Jump to ratings and reviews
Rate this book

Badai Semalam

Rate this book
This novel is about the struggle of a woman in coping with her aspirations to complete her education and her relationships. Mazni, a pre-university student, is filled with dreams to enter university by any means. Born into poverty and brought up by her aged and sickly mother, she lives in the servant quarters of her mother s former employer. She is strong willed with qualities of patience and forbearance.

Paperback

First published January 1, 1968

26 people are currently reading
403 people want to read

About the author

Khadijah Hashim

60 books44 followers
Former teacher, Khadijah Hashim (born 20 April 1942 in Batu Pahat, Johor, Malaysia) is a Malaysian novelist, scriptwriter and journalist. She has worked as a teacher, also as a journalist with local newspapers Utusan Melayu (1974–1976) and Berita Harian (1976–1985). She is more well known as a novelist, and has produced 19 novels. She also expanded her creativity in the field of short stories, radio drama scripts, children's books, rhymes and poetry. The children’s rhyme book “Sayang Sayang” has been selected to be on Honour List of the International Board on Books for Young People (IBBY) in Basel, Switzerland (2002) and “Semerbak Poetry” in Macau, China (2006). Khadijah continues her interests in writing rhymes, which led to her latest creation of “Putera-puteri Malaysia”.

Several of Khadijah’s short stories and novels have been adapted to TV dramas. Amongst them were "Mawar Merah di Jambangan", "Sekapur Sirih Segeluk Air", "Ditepi Pagar”, and “Badai Semalam” and “Dekat Disayang Jauh Dikenang” novels. “Laila Azwa Gadisku” novel was adapted to television film. Meanwhile, “Mira Edora" and "Pelangi Pagi” novels have been made into movie films with the title of "Mira Edora" and "Bicara Hati" respectively.

Her first and one of her most well-known novel “Badai Semalam” (1968) was used as school textbook in Singapore and Malaysia.[3] The novel has been translated into English, “Storms of Yesterday”, by Mahani Abdul Hamid in 1991 and Spanish, "Tormentos del ayer", by Alberto Balanza and Yahia in 2010. “Badai Semalam” was republished several times and the latest was in 2006 by Alaf21 in the nostalgic novel series. The English version was also republished in 2009 by Institut Terjemahan Negara Malaysia under the Malaysian Literature Series.

“Merpati Putih Terbang Lagi” novel won a consolation prize in a writing contest in the celebration of ten years of Malaysia’s independence. The novel has also been translated into Japanese by Tatsun Hoshino. “Exiled” novel has been nominated for the International IMPAC Dublin Literary Award in 1997. Her “Langkah Pertama” novel has won the Mobil-MABOPA Children's Book Award in 1995. Khadijah was the recipient of Southeast Asian Writers Award in 1999 and had undergone the International Writing Program at Iowa University in 1994. Her children's story book series, “Siri Lagenda”, “Siri Aura dan Fauna” and “Siri Teladan dari Rimba” have been translated into English by the Institut Terjemahan Negara Malaysia (2009).

Khadijah Hashim is amongst of the earliest female novelist get attention and place of the novel fans in Malaysia.
- - - - -

MEMANDANGKAN jumlah penulis wanita yang amat kecil bilangannya itu, tidak hairanlah kalau beberapa nama mudah diingati oleh peminat-peminat sastera seperti Adibah Amin, Salmi Manja, Fatimah Busu, Salmah Mohsin, Zurinah Hassan dan KHADIJAH HASHIM.

Khadijah Hashim merupakan salah seorang daripada penulis wanita yang paling aktif menghasilkan pelbagai karya kreatif. Beliau pernah menulis beberapa buah drama radio sebelum melangkah ke dalam bidang penulisan cerpen dan novel. Sebagai penulis, Khadijah mempunyai bakat besar terutama sekali dalam bidang penulisan cerpen dan novel. Malahan, beliau dapat dianggap sebagai seorang penulis yang berjaya dibandingkan dengan penulis-penulis wanita lain yang lahir seangkatan dengannya.

