Jump to ratings and reviews
Rate this book

Langit... Tetap Biru

Rate this book
Nurul Zahra pernah bercita-cita untuk menjadi seorang penulis. Namun cita-citanya itu tidak tercapai kerana dia sendiri tidak pernah memberi peluang kepada dirinya untuk mencuba. Begitu pun, dia pernah menulis satu kisah cinta dengan menggunakan nama seorang lelaki yang pernah mencuri hatinya dulu. Dan dia juga telah menghantar karya tersebut pada satu forum. Cerita yang ditulisnya selepas waktu matrikulasi itu adalah pencetus apabila dia dipertemukan kembali dengan lelaki itu. Masalahnya adalah, lelaki itu mengenalinya sebagai salah seorang kawan kepada bekas teman wanitanya, dan mahu menjauhkan diri dari awal lagi.

Paperback

1 person is currently reading
78 people want to read

About the author

Syud

14 books343 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
34 (53%)
4 stars
18 (28%)
3 stars
8 (12%)
2 stars
1 (1%)
1 star
2 (3%)
Displaying 1 - 16 of 16 reviews
Profile Image for Ririn Aziz.
790 reviews106 followers
March 31, 2019
Baca cerita Syud ni seakan memberi harapan. Mungkin masih ada harapan untuk mendapat kisah yang manis sebegini.

Lagipun, langit...tetap biru, kan?
Profile Image for Fatini Zulkifli.
433 reviews40 followers
June 13, 2017
Patutlah tak faham bila baca novel ini. Bila habis 1/3 bahagian, baru perasan muka surat disetiap hujung bab hilang. Ayat tergantung tiada noktah dipenghujung bab. Aku baca guna Cloud Reader. Entah mengapa muka surat hilang bila saiz tulisan dibesarkan. Tulisan kena buat saiz lubang jarum baru muka surat tak hilang.

Tentang novel ini, ceritanya realistik. Kisah orang biasa-biasa bukan orang luar biasa yang ada aset berbillion mengalahkan aset Steve Jobs gabung dengan Mark Zuckerberg. Inilah kekuatan Syud seperti mana yang dikhabarkan oleh pembaca beliau yang lain. Kisahnya boleh dikaitkan dengan kita. Mungkin apa yang berlaku kepada Zahra pernah berlaku dekat kita. Ada minat seseorang dekat tempat pengajian tetapi malu nak mengaku. Hihi. Kemudian, pujaan hati itu dijadikan inspirasi untuk menulis novel, lirik atau puisi. Sebagaimana William Shakespeare menjadikan isterinya Anne Hathaway (Iye. Nama isteri dia sama macam Anne Hathaway dalam filem The Princess Diaries) sebagai inspirasi untuk menulis puisi yang bertajuk Shall I Compare You with Summer's Day dalam Sonnet 18 dan sonnet yang lain seperti Sonnet 180.

Pelik juga kenapa novel ini bertajuk "Langit tetap biru". Tak faham. Dekat penghujung cerita agak manis.

Sebab kat mana-mana pun langit tetap warna biru. Dan waktu itu dia tahu, walau apa pun, perasaannya pada Fikri tetap takkan berubah. Just like how the sky is always blue.


Ceewah! Boleh pakai ayat ini untuk ber-ciaciacia... My love towards you will always remain just like how the sky is always blue. Jangan si dia pakai logik sudahlah. "Malam-malam langit gelap. Haa cemane tu? Adakah pada waktu malam cintamu berubah? Kalau dekat maghrib pula dia jadi merah-oren."
Profile Image for Inn Auni.
1,090 reviews24 followers
November 29, 2017


Apa yang best sangat garapan Syud sampai saya tanpa gagal bagi 5 bintang?

1. Hero dan heroinnya tak sempurna. Mereka adalah manusia biasa yang ada kelemahan. Sama juga dengan watak kali ni.

2. Hero dan heroinnya selamba badak. Dengan erti kata lain cool. Si hero rileks dan si heroin tak gedik. Dan sebab gambaran yang Syud bagi tu sikit, maka saya boleh bayangkan siapa saja saya nak untuk isi jawatan hero dan heroin ni.

