Kota memang mencipta fiksyennya yang tersendiri, apa lagi pada era buday pop dengan elemen hips yang menjadikan koloni urban hidup dalam lingkaran rutin yang lebih mitos aripada segala mitos, malah lebih magis dan lebih misteri juga.
Kumpulan Cerpen Pop Urban ialah mata fiksyen yang melihat rutin kota melalui simbol-simbol klasik dan kuno, tetapi sangat releven dan merutin dalam imejkoloni urban yang sensasi dan happening.
Kumpulan cerpen dengan 18 cerita pendek yang berelemen klasik, mitos, misteri, dan magis ini sengaja difiksyenkan sebagai subjek yang prominan dalam budaya pop dan hips, malah relevan urban.
Imej ikan paus, harimau saka, broker antimaut, monyet lagenda, barua politik, kesunyian kota kara, dan obsesnya para syaitan yang menjelma sebagai manusia mengisi fiksyen berlatarkan urban dengan topik yang real.
Kumpulan Cerpen Pop Urban menjadikan segala-gala yang klasik, mitos, mistik, dan magis sebagai rutin normal - sangat normal bagi koloni urban.
Zainal Rashid Ahmad (ZRA) mencipta nama pada tahun 1990-an dengan cerpen-cerpen bernuansa eksperimental yang menjurus kepada menggabungkan sastera Melayu moden dan sastera Melayu lama. Zainal memenangi deretan anugerah sastera terutamanya Hadiah Sastera Utusan, Hadiah Sastera Perdana, Hadiah Sastera Islam dan pelbagai anugerah peringkat kebangsaan. Sehingga kini Zainal telah menghasilkan dua buah kumpulan cerpen iaitu Alkisah (2012) dan Yang Tercinta (2012). Zainal mempunyai pengalaman luas sebagai wartawan; pernah bertugas di Utusan Melayu, Astro, NTV7 dan TV3. Zainal turut menerima Anugerah Seri Angkasa 2004, Anugerah Media Pertahanan 2009, Anugerah Dokumentari Terbaik 2010 dan pelbagai anugerah PPFM sebagai Pengarah dan Penulis Skrip Terbaik. Kini Zainal merupakan Pengurus Besar, Jabatan Penerbitan sosial, Politik & Ekonomi TV Al-Hijrah. (2014)
Fiksyen yang dibaluti dengan satira memang sedap. Lebih-lebih lagi apabila ia terkena batang hidung sendiri. Kumpulan Cerpen Pop Urban oleh Zainal Rashid Ahmad memang ada keunikannya yang tersendiri.
Setiap cerpen menggunakan unsur fragmen. Pecahan demi pecahan cerita digunakan untuk menceritakan lebih detail sesebuah cerpen. Setiap unsur politik dikupas dengan baik. Kena dengan tema urban, magis yang dimasukkan juga sangat terbaik. Ia membuatkan seolah-olah berada di awangan ketika membaca setiap cerpen dalam ini.
Ketika kau baca dan tamat satu cerpen, kau pasti fikir... Eh, macam ada je dekat real life. Begitulah kehidupan. Kalau dijentik pasti terasa.
Cerpen pilihan aku? Kesemuanya! Susah nak pilih yang terbaik sebab semuanya terbaik. Memang aku rekemen untuk korang baca supaya dapat rasakan kelazatan yang aku rasa. Rugi dan tersangat rugi kalau kumpulan cerpen ni tak ada dekat rumah korang.
Bahasanya agak kurang bagi saya. Dan kalau dibandingkan dengan magis kota, buku ini kalah terlak. Isu juga ada yang berulang antara cerpen. Tapi apa pun, masih buku yang bagus, lagi lagi untuk yang belum pernah baca buku oleh Zainal Rashid Ahmad. Faveret saya, Broker terakhir Tanah Melayu dan Tujuh Peluru.
Cerpen-cerpennya seronok tetapi tidak berapa enak laras bahasanya. Ada jugalah cerpen-cerpen yang buatkan aku menyukat berapa muka surat lagi baru nak habis. Idea-ideanya segar.