Jump to ratings and reviews
Rate this book

Rumah Untuk Disewa

Rate this book
Pangsapuri Seri Mawar. Akhirnya Faeeza dan Liana bersepakat untuk tinggal serumah bersama-sama setelah tamat pengajian dan skim latihan yang disertai. Pengalaman kali pertama menyewa bilik di pangsapuri itu menemukan mereka dengan Kak Enab, "tuan tanah" yang kapitalis serta kerenah rakan-rakan serumah yang aneh. Beberapa kejadian berlaku dengan penuh misteri. Siapakah Aad dan apa hubungannya dengan Encik Hai? Mampukah Faeeza dan Liana bertahan?

Paperback

First published January 1, 2017

1 person is currently reading
1 person want to read

About the author

Nazrie Haslieanie

12 books1 follower

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
1 (20%)
4 stars
2 (40%)
3 stars
1 (20%)
2 stars
1 (20%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 3 of 3 reviews
Profile Image for Shah Si Pencinta Buku.
479 reviews41 followers
August 2, 2025
Faeeza dan Liyana akhirnya sepakat untuk menyewa rumah bersama-sama. Namun kemasukan mereka ke rumah sewa tersebut bagaikan tidak disenangi. Pelbagai gangguan juga mula berlaku kepada mereka.

Rasa macam kena tipu sebaik sahaja SH menamatkan pembacaan. SH ingatkan naskah ini bergenre seram berdasarkan blurb di belakang buku. Rupanya.. Kalau nak tahu kenalah baca. Bolehlah ada geng rasa Tipah Tertipu.

Antara rakan serumah yang SH cukup menyampah adalah perangai Umi ni. Suka hati dia sahaja nak guna barang orang, nak makan makanan orang lain tanpa izin. Boleh pula dia buat makan/guna dulu baru cakap. SH rasa kalau SH di tempat mereka SH akan jadi macam Faeeza. Memang ada yang akan kena sembur dengan SH.

SH suka dengan plot twistnya sebab berjaya membuatkan SH rasa tertipu. Tetapi perasan takut yang cuba dimasukkan sepanjang cerita tidak berjaya disampaikan dengan jayanya. Yang ada perasan meluat dengan perangai Umi.
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 12 books107 followers
August 2, 2017
kulit buku macam kisah seram kan?.. tapi itulah tarikan utama untuk buku ini. kualiti buku terbitan ITBM memang tak boleh nak di sangkal lagi dari segi kulit, jenis kertas mahupun susunan aksara di dalamnya. tak nampak pun mana-mana kesilapan ketika membaca. tahniah buat yang terlibat dalam penerbitan buku ini..

walaupun ada tertera NOVEL REMAJA tapi sebenarnya isi novel ini padat dan amat sesuai untuk bacaan semua golongan. apatah lagi golongan muda yang baru hendak membina kehidupan. suka dengan cara penyampaian cik penulis Nazrie Haslieanie, walaupun ada ketika seperti membaca fakta tapi olahan balasnya membuatkan susunan cerita menjadi cantik dan licin.

feeza dan liana bersepakat untuk mencari rumah sewa kerana mereka bakal mengikuti skim latihan bekerja. mereka bertemu dengan kak enab, tuan rumah dan pelbagai 'kisah' tentang penyewa dan tempat rumah untuk disewa di dengar dari mulut kak enab. umi dan aad, rakan serumah mereka punya kerenah masing-masing. umi, kelihatan ramah manakala aad seperti manusia yang hidup sendirian dan tak peduli pada manusia lain. sungguhpun begitu, dia membenarkan dua sahabat ini menggunakan apa saja barang miliknya..

feeza lebih kepada sifat agresif, suka memprovok dan agak suka menjatuh hukum tanpa menyiasat. liana pula agak tenang dan lebih suka bersangka baik. suka dengan penyampaian secara halus oleh cik penulis tentang sifat-sifat manusia ni. ramai orang banyak ragam, ye tak?.. setelah mereka berdua tinggal di rumah sewa tersebut, pelbagai ragam dan sifat manusia yang mereka lihat. umi, tidak menghormati hak orang lain. ikut suka rembat harta orang. makan pun tak minta izin. feeza begitu sakit hati dengan sikap umi ini tapi liana lebih kepada bertenang dan memaafkan. aad punya rahsia. walaupun feeza dan liana adakala tertanya kenapa aad sering keluar waktu malam dan selalu terdengar macam-macam bunyi dari bilik aad, tapi mereka menghormati teman serumah mereka.

gangguan?.. yang ini penulis agak mendatar sedikit. kalau masukkan lebih sedikit elemen cemas dan seram mungkin lebih 'melompat' sedikit pembaca. memang ada sedikit bila feeza dan liana terdengar bunyi tapi ianya setakat itu sahaja. kaitan dengan kisah seram bangunan lain pun seperti tak berapa relevan. tapi masih seronok di baca kerana ianya input untuk pembaca. ancaman dari luar pula, yelah dah duduk rumah sebegitu adakala orang sekeliling pun boleh jadi ancaman. seperti kemunculan tiba-tiba Encik Hai yang pada mulanya amat mencemaskan mereka tapi kemudian amat menjengkelkan feeza kerana sering di sapa oleh lelaki itu..

walaupun dapat di agak kisah sebenar hampir dipenghujung cerita tentang rahsia bunyi, apa yang menangkap pandangan mata feeza di bilik aad dan kaitan encik Hai tapi penyampaian penulis buat pembaca seronok baca tapi dalam masa yang sama pengajaran yang diselitkan amat berguna buat kita sebagai pembaca. jahat ni, adakalanya kerana terpaksa, kerana tuntutan hidup dan juga kerana desakan sikap manusia itu sendiri. bukan hendak membantu beri jalan penyelesaian tapi lebih kepada sifat suka mengeji dan mempersalahkan. ada manusia boleh terima tapi ada manusia hanyut dalam tekanan. adik beradik pun boleh bertelagah inikan pula kawan yang tiada pertalian darah.. tahniah buat penulis untuk kisah yang menarik ini dan selamat maju jaya untuk seterusnya..
Displaying 1 - 3 of 3 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.