Kasih Ibu Sampai ke Mati - Abdul Rahim Kajai Sesat di Hujung Balik ke Pangkal - Ishak Haji Muhammad Ke Bintan-To - A. Samad Ismail Cinta di Sawah Ladang - Ali Majod Wisata - Arena Wati Kalau Ibu Sampai Takah Tiga - Shahnon Ahmad Jambu Anak Sungai - Anwar Ridhwan Anak Bumi Tercinta - Fatimah Busu Di Sisi Rinda - A. Samad Said Api - Othman Rasul Nenek - Keris Mas Sat Malangkaii - Zaen Kasturi Siapa Kata Aku Hero? - Anis Sebuah Pengharapan - Rejab F.I. Guruh - Othman Puteh Kandasami - Saroja Theavy Semut Merah - Wan Yusoff Hasan Menunggu Tetamu - Sharif Putera Plankton - Azmah Nordin Meroboh Tembok - Jong Chian Lai
Othman Puteh merupakan seorang penulis Malaysia. Othman Puteh dilahirkan pada 5 Januari 1944 di Kampung Kuala, Kuala Sungai Baru, Melaka.
Othman Puteh pernah mendapat pendidikan di MPSI, Tanjung Malim 1963 - 1964. Selepas itu, beliau telah melanjutkan pendidikannya dalam bidang bahasa di Institute Bahasa, Kesusteraan dan Kebudayaan Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Beliau aktif menulis dan sering menyumbang dalam majalah bulanan seperti Dewan Pelajar selain mengarang antologi dan novel.
Allahyarham Othman Puteh telah pulang ke rahmatullah pada tanggal 19 Oktober 2003.
Terdapat 20 cerita. Yang paling saya suka, ada beberapa. Yang saya masih terngiang ingat hingga kini, Anak Bumi Tercinta karya Fatimah Busu. Sedih sangat baca kisah Matain. Jujurnya, saya langsung tidak ingat bahawa tajuk cerita ini adalah Anak Bumi Tercinta. Namun, saya ingat si Matain - kebun terungnya, asyik bergaduh dengan kakaknya Sitiawa, bermanja-manja dengan Emak dan Kak Jarah yang sering belikan dia sotong kering dalam plastik kecil. Matain 😭
Satu lagi cerita yang saya suka, Kalau Ibu Sampai Takah Tiga tulisan Shahnon Ahmad. Apabila muka membaca tajuk dan beberapa helaian awal, saya tidak faham apa maksud Takah Ketiga. Hujung sedikit, sudah faham. Suka style penulisan yang macam nukilan dalam surat ini.