Naurah dan Fahin! Kedua-duanya bukan orang asing kerana mereka bekerja di Hotel Perwira kepunyaan Datuk Kamal. Disebabkan tugas di hotel, mereka terpaksa ‘baik’ demi menjamin masa depan Hotel Perwira. Tetapi hakikatnya? Seperti ada yang tidak kena antara mereka.
“You ni tak berperikemanusiaan, tahu?” Kenyataan Fahin mencabar Naurah. Saat itu dia rasa Fahin yang paling jahat.
“Habis tu you berperikemanusiaan sangatlah?” Sesungguhnya Naurah geram. Bermula dari saat inilah Naurah terang-terang menunjukkan kemarahannya tetapi tidak Fahin. Semakin Naurah marah, semakin enak dia mencabar.
Campur tangan ahli Caca Marba, Kak Salmah, pelanggan hotel dan peragut yang tidak bertanggungjawab merapatkan hubungan mereka. Baru sahaja mereka memulakan babak bahagia tidak semena-mena Datuk Kamal mengeluarkan mandat yang mengejutkan semua staf Hotel Perwira.
“Untuk elakkan benda tak elok pada masa akan datang, saya buat peraturan baru di mana staf hotel tidak boleh menjalin hubungan cinta sesama staf.”
Bagaimana penerimaan Fahin dan Naurah dengan peraturan baru Hotel Perwira? Keadaan bertambah kalut dengan kehadiran Hanif yang digilai ramai dan juga Rujhan yang misteri. Babak-babak daripada kisah hidup Naurah dan Fahin bercantum menjadi satu kisah cinta.
Baca buku ni buatkan aku kembali muda 10 tahun gitu. Dah macam remaja dah, duk mengekek gelak sambil peluk bantal, lepas tu, duk blushing sambil golek-golek atas katil. OMG. .
Kalau nak cerita pasal buku Shiroe Sherry, aku akan sangat berterima kasih pada buku Secret Love. Dari situlah, aku mengenali SS, dan mula follow karyanya. Padahal buku Babak Cinta dan Hanififi lebih awal diterbitkan. Tapi jujurnya aku cakap, dulu, Babak Cinta tak pernah termasuk dalam wishlist aku. hahaha..tambah-tambah, aku baca blurbnya, hero heroin asyik gaduh je. Aku malas nak layan cerita gaduh-gaduh manja ni. hahahaha..tapiiii, bila dah baca, OMG, aku suka! Aku punya kononnya dulu malas nak layan tu, kali ni, aku sanggup tidur lambat sebab nak habiskan padahal the next day tu, aku kerja. .
Iya, buku ni pasal Naurah dan Fahin. Iya, mereka memang selalu gaduh profesionally. hahaha. sebab mereka kerja di hotel, bahagian admin. Fahin ialah Operating Manager, dipanggil sebagai OM. Naurah ni, kira jawatan rendah sikit je pada Fahin. Tapi, mereka orang kuat hotel tu la. Datuk Kamal, pemilik hotel tu, memang menitikberatkan kerjasama dan persefahaman antara pekerja. So, depan semua orang, Naurah dan Fahin amat professional. Tapi, orang tertentu, contohnya geng Naurah, kumpulan Caca Marba, memang tahu kewujudan Perang FN. hahaha .
Dahlah dekat ofis dah tak sebulu, mereka terserempak pulak kat depan Klinik Kucing. Masa tu, si pencinta kucing, Fahin bawak kucingnya yang sakit. Terjumpa pulak Naurah yang dalam percubaan membuang Paloma, kucingnya yang sedang mengandung. Naurah ni memang geli ngan kucing, especially anak kucing. Sebab tu dia buang. Memang berangin la Fahin tengok Naurah ni. .
Lepas tu, dekat ofis, tak habis lagi perang dorang ni. Naurah ni pelik kenapa semua orang suka Fahin, kecuali dia. .
Sehinggalah munculnya Hanif, anak Datuk Kamal. Dan kejadian Naurah dirompak pun, buatkan Fahin jadi berubah perwatakan. .
"Look into my eyes and you'll find me. Look into my heart and you'll find you", - Fahin. .
"You suka kucing kesayangan you, atau I?"- Naurah. .
"You" - Fahin. .
Bila masing-masing dah declare perasaan, tetiba Datuk Kamal umumkan peraturan baru. Staf hotel tak boleh menjalinkan hubungan sesama staf. Apa yang akan terjadi? .
hahahah..Aku suka chemistry Naurah dan Fahin. Fahin ni sebenarnya suka mengusik Naurah. Pastu, Naurah gelabah. Geng Caca Marba tu banyak menghangatkan jalan cerita ni. hahaha. Bagi aku, semua watak tu hidup, menghidupkan the whole story. .
p/s: buku ni santai sahaja. Kalau nak buku yang gelak-gelak, takde conflict sangat, bolehlah baca.
F rasa geng cacamarba ni yang menaikkan naskah Babak Cinta. Dengan geng ini je kita boleh gelak ketawa dengan watak masing².
Fahin dengan Naurah ini suka gaduh. Mereka tak sebulu. Sampai staff² hotel takut kalau perang FN dilancarkan 🤭😁 sampai Dato Kamal pun tahu.
Padahal si Fahin ni suka mengusik Naurah. Fahin suka Naurah tapi itulah Naurah ni tak nampak kebaikan Fahin sampailah Naurah hampir diragut kat parking kereta.
Bab langau Rujhan takdalah over sangat tapi wataknya dari awal jenis lembut kaki menangis jadi bengis bila memburukkan Fahin pada Naurah. Naurah pun satu TANYALAH Fahin terus tanpa perlu "menghukum".
Saya nak ucapkan terima kasih kat author sebab tak buat scene klise hero hilang ingatan lepas kemalangan. Haha. Mujur sangat! Saya cukup anti dengan kisah hilang ingatan dan kahwin sebab kena tangkap khalwat ni. Mujur la Babak Cinta ni takde scene camtu.
Saya suka novel ni sebab takde scene sweet tahap overdose. Takde watak antagonis yang melampau nak rampas hero/heroin. Takde scene famili tak setuju diorang kahwin. Takde. "Ehh, takde? Boring la novel ni camtu takde hero/heroin jahat?". Tak, novel ni sama jugak dengan novel lain cuma bezanya hubungan cinta Naura dan Fahin terjadi tanpa sengaja. Lepas insiden Naura hampir kena rompak dekat parking hotel, masa tu la Fahin tunjuk sikap concern tanpa dia sedar. Watak antagonis pun mungkin cuma Rujhan. Tapi 'halangan' tu berjaya diselesaikan dengan baik.
Cerita ni menarik dibaca bagi saya. Tak rugi saya beli. Lepas baca novel ni, boleh baca novel ke-3 author tentang Hanif dan Fifi pulak. Nanti kita akan tahu apa hubungan Fifi dengan Hanif yang sebenarnya.
Dalam banyak2 karya SS,Cik N rasa Cik N paling suka hat ni.Sebab Cik N suka kucen,boleh geng la dgn OM 🙈 Novel ni dah lama tapi Cik N baru je sempat baca.Tu pun sebab ada org jual preloved.Jatuh cinta sangat dengan Fahin.Lepas ni nak cari Hanififi pulak 😁