serious, parents? oleh Adlil Rajiah

Ade point-point yang menginsafkan diri, tetapi kate-kate penulis membuat kite mendorong diri (dan percaye) yang kite *boleh* jadi ibu bapa yang lebih baik, lebih disayangi dan dirindui anak-anak. 👨‍👩‍👧‍👦 .

It is definitely worth the read (and keep). 👍

In syaa Allah, setiap usaha kite untuk menjadi ibu bapa yang lebih soleh/solehah, lebih baik, lebih memahami demi membesarkan dan membimbing anak-anak menjadi insan yang kite inginkan, diberkati dan dirahmati-Nya. Amiin.
Profile Image for Amelia Zulkifli.
202 reviews7 followers
September 22, 2020
Buku yang saya akan sarankan pada ibu bapa luar sana. Banyak menyentuh tentang bagaimana nak kawal emosi diri sendiri yang selalu kesabarannya senipis kulit bawang dalam mendidik anak. Terdapat juga tips-tips untuk bermain, cara lebih mengenali anak, cara kembangkan potensi dan tingkatkan daya fikir anak.

Banyak kali saya terasa sendiri dan harapnya boleh perbaiki diri sendiri. Baru sahaja jadi ibu untuk 10 bulan, banyak yang perlu saya pelajari dan tuntut ilmu dalam ilmu parenting. Kita pastinya nak jadi ibu bapa yang terbaik dan kebanggan anak-anak.
Profile Image for Naufal Shah.
16 reviews14 followers
May 21, 2022
perkongsian yang baik buat pasangan muda bagaimana berhadapan anak kecil yang sedang membesar. Banyak tips berguna dan juga banyak perkongsian kisah penulis dengan anaknya secara santai dan mudah difahami.
Profile Image for Hafizi.
75 reviews
November 10, 2019
Buku yang mesti dibaca oleh ibu bapa. Banyak parenting tips yang berguna yang boleh diaplikasikan dalam melayani anak2
Profile Image for Fazira Aziz.
3 reviews
January 28, 2020
Use simple language & close to the hearts 💕 practical guide for parents in raising kids
33 reviews1 follower
October 15, 2020
Penulisan yang sangat santai.. Best sangat.. Banyak input yang boleh dipelajari dari buku ini. Belajar dari anak kecil ni jauh menenangkan.. Terus jatuh ke hati.. Selamat membaca semua..🥰
Profile Image for Mohd Hafiz.
59 reviews
February 14, 2021
Saya gagahkan diri dan buang ego untuk baca buku ni semata-mata untuk mencari bekalan untuk mendidik dan membesarkan anak-anak. Alhamdulillah penulisnya ternyata telah membuka mata saya. Sekarang saya sedar betapa dhaifnya ilmu keibubapaan saya.

Corak penulisan buku ini sangat santai namun padat dengan isi. Kaedah-kaedah didikan penulis dapat diterima akal. Penulis juga jenis yang rajin mengkaji dan tidak menulis sembarangan. Hanya satu bahagian yang saya kurang suka iaitu bahagian refleksi diri kerana ianya lebih kepada luahan perasaan, biasalah lelaki biasanya tak minat benda macam ni.

Secara keseluruhan, saya beri lima bintang kerana isinya amat berguna untuk saya InsyaAllah.

Ulang bacaan Kali ke-2

Bagi saya Yang Sering tewas dalam mengawal baran amatlah perlu untuk mengulang baca buku ini. Mengingatkan kembali bagaimana sewajarnya kelakuan seorang ibu/Bapa terhadap anak-anak. Alhamdulillah tidak menyesal.
Displaying 1 - 13 of 13 reviews