Khadijah Hashim menerima pendidikan awalnya di Johor dan kemudian buat beberapa waktu menjadi guru agama. Beliau pernah mengajar di Sekolah Seri Pelangi, Batu Pahat. Tetapi selepas itu pekerjaan sebagai wartawan lebih menarik minatnya dan beliau diterima berkhidmat di Kumpulan Akhbar Utusan Melayu pada tahun 1974. Beliau memulakan tugasnya sebagai wartawan di akhbar Utusan Melayu. Di samping menjadi wartawan, Khadijah mengelolakan ruangan `Dialog Kecil’, iaitu menulis kisah-kisah mengenai masyarakat yang berlaku sehari-hari. Di samping itu Khadijah

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
107 (33%)
4 stars
115 (35%)
3 stars
69 (21%)
2 stars
21 (6%)
1 star
11 (3%)
Displaying 1 - 30 of 35 reviews
Profile Image for Gobokairina.
576 reviews20 followers
December 9, 2015
Full review: 08/12/2015

Gigih pinjam di laman PNM, dan rasanya berbaloi-baloi ;))

Kisah yang sangat straight forward sebenarnya, tapi membacanya tetap mengujakan. Mungkin kerana alunan bahasanya atau lenggok tulisannya, aku jadi sangat senang menghadamnya.

Premis mudah, ada gaya tonton drama era 80-an. Mazni, anak orang gaji yang masih menumpang teduh di rumah majikannya walaupun ibunya kini sudah tidak bekerja sebagai pembantu rumah dek kerana sakitnya. Keadaan itu memaksa Mazni memilih untuk berhenti sekolah dan melupakan cita-cita ke universiti buat sementara, yang lebih penting kini adalah menanggung perbelanjaan mereka dua-beranak. Duduk menumpang di rumah orang buat Mazni lagi rasa tak senang.

Bila mula bekerja lain pula ceritanya. Belum masuk isu anak tuan rumah yang dah terjatuh hati. Dan, dalam keterpaksaan, Mazni menerima lamaran Karim. Kecewa aku bila melihatkan baik Zaki atau Mazni seakan-akan tidak berusaha bermati-matian demi cinta mereka. Mungkin kerana keadaan, ya keadaan masing-masing tidak mengizinkan.

Cerita selepasnya? Hmm, memang bukan macam kisah novel cinta sekarang. Tajuk novel sememangnya teramat tepat buat isi cerita keseluruhannya. Nak happy ending? Jangan mengharapkannya, tapi... aku suka dengan keteguhan Mazni. Hiduplah manusia, bukan kerana cinta manusia tapi kerana cinta-Nya.

Cuma ya, mungkin versi yang aku baca ini adalah e-book, terasa seperti ada yang tak kena. Kenapa ada sesetengah perbualan antara Zaki-Mazni menggunakan ‘aku-kau’, dan ada masanya ‘I-you’, memang begitu ke? Atau, ada yang tersalah di mana-mana?
Profile Image for Yazlina Saduri.
1,588 reviews42 followers
February 18, 2023
Kisah seorang Mazni... Punyalah lama saya simpan buku ini, dan saya ada beberapa naskah berlainan tahun penerbitan, tidak pernah dibaca. Rupanya Badai Semalam merungkai cerita seorang gadis Melayu bernama Mazni. Awal cerita, Mazni dikisahkan masih belajar di tingkatan enam atas Maktab Melayu, berkongsi bilik dengan ibunya berhampiran dapur rumah dua banglo dua tingkat milik Encik Haris si towkay balak di Jalan Kenangan Tanjung Puteri Johor. Satu-satunya saudara sedarah daging yang Mazni adalah Cik Bibah ibunya, bekas orang gaji Encik Haris. Justeru, Mazni rela mengorbankan minat dan semangat jitunya untuk menghabiskan sesi persekolahan yang hanya tinggal beberapa bulan bagi dan seterusya berjuang sehingga ke menara gading menggapai cita-cita untuk bergelar seorang doktor. Mazni hanya mahu lihat ibunya sihat kembali dari sakit demamnya yang kejap datang kejap pergi.

