Jump to ratings and reviews
Rate this book

Hikayat Satria-Satria Sejati #1

Hikayat Satria-Satria Sejati #1: Generasi Baru

Rate this book
Satu tragedi tidak disangka-sangka telah berlaku, menyebabkan Airi lari dari istana, meninggalkan kezaliman ayahandanya. Takdir menemukannya dengan Aifer, puteri kepada Kabeer yang telah bersetuju melindunginya dengan beberapa syarat aneh. Tanpa Ariki tahu, lembaran pengembaraan yang panjang lagi mencabar sedang terbentang di hadapannya. Pertembungan antara kegelapan dan cahaya mula mengambil tempat.

Paperback

First published January 1, 2017

63 people are currently reading
509 people want to read

About the author

Hilal Asyraf

66 books859 followers
MUHAMMAD HILAL ASYRAF atau lebih dikenali sebagai Hilal Asyraf, merupakan graduan Yarmouk University(2012), Jordan dalam bidang Usuluddin.

Beliau telah memulakan karier sebagai seorang penulis semenjak April 2009 dengan karya sulung, Novel VT dan Buku Motivasi Langit Ilahi: Tuhan Tidak Lupakan Kita.

Semenjak itu, beliau aktif mengarang karya-karya fiksyen dan non-fiksyen. Kini telah menghasilkan lebih 40 judul karya.

Beliau juga merupakan pengasas kepada web LangitIlahi.Com, dan semenjak penghujung 2016, beliau telah menubuhkan perniagaan penerbitan beliau sendiri - Hilal Asyraf Resources, dan mula menerbitkan sendiri karya-karya beliau.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
274 (63%)
4 stars
130 (29%)
3 stars
25 (5%)
2 stars
1 (<1%)
1 star
4 (<1%)
Displaying 1 - 30 of 77 reviews
Profile Image for Fey.
226 reviews12 followers
March 29, 2021
Bismillah...

Hikayat-Hikayat Satria Sejati merupakan karya Hilal Asyraf yang pertama aku baca. Sebelum ni, hati aku tidak tergerak lagi untuk baca, tetapi empat hari lepas, hati terus tergerak untuk baca lepas duk pandang buku ni dekat rak.

Kisah buku ini seperti kisah Nabi Musa AS dan Firaun yang berlatarbelakangan dystopia + fantasi dan ianya amat menarik. Kisah ini bermula apabila Ariki terbunuh Uytur, salah seorang Wirawan ayahanda angkatnya iaitu, Maharaja Lutello yang merupakan Maharaja Mukan' Aja yang amat zalim dan amat tidak berhati perut.

Lalu, Ariki melarikan dirinya dan bertemu dengan Aifer dan bapanya, Kabeer yang merupakan salah seorang bekas Satria-Satria Sejati. Dan daripada situlah, bermulanya pengembaraan Ariki untuk mengenali Tuhannya dan menumpaskan ayahandanya itu bersama Aifer dan rakan-rakannya yang lain.

Aku suka dengan jalan cerita buku ni. Walaupun bergenrekan dystopia + fantasi, tapi masih mempunyai unsur-unsur Islamik yang mengingatkan dan mendekatkan diri kita kepada Tuhan Yang Maha Esa.

Selain itu, aku juga amat suka dengan setiap karakter yang ada dalam buku ini. Paling aku suka adalah Mikail, mungkin kerana aku suka akan lelaki yang pandai memasak? Hehe... tapi aku terbayang wajah Yusuf di sebalik papan kayu yang menutupi wajahnya itu. Mesti tampan yang amat!

Aku mula merinding dan menangis setiap kali aku baca terjemahan ayat-ayat Al-Quran yang dikongsikan oleh penulis. Itu membuatkan kisah buku ini tampak 'hidup'.

Bohonglah aku jikalau aku mengatakan karya ini tidak indah. Karya Tuan Hilal Asyraf yang ini berjaya buat aku menangis, merinding, tersengih seperti kerang busuk sendirian ketika membaca novel ini.

Tidak tahu apa lagi yang mahu aku katakan. Terima kasih, Tuan kerana menulis sebuah kisah yang indah ini.

Semoga kita berjumpa lagi dalam review yang seterusnya,
Fey.

Rating: 4.5/5⭐⭐⭐⭐
Profile Image for ⁠*⁠♡εniniз♡*⁠.
290 reviews15 followers
June 22, 2025
Baru nak explore siri Satria Sejati selepas baca Nirnama. Lagi best kalau ada peta sebab novel genre fantasi.

Aku suka wordbuilding cerita ni yang diolah dengan baik, and aku dapat rasakan yang aku akan suka found family trope and friendship dalam ni. Tak sabar nak baca buku 2
Profile Image for Alia Fatihah.
118 reviews8 followers
July 20, 2022
Buku ni best sangat serius tak tipu. Ni first time aku baca naskah genre macam ni. Aku sangat speechless sekarang ni. Nasib baik lah dah lengkap koleksi hikayat satria-satria sejati ni.

Kisah ini tentang Ariki, seorang Raja Muda dan anak kepada Maharaja Lotello yang merupakan maharaja yang kejam dan zalim. Walaupun Ariki ni anak maharaja tersebut tetapi Ariki ni tak ikut perangai ayahandanya. Dia lebih mengikut perangai permaisuri yang lemah lembut dan sangat berlawan sifat dengan maharaja tersebut. Pada satu hari, Lotello ni memaksa Ariki untuk berbuat sesuatu yang Ariki tak nak buat dan ditugaskan wirawan ni untuk menyeksa Ariki selagi Ariki tak ikut cakap Lotello. Nak dipendekkan cerita, ada lah sesuatu yang berlaku kat wirawan tersebut disebabkan oleh Ariki. Jadi, Ariki pun bertindak untuk melarikan diri.