3. Ceritanya mudah tanpa konflik berat. Macam kali ni si heroin tulis cerita yang diterbitkan dan watak digunakan ialah si hero. Mau tak gelabah bila si hero muncul depan mata mahukan jawapan.

4. Tak panjang. Tak meleret. Cukup makan. Tak ada watak sampingan yang menenggelami watak utama. Ini bukan drama Korea yang kadang-kala watak sampingan lebih menarik dari watak utama.

Mungkin sebab karya Syud lebih sesuai dipanggil novella maka ia kurang digemburkan. Kalau novel kita boleh ibaratkan sebagai full album, novella pula single. Single saya tengok lebih banyak bergantung pada promosi ke arah percuma supaya pendengar terpikat untuk beli full album.

Dan ya, saya dah lama terpikat.

Profile Image for Dyh Usen.
Author 7 books49 followers
November 13, 2018
Kalau dah baca buku pasal adik kenalah baca pasal abangnya pula. LOL

Dear Fikri,
Minta maaf sebab sejak Firdaus muncul awak dah jatuh tangga ke -3 sebagai crush saya. :P

P/s: Sebab nampak kek mangga Syud hari tu terus teringat kat dia ni. Tapi, cari cerita ni tak jumpa. Jadi, kita baca cerita adiknya dulu.
Profile Image for Suraya (thesuraya).
787 reviews227 followers
October 21, 2022
Reread @ 13/1/2021

Ever since I baca novella ni some years ago, everytime I look up at the blue sky, my mind will instantly go, “Macam langit... yang tetap biru.”Tapi bila langit mendung, terfikir jugak: ”The sky isn’t always blue, though?” Ke sebenarnya those grey sky, isn’t exactly sky but more like grey clouds? That surround and hide the blue sky? Which would mean, that the sky is indeed, always blue?

Anyway, reading this again made me realised that Zahra and I, we share some similar traits. So, where is my Fikri Adlan? Takde sape nak bagi pinjam his pen to me ke?
Profile Image for Cik Pah.
290 reviews102 followers
July 19, 2017
Kalau dah jodoh, mudah je laluan walaupun bertahun juga ternanti2 siapalah pasangan dia. Zahra, suatu ketika dahulu pernah menulis 1 cerita dalam forum menggunakan nama penuh lelaki yang dia minati sebagai salah sorang watak cerita. Siapa tahu kannn, lepas 10 tahun lelaki tu terjumpa cerita tu dan bermulalah kisah mereka. Sweet kannn 💘
Profile Image for Mazila.
106 reviews13 followers
December 19, 2020
Karya Syud tak pernah gagal buat aku menyukainya. Setiap garapannya sangat kena dgn jiwa. Realistic. Bila baca karyanya, mesti rasa dekat dihati seolah2 watak tu aku pulak. Parah ni. Hehe...

Mengisahkan Nurul Zahra yg crush kpd seorg lelaki sejak bertahun lamanya. Tp dia sedar perasaan tu lepas tamat matrikulasi yg mana slps mrk ditakdirkan takkan jumpa lg. Cinta itu gila tp itulah Zahra, perasannya pd Fikri tetap sama walau dah tak jumpa. 'Langit Tetap Biru' membawa kpd pertemuan demi pertemuan buat mereka. Fikri yg secara tak sengaja Google nama sendiri terjumpa blog milik Zahra. Jenuh dia fikir knp nama penuh dia ada dlm satu cerita diblog itu. Maka bermulalah sesi soal jawab antara Fikri dan Zahra melalui email.

Zahra dgn Fikri ni berjodoh, sejak dr itu, mrk asyik jumpa je. Yelah dr circle kawan yg sama. Pasti akan jumpa balik bila ada mutual friend. Dari majlis kenduri kahwin Azri dan Umaira lg. Fikri ni dia boleh khatam baca blog Zahra dlm masa sehari walaupun sblm itu kononnya takkan ada khabar lg antara mereka krn identiti pemilik blog itu diketahui sape gerangannya. Sbb Fikri tak nak berhubungan lg krn Zahra kawan pd ex-gf dia, Hana.

