Bacaan yang menjentik hati untuk mereka yang tercari-cari erti hidup dengan rahmat dan berkat Ilahi. Kenapa?
1) Penulis bercerita tentang erti rezeki dan siapa sebenarnya 'pemberi rezeki'
2) Tentang makna hidup dan apa itu 'rezeki'
3) Mudahnya hidup jika kita faham kedua-dua perkara di atas
Cuma saya berpandangan - cara melaksanakan ibadah (iaitu solat-solat sunat) yang disarankan dalam sehari mungkin tak kena dan sesuai untuk semua orang berdasarkan jenis pekerjaan dan waktu yang terluang untuk diamalkan setiap hari. Jadi, mana yang kita rasa terbaik untuk diri sendiri (dalam kawalan diri sendiri & masa sendiri) kita amalkan, mana yang berlebihan/tak sesuai, kita ambil maklum sahaja.