Setelah terpaksa berhenti sekolah dan mula bekerja supaya ada duit sendiri dan tidak lagi terus bergantung ehsan Encik Haris untuk kos perubatan ibunya, Mazni dilanda satu lagi dugaan besar. Karim anak bujang kasanova Encik Haris yang baru kemalangan kereta mahu menjadikan Mazni isterinya. Mazni tidak mahu, dia kasihkan teman lamanya Zaki. Walaupun anak kampung, Zaki berkongsi minat dan semangat dengan Mazni sejak banyak tahun sudah. Mereka mahu bersama-sama berjalan seiring sebagai doktor menyumbang bakti kepada masyarakat. Namun, Karim berkeras. Ibu Mazni. Mak Aton dan Cik Rohana ibu Karim yang sememangnya pantang jika nama baik keluarganya dikotak-kotikkan, pula terpengaruh dengan fitnah busuk yang dibawa oleh si mulut puaka bernama Cik Mahani, memaksa satu lagi pengorbanan oleh Mazni. Betapa sebagai seorang gadis, Mazni seperti tiada suara, tiada hak, tiada kepentingan untuk mempertahankan diri dan menetukan arah hidupnya sendiri. Betapa orang-orang jahat persis si mulut puaka yang hatinya hitam disaluti iri dan hasad dengki seperti Cik Mahani diberi mandat untuk memainkan peranan yang besar dalam menyebabkan keruntuhan keharmonian sesebuah keluarga.

Mazni akur, asalkan ibu belahan jantungnya dan keluarga Encik Haris bahagia. Bagi Mazni, "Hidup ini pengorbanan, ... Kita mesti sanggup berkorban, apa saja untuk hidup. Kalau ikutkan hati, ... mati,". Beberapa hari sebelum majlis ijab kabulnya, ibu Mazni meninggal dunia. Disamping penyakit lemah jantung, mungkin Cik Bibah hilang semangat untuk hidup akibat terlalu kecewa mempercayai fitnah Cik Mahani bahawa Mazni telah bunting anak luar nikah. Mazni terkedu. Dia kini sebatang kara. Air mata darah sekalipun tidak akan membawa ibunya kembali di sisi. Mazni meneruskan majlis persandingan dengan hati remok redam dan air mata yang terpaksa disembunyikan di sebalik tenang wajah ayunya.

Karim pada awal pernikahannya dengan mazni benar-benar berubah sikap, dari seorang lelaki hidung belang yang suka berpoya-poya kepada seorang suami yang penyeyang. Mazni dicintai dan dijaga hatinya bagaikan menatang minyak yang penuh. Rupanya, panas yang diharapkan menerangi alam hingga ke petang rupanya tenggelam dek hujan ditengahari. Karim kembali dengan perangai lamanya. Mazni sering ditinggalkan seorang diri di rumah sedangkan dia berpeleseran dengan perempuan lain. Apa lagi dengkinya dunia terhadap Mazni? Mengapa sengsara sentiasa menambat hidupnya?

Mazni terus cuba untuk menguatkan semangat supaya tidak menyalahkan sesiapa. Pilihan hidupnya dia sendiri yang bertanggungjawab. Fia cuba butakan mata dengan perangai suaminya. Suatu hari, Mazni nekad untuk pergi menemui Zaki di Hospital Umum Tanjung Puteri. Dia hanya ingin memberi ucap tahniah kerana Zaki telah berjaya melengkapkan pengajian dan baru memulakan tugas sebagai houseman. Pertemuan itu rupanya bukan hanya sekali. Mazni menolak rasa bersalah berjumpa mesra dengan Zaki bekas teman rapatnya kerana dia tahu, Karim juga tidak setia. "Petang esok Mazni keluar lagi. Bertemu lagi. Berbual lagi. Dan hatinya terhibur. Benar-benar terhibur. Karim juga terus keluar, dan keluar. Suami-isteri bercabang jalan kini. Masing-masing dengan dunia masing-masing."