Semasa melarikan diri, Ariki bertemu dengan Aifer yang merupakan anak perempuan Kabeer. Disini lah dimana kisah ini menjadi semakin menarik. Ariki ni walaupun karakter dia di permulaan cerita bukanlah seorang muslim tapi dia tidak melakukan perkara yang buruk seperti ayahandanya Lotello. Kabeer dan Aifer ni lah yang banyak membantu Ariki dalam semua aspek.

Chemistry watak Aifer dan Ariki ni serius best walaupun bukan macam novel cintan cintun yang lain. Mereka saling melindungi tanpa melebih batas pergaulan antara lelaki dan perempuan. Watak paling aku suka selain mereka berdua ni adalah Ibu Umierah yang dipenjarakan kerana menyebarkan ajaran islam.

Serius aku cakap tak rugi korang beli dan baca buku ni. Terdapat banyak jugak quotes islamic dan potongan terjemahan ayat Al-Quran dalam karya ini. Kisah cinta dalam naskah ni pun tak terlalu over ataupun dipaksa sangat. Chemistry watak tu ada dan rasa natural sangat. Bahasa yang digunakan penulis pun mudah difahami dan sesuai dibaca oleh semua peringkat umur even remaja sekolah.

Overall memang best tak sabar nak baca buku ke-2 :)
⭐️⭐️⭐️⭐️
Profile Image for Sha Mohamed.
2,519 reviews1 follower
March 8, 2019
Buku ini best.. Seriously.. Tapi sebab ceritanya tergantung dan bersambung, maka Sha bagi 3 bintang.. Tapi memang menariklah.. Paling suka dah tentulah perwatakan misteri Yusuf Arvaji.. Tapi tulah.. kena baca yang awal dan sambungan baru boleh faham jalan ceritanya..
Profile Image for Noral.
115 reviews6 followers
January 9, 2022
Kreatif.

Gabungan banyak komik anima manga di dunia ni. Agaknya lah. Mungkin itu daripada pengalaman menonton atau membaca si penulis.

Tapi baik, kerana ada unsur nasihat kebaikan dan islamik.

Dan sekarang, tidak sabar nak baca buku ke-2.
Profile Image for N.F. Afrina.
Author 3 books856 followers
July 4, 2021
"Tiada kebetulan, semuanya ialah perancangan Tuhan"


Ada terbaca Tuan Hilal kata tujuan dia menulis novel fantasi bukanlah untuk menjadi yang terhebat, tapi untuk memberi alternatif. Alternatif cerita genre fantasi yang dibawa oleh watak-watak Islam. Saya pembaca tegar buku fantasi English dan saya selalu bersyukur kerana setiap kali saya penat membaca buku-buku tersebut, saya tahu ada dunia fiksyen di mana watak-wataknya berpakaian seperti saya dan mempercayai Tuhan yang satu seperti saya juga. Di dunia pembacaan mat saleh, ini dipanggil sebagai "representation", saya panggil ini "safe haven."

Cerita ini, seperti biasa, sangat menarik. Tuan Hilal memperkenalkan banyak watak di dalam buku ini dan memberi pembaca POV yang agak banyak juga. Tapi seperti biasa juga, setiap watak mempunyai personaliti dan cerita yang unik. Sehinggakan watak yang telah mati pun masih diingati dan dibawa di jalan cerita.

Satria-satria sejati bukanlah insan terpilih, cuma insan-insan yang saling terjumpa sesama sendiri dan mempunyai tujuan yang satu. Pembaca yang suka "found family" trope pasti akan suka series ini.

Also, the cover is stunning. I keep flipping to the front every time a character is described to see if they're one of the Satria.

Will continue reading this series soon.

p.s// saya seorang sahaja ke yang teringat Sanji dari One Piece dengan karakter Mikail? Tukang masak, apprentice of a huge chef, guna kaki semasa bertarung sebab tangan untuk buat makanan? Sounds familiar hahah.
Profile Image for Nur Elvina.
69 reviews20 followers
August 4, 2021
Bermula dengan pemberontakan dalaman berkembang menjadi percakaran anak dan ayah. Aikir membesar dikelilingi kemewahan keluarga raja Lutello diusik fitrahnya untuk membenci kemaksiatan terutamannya dengan kemungkaran yang dilakukan oleh ayah angkatnya. Satu demi satu ekspedisi berlalu akhirnya menyalakan semangat pejuang-pejuang setelah lama bersembunyi.

Ini adalah kali pertama saya membaca karya fantasi tulisan Hilal Asyraf. Ternyata karyanya sarat dengan tarbiah selain jalan cerita yang mendebarkan. Sangkaan saya penulisan bergenre fantasi dalam Bahasa Melayu akan kelihatan kekok dan kaku meleset sama sekali.

Saya mengakhiri bacaan dengan perasaan berkobar untuk membaca siri kedua. Adakah ini tanda saya bakal mula meneroka genre yang asing bagi saya. Kita tengok nanti😬
Profile Image for Syazwina Johari.
76 reviews10 followers
February 16, 2025
Secara ringkas buku ini di inspirasikan daripada kisah anime AVATAR THE LAST AIR bender (kawalan unsur) dan Naruto (persahabatan) serta Nabi Musa AS yang menentang bapa angkatnya yang narsistik dan kejam, Firaun.

