Orang Jauh mengandungi 15 buah cerpen hasil penulisan Wan Yusof Hasan dari tahun 1985-1998. Cerpen-cerpen dalam kumpulan ini mancakupi pelbagai ragam tema yang berkisar di sekitar soal keluarga, negara, agama dan topik semasa yang berkaitan dengan politik. Inti pati cerita disampaikan secara berkias, simbolik dan mempunyai makna tersirat yang menarik dan kadang-kadang digarap dengan penuh satira; dengan sindiran yang tajam dan mencabar minda.
Cerpen-cerpen ini diolah dengan teknik yang serdahana tetapi menarik. Watak-wataknya-wataknya terdiri daripada insan biasa yang berkonflik dan diimbangi dengan konflik yang relevan pula dengan permasalahan. Keistimewaan kumpulan cerpen ini terletak pada pemilihan bahan cerita di persekitaran yang mungkin diabaikan oleh pengarang lain.