Siapakah Roden? Mengapa Roden, seorang warganegara Malaywood cenderung terjun dari atas bangunan? Di manakah Malaywood?
Dunia Malaywood bukanlah sesuatu yang asing dengan Roslan Jomel. Negara tanpa kedudukan di peta tapi disukai pelancong. Warganegaranya seperti Roden, Lelaki Kesepian, Gadis di dalam telinga, Suami Tomato, Penulis Fiksyen dan Kafka mempunyai rencam cerita yang magis dan lucu. Mereka hidup di dalam kotak mancis, hujung terminal dan juga di dalam telinga perempuan cantik.
Anda digesa membaca dan mengenali dunia Malaywood. Fiksyennya ada di antara pembaca tanpa disedari oleh sesiapa pun. Lebih dekat berbanding kuping telinga.
Selamat datang kembali ke Malaywood bersama Roden yang Cenderung Terjun dari atas Bangunan.
Ini adalah karya Roslan Jomel pertama yang aku baca. Aku tertarik membelinya sebab ada perkataan 'roden' pada tajuk kumpulan cerpen ni. Ada satu lagi karya beliau yang aku tertarik nak beli juga tapi belum tiba seru lagi... 'Serangga di dalam kepala'. Aku tertarik pada perkataan 'serangga' tu. Ye... roden dan serangga amat dekat dengan jiwa aku dalam kehidupan sebenar. Siput dan burung pun begitu juga. Sudah lah! Ini bukan ulasan pasal minat aku... ini ulasan untuk kumpulan cerpen si Roslan Jomel ni. Sejujurnya agak perlahan juga aku menghabiskan bacaan. Gaya tulisannya mungkin agak asing bagi aku. Belum kena dengan jiwa. Tapi entah macam mana aku gigihkan juga baca setiap 16 cerpen yang terhidang dalam karya ni. Makin lama baca makin padu isi dan kisahnya. Semua cerita yang dipaparkan mengisahkan tentang sebuah negara yang dipanggil Malaywood. Setiap olahan ayat penulis akan mengajak aku untuk menggerakkan otak aku yang lembap ni berfikir. Mantap, padu dan amat sinikal. Kelakar pun ada. Cukup rencahnya dan tidaklah seberat mana. InsyaAllah aku akan cuba baca karya Roslan Jomel yang lain di lain masa.
Realis magikal dalam satu absurdity liar dan aneh. Entah kenapa aku rasa karakter utama di setiap cerpennya punya personaliti yang hampir serupa. Setiap penghuni Malaywood sedang dilanda klise dan pesimistik. Garapan setiap naratif penuh kritikan sinis politik, sosial dan perihal masyarakat-- kadang terasa plotnya diulang-ulang. This is too wordy walau aku suka laras bahasanya, tapi ia memenatkan.
Seperti biasa, siapa dahagakan cerpan (cerpen panjang) bolehlah baca kumpulan cerpen Roslan Jomel ini. Bagi saya, dalam kelucuan cerpen-cerpennya ini sebenarnya tersirat kritikan sosial yang mendalam terhadap masyarakat dan politik di negara 'Malaywood.'