Saudaraku, sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu. Inilah sebabnya seorang hamba perlu meminta segala sesuatu kepada Allah. Sesungguhnya urusan Allah apabila menghendaki sesuatu, Dia hanya berkata, "Jadilah Maka ditangan-Nya kekuasaan atas segala sesuatu dan kepada-Nya kamu dikembalikan. (Surah Yasin: Ayat 82-83)
Seorang hamba mengatakan ada hajat kecil dan hajat besar. Ada masalah kecil dan masalah besar. Bagi Allah semuanya mudah dan semuanya kecil. Hanya Allah Yang Maha Mulia.Hari ini seorang hamba boleh mengubah kehidupannya menjadi lebih baik, biarpun masih bekerja yang sama dan masih dengan bisnes yang sama.
Yakinlah apabila iman dan amal dibaiki, hasilnya pun baik. "Sesiapa yang beramal soleh daripada lelaki atau perempuan sedangkan ia beriman maka Kami sesungguhnya akan menghidupkan dengan kehidupan yang baik dan sesungguhnya Kami akan mereka dengan memberi ganjaran daripada apa-apa yang mereka telah kerjakan." (Surah an-Nahl: ayat 97)
Bacaan yang menjentik hati untuk mereka yang tercari-cari erti hidup dengan rahmat dan berkat Ilahi. Kenapa? 1) Penulis bercerita tentang erti rezeki dan siapa sebenarnya 'pemberi rezeki' 2) Tentang makna hidup dan apa itu 'rezeki' 3) Mudahnya hidup jika kita faham kedua-dua perkara di atas
Cuma saya berpandangan - cara melaksanakan ibadah (iaitu solat-solat sunat) yang disarankan dalam sehari mungkin tak kena dan sesuai untuk semua orang berdasarkan jenis pekerjaan dan waktu yang terluang untuk diamalkan setiap hari. Jadi, mana yang kita rasa terbaik untuk diri sendiri (dalam kawalan diri sendiri & masa sendiri) kita amalkan, mana yang berlebihan/tak sesuai, kita ambil maklum sahaja.
Praised to Allah SWT who send this ustaz to encourage us always be thankful & appericiate in every situations due to our daily life. We 'ought to follow all the lessons from Sunnah-WalJamaah from our perfect guider Prophet Muhammad SAW. Thanks again ustaz as your commited & creatively created this book to make me more understand on exact meaning from the word "REZEKI". May Allah blessed ustaz & everyone until Jannah. TQ & Assalamu'alaikum.