Jump to ratings and reviews
Rate this book

Novel

Rate this book
Ia bukan novel biasa tetapi ia berpuaka. Apabila ia hadir, nyawa menjadi galang gantinya dan pembaca novel puaka akan menjadi sebahagian daripada kisah di dalam novel itu. Bukan semua yang bertuah dapat membaca si novel puaka. Ia akan hadir pada pembaca yang terpilih. Selagi watak-watak di dalamnya tidak lengkap, selagi itulah ia akan memburu sehingga ia menjadi sebuah naskah yang hidup. Bersediakah pembaca novel puaka ini menerima kehadirannya dan bakal menjadi sebahagian dari kisah di dalamnya?

“Aku harap agar novel puaka tu muncul. Aku dah tak sabar-sabar nak jadi sebahagian daripada kisah di dalamnya. Itu yang aku fikirkan sedari tadi. Aku tak tahu kenapa hati aku ni melonjak-lonjak untuk membaca novel puaka tu. Aku nak tahu bagaimana kisah aku akan diabadikan di dalam novel tu,” ~ Hadzir

“Syy... jangan cakap terlalu kuat. Dia dengar apa aje yang kita bualkan. Dia ada di mana-mana.” ~ Qasidi

“Kalau begitu, titiskan darah masing-masing ke dalam mangkuk bunga ini. Ia bertujuan untuk menjamin keberkesanannya.” ~ Sabrella

464 pages, Paperback

First published January 1, 2017

1 person is currently reading
28 people want to read

About the author

Ebriza Aminnudin

38 books30 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
16 (36%)
4 stars
12 (27%)
3 stars
7 (15%)
2 stars
7 (15%)
1 star
2 (4%)
Displaying 1 - 16 of 16 reviews
Profile Image for SS.
512 reviews5 followers
October 21, 2023
Selepas Novelis. Saya pilih untuk baca Novel & on going Kenanga Nan Berdarah. Buku Novel ini ialah random pick saya semalam. Macam mana ya nak cakap 🧐. Saya teringat satu cerita Bollywood tajuk Krishna Cottage. Cerita ni pun ada kaitan dengan buku juga. Which is konsep buku itu sama. Kalau korang nak try tengok ada dekat Netflix 💢 (tibeh).

Saya mungkin bukan target reader penulis untuk cerita Novel ini. Sebab saya rasa cerita ini macam terlalu berat untuk saya terima dek akal. Selain tidak berapa nak logik. Sudah semestinya saya tak dapat nak berimaginasi dengan baik. Ke sebab saya tak berapa fokus? . Mungkin salah saya sebab saya tak berapa nak fokus. Hm

Memang saya di side Hadzir. Dari awal saya dah syak Sabrella. Dia punya teruja nak jumpa & tahu pasal Hazaral memang boleh buat orang syak wasangka dengan dia. Rasa macam sesuatu sangat bila dia mengaku dia nampak novel puaka tu sama macam Hazaral. Tapi Hazaral end up merana. Tapi dia?. Hidup macam biasa. Macam orang tak ada masalah. Rasa tak percaya dengan apa dia cakap dari awal.

Cerita Novel ni memang ada plot twist & pengajaran. Tak dinafikan. Dan isu yang diketengahkan penulis juga adalah satu isu normal yang berlaku dalam masyarakat kita terutama budak sekolah.

Apa yang saya boleh saya puji ialah saya suka dengan cara penulis gambarkan kematian mangsa dalam Novel ini. Memang meloyakan anak tekak. Saya suka macam mana penulis kaitkan antara motif si pelaku dengan watak-watak utama. Selayaknya mereka ini mendapat pengajaran dengan apa yang telah mereka lakui. Sangat melampaui batas.

Siapa yang baca novel puaka itu akan terleka dengan cerita yang ada dalamnya. Kemudian, sampai ke mukasurat terakhir mereka jadi lebih terdesak -- ngeri juga mengenangkan cari dieorang semua mati.

Cumanya ada bahagian yang saya rasa meleret. Rasa macam ada yang tak masuk akal dan pengulangan dialog yang sama (kekerapan ayat). Kadang rasa macam bosan juga sebab mereka tiga sekawan asyik gaduh benda sama. Hadzir tu telah la sebab dia memang anti dengan si Sabrella tu. Kerja dia memang penuh dgn buruk sangka je la . huhu. Tapi macamtulah. Tindakan yang di ambil pun lambat. Banyak benda depan mata dah jadi tapi masing-masing sibuk berfikir tanpa bertindak. hm. Apa apa pun nice try penulis.

