Buku ini terhasil kerana kesukaran mendapatkan rujukan yang boleh menjelaskan bagaimana sorotan literatur ditulis untuk naskah ilmiah. Pelajar dituntut menulis sorotan literatur yang kritis, namun tiada buku dapat menjelaskan maksud kritis tersebut. Banyak perkataan Bahasa Inggeris dikekalkan dalam buku ini kerana perkataan tersebuttelah menjadi suatu lazimdalam dunia penulisan ilmiah khususnya penulisan tesis. Maka, penulis telah mengekalkan perkataan seperti ‘thesis statement’, ‘variable’ dan ‘synthesis matrix’ supaya mudah difahami oleh pembaca.
Othman Talib, berpendidikan Sekolah Menengah KGV, Seremban. Beliau mendapat ijazah Sarjana Muda Sains (Kimia) UKM, Sarjana Sains (Pedagogi) UPM dan Ijazah Kedoktoran Pendidikan (Pendidikan Sains) dari The University of Adelaide, Australia. Beliau mempunyai minat dalam penyelidikan Pendidikan Kimia dan Animasi sehingga berjaya mendapat pengikhtirafan PINGAT EMAS di Pameran Rekacipta, Penyelidikan dan Inovasi (UPM), The Research and Innovation Exhibition (UPSI) dan Malaysian Technology Expo (MTE 2012) serta PINGAT PERAK di Innovation and Technology Exhibition (ITEX 2009). Beliau yang lebih dikenali sebagai Dr. OT merupakan seorang penulis blog santai dalam membincangkan masalah pasca siswazah yang terlibat dalam penyelidikan dan penulisan tesis. Blog beliau www.drotspss.blogspot.com diterima ramai sehingga dianugerahkan antara tiga blog terbaik oleh Malaysian Educational Blogging Summit 2011. Beliau telah menghasilkan pelbagai teknik dan idea efisyen dalam penulisan tesis seperti RFOT (Research Template of Thesis), OFOT (One File One Thesis), ZDOT (Zero Draft of Thesis), KOT (Keep on Track) dan SROT (Speed Reading on Target) sehingga sering dijemput untuk mengendalikan bengkel PENULISAN TESIS, MENDELEY, SPSS dan ATLAS.TI.