Hingga suatu malam, Karim balik dengan ledakan amarah. Dia sudah tahu Mazni sering keluar bertemu Zaki. Karim mengamuk. Karim tidak percaya Mazni dan Zaki hanya bertemu untuk berbual. Karim tuduh Mazni lakukan seperti apa yang dia lakukan dengan Dora. "Aku tak percaya. Apa yang dibuat oleh orang lelaki perempuan kalau selalu-selalu bertemu begitu. Aku tahu ... aku tahu kau berlaku curang...". Mazni sudah tidak tahan lagi dengan tuduhan itu. Dia tidak seperti Karim. Dia benar-benar bertemu Zaki hanya untuk berbual mencerikan hatinya yang remuk lantaran Karim telah mensia-siakan kepercayaannya, memusnahkan harapannya. Mazni tidak tahan lagi. Dia sudah letih mengalah. Mazni meninggikan suara kepada suaminya. Karim naik hantu, ditamparnya Mazni berkali-kali, dan apabila Mazni kembali menjawab, disepak terajangnya Mazni, hingga sang isteri terjelepok di celah almari buku tidak berdaya bangun lagi.

Dengan bantuan jiran, Karim mengejarkan Mazni ke hospital. Mazni sebu dengan kesedihan tetapi daia kini tidak mahu mengalah lemah lagi. Zaki melawat Mazni dan memberitahu bahawa dia telah lulus peperiksaan untuk melayakkan dirinya melanjutkan pengajian sebagai calon perubatan. Karim juga datang menuntut maaf. Mazni sudah tawar hati. "Maz maafkan, ... dengan syarat lepaskan Maz, dan lupakan Maz. Biar Maz hidup sendirian..."

Karim akhirnya menerima padah. Dia balik dari melawat Mazni dengan jiwa resah. Dia minum hingga mabuk. Kepalanya sakit, dadanya ketat, otaknya tidak mampu mengawal minda waras dan membawa pergerakan anggota badan. Kereta Volvo Karim menghentak kuat pokok ketapang yang berdiri gagah di tepi jalan. Nyawanya melayang. Mazni meneruskan kehidupan sendirian. Mungkin itu takdirnya.
Profile Image for Qayiem Razali.
897 reviews86 followers
October 15, 2023
22 - 2023

Badai Semalam - Khadijah Hashim

Plot penceritaannya bagi saya biasa. Barangkali sudah terbiasa membaca karya sebegini. Namun, jika karya ini dibaca pada saat ia dilancarkan, sudah pasti memberi impak yang lebih mendalam.

Kisah dua darjat. Kisah cinta yang tiada kesampaian. Kisah mengejar cita cita juga pengorbanan semuanya bisa dilihat dalam cerita ini. Mazni, Karim dan Zaki. Masing masing punya kisah hidup sendiri.

Bahasa yang digunakan pun lebih kurang naskhah terbitan dulu dulu. Memberi sedikit kesan kepada pembaca. Tahniah buat penulis atas usaha menerbitkan karya agung ini.
Profile Image for Zetty Khairunisa.
125 reviews2 followers
July 4, 2015
Pertama kali saya baca buku ini lebih 20 tahun dulu semasa usia saya 9 tahun. Buku yang saya kira paling hebat ketika itu. Watak Karim, Mazni dan Zaki yang saya suka. Kisah derita yang dijelmakan dari wajah polos Mazni sedari awal cerita.

Bagaimanapun, naskhah itu hilang dan semasa saya mula bekerja, saya beritahu ibu, buku Badai Semalam ini saya akan cari semula satu hari nanti. Dari mana2 sumber yg ada. Dan akhirnya temunya di sebuah toko buku.

Saya ulang baca lagi dan rupanya masih ada genangan air mata sepanjang pembacaan ini walau tak sebasah 20 tahun dulu itu. Saya tolak semua buku cinta picisan sekarang ini dan untuk meletakkan buku ini dlm kategori itu tidak sama sekali.

