Jump to ratings and reviews
Rate this book

Travelog HJ Mr. Traveller

Rate this book
Travelog Haji (HJ) Mr. Traveller merupakan sebuah kisah benar seorang pemuda berusia 26 tahun yang berniat mahu berbackpack untuk menunaikan haji, namun segalanya berubah serta merta kerana hadiah visa hajinya sangat lambat diterima. Jika sebelum ini penulis telah berkongsi kisah pengembaraannya di lebih 35 buah negara, kali ini penulisannya lebih kepada pengembaraan spritual merangkumi fasa sebelum, ketika dan setelah musim haji. Penulisannya juga sarat dengan informatif terkini berkaitan isu-isu haji, sejarah dan suasana ketika melaksanakannya. Elemen throwback juga dimuatkan dalam penulisan ini yang akan membawa pembaca turut merasai situasi sebenar yang berlaku dan larut dalam kisah penceritaan beliau. Penuh emosi menuju seruan Ilahi. In Sya Allah.

"AKu sambut seruan-Mu YA ALLAH!"

213 pages, Paperback

First published April 1, 2017

Loading...
Loading...

About the author

Meor Farid Asyradi

5 books15 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
10 (58%)
4 stars
4 (23%)
3 stars
3 (17%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 6 of 6 reviews
Profile Image for Sharulnizam Yusof.
Author 1 book96 followers
May 22, 2017
Seperti yang pernah saya komen dalam buku Meor sebelum ini, dia sangat berani dan juga nekad. Jadi, tidak menjadi sesuatu yang "menghairankan" bagaimana beliau akhirnya berjaya mendapatkan tempat untuk menunaikan haji.

Kesungguhan beliau "dipandang" tuhan.

Beruntung betul dapat menunaikan haji dalam usia yang masih muda. Dan perkongsian Meor dalam buku ini, sangat memuaskan rasa rindu dengan dua tanah suci ini.

Terdapat tiga fasa penceritaan; sebelum, semasa dan selepas. Mulanya saya rasakan bahagian sebelum itu terlalu panjang dan tidak perlu. Tetapi sesudah selesai membaca keseluruhan buku, pandangan saya berubah. Setiap detik perjalanan dari mula sehingga akhir, memberi makna tersendiri perjalanan haji ini.

Saya rindu mahu ke sana lagi.

Tetapi kesungguhan masih belum lagi nampak kelibat.

😢
Profile Image for Syed Shahrom Wafa.
273 reviews16 followers
August 30, 2017
Seperti yang dijangka dari penulis buku travelog popular Travelog Mr. Traveller, tetap informatif & menarik.

Kali ini beliau menceritakan pula pengalaman beliau mengerjakan haji pada tahun 2016 yang lalu. Memang rezeki beliau dapat memenangi visa Haji tahun tersebut hasil dari cabutan bertuah Kerajaan Arab Saudi di tempat pengajian beliau.

Apa yang menarik bagi saya adalah cara garapan penulis dalam setiap buku-buku pengembaraannya. Tidak seperti sesetengah buku travelog oleh penulis lain yang seperti syok sendiri & kurang matang pengolahannya, beliau dapat menunjukkan kematangan beliau dalam gaya penulisan beliau dalam buku pertama hingga buku yang terkini ini, iaitu buku keempat beliau.

Buku ini juga boleh dijadikan rujukan alternatif untuk anda yang bakal mengerjakan Haji kerana ianya digarap dalam bentuk catatan pengembaraan. Jadi anda boleh dapatkan gambaran perjalanan Haji penulis dari ketika sebelum, semasa & selepas musim Haji.

Apabila selesai pembacaan buku beliau ini, cuma satu saja pertanyaan yang bermain dikepala. Giliran sebenar penulis untuk mengerjakan Haji adalah pada tahun 2075, sementara seorang lagi rakan beliau pada tahun 2105. Namun rezeki mereka berdua dapat pergi pada tahun 2016 yang lepas. Beruntungkan mereka ini.

Giliran saya pula kalau diikutkan pada tahun 2061. Akan berumur 74 tahun sudah pada waktu itu. Entah masih bernyawa atau tidak kan diri ini pada waktu itu. Semoga kita semua diberi keizinan & kesempatan untuk mengerjakan rukun Islam ke-5 ini bersama in sha Allah 😊

Profile Image for Affan Yunus.
111 reviews4 followers
August 1, 2020
Sangat pilu membaca kisah pengembaraan penulis kali ini . Penuh dengan emosi , cabaran dan perasaan yang bercampur baur.

Buku ini berjaya merangsang semangat golongan muda untuk menunaikan haji kerana penulis sendiri telahpun menceritakan pengalamannya sebagai salah seorang jemaah haji muda yang berjaya menempuh ranjau perjalanan ibadah haji dengan baik dan penuh penceritaan.

Buku ini sangat digalakkan bagi semua bakal haji untuk membacanya supaya mendapatkan gambaran tentang perjalanan serta panduan-panduan dalam mengerjakan rukun Islam yang kelima itu.
Profile Image for NUR HIDAYAH ABDUL HAMID (aya_booskboutique).
89 reviews6 followers
May 4, 2020
Buku kedua penulis ini yang saya baca selepas buku pertama beliau Travelog Mr Traveller. Kenal sebab senior semasa di UM.

Mengenali penulis, saya yakin apa yang bakal beliau kongsikan bukan setakat sebuah cerita tentang tempat semata-mata atau bagaimana perjalanan ke tempat-tempat tersebut. Tapi pasti ada sejarah atau ilmu mengenai tempat-tempat yang dilawati juga cerita perjalanan beliau yang suka 'DIY'. Ia pasti menarik.

Dan setelah selesai membacanya, benarlah seperti yang dijangka. Selain dari cerita tentang tempat tu, orang yang beliau jumpa, emosi yang dirasakan, beliau turut berkongsi ayat Quran atau hadis mengenai tempat tu. Terasa tak sabar menjejakkan kaki ke sana mendapat manfaat keafdhalan dan barakanya bumi itu.

Penulis kongsi journey beliau dari sebelum ke sana lagi, dan menurut saya bahagain itu yang paling menarik dari keseluruhan cerita dalam buku ini kerana bayangkanlah hanya beberapa hari sebelum pergi baru penulis diconfirmkan dapat pergi. Memang tak sempat pergi kursus haji langsung.

Ok, selamat membaca kawan. Menyemai rindu pada tempat yang dijanjikan pelbagai kenikmatan seorang Muslim. Moga kita semua direzekikan untuk sampai di sana sesegera mungkin.
Profile Image for thewayfarer11.
76 reviews17 followers
November 26, 2018
Berkisar tentang pengalaman haji penulis pada tahun 2015. Bacaan yang bagus untuk menyemarakkan perasaan ingin menunaikan haji atau umrah di usia muda.
9 reviews1 follower
July 23, 2022
mengasyikkan. seperti mengikut dia berada dkt tanah haram juga.
Displaying 1 - 6 of 6 reviews