Rating: ⭐️⭐️.5
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Nur Fatehah.
12 reviews2 followers
August 4, 2017
Assalamualaikum.
Tahniah kpd penulis sebab hasilkan novel yg memberangsangkan(betul ke tak ejaan ni) nafsu membaca saya.
Tahniah juga sebab hasilkan watak yg tidak diberi nama meleret2,saya tak payah selak byk kali kebelakang untuk kenalpasti watak2.
Saya suka novel yg memberi saya teka teki atau suprise tentang jalan cerita dan pengakhirannya,NOVEL berjaya membuat saya teruja tentang itu.
Ada beberapa part yg agak membosankan tp tak menganggu pun pembacaan saya.
Pengajaran dan moral dr NOVEL ni saya tak boleh nak bgtau,nanti anda semua tahu kenapa wujudnya NOVEL puaka ni.
Nak tahu anda kena membeli dan membacanya.
Saya bagi ⭐⭐⭐⭐⭐.
Profile Image for Siti Umira.
8 reviews
November 24, 2017
Suka dengan idea yang ditonjolkan. Salah seorang penulis novel seram wanita yang aku suka. Idea dalam setiap karyanya sentiasa berlainan dan membuatkan aku tidak bosan membacanya. Paling utama, setiap novel beliau pasti diselitkan pengajaran.

Jika dibandingkan dengan Atuk, Novel sedikit kurang elemen 'surprise' nya. Tetapi tahap keseraman nya lebih banyak.
Profile Image for Sha Mohamed.
2,519 reviews1 follower
July 25, 2017
Kisah yang agak sukar untuk diteka pelakunya.. Boleh pula watak atuk muncul sekejap.. Hehehe.. Novel puaka yang mencari watak utama.. Siapa agaknya watak utama untuk novel puaka itu.. Sehingga ke penghujung cerita, pelakunya tidak berjaya diteka.. Tapi bila muncul watak utama untuk novel puaka tu, barulah cerita sebenar terbongkar.. Memang menarik dan berpengajaran.. Bukan sekadar bacaan seram tapi memberikan pengajaran mengenai kejadian buli.. Jangan fikir bahawa buli tidak memberikan kesan sebaliknya kesan yang dialami mangsalah yang paling dasyat sekali.. Bukan sahaja pada fizikal tapi yang paling utama kepada mental mangsa.. Boleh menyebabkan timbulnya dendam dan perkara-perkara yang tidak baik.. Semoga kita semua mengambil iktibar mengenai hal ini..
#novel #ebrizaaminnudin #bukuprima #novelseram #horrornovel #seram #bookstagram #hobisaya #bacaanjulai2017 #bloggerbuku #bookreview #blogger #bloggerperak #blogkasihkuamani #membacajambatanilmu
Profile Image for Noor Hidayah.
73 reviews6 followers
December 11, 2017
I cannot even finish the book. mungkin sy tak serasi dengan penulisan Penulis.. cerita yang di luar logik akal jadi semakin tak logik. mungkin cara penceritaan cerita tak menarik minat sy. kalau kena gaya penceritaan yg menarik, cerita yang di luar logik, boleh nampak logik. i'm a huge fan of cerita fiksyen, seram, thriller, mistik. like i said, mungkin jiwa sy yg tak kene dgn penulis. so, 2 start only. sorry.
Profile Image for Erimawati Ali.
30 reviews2 followers
March 30, 2019
Memang menakutkan apabila pembaca NOVEL diburu kerana terpilih sebagai salah satu watak didalamnya dengan nyawa direntap ngeri bagi merealisasi jalan cerita. Mengapa dan bagaimana ianya boleh terjadi? Adakah episod berdarah itu mampu dihentikan?

Itulah yang terkandung didalam NOVEL karya Ebriza Aminnudin. Mengangkat tema BULI sebagai paksi, kisah yang penuh dengan tauladan ini kemas dialas melalui elemen seram, misteri dan mengerikan apabila kematian terjadi satu demi satu sehingga keadaan menjadi tegang dan membingungkan kerana puncanya tidak dapat dipastikan. Pertarungan antara hak dan batil menyaksikan bahawa tiada yang lebih berkuasa selain Allah tetapi sikap manusia yang lalai dan leka boleh merubah pengakhiran cerita. Ternyata kekhilafan mengikut kata hati boleh mengundang petaka yang tidak terjangkau dek akal.