Saya boleh kata, ini lah karya yg boleh dianggap sebagai benchmark saya sendiri kalau saya mahu mula membaca kisah cinta picisan lain.

Betul kata orang, cinta pertama itu indah. Ini lah cinta pertama saya. Hebat! Dan saya masih setia.
Profile Image for Ulfah Adnan.
13 reviews28 followers
December 25, 2014
Sinopsis:
Badai Semalam mengisahkan cabaran dalam kehidupan Mazni sebagai anak bekas pembantu rumah Encik Haris dan Puan Rohana. Atas budi baik mereka berdua, Mazni dan ibunya Bibah terus tinggal di bilik kecil di rumah batu dua tingkat itu. Di rumah itu Mazni dibesarkan dengan penuh kesederhanaan, dengan kesedaran yang mereka hanyalah menumpang. Namun satu demi satu nasib malang harus ditanganinya.



*p/s: This is one of the texts used for my malay literature study. The language used is simple and direct,that to some extent I dont really emotionally feel the story (except for the part when Mazni's life had gone so terribly wrong after marriage). There are few parts that were too sudden and too brief. I dont know but it sounds so simple how Mazni accept Karim's love without much conflict, and so does Zaki who doesnt seem to fight much to win Mazni's heart. One should be inspired, however, by Mazni's strong determination and willpower (and so many other positive virtues), although on the other side she was depicted as a weak and poor girl who often cries. Although it seems that nothing in her life can ever go right, but Mazni hardly ever give up. She continues to walk on the path of her life anyway, even without anyone by her side.
Profile Image for Adi.
158 reviews19 followers
August 22, 2011
ouchh , this is not my cup of tea .
neverrrr, not in a million years !!

Tak ada apa yang dapat aku pelajari dari buku ini,
tak imaginatif, jalan cerita yang mudah dijangka.
satu lagi kisah A sukakan B, tapi B kahwin dengan C (untuk jutaan kalinya)

untuk memendekkan komentar yang panjang, maka ini adalah sinetron dalam bentuk novel
Profile Image for Haryati Abd Halim.
239 reviews13 followers
Read
October 22, 2009
Buku yang tak pernah dan tak akan jemu menatapnya. walaupun dibaca berkali-kali. Pertama kali membacanya ketika sekolah rendah. Ketika mula-mula pandai membaca. Masih terkenang-kenang. Masa itu baca setiap patah perkataan tanpa mampu memahami maksudnya.
Profile Image for AL Sihite.
194 reviews6 followers
October 5, 2017
buku ini hebat pada zamannya
anda salah menilai jika anda bandingkan buku ini dengan buku zaman sekarang.

sila tengok tarikh terbit buku ya ;)
Profile Image for Akhmal.
564 reviews38 followers
September 7, 2022
Rating: 4/5 stars

A short read about an 18-y.o. girl with ambition that has her dreams crushed after being forced to marry her employer's son.

Although this would be considered as mediocre by today's standard, I can see how it's popular back in the 60s-70s. The book explores classism, family dynamics, abuse and youth. Some things still resonate with the society today like how the youth are just as wild then and how aunties can jaga tepi kain orang lain, but other things are no longer relevant. Like how lepasan tingkatan 3 (form 3) can land you a clerk job in banks and how deciding to further your studies than to be a good Stanford wife is considered selfish and frowned upon. These are some of the battles the main character Mazni has to win. But I'm very happy with how the story ends.

In terms of the writing, I'm not surprised by how fancy and metaphorical the dialogues are considering how most 70-80s Malaysian films I've watched are like that. Feels unnatural, but still poetic to me.

All in all, a good read. It's nice to see how the way malay novels are written has changed over the decades. Not as deliberate as any Alaf 21 novels, plot-wise. But, it's still a good one.

Thanks mom for recommending me this book <3
1 review
Read
June 4, 2025
This story is absolutely heartbreaking. It left me feeling bad for Mazni as the protagonist and Karim too. Nothing about this story is happy, without it shattering your hopes after.