Pertama kali membaca karya Hilal Asyraf dan saya boleh faham kini mengapa begitu ramai penggemar fiksyen suka akan karya-karya beliau.

Antara sebab saya sangat suka akan buku ini adalah:

1. Penerapan unsur Islamik dalam jalan penceritaan, buat pertama kali seumur hidup dapat merasai bagaimana cerita seperti anime yang berunsurkan Islamik di "tayangkan" dalam kepala sendiri

2. Penggambaran (portrayal) semangat tauhid dan persaudaraan yang tinggi dalam Islam diceritakan dengan sangat baik - selalunya saya baca buku non-fiksyen tapi kali ini saya sendiri dapat gambaran yang jelas dan mendalami sendiri apa sebenarnya dimaksudkan dengan benar-benar "bertawakal" dan yakin terhadap Kalam janji Allah SWT

3. Terkesima dengan bagaimana penulis menggunakan Kalam Al-quran dan hadis pada waktu dan situasi yang tepat di dalam buku sehingga setiap daripada ayat itu dapat membuat saya berada dalam renungan yang mendalam, ternyata al-quran itu sememangnya membawa kesembuhan dan jawapan bagi setiap persoalan dan keperitan

Kalau ikutkan ada banyak lagi sebab lain tapi saya pilih 3 sebab terbaik bagi diri saya dengan pengharapan bahawa cukuplah untuk meyakinkan bahawa buku ini sangat baik bukan sekadar sebagai bacaan yang di lakukan demi "pleasure" tapi juga dapat meningkatkan kefahaman/ilmu kita daripada sudut tauhid dan tawakal kepada Allah.
SWT.

Sebagai penggemar cerita aksi dan pertempuran, penulisan Hilal Asyraf sangat mengenyangkan saya sehingga ada beberapa babak yang membuatkan diri saya sendiri MEREMANG ketika membaca lali membayangkan aksi yang diceritakan.

Akhir kata, saya tak sabar nak kumpul kelima-lima buku koleksi Hikayat Satria-satria Sejati.
Profile Image for Shah Si Pencinta Buku.
466 reviews41 followers
November 8, 2024
Pembunuhan secara tidak sengaja yang dilakukan oleh Ariki menyebabkan dia dijejaki oleh Wirawan serta askar-askar yang dikerah oleh ayahandanya. Lutello yang takut akan mimpinya menganggap Ariki sebagai satu ancaman kepadanya. Dan dalam pelarian Ariki bertemu dengan Kabeer dan puterinya Aifer.

Permulaan kisah antara Ariki dan Lutello ni mengingatkan SH pada kisah Nabi Musa dan Firaun. Firaun yang terlalu takut pada ramalan namun akhirnya mengangkat Nabi Musa menjadi anaknya disebabkan oleh Asiah. Dan persamaan ini ada di dalam kisah Ariki dan Lutello.

Selalunya pertarungan antara pengguna/pengawal unsur ini didapati dalam komik, anime atau manga sahaja. Dan kali ni SH dapat baca dalam bentuk novel. Dan ini adalah satu pengalaman yang sangat menyeronokkan buat SH. SH bukan seorang yang mempunyai daya imaginasi yang kuat. Namun pengalaman menonton Naruto yang mempunyai persamaan dalam adegan pertarungannya mampu membuatkan SH lebih nampak akan pertempuran yang berlaku dalam naskah ini.

Ini adalah buku kedua berturut-turut yang SH baca dan teringat kepada watak dalam One Piece. Mikail ni memang membuatkan SH teringat pada Sanji. Pandai memasak, anak angkat ketua chef, berlawan hanya menggunakan kaki. Membaca ini memang bayangan Sanji yang mengambil alih.

SH sedih membaca babak Satria-Satria Sejati yang dikhianati oleh mereka yang seagama. Dan ini sangat boleh dikaitkan dengan zaman sekarang. Banyak perkara yang menjatuhkan Islam bukannya datang dari penganut agama lain tetapi dari orang Islam sendiri. Orang Islam yang hanya pada nama tetapi bukanlah menjadi jati diri mereka.
Profile Image for Beelah.
309 reviews18 followers
November 20, 2025
Dunia Satria-satria Sejati. Saya bayangkan benua Asia dan Eropah dimana Mukan'aja, Wagangada, Janjaja dan Namiami terletak di Eropah. Di bahagian Asia Barat pula terletaknya Likuwaku, Palestin, Makkah dan Madinah. Uluwalu terletak di Asia Utara (Rusia). Bustanati terletak di Asia Tenggara dan Asia Selatan. Akhir sekali Mastazad yang terletak di Asia Timur. Salah ke betul ke, entahlah. Ini hanya bayangan saya.

Dunia rekaan Satria-satria Sejati ni memang luas dan banyak. Kena bersiap sedia dengan pen dan kertas kalau tak nak tersesat.

Nama watak-watak pun banyak. Setakat novel pertama ni, senang je nak ingat. Tapi tetap saya catitkan atas nota kertas untuk rujukan 4 lagi novel sambungannya.

Ada beberapa nama yang lawak jugak sebab dia diilhamkan dari sumber lain macam restoran Gardin Ramsi = Gordon Ramsay dan Wagangada = Wakanda(?).

