Jump to ratings and reviews
Rate this book

20 Cerita Tentang Tuhan

Rate this book
Sastera sering menemukan jalan lain daripada jalan yang diikuti umum. Ketika umum menemukan sejarah, sastera menemukan fiksi-fiksi di sebalik sejarah. Ketika umum menemukan sains, sastera menemukan tanda-tanda di sebalik sains. Ketika umum menemui budaya, sastera menemukan falsafah di sebalik budaya. Dan ketika umum menemukan bahasa, sastera menemukan sistem pemikiran di sebalik bahasa. Malah di sebalik agama, sastera menemukan tiitk-titik keyakinan untuk memegang kepercayan dengan lebih jitu. 20 Cerita Tentang Tuhan menghimpunkan cerpen yang cuba menemukan jalan laindaripada sejarah, sains, budaya, dan bahasa daripada jalan yang diikuti umum. Kebulatan daripada segalanya - ia menimbul-terangkan titik-titikdalam diri manusia tentang agama dan Tuhan.

246 pages, Paperback

First published January 1, 2017

5 people are currently reading
32 people want to read

About the author

S.M. Zakir

65 books47 followers
S.M. Zakir nama penuhnya Syed Mohd Zakir bin Syed Othman dilahirkan pada 4 Februari 1969 di Kota Bharu, Kelantan. Dibesarkan di Pulau Pinang dan Selangor. Kini menetap di Selangor. Menerima pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Tengku Indera Petra, Kota Bharu, Kelantan hingga darjah empat; Sekolah Kebangsaan Bukit Gelugor, Pulau Pinang; seterusnya ke sekolah menengah Penang Free School, Pulau Pinang; Sekolah Menengah Bandar Baru Bangi dan menamatkan persekolahan di Sekolah Menengah Tinggi Kajang. Melanjutkan pelajaran ke Institut Teknologi MARA dan Institute of Commercial Management, Bournemouth, England.

Mula menulis pada tahun 1990 dan sehingga sekarang telah menerima puluhan anugerah sastera termasuk Hadiah Sastera Perdana kategori kumpulan cerpen 1994/95 (Merengkuh Langit, DBP 1995) dan Anugerah Sastera Kelantan kategori Buku Kumpulan Cerpen (Sekuntum Kembang di Sayap Jibril, PPN 2001). Antara anugerah sastera tersebut ialah Hadiah Sastera Perdana Malaysia, Hadiah Sastera Utusan-Public Bank, Hadiah Sastera Utusan-ExxonMobil, Hadiah Sastera DBP-Maybank, Hadiah Sastera 100 tahun Kuala Lumpur DBP-DBKL, Hadiah Formula Malaysia dan Anugerah Sastera Negeri Kelantan.

Pernah dihantar oleh Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai peserta ke ASEAN Youth Writer’s Conference/Workshop di Bayview Hotel. Pulau Pinang, Disember 1992 dan Bengkel Cerpen MASTERA di Bogor, Indonesia 11-17 Oktober 1998.

Bidang penulisan yang diceburi ialah cerpen, esei, sajak dan novel yang antaranya disiarkan di majalah Dewan Sastera, Dewan Budaya, Dewan Masyarakat, Pelita Bahasa, Bahasa, Dewan Siswa, Jurnal Perisa, Jurnal Malay Literature, Jurnal Pangsura, Milenia Muslim, Pentas, akhbar Berita Minggu, Berita Harian, Utusan Melayu, Utusan Zaman, Mingguan Malaysia dan pelbagai akhbar serta majalah lagi.

Buku-buku yang diterbitkan ialah novel remaja Di Bawah Lembayung (DBP. 1991), novel klasik Kembang Kanigara (DBP. 1992), kumpulan cerpen Merengkuh Langit (DBP. 1995), kumpulan cerpen-mini Fatamorgana (Sasbadi. 1997), kumpulan cerpen Sekuntum Kembang di Sayap Jibril (Penerbitan Pustaka Nusa. 2001), kumpulan cerpen Menyirat Nirmala (DBP. 2004), kumpulan cerpen Sekeping Ruh di Atas Bantal (PPN2005), kumpulan sajak Memburu Malaikat (PPN 2007), kumpulan sajak Sajak-sajak Petualang: Manusia Cinta (PPN, 2009) dan sebuah buku biografi edisi mewah iaitu Seniman Negara ke-7 Datuk (Dr) Ahmad Nawab (JKKN. 2008).

