Jump to ratings and reviews
Rate this book

Hijab

Rate this book
Annisa Faiha seorang gadis yang tegas dan berani. Dia mengambil alih tanggungjawab sebagai ketua keluarga kepada emak dan tiga orang adik perempuannya. Mereka mengharungi pelbagai dugaan. Keluarganya sering dianiaya oleh si pengamal ilmu hitam. Akibat kemurungan yang melampau atas kehilangan emak dan adik bongsunya, Annisa Faiha tidak menyedari jiwanya yang tertekan dan kosong itu memberi peluang kepada makhluk lain mengawal dirinya.
Sehinggakan dia alpa kehambaannya kepada TUHAN Yang Esa!

Lantaran jiwanya telah ditakluki, Annisa Faiha semakin lupa diri dan riak setelah menyedari dirinya dikurniakan kelebihan dibukakan HIJAB pancaindera. Kelebihan yang diperolehinya itu telah disalahgunakan dengan membalas dendam kepada orang yang bertanggungjawab menyebabkan emak dan adik bongsunya terkorban. Setelah dendamnya terbalas, Annisa Faiha pula diculik ke dalam dunia ghaib dan diminta tinggal di situ buat selama-lamanya.

Betahkah Annisa Faiha tinggal di situ? Apa kaitan Annisa Faiha dengan makhluk dunia ghaib itu? Berjayakah Annisa Faiha keluar dari dunia ghaib itu? Segala persoalan ada di dalam HIJAB!

384 pages, Paperback

First published June 1, 2017

2 people are currently reading
32 people want to read

About the author

Aida Adia

9 books6 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
29 (57%)
4 stars
15 (30%)
3 stars
3 (6%)
2 stars
2 (4%)
1 star
1 (2%)
Displaying 1 - 15 of 15 reviews
Profile Image for Sha Mohamed.
2,523 reviews1 follower
July 24, 2017
Novel seram yang bagus dan berpengajaran.. Jangan diminta hijab dibuka kerana segala rahsia keghaiban akan terbentang.. Hijab memberi pengajaran bahawa dalam hidup ini ujian dan dugaan Allah akan datang pada mereka yang Allah sayang.. Kuatkan diri dengan kembali kepada Allah.. Setiap yang berlaku ada hikmahnya.. Pada Sha, Hijab ini sangat dekat sebab dari pengalaman sebenar.. Ada saja manusia yang sanggup melakukan perkara yang terkutuk demi mendapatkan apa yang dihajati.. Sesungguhnya dendam boleh memakan diri dan menyebabkan manusia hilang pedoman..
#hijab #aidaadia #bukuprima #novelseram #horrornovel #seram #bookstagram #hobisaya #bacaanjulai2017 #bloggerbuku #bookreview #blogger #bloggerperak #blogkasihkuamani #membacajambatanilmu
Profile Image for heril azwan.
524 reviews62 followers
March 1, 2018
HIJAB
by Aida Adia

Kehidupan Annisa Faiha dan keluarganya, bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga. Bermula dengan masalah kewangan yang sering membelenggu, ayahnya pula tiba2 meninggal dunia. Sejak itu, kehidupan mereka sekeluarga bertambah terhimpat. Mak dan adik bongsunya turut terkena buatan sihir. Annisa Faiha semakin lama semakin tertekan dengan keadaan tersebut. Perniagaan kateringmaknya juga mula bermasalah. Selepas maknya meninggal, peniagaan nasi lemak yang diusahakannya juga disabotaj. Kehadiran Najwa, sedikit sebanyak mengurangkan beban di hati Annisa Faiha. Namun, makin lama makin jauh Annisa Faiha tersasar.

Secara peribadi, saya bersetuju dengan sesetengah pendapat - novel ni tidaklah menyeramkan, namun isu kekeluargaan yang dibawakan sedikit sebanyak menyentuh hati. Malah, olahan penulis juga berjaya memaku pembaca untuk mengikuti kisah hidup Annisa Faiha.

Walaupun tidak berkaitan sangat dengan tajuk #hijab, lebih kepada sihir yang dikenankan namun tetap tidak mengecewakan. Rasanya memang geram dengan orang yang mengenakan sihir, sampai semua yang mengganggu dia nak bunuh! memang kejam!

sebenarnya saya tak tahu nak bagi rating macam mana, separuh suka dengan jalan cerita. namun dalam masa yang sama, saya harapkan lebih banyak berkaitan kebolehan Annisa Faiha yang terbuka hijab dipaparkan.

apa pun, still enjoy reading. Tahniah, penulis.

*rating : 3.8*

Profile Image for Atie Attyra.
64 reviews5 followers
July 12, 2018
Overal cerita baik... masih boleh diperbaiki...
Puas hati dengan jalan cerita..
Profile Image for Haliza.
81 reviews
October 2, 2017
HIJAB ~ AIDA ADIA

Beberapa kali juga terpaksa berhenti membaca, yerlh maner boleh tahan klu mata asyik masuk habuk jer. Bukan setakat tu jer, rasanya mkn dlm juga. Sebak. Sedih yg amat... Penat tau huhuhu. Begitulah penderitaan yg dilalui oleh Annisa Faiha atau dipanggil Anis itu.

Beliau seorg yg sgt istimewa, tabah, berjiwa kental. Sentiasa berdikari tp satu demi satu kejadian menyedihkan terjadi yg membuatkan beliau tersasar dr sifat asal beliau. Kehilangan demi kehilangan yg beliau hadapi membuatkan beliau mula berdendam. Apatah lg bila pemikirannya mula dipengaruhi krn kecewa.

Sehingga satu hari beliau diberi peluang membalas dendam dan akhirnya hanya jasad bernyawa beliau shj yg tinggal. Siapakah yg mempengaruhi beliau ?? Ke mana beliau menghilang ??? Apakah kesudahan nasib beliau ??? Selamilh perasaan beliau dlm HIJAB. Adakala geram juga dgn si Anis ni 😅😅😅 tp byk perkara baik yg patut dijdkn pedoman hidup dlm novel nie.

#bukuprima
#hijab
#aidaadia
#seramlicious
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,335 reviews67 followers
September 20, 2021
[BOOK 122]

Hijab by Aida Adia.
.

Mulanya aku takut nak baca buku ni sebab ingatkan cerita hantu. hahhaa..bukanlah sebenarnya. More towards mistik gitu.
.

Annisa Faiha, seorang gadis yang daripada kecil, mendapat keistimewaan. Anak yang istimewa. Lepas kematian ayah, ibu dan adiknya akibat disihir orang, dia di approached oleh adiknya di dunia bunian, ditawarkan supaya hijab Annisa terbuka.
.

Tindakan Annisa yang meminta hijabnya dibuka, membuatkan dia menjadi pendendam. Dia mula membalas dendam. Sehingga akhirnya dia dilarikan ke dunia bunian.
.

Nasib baiklah keluarga Fateh menolongnya.
.

Betullah jugak apa yang Annisa fikirkan. Selama ni, bila musibah melanda dia, dia hanya disuruh bersabar. Allah pasti akan membalasnya. Sedangkan, manusia yang jahat tu, masih tamak. Seorang demi seorang ahli keluarganya mati.
.

So, bila hijab dibuka, tanpa ilmu yang sebetulnya, mendorongnya untuk membalas kejahatan tersebut.
.

Kesimpulannya, janganlah