Baiklah, ada beberapa perkara misteri dalam siri pertama ni. Mungkin akan terjawab dalam siri seterusnya.
1. Siapakah dan dimanakah Ketua Satria-satria Sejati lapisan perintis?
2. Macam mana si Yusuf hidup sepanjang dia kanak2? Dari kecil lagi ke dia tutup muka dia ataupun bermula masa akil baligh? Kenapa dia dipenjarakan?
3. Satria-satria Sejati yang lain tiada keturunan ke (kecuali Kabeer dan ibu kepada Aifer)? Sibuk berperang agaknya eh?
4. Watak lelaki berambut ikal dan berbaju biru yang sedang memegang pedang di kulit buku, siapa dia? Ustur atau Rafiq? Kenapa ada salah seorang je? Kenapa bukan dua2?
Profile Image for Mohammad Zainal Ariffin Awang Lah.
11 reviews2 followers
July 1, 2017
Idea dan jalan ceritanya menarik. Sebagaimana yang diberitahu penulis, diinspirasikan oleh cerita Naruto dan animasi Avatar yang merupakan kegemaran saya.

Diceritakan dengan agak tersusun, namun mungkin untuk sambungannya selepas ini boleh lebih di-thriller-kan lagi. Apapun secara umumnya, best.

Cumanya bagi saya, lagi baik kalau disertakan sekali ilustrasi-ilustrasi berkaitan, paling tidak pun peta dunia yang menjadi latar tempat novel ini.
Profile Image for Yazlina Saduri.
1,546 reviews41 followers
June 18, 2019
Mungkin lain kali tulis review. Buku ini sangat best. Ada tiga siri semuanya jadi better cari ketiga-tiganya sebelum baca back to back.
Profile Image for Ummu Roman.
22 reviews1 follower
May 31, 2020
Kudapati jalan cerita ada iras kisah Nabi Musa alaihisalam. Lutello tidak dikurniakan anak kerana dia mandul. Bayi yang dijumpai permaisuri diangkat menjadi anak mereka, Ariki. Tanpa disedari Ariki yang dibela sejak kecil adalah bakal perampas takhta yang dimaksudkan oleh ahli nujum. Lutello menyangka musuh sudah habis dihapuskan semasa peperangan agung.

Mengikut @twinnie.read total buku siri ini ada 5. 3 di pasaran 2 otw. Aku baca dari kulit ke kulit walaupun hakikatnya hanya menyentuh screen hp. Penulis menukil sambungan hingga 5 kitab kerana realiti hidup nak capai kejayaan hatta dekan pun pelbagai cabaran harus ditempuhi, inikan pula rampasan kuasa (ya dak?).

Biasanya bila baca buku fiksyen aku akan fokus pada ending. Bila dah tahu ending memang aku tak berhajat nak habiskan. Untuk buku ni aku enjoy proses mereka mengumpul bala tentera. Aku suka cara penulis menggarap sifat tawakkal dalam diri setiap watak sehingga memberi kesan pada kita (si pembaca). Lain perkara yang agak menyentuh hati, watak Jilia (betul ke? Sis tak ingat nama) ketika diheret ke penjara, begitu teguh berpegang pada agama yang dianuti Ibu Umeira walaupun amat sedikit hal Islam yang diketahui. Berbeza dengan kita yang mahukan bukti setinggi gunung barulah nak percaya.

Sangat direkemen yang nak baca buku santai tapi deep. Sesuai untuk semua lapisan umur. Gabungan fantasi islamik. Kenapa fantasi - sebab ada ciri avatar - boleh kuasai tanah, angin, air, elektrik, api. Tapi kan, kau orang pernah dengar cakra dalam badan kita? Ops, out of topic. Selamat membaca.
Profile Image for Hafeji A.D.
256 reviews1 follower
October 3, 2021
Setelah menghabiskan Pentalogi Saga Hero, aku beralih pula pada yang ini.

Aku ingin katakan yang naskah ini lebih membuatkan aku terpaku, dan kepengen mengetahui setiap peristiwa di setiap helai muka surat. Penuh dengan aksi, worldbuilding dan nasihat serta pengajaran. Lebih seronok aku baca berbanding Hero. Bukanlah Saga Hero tidak bagus, cuma HSSS ini melebihi paras yang telah Saga Hero tetapkan.

Buat aku tidak sabar mahu habiskan yang selebihnya.


-KEPENGEN MAHU MAKAN DI RESTORAN GARDIN RAMSI-
Profile Image for Nee (っ´▽`)っ.
68 reviews
November 25, 2024
Part perlawanan tak menghampakan.

Cerita yang berdasarkan kisah benar + movie hero/anime, jalan cerita jadi menarik. Seronoklah baca.

Suka dengan watak Mikail.

Satu soalan je. Watak Yusuf tu, dengan lelaki pun tak boleh bergaul langsung ke. Perempuan boleh fahamlah. Tapi dengan lelaki pun tak bercakap. Kesianlah juga. Harap buku buku yang seterusnya dia boleh berborak mcm orang lain.
Profile Image for NUR HIDAYAH ABDUL HAMID (aya_booskboutique).
89 reviews6 followers
January 11, 2018
Hikayat Satria-Satria Sejati tulisan Hilal Asyraf.
Baca sebab pernah kena review dengan @syeraho di ig dan fb imanshoppe. 😊

Mula-mula tak tertarik nak baca sebab tak suka cerita fantasi sangat. Tak berjaya habiskan novel Hilal yang Takdir. Tapi tak sangka, novel kali ni best. Tak sabar tunggu sambungannya.