In terms of writing and character portrayal, this novel is excellent even by today's standards. It's also precisely why I felt so impacted by all the dialogue and descriptions that were in the novel.

The novel's message is important, but it's been discussed so much throughout life that it feels cliche. Education is important, don't take your blessings for granted, work hard in life before you get burned, don't chase after a fleeting life, don't bite the hand that feeds you, etc. Karim's behaviour left me stunned. He had everything he wanted in life, including his wife who soothed his heart. Why would he hurt someone who was so sweet and gentle with him?

In conclusion, this novel embodies all the characteristics expected of a novel, with compelling characters and a heavy-hitting story. After reading this novel, I'd recommend reading or doing something that makes you happy, since the ending is incredibly depressing.
Profile Image for Iman Mirza.
15 reviews
January 26, 2023
Bintangku tak secerah bintangmu.

Jalan cerita yang senang difahami dan dapat mendalami perjuangan seorang gadis dalam mencapai cita citanya. Saya suka lenggokan bahasa yang digunakan walaupun terdapat sentuhan bahasa moden dan inggeris. Sesuai dengan gambaran penulis mengenai di zaman itu. Banyak pengajaran yang boleh diambil dari cerita ini. Tentang harapan, kehilangan kebaikan hati dan mengenai pengorbanan. Buku ini memang best. Saya paling suka mengenai cara berfikir karakter dalam cerita ini cara Mazni dalam menghujahkan isinfikiran dia. Sememangnya buku ini mengambarkan realiti yang dihadapi wanita yang di mana masih dialami hingga ke hari ini. Pelbagai emosi yang dirasai bila baca penceritaan badai semalam. Penulis bijak menjentik hati pembaca.

Terima kasih kepada mak saya yang mencadangkan untuk baca buku ini memang terbaik!
13 reviews
Read
June 19, 2020
satu dari 3 naskhah yang berbeza syarikat percetakannya. lagi dua tiada di GR ini.
salah satu bacaan ketika kecil dan dibaca kembali baru-baru ini ketika PKP (2020).

Cerita mengenai watak Utama Mazni yang menerima ujian demi ujian dan pengakhirannya tidak seindah yang kebanyakkan pembaca harapkan.
kisah mirip ini banyak terjadi sehingga ke hari ini tentang Pendidikan wanita, kerjaya, pemilihan suami/isteri dan komunikasi sesame dalam keluarga.
Profile Image for Zzati Alydrus.
124 reviews
August 17, 2023
Saya ade novel ni yang cetakan pertama. Ejaan masih lama. Perjalanan cerita ni, semua berinti padat. Penuh nasihat & pengajaran kehidupan. Mengisahkan Mazni yang tekad menimba ilmu, walaupun pelbagai halangan & rintangan dihadapi. Kewangan, fitnah, kecurangan, rumahtangga. Sangat sangat sedih tapi memberi inspirasi.
Profile Image for Azni.
16 reviews
March 1, 2022
Very nice book to fulfill your leisure time and coop with your reading habit.
Profile Image for nnul.
30 reviews
Read
January 31, 2026
found this on grandma’s bookshelf, finished in one sitting
Profile Image for Ashly Theia.
6 reviews4 followers
June 28, 2014
Apparently this book was translated into English, originally published in Malay titled "Badai Semalam." I have mixed reviews about this book; first and foremost I must admit I did not enjoy it as much as I thought I would (which was disappointing, considering the synopsis previewed a great plot). Nevertheless, I felt it was an interesting short story, set in the 1970s in Malaysia with occasional mentions of Singapore also known as the Lion City (where I'm from!) :D

It had a good prologue, but I felt the direct novel translation may have been the problem. The language was too simple - it was almost as if I was reading a book meant for 7 year olds. However, when I tried reading it in my head in Malay, it sounded better. The plot, as I said earlier, was inspirational, especially for someone like me who's almost in the same situation as Mazni (college student with so much family-related worries and responsibilities to carry).

