Buku ini bertujuan untuk memotivasikan anda mempelajari, memahami dan berinteraksi dengan Al Quran.
Berinteraksi yang dimaksudkan adalah hubungan dua hala, antara kita dengan Al Quran dan antara Al Quran dengan kita. Masing-masing melakukan interaksi dan disambut dengan reaksi. Al Quran bukan sekadar bacaan. Lebih dari itu Al Quran mengajak manusia menjadikannya sebagai peringatan, penawar, petunjuk, dan rahmat yang membawa kebahagiaan hidup manusia. Allah mahu manusia menyambut ajakan itu dengan bertadabbur dan bertazakkur, seperti yang dinyatakan dalam surah Sad pada ayat 29
Buku yang sangat bagus sebagai permulaan untuk mengenal apa itu tadabbur dan macam mana kita mahu tadabbur. Juga, kenapa kita perlu tadabbur. Ada juga penulis meletakkan cara2 untuk bertadabbur supaya sampai target kita untuk tadabbur Al-quran.
Selain itu penulis tetap tidak lupakan memberi pendedahan awal tentang Al-quran secara lebih spesifik supaya kita kenal dan seterusnya boleh mencintainya.
Akhir kata, tidak rugi membacanya. Bukunya juga tidaklah terlalu tebal dan boleh menghabiskannya dalam masa kurang daripada 3 hari.