Jalan ceritanya ada mirip dengan kisah Nabi Musa. Iaitu anak angkat kepada raja yang zalim dan begitu disayangi oleh ibu tirinya. Namanya Ariki. Seorang yang tidak setuju dengan caranya dibesarkan iaitu dikelilingi kemawahan, hiburan dan kezaliman.

Secara tak sengaja, Ariki telah terbunuh salah seorang dari Wirawan Mukan'Aja. Bermula dari peristiwa itulah Ariki melarikan diri dan diselamatkan oleh Aifer yang merupakan anak kepada salah seorang dari pahlawan Satria-Satria Sejati.

Masa terus berlalu, dalam tempoh pelarian itu, Ariki belajar banyak perkara termasuklah seni mengawal unsur dan agama Islam.
Dalam perjalanan Ariki ingin menjatuhkan kezaliman ayahnya, Ariki berjumpa dengan beberapa kawan yang mempunyai misi yang sama iaitu untuk memenangkan yang benar dan menjatuhkan kejahatan.

Perjalanan yang sangat sukar dan hampir saja mustahil, namun kerana keyakinan mereka yang utuh pada pertolongan Allah, mereka berjaya membentuk satu kumpulan dan memberi tamparan hebat pada seluruh dunia.

Itulah menurut saya antara perkara besar yang kita boleh belajar dari novel ini adalah anak muda harus proaktif dan reaktif terhadap masalah yang berlaku di sekitarnya. Gabungkan kekuatan dan kemahiran, cari peluang dan tetapkan visi dan misi yang jelas. Bekerjalah anak muda! Lakukan sesuatu!
Selamat Membaca!

#ayabooksboutique
#awakbacabukuapatu
#hikayatsatriasatriasejati
#hilalasyraf
Profile Image for amal_is_reading.
108 reviews68 followers
January 23, 2021
Seronok baca buku ni. Setiap aksi ditulis sangat details dan senang nak bayangkan. Setiap character pun ada distinct personality masing2 yang buat senang nak bezakan setiap character. My favorites so far adalah Runihara, Jilani and Mikail. Mungkin jugak Yusuf tapi mostly sebab dia macam mysterious gitu.

Watak Mikail mengingatkan aku pada watak Vinsmoke Sanji dari One Piece, even cara lawan and background story pun akan2 sama.

Bear in mind, HSSS ni adalah buku bersiri ya. Jadi ending untuk buku pertama ni tergantung untuk menyediakan pembaca pada buku seterusnya.

Tak sabar nak mula baca sequel nya!
Profile Image for Izzah Berhan.
85 reviews5 followers
January 16, 2022
Masya-Allah, Alhamdulillah, puas benar rasanya membaca karya ini. Seperti kata penulis, beliau mengambil inspirasi Avatar cthnya. Namun bagi saya, saya lebih terbayangkan pemuda pemuda Al Kahfi. Bukan sahaja kisah yang mengujakan, malah dgn izin Allah, membaca perjalanan penuh debaran ini menginsafkan, dan rasa lebih cinta pada Allah dan RasulNya.
Semoga Allah redha dalam setiap bacaan kita.
Profile Image for btrsyaaiman.
78 reviews8 followers
December 31, 2020
I love how mysterious yet alluring Yusuf is ;)

Shout out to all those supernatural bending abilities fans, y'all will love this for sure! Not to mention, I feel deeply motivate to stand firm with Islam as my religion <3
11 reviews
September 5, 2022
Personally, nak bagi full rating tapi disebabkan starting dia not really fresh (inspirasi drp kisah Nabi Musa & Firaun) & few characters dlm nie diambil drp Anime. What i can say Islamic Anime

Story line mmg terbaik.. goes with flow.. Ada elemen² surprise.. 👍🏻
Profile Image for Shimah Basri.
14 reviews9 followers
May 27, 2019
alhamdulillah berjaya menoktahkan bacaan dalam masa sehari setengah, ikutkan perancangan asal aku nak khatamkan dalam masa sehari sahaja tetapi malam tadi aku memilih untuk berbakti kepada orang yang lebih tua. jadi pembacaanku ternoktah tepat jam 2.00 petang tadi.

buku hilal kali ini membuatkan aku rasa rinduku terubat kepada angkasa sakti, end less, izrayel, arnav, ashoka, mughirah syu'bah, aizan fahmi, khalid al-walid dan ramai lagi dalam buku trilogi takdir yang telah tamat tiada sambungannya. Aksi-aksi watak baru ini lebih mantap dari takdir. aku tidak mampu untuk melepaskan pembacaanku sehingga ke titisan terakhir, setelah kusambung semula bacaan. novel hilal kali ini penuh debaran yang tiada hentinya, setiap bab memang membuatkan pembacaan kalian tidak beralih sehingga bersambung ke bab seterusnya. Aksi... aksi.... dan aksi...

aku rasa tertarik dengan hidangan ilmu yang hilal berikan mengenai keyakinan di mana ianya ada tiga peringkat:
1. Ilmu al-yakin (keyakinan berdasarkan ilmu.
2. Ain al-yakin (keyakinan mata)
3. Haq al-yakin (keyakinan yang sebenar-benarnya)
sesungguhnya untuk mencapai Haq al-yakin itu amat sukar melainkan kita benar-benar percaya. Aku kagum dengan pendekatan yang cuba hilal terapkan dalam pemikiran pembaca-pembacanya. di mana keyakinan pada kuasa yang sebenar-benarnya iaitu pergantungan kepada Allah. Yakin pertolongan daripada Allah itu pasti.

aku juga tertarik dengan ungkapan tiada kebetulan semuanya perancangan Tuhan. benar itulah dikatakan takdir.