The ending was tragic, unexpected, and too abrupt. I shall not elaborate to avoid spoilers.

Nonetheless, I'm giving it a good rating because plot is important to me (execution is too, but in this case I will close an eye). I don't read Malay novels, but I think those who do should consider reading the original version rather than the translated one.
Profile Image for Suhailah Iskandar.
347 reviews17 followers
January 8, 2017
Buku ni teman aku all afternoon thanks for being only 254 pages and aku not feeling well. was in bed all afternoon and evening. Rasa Gastric aku dah kebah sikit ni. so let's review:

kalau dah dinamakan novel klasik jadi subjek sastera kat tanah air ku suatu masa dulu, mau buku ni tak legenda. Aku tak nak cakap banyak. I'm sure ramai dah baca. ada yg tak suka ada yg ok. Bagi aku pulak aku dapat buat flashbacks time zaman Raja Ema, Connie time film 80an dulu. Karim macam Razis Ismail dan zaki macam Faizal Hussein. hahahaha
Cerita simple tapi makna nya pengorbanan. Arah pengorbanan itu penting. kita buat untuk diri kita atau kerana orang. Biasalah mesti ada character mulut longkang dan membingitkan. Mazni akhirnya pasrah dan move on setelah apa yg terjadi. Karim tak bersamanya dalam perjalanannya dan zaki pun aku rasa tengah nyanyi lagu berhenti berharap. one thing aku tengah bayangan Singapura time 80an dulu. manalah aku ingat time tu aku kecik lagi. yg jelas. bus double decker yg tingkap boleh bukak tutup dan lebih hijau dari sekarang. Salute to this so called textbook of the olden days.
Profile Image for Jihan.
11 reviews11 followers
March 31, 2015
I read this book when I'm very young, I remember one of my brother took Art Stream in school and this book was one of the book they have to studied.

I love the stories and the background that took place, in Johor Baru, somewhere in late 70's, if I'm not wrong. The story is about young girl named Mazni and her mother who worked as maid.

Profile Image for Asyura.
5 reviews1 follower
August 16, 2015
Aku baca novel ni ketika aku berada tahun 5, iaitu umur aku 11 tahun ketika tu. Kawan bagi pinjam puncanya terus aku miliki novel tersebut dan hingga saat ni aku pun dah lupa berapa kali dah dok ulang-ulang baca.
Profile Image for Juhanny.
5 reviews
February 10, 2013
Buku ini telah saya baca sejak zaman persekolahan lagi dan memang buku ini antara yang paling kerap saya ulang baca. Bila masa saya'down' untuk belajar, saya ingat semula betapa kuatnya semangat Mazni untuk terus belajar walaupun dia hidup susah.
Profile Image for edoraemon.
11 reviews
October 26, 2014
Membaca buku ini semata mata terbaca


'novel ini pernah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris, Sepanyol dan Mandarin'

Nipis, padat.

Penuh dengan pengajaran, buat diri kita menghargai kehidupan sendiri.

Profile Image for Midsy Chan.
6 reviews
Read
March 12, 2015
Tengah2 bace, x sedar mengalir air mata (bahagian karim bergaduh dengan mazni) . Cerita ni mcm boleh diagak la ending dia. Tapi cara penyampaian & bahasa sgt menarik!
Selepas selesai baca novel ni, saya nak cari kawan yang boleh diharap untuk buat study group :)
Profile Image for Azura Chan.
538 reviews7 followers
July 25, 2012
This is the book that I would embarassedly agreed to say that I like it. hehe. Because I''m not a fan of Malay novels. But the plot in this book us very original.
Profile Image for Ellysha Samad.
16 reviews1 follower
September 8, 2012
"Manusia tidak akan tahu apa yang akan terjadi di hari esok.Manusia hanya dapat merancang sesudah hari esok.Tapi tidak semua apa yang dirancang atau diteka berlaku sebagaimana yang dijangka."
Displaying 1 - 30 of 35 reviews