(Sumber: http://www.suaramalaysia.net/index.ph...)

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
16 (39%)
4 stars
17 (41%)
3 stars
8 (19%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 9 of 9 reviews
Profile Image for Nazmi Yaakub.
Author 10 books279 followers
March 5, 2021
Bagi yang meminati falsafah dan pemikiran disepuh angin dari Barat serta Islam tetapi mahu berkayuh lewat aliran kreatif, SM Zakir ialah penulis yang bukunya wajib dibaca. Tidak ramai pengarang yang dapat menggabungkan keindahan dalaman dan luaran dalam konteks cerpen dan SM Zakir adalah antara yang nadir.

Sebahagian besar cerpen dalam kumpulan ini, menuntut kita untuk menikmati cerpennya dengan dua keghairahan - pertama untuk masuk ke dunia imaginasi yang menjungkirbalikkan sejarah dan ‘meminjam’ realisme magis dari Amerika Latin dengan menyatukannya dengan realisme magis alam Melayu, manakala kedua, dunia pemikiran dan falsafah yang terbentang dari Timur hingga Barat.

Di sebalik kisah ajaib - seperti wanita jatuh dari langit, ribut aneh di kampung dipenuhi segala macam manusia berfikiran asing, isteri kedua terbang ke langit - SM Zakir bukanlah pengarang seperti teratai yang tidak punya akar untuk berpaut. Karya-karyanya sangat kuat dengan semangat Melayu dan Islam tetapi bukan tipikal politikus yang bertopengkan nasionalis.

Justeru, saya sarankan karya SM Zakir wajib dibaca kepada peminat dan mereka yang terpukau dengan dunia falsafah Barat hingga sampai mencemuh nilai-nilai Melayu yang ada - meskipun ia bukan seratus peratus dosa mereka kerana terlalu ramai yang menunggang bangsa dan agama untuk kepentingan politik - kerana pengarang ini menunjukkan sejauh manapun kita terbang di langit, akhirnya kita perlu ada tempat asal untuk pulang.
Profile Image for Siti.
Author 3 books18 followers
October 13, 2018
Finally! 10 bulan diperlukan untuk menamatkan kumpulan cerpen sastera. Diselang-selikan dengan banyak buku lain sebelum akhirnya menemui stamina untuk menyelesaikan pembacaan.

Bagi seseorang yang membaca untuk berhibur dan melepaskan lelah mental menguruskan tugasan pejabat, aku fikir kelambatan membaca karya sastera menjadi lumrah. Karya sastera perlu dikunyah lumat, ditelan dan dihadamkan dalam fikiran untuk dinikmati keindahannya.

Apa-apapun, buku ini sedap. Namun kesedapannya ialah kesedapan bagi yang rajin dan sabar. Bukan untuk yang malas dan gopoh.