Beringatlah dengan setiap perlakuan dan percakapan kerana apa sahaja tindakan kita, tidak mustahil akan berbalik kepada diri sendiri. Paling penting, jaga diri dan hati kita dengan berpaksi kepada perintah Allah. Jiwa yang kosong dan jauh dari jalan-NYA akan memudahkan iblis memesongkan kehidupan seseorang.

Kisah NOVEL ini sememangnya unik dan mempunyai tarikan yang tersendiri dan tidak rugi menjadikannya sebagai salah satu koleksi novel kesayangan di almari buku! Tahniah kepada penulis.

#HentikanBULI
#NOVEL
#BukuPrima
#EbrizaAminnudin
Profile Image for Mommy Farah.
362 reviews14 followers
August 6, 2018
Pembaca NOVEL yang terpilih bukan sahaja berpeluang membaca kisah di dalam novel puaka tersebut, malah turut menjadi sebahagian daripada kisah di dalam novel.
Nyawa menjadi galang ganti.
Agak2 berani tak nak baca NOVEL ni?
Tahniah @ebrizanovelis. Moga dengan NOVEL dapat memberi iktibar kepada pembaca.
#novel #novelholic #seramlicious
1 review
Read
July 19, 2017
Sejak baca NOVEL pada permulaan prolog.ingatkan apa.Start dari mula,masih tak puas membaca ceritanya.Saya fikirkan watak perempuan ini tak bersalah permulaan itu.watak sabrella seakan-akan pelakon terbaik.Wajah tenang je,tak sangka pulak 2 orang kawannya turut jadi pelakon sampingan.Watak bertiga rupakan ada orang tengah.Saya sangkakan Hadzir jahat sangat sampai menuduh sabrella punca.Akhirnya Hadzir tetap juga percaya apa dia nampak.NOVEL ini seakan-akan hidup bila membacanya.tengok jer ayat seru tu tak berani nak baca serius,takut lak.Perjalanan cerita ini menyeramkan dan pembunuhan tu seakan-akan geli melihat kenyataan macam mana tragedinya mangsa di bunuh tanpa di pinta.Saya bagi 10 bintang pengalaman Jamrud dengan Syaitan(Zariman) seakan-akan memberi pengajaran pada manusia luar sana.Semua bertentangan agama dan ajaran.
66 reviews3 followers
February 20, 2019
Malam tengok filem The Conjuring then sebelum tidur aku baca pulak eBook Novel ini memang tak tidur aku malam tu sebab seram Novel itu sendiri memang tahap gaban tak boleh bawak bincang! Ha and maybe filem yang aku tengok tu telah tambahkan skala keseramannya. Ha apa kata korang cuba try cam aku kalau nak la. Aku suka baca dalam versi eBook sebab memalam mak bising kalau tak padam lampu so dengan adanya eBook aku boleh baca bawah selimut memalam. Nah aku bagi linknya :- https://www.e-sentral.com/book/info/1...
2 reviews
April 7, 2020
Cerita dia best. Ada horror sense dia. Dan part yang paling tak disangka-sangka adalah Sajida, Syazwinda dan Sabrella turut bersama dalam permainan novel puaka. Alhamdulillah, saya sudahpun membeli novel ni dan dah dua kali khatam. Cuma, saya tak berapa suka bila ada part yang ada tulis kuasa pusaran yang maha hebat, stress yang maha dahsyat. Itu adalah lambang kebesaran Allah s.w.t. Jadi, tolonglah ubah. Hanya Allah s.w.t sahaja yang boleh memakai gelaran YANG MAHA. Jadi, saya harap awak ubah cara penulisan awak.
Profile Image for Hamidah Effendi.
350 reviews3 followers
July 26, 2025
📖 Judul: Novel
✍️ Penulis: Ebriza Aminnuddin

Sebuah novel thriller misteri yang cukup mencengkam — berkisarkan tentang sebuah novel puaka yang hanya muncul kepada individu terpilih. Tetapi ini bukan sekadar bacaan kosong, kerana setiap pembacaan membawa padah — roh pembaca akan disedut tanpa ampun.