Ariki merupakan anak angkat kepada Lutello pemerintah Mukan'Aja. kerana takdir yang tersurat, dia melarikan diri kerana telah membunuh wirawan Mukan'Aja. takdir juga telah menemukan dia dia Aifar anak kepada Kabeer yang merupakan salah seorang Satria-satria sejati. Kabeer memperkenalkan Ariki dengan islam. Takdir juga mempertemukan Ariki dan Aifar dengan Jilani dan teman-teman mereka yang berusaha untuk membebaskan Ibu Umeira yang telah berusaha menyebarkan agama islam tetapi telah dipenjarakan di wagangada. Takdir juga menemukan Ariki dengan Mikail, Ishmakel, Yusuf yang akhirnya bersama-samanya bangkit menentang kezaliman Lutello.

Ceritanya tidak habis lagi kerana penulis sendiri menyatakan akan membuat trilogi (tiga novel) atau Pentalog (lima novel). bagi aku buatlah berapa pun, pasti tidak puas membacanya. terima kasih Hilal Asyraf kerana menghidangkan kisah yang sangat memberikan kesan di jiwa, membuatkan keyakinanku menjadi jitu, di mana sesungguhnya Allah itu ada, yakinlah janji Allah itu pasti ke atas hamba-hambaNya yang beriman dan beramal soleh.
Profile Image for Sue Oshin.
Author 10 books56 followers
July 17, 2021
Syabas saya ucapkan kepada Tuan @hilalasyraf kerana telah menghasilkan sebuah karya yang seakan-akan Harry Potter tetapi lebih menjurus kepada versi Islamik.

Sebaik sahaja buku dicapai, sejujurnya saya tidak boleh berganjak untuk melakukan tugas yang lain. Tetapi, atas desakan tugasan juga terpaksalah dengan berat hatinya saya meninggalkan pembacaan ini dan masih ada rasa tergesa-gesa untuk menamatkan pembacaan.

Hikayat Satria-Satria Sejati-Generasi Baru ini lebih memfokuskan kepada perjuangan pemuda pemudi Islam menentang kezaliman yang telah bermaharajalela disegenap penjuru dunia.

Pembaca seperti dibawa bersama-sama untuk masuk ke dalam novel ini mengikuti Ariki dan rakan-rakan seperjuangannya yang lain. Ariki adalah anak angkat kepada Lutello, seorang pemerintah Muka’ajan yang zalim. Ariki tidak dapat mengikut rentak ayahandanya lalu melarikan diri selepas peristiwa beliau terbunuh Wirawan setia ayahanda secara tidak sengaja.

Sepanjang menjadi pelarian, Ariki telah berjumpa dengan Aifer,seorang puteri Kabeer iaitu Satria Sejati yang telah tumpas di tangan Lutello 25 tahun yang lalu.

Dipendekkan cerita, Ariki telah belajar selok belok perlawanan untuk menghadapi tekanan dari ayahandanya malahan juga telah memeluk Islam, yakni agama yang menjadi musuh utama Lutello.

Lutello pernah diberitahu oleh nujumnya pada 25tahun yang lalu selepas menewaskan Satria-satria sejati bahawa kebangkitan yang dasyat akan bermula.

Lutello mula dihantui oleh ramalan tersebut dan membuat kesimpulan adakah kebangkitan yang dimaksudkan itu adalah kejatuhan kerajaannya dan satria-satria sejati akan menentangnya terutama sekali Ariki yang akan menamatkan riwayatnya?

Kisah ini tidak terhenti di sini dan akan bersambung ke buku 2 pula. Nantikan ulasan saya seterusnya!

Terima kasih atas review copy yang diberikan ini. Buku yang sangat saya cadangkan kepada adik-adik di luar sana untuk memahami sejarah Islam seperti Perang Badar dan juga konsep perjuangan Islam yang diamalkan oleh baginda Rasulullah.
Profile Image for N.otabene.
192 reviews3 followers
May 29, 2021
‘Kami, Satria-Satria sejati?’
“Itu hanya gelaran bukan? Dan apa yang lebih sejati berbanding sekumpulan anak muda yang bergerak untuk membawa keadilan, menumbangkan kezaliman, dan memikul tanggungjawab yang diberikan Tuhan?”

Macam-macam perasaan berlegar setelah habis membaca siri satu hikayat ini. Yang penting ianya gempak dan mantap✨

Hikayat Satria-Satria Sejati merupakan siri perjuangan para satria dalam menumpaskan kejahatan berpaksikan dengan ajaran Islam yang kian ditelan zaman. Di sini kita bertemu dengan Ariki, rekrut baru para satria yang merupakan anak angkat kepada raja Lutello, raja yang zalim dan sangat berkuasa. Ariki melarikan diri jauh ke pedalaman setelah membunuh salah seorang wirawan raja Lutello. secara tidak sengaja juga, Ariki berjaya menemukan kebolehannya dalam memanipulasi unsur elektrik. Kebolehan unik yang diperoleh sebilangan kecil manusia yang terdedah kepada perubahan genetik sejak meteor terhempas di muka bumi beratus tahun dahulu.

Kini perjuangan harus diteruskan. Mampukah Ariki, the underdog newbie mengalahkan raja Lutello yang merupakan bapa angkatnya serta penguasa yang paling hebat di Mukan’aja?
Kita juga bakal bertemu dengan watak-watak menarik daripada Satria yang lama dan baharu, keduanya mempunya semnagat yang membara dalam memperjuangkan Islam di muka bumi. Mengajar kita tentang keyakinan terhadap kuasa Tuhan yang sentiasa ada bagi hambaNya yang beriman.