Sweet giler kot cara Fikri ni. Bila sukakan seseorang, dia akan pasti akan bagi sesuatu milik dia dgn harapan dpt jadikan benda itu sbg alasan utk terus berjumpa lg. Pen smiley kuning menjadi alasan utk dia terus berjumpa dgn Zahra. Walaupun simple tp menjadi jugak cara dia tu. Comel je.

'Langit Tetap Biru' adalah pilihan nama Zahra utk blognya. Menggambarkan perasaan dia pd Fikri. Selagi langit tetap biru, spt itulah perasaan sukanya pd Fikri takkan pernah berubah. Comel sgt kisah dorang ni. Mcm tak puas.
Profile Image for Squall.
43 reviews16 followers
December 12, 2018
3.5 bintang dari saya untuk kisah fikri dan zahra.

Permulaan yg bg sy sedikit slow.
Tapi pertengahan cerita, menjadi lebih menarik.

Ending tu memang signature ending syud kot.. tergantung dan pembaca akan rasa.. damn! Xpuas! Nak lagi..!!😆

Hahahha
Profile Image for Sha889.
141 reviews22 followers
July 21, 2019
Kurang satu bintang sebab geram dengan ending syud! Haha... Suka buat pembaca rasa xpuas. Baru nk tersengih sorang2
Profile Image for zairaidah.
407 reviews40 followers
December 28, 2017
Zahra suka Fikri sepertimana langit tu tetap biru...
Tapi dia macam tak kisah kalau Fikri tu tak suka dia balik. Ye lah... Fikri tak pernah kenal Zahra pon and Zahra just suka dalam diam.

Fikri pergi pejabat pos sebab nak jumpa Zahra... hehehe... Sweet la...

Fikri ada cakap klu dia suka kan somebody dia akan usaha untuk selalu jumpa. Thats why dia bg pinjam pen. Pen is the reason for him to always see Zahra... How clever...
Profile Image for Bell.
115 reviews3 followers
February 22, 2024
Reread 🩷🩷


____________
Syud ada satu kuasa yang membuatkan penulisan2 dia hebat walau tanpa konflik berat. Jarang2 nak letak buku Syud, selalunya mesti nk habiskan baca sekali duduk.

Plot simple, tapi masih membuatkan saya senyum berbunga2. Bahasa yang Syud guna, seolah2 saya sedang bersama Zahra di sebelah.

Tak perlu pun CEO tahap kayangan dan damsel in distress, dua2 watak Zahra dan Fikri ni mampu buatkan saya nak ada Fikri juga dlm hidup saya 🤣
Profile Image for シティ.
264 reviews
Read
August 28, 2018
Bacaan santai di PNM e-Reader.
Borrow from Perpustakaan Negara Malaysia Digital Library

Dialog/nukilan yang menarik...

“Aku make sure aku akan selalu jumpa dia kut.”

“Buat la macam mana pun. Bagi dia pinjam barang, lepas tu kalau dia nak pulang cakaplah tak apa.”

Like the sky is always blue.
Profile Image for Nabilah.
27 reviews
December 18, 2022
chance encounters. housewarming barbecue. post offices. smiley pens.

noted all these.
Profile Image for Fatin Azira.
89 reviews2 followers
April 15, 2020
Betul lah, baca novel Syud ni macam bagi satu sense of reality. She didn't tell us, she showed it to us — what love is.

Langit Tetap Biru, what a deep meaning sebenarnya bila dapat tahu. Sebenarnya, tak terlintas pun maksudnya macam tu.
154 reviews2 followers
September 9, 2017
Memang best je baca cerita-cerita Syud, ringan, simple, santai, 'dekat' dengan pembaca, tak havoc, takde drama (yang nampak sangat diada-adakan) atau konflik merapu - straight to the point, komedi yang 'natural' (lebih kepada sitcom dari slapstick) dan (cetusan? garapan? ntah perkataan mende yang sesuai...) babak-babak romantik yang tersendiri - aku rasa semua suka scene last kat post-office tu kan?
Displaying 1 - 16 of 16 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.