Apa yang menarik?
🔹 Opening yang kuat dan terus memancing tanda tanya.
🔹 Plot twist yang mengejutkan dan membuka segala persoalan — barulah kita nampak akar sebenar peristiwa yang berlaku.
🔹 Mengangkat tema pembulian dan dendam, luka lama yang merosakkan jiwa dalam diam.
🔹 Bukan terlalu seram, tetapi lebih terasa kesan trauma daripada perbuatan membuli, dan misteri di sebalik kenapa satu demi satu perkara ganjil berlaku. Unsur seramnya halus, datang dari rasa bersalah, kehilangan dan tekanan yang membusuk dalam diam.
🔹 Watak Jamnul sangat menyentuh — pengorbanannya ada sebab yang dalam, dan meninggalkan kesan emosi. Ending membuatkan kita tertanya: "Selesai ke… atau ada sambungannya?"
🔹 Peringatan jelas diselitkan: Dendam dan iri hati membuka pintu kepada syaitan, dan dari situlah segala kerosakan bermula.

Dan paling meninggalkan kesan... persoalan ini berbisik dalam kepala sepanjang bacaan:

> Apakah si pembuli tidak pernah rasa bersalah atas perbuatannya?
Adakah mereka fikir semua itu akan berlalu begitu saja, tanpa akibat?
Tidakkah mereka tahu… apa yang dilakukan pasti akan dibalas.
Jika bukan di dunia, di akhirat pasti menanti.
Tenanglah kamu hari ini… tetapi tunggulah hari pengadilan itu nanti.

Kesimpulan:
Bukan sekadar kisah mistik — ini adalah cermin kepada realiti.
Kesan pembulian bukan hilang begitu saja, ia hidup dalam mangsa… dan kadang-kadang, ia kembali menuntut balasan dalam bentuk yang tak disangka. Hati-hati dengan apa yang kita lakukan...
Profile Image for Ungu Karmila.
73 reviews3 followers
June 12, 2022
October fight & tragedy (6)

22/10/2017
Done

Novel
Ebriza Aminnudin
buku prima
458 MS

kisah seram..novel puaka yg dtg kpd sesiapa yg dikehendaki nya..wlpn org tersebut mnòlak utk mbaca nya..
Ada yg berani memuja nya?siap mantera n cr pemujaan nya..hihi..part ni seram..mcm ikut dlm pemujaan sekali..
novel puaka ini jg mburu 4 sekawan yatim piatu..di mana kmlgn jiwa yg meragut keluarga 4 sekawan ini sbnr nya dirancang oleh org yg berdendam dgn mereka berempat..seorg demi seorg berjaya diragut nyawa nya dgn kejam disertai dgn sihir2 ampuh..kecuali seorg yg berjaya dselamatkn.
Btw..twist dia mmg buat sy melopong..hahaha..bell rupanya punya agenda tersendiri..apatah lg dia yg memulakn kisah novel puaka ini di pejabat,utk mnimbul kn rs ingin tahu yg melampau di kalangan bos2 nya,4 sekawan itu.
Novel puaka yg dijaga oleh roh kejahatan..yg anggap dia x kn mati.
Dendam yg dibawa hingga mati.

4*

Tahniah Ebriza Aminnudin Novelis..hehehe..wlpn lmbt abis kn nya..tp sy puas hati..

Watak antagonis ni byk kut.sbb mlibatkn byk pihak terkorban.tp sy list 3 org je la.

Fern,Noi,Phor

"Fern,Noi! Kenapa kita tak boleh musnahkan Asuandi? Setiap sihir yg kita kenakan pd nya, pasti akan berbalik pada kita semula."
69 reviews
December 3, 2021
Sebuah buku yang cukup seram untuk dibaca, seseram cita lendu oleh blue. Buku nih buat kita rasa betul-betul hidup dalam buku tersebut. Sapa yang suka baca cita seram this would be it, jangan cari cita lain. Sapa yang nak beli cita nih nah aku bagi link.

Aku beli dekat esentral je, nahhhhh link dia

https://www.e-sentral.com/book/info/1...
Profile Image for Ubi.
314 reviews
September 11, 2021
Lama jgk nk hbiskan novel ni. Bukan tak menarik, cuma tak boleh hadam sangat cerita yg melangkaui fantasi normal.
Profile Image for Beverley.
33 reviews
February 26, 2025
Was not expecting it to be good. However, many of the characters died in the end. Really scary
Displaying 1 - 16 of 16 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.