Di sini penulis banyak merujuk kisah-kisah nabi dan dimasukkan dalam penceritaan juga ayat-ayat Quran bagi mengukuhkan lagi kisah perjuangan para satria.

Watak yang paling aku suka adalah Mikail. Mula sahaja kisahnya diceritakan , aku jatuh hati. Lagi-lagi pandai masak pula tu. Mengingatkan aku kepada satu komik Jepun , Gokushufudou (The Way of the Househusband) tinggal pakai bandana merah je ha.
Profile Image for Syahira (syhra_azhm).
177 reviews21 followers
September 9, 2021
Sejujurnya buku ini adalah buku fantasi pertama saya dalam bahasa Melayu. Buku ini ditulis oleh Hilal Asyraf dan sejujurnya saya amat kagum akan penulisannya. Pada permulaannya,sebelum memulakan bacaan,saya agak risau sekiranya jalan cerita klise@tidak menarik,namun pandangan saya ditepis kerana sesugguhnya buku ini adalah lain daripada lain. Buku ini membuktikan bahawa buku bahasa Melayu juga tidak kurang hebatnya dengan buku bahasa Inggeris yang saya baca sebelum ini. Patutlah ramai yang menyukai penulisan Hilal Asyraf!😍
______
Buku ini mengisahkan tentang kebangkitan Satria Satria Sejati yang dahulunya ditumpas oleh pihak lawan. Ceritanya bermula dengan kejadian yang tidak disangkakan iaitu kematian Uytur. Uytur telah dibunuh secara tidak sengaja oleh Ariki,anak angkat Lutello,pemerintah Mukan’Aja. Ini menyebabkan Ariki terpaksa melarikan diri dari istana yang diperintah dengan zalim oleh bapanya sendiri. Takdir menemukan Ariki dengan puteri Kabeer berana Aifer. Di situ, bermulalah kisah menarik yang memperkenalkan apa itu Satria Satria Sejati.
______
Sejujurnya,terdapat beberapa perkara yang menarik minat saya terhadap buku ini sepanjang saya membaca buku ini. Antaranya,yang paling saya tidak sangka,buku ini fantasi yang melibatkan agama Islam serta berkait dengan isu terkini seperti yang berlaku pada Palestin. Penulis juga berjaya menyampaikan beberapa mesej penting mengenai agama suci Islam dengan menyelitkan petikan hadith dan ayat Al-Quran yang diterjemahkan. Saya sangat menyukai cara penulisan dan perjalanan cerita buku ini. Setiap karakter dan dunia fantasi di dalam buku ini juga dijelaskan secara terperinci membuatkan saya kagum sekali lagi. InshaAllah,nanti saya akan sambung baca buku kedua dari siri ini.
“𝘈𝘬𝘶 𝘴𝘦𝘯𝘵𝘪𝘢𝘴𝘢 𝘱𝘦𝘳𝘤𝘢𝘺𝘢 𝘣𝘢𝘩𝘢𝘸𝘢 𝘈𝘭𝘭𝘢𝘩 𝘪𝘵𝘶 𝘵𝘪𝘥𝘢𝘬 𝘮𝘦𝘯𝘫𝘢𝘥𝘪𝘬𝘢𝘯 𝘴𝘦𝘴𝘶𝘢𝘵𝘶 𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘴𝘪𝘢-𝘴𝘪𝘢.”
1 review
May 18, 2021
Review setelah baca hingga buku ke-3
No spoilers!
Assalamualaikum nak bagitau best sangat2 buku ni!! Serius susah nak berhenti baca buku ni
100/100 recommend!
Pros:
-Bahasa Melayu.
cantik dan indah (tiada rojak atau mencarut). Tambahan pula saya sendiri banyak belajar perkataan2 dan peribahasa yang baru.
-Plot twist.
Banyak. Saya suka sebb memang peminat kepada cerita banyak plot twist ni. Plot twist pula ada yang saya sendiri tak jangka.
-Membawa dekat kepada Allah.
Buku ni membuatkan saya sentiasa kembali kepada-Nya tetapi pada masa yang sama masih menyampaikan mesej2 yang lain.
Saya jujur, bila saya baca buku2 Hikayat Satria-Satria Sejati ni, saya kembali mengingati mengapa saya dicipta, misi, ujian dan banyak lagi persoalan saya yang terbalas memalui pembacaan buku ini.
-Penyampaian cerita.
Jalan cerita dihiasi kata2 yang indah serta menarik kita merasakan perasaan yang sama oleh watak2 dalam cerita. Saya pernah menangis beberapa kali membaca, turut juga berasa sakit, kecewa, sedih, dan marah apabila sesuatu perkara terjadi (tapi lepas tu saya tenangkan diri balik haha).
-Pembakar semangat muslim.
Hilal Asyraf berjaya sampaikan mesej ni dengan sangat baik. Bersemangat dibuat saya lepas baca beberapa bahagian dalam buku.

Cons:
-ada sikit kesalahan ejaan tapi normal utk penulisan buku, lagi2 buku tebal. Maybe dlm 4 ke 5 patah perkataan macam tu.

Tu je!! Sebab memang 5 bintang saya bagi. ⭐⭐⭐⭐⭐

Selama ni agak mencabar untuk saya jumpa buku2 yang gempak tapi berfaedah seperti buku ni. Jangan lepas peluang >:D!
Fun fact: Saya belum habiskan siri buku ni sebab exam dan takut nak tahu ending. Bila habiskan nanti dah x de sambungan. 😭🤣
.