Jadi faham-faham sendiri sebelum membuka naskhah ini. Jangan cakap akak tak ingatkan.
Profile Image for Izzat Isa.
415 reviews50 followers
June 11, 2018
Kumpulan cerpen yang paling saya minati daripada sentuhan S.M. Zakir. Karya ini tidaklah serumit berbanding kumpulan cerpen-cerpen beliau sebelum ini. Karya ini sarat dengan tema dan pokok persoalan yang tidak kurang beratnya namun diringankan dengan diletakkan dalam situasi yang berpijak di bumi nyata, walaupun seringkali bertembung antara realiti mahupun realisme magis yang diadunkan dalam naratif sejarah, agama, budaya, politik sehinggakan kepada falsafah. Pengarang juga turut memerihalkan keadaan dan 'penderitaan' rakyat seharian dalam meneruskan kehidupan terutama yang bergulat di kotaraya.
Ada cerita yang misteri, ada cerita yang menyeramkan malahan terdapat juga cerita yang melucukan walaupun dilatari oleh semangat politik seperti cerpen Riwayat Leman.
Profile Image for Najah Mustapa.
91 reviews5 followers
April 1, 2019
hampir setahun mengambil masa untuk menghabiskannya. Permulaan cerita di buku ini agak sedikit sulit untuk dimengerti oleh saya. Mungkin kerana saya masih kurang dalam dalam selok belok penulisan sastera, tapi di puisi ke 9 dan atas, makin menarik dan boleh diikuti rentaknya oleh saya. Banyak yang tersirat diselitkan penulis ke dalam naskhah ini. Gambaran-gambaran kehidupan, kritikan halus, dan sinis, teguran dan ada juga unsur rohani/fantasi.
Profile Image for  Mr Chu.
6 reviews1 follower
April 25, 2020
Apa yang saya boleh simpulkan mengenai buku ini adalah satu karya yang penuh imaginasi dan berkarakter.

Setiap cerpen dalam buku ini mempunyai karakter dan ciri penceritaan yg begitu individualistik. Ada cerpen yang saya dapati agak hambar. Ada pula cerpen yang mencuit hati disebabkan watak2 dungu dalam cerpen tersebut dan ada pula cerpen yang membuat saya marah!!

Walaupun "20 Cerita Tentang Tuhan" mempunyai kepelbagaian ton penceritaan yang berbeza tetapi semuanya membawa kepada satu warna mesej yang sama, iaitu Perjuangan Masyarakat Melayu yang kian pudar dek kerana percampuran perisa politik, falsafah dan ideologi yang terlalu banyak dan tidak relevan.

Cerpen kegemaran saya dalam buku ini?
Sudah semestinya "Kampung Lama" dan "Perempuan Yang Jatuh Dari Langit"

-Mr Chu
Profile Image for Bidasari.
305 reviews
December 9, 2025
Ini buku berat untuk den yang jarang sangat baca buku yang deep.
Lagi-lagi buku yang membincangkan tentang kedaulatan negara, permuafakatan masyarakat, pribumi yang terpinggir, mereka yang berjuang atas prinsip yang benar tetapi diketepikan atas alasan the lesser evil, dsb.

20 cerpen yang semuanya banyak cerita tersirat.

Dia buku-buku lagu ni guna perkataan biasa pun sudah menusuk jiwa.
Cuma hendak difahami apa yang cuba disampaikan itu agak ambil masa untuk den fahami.
Ada cerita yang den kena ulang baca.
Tetapi den paling suka cerita seorang lelaki singgah di sebuah masjid yang terang benderang dan begitu ramai jemaah untuk solat terawih.
Esoknya dimaklumkan bahawa masjid itu telah lama tiada solat terawih.
Magis begitu.
Profile Image for Ema.
1,113 reviews
November 9, 2019
Rakyat2 Malaysia sekalian!

Tolonglah beli buku ni.
Atau pinjam ke apa.
Buku ini worth reading.

Orang kata mana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi.
Inilah contohnya.
Mungkin selepas ini aku akan cari novelnya pula.
Covernya juga bagus.

Walaupun 4 hari aku cuba menghadamkannya tapi rasa berbaloi.
Katanya dalam prakata, cerpen adalah medium yang sukar ditulis.
Memang betul pun.
Sekadar menulis sesiapa pun boleh menulis tapi untuk menyampaikan maksud tersirat itu yang payah.
Profile Image for Aliff Basri.
17 reviews14 followers
November 7, 2017
Pengarang berusaha menggarap sejarah dan imaginasi sebagai kesatuan yang pasti akan mengelirukan bagi sesiapa yang tiada bacaan asas lain sebelumnya.

Setiap bab ada kejutan tersendiri malah jalan cerita yang pelik dan fantasi menjadikan cerpen lebih mudah diingati.

Diingati bukan kerana mesejnya tapi kepelikkannya untuk difikirkan dengan lebih mendalam.
Displaying 1 - 9 of 9 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.