Kutuang kata -kata ke dalam diam hingga tak ada madah mengharung bibir
Kautahu? kita tetap dekat meski selalu dijarakkan kata.
Saya melihat Kumpulan Puisi: Menghening Sunyi seakan menyimpulkan pelbagai persoalan yang mengarah kepada makna "diam dan sunyi": Pernahkah kita mengungkapkan namun tak sepatah kata pun yang keluar daripada mulut kita? Pernahkah kita merasakan hembusan nafas kita namun kita berasa seperti orang mati? Pernahkah kita melihat sesuatu namun ternyata kita tidak dapat menyentuhnya?
Ridzuan Harun atau nama sebenarnya Mohd Ridzuan Harun, mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Hj. Idris, Tajar, Sekolah Menengah Jabi, Pokok Sena dan Sekolah Menengah Dato' Syed Omar, Alor Setar sehingga tamat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Beliau memperoleh Sarjana Muda Sastera (Pengkhususan Bahasa dan Linguistik Melayu) dari Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 2000.
Sejak 2002 hingga kini, beliau bertugas di Fakulti Penulisan Kreatif, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).
3.67 untuk kumpulan puisi ini. Ianya lebih baik dari buku sebelumnya, Negeri Kunang2. Ada beberapa sajak yang aku suka. Lain2 sederhana saja. harap buku seterusnya lebih baik dan sedap.
Saya suka puisi Ridzuan Harun. Bahasanya mudah tetapi maknanya mendalam. Ada satu bab khusus mengenang Rahimidin Zahari yang puisinya sangat menyentuh.