Akhir kalam, belilah 😂. Bagi saya memang worth it! Minta maaf saya ucapkan sekiranya ada salah bicara atau kot2 ada spoiler (tapi saya dah check xde)
8 reviews2 followers
October 21, 2023
Sebuah cerita fantasi karya Hilal Asyraf yang telah memberikan sebuah kisah yang mempunyai tauladan dan pengajaran dalam pembacaan. Bermula dengan watak utama dalam cerita ini, iaitu Ariki yang mahu berjuang untuk meruntuhkan Kerajaan Maharaja Lutello yang zalim terhadap rakyat .

Di situ bermulalah pertemuan dengan beberapa sosok yang di ceritakan dalam kisah ini yang membantu ariki dalam perjuangannya dan menjadi seorang SATRIA SEJATI. Cabaran dan halangan dalam perjalanannya amat pahit ditelan sebagai pembaca. Terdapat 5 series yang dikeluarkan oleh pengarang dan ia memberikan penanda cerita ini akan menjadi sebuah cerita menarik.

A fantasy story by Hilal Asyraf that has given a story that has an example and lesson in reading. Starting with the main character in this story, which is Ariki who wants to fight to bring down the Kingdom of Emperor Lutello who is tyrannical to the people.

That's where the meeting with some of the figures told in this story began that helped Ariki in his struggle and become a TRUE SATRIA. Challenges and obstacles in his journey are very bitter to swallow as a reader. There are 5 series released by the author and it gives the marker that this story will be an interesting story.
4 reviews
July 4, 2021
Karya fiksyen HA pertama saya baca sebab harganya RM 10 cetakan lama di Shopee. Saya sedikit skeptikal mulanya atas bermacam faktor. Antaranya sebab saya pernah baca karya HA lain (non-fiksyen) yang agak klise. Sebab lain pula saya ini peminat Avatar the Last Airbender.

Tetapi luar jangkaan saya, buku ini langsung tidak mengecewakan. Walaupun bermain dengan unsur Avatar / Naruto yang kita sedia tahu, garapan penulis dengan memasukkan unsur islami harus diberi pujian. Unsur islami itu tidak janggal langsung, jadi kudos buat penulis.

Kalau Tuan Hilal baca review saya ini, saya nak pinpoint sedikit cadangan pada saya yang agak kurang kemas:
Pengolahan watak secara dalaman agak kemas, namun pada saya secara explicit (bayangan watak luaran) agak kurang hidup. Sepanjang pembacaan sukar saya menemukan watak itu hidup dalam kepala kerana tak dijelaskan Ariki itu warna matanya apa, rambutnya macam mana atau pakaiannya macam mana. Sama juga dengan watak-watak lain.
Bukan tak ada langsung cuma kurang kemas.

Apa pun, tahniah. Sebab 10 ringgit pertama, saya dah laburkan ringgit-ringgit seterusnya untuk siri seterusnya. Terima kasih.

Profile Image for airazira.
34 reviews3 followers
March 8, 2022
Siri ini merupakan siri kedua yang saya baca dari karya Hilal Asyraf selepas Saga Hero.

Siri Hikayat ini memainkan latar zaman yang berbeza seperti di zaman perang dahulukala namun setiap negara mempunyai kehebatan teknologi yang tersendiri. Berbeza dengan Saga Hero yang berjaya menjadi negara Islam yang digeruni, sebaliknya di siri ini agama Islam menjadi agama yang terlarang. Tetapi penulis berjaya menjadikan Ariki sebagai watak utama yang mula berpegang teguh dengan Islam melalui Aifer dan Kabeer. Malah penekanan prinsip Islam itu sendiri dipupuk dengan sangat baik sebagai benteng kekuatan setiap watak mengharungi cabaran.

Ariki juga menjadi punca tercetusnya kembali semangat satria yang dulunya pernah ditumbangkan oleh ayahandanya, Lutello. Dalam siri pertama ini, kita akan dibawa mengembara oleh Ariki, Aifer dan rakan-rakan yang lain dalam usaha mempertingkatkan aura yang dimiliki sekaligus, bermatlamat untuk menumbangkan kekejaman yang dilakukan oleh Lutello sebagai pemerintah di Mukan'Aja dan beberapa tanah jajahannya.
Profile Image for Najwa Al Helsy.
61 reviews7 followers
March 25, 2021
Kisah bermula dengan gambaran kerajaan Mukan’Aja, jajahan-jajahannya serta pemimpin-pemimpinnya.

Menjalani kehidupan sebagai seorang anak maharaja langsung tidak menjadikan jiwa Ariki tenang. Suatu peristiwa telah mengubah hidup Ariki sehingga terpaksa melarikan diri dari istana kerana diburu oleh tentera bapanya sendiri.

Dalam perjalanan mahu mencari tempat bersembunyi, Ariki bertemu dengan insan-insan yang berjaya membawa dirinya ke dalam perjuangan membebaskan dunia dari cengkaman Lutello.

Saya suka dengan gaya penceritaan penulis yang memasukkan unsur-unsur tazkirah secara santai melalui dialog antara watak-watak dalam novel ini.

Novel ini juga menerapkan banyak pengajaran terutamanya untuk umat akhir zaman seperti kita, agar terus berusaha menumbangkan kezaliman dan menegakkan kebenaran walaupun banyak cabaran yang bakal ditempuhi.
Displaying 1 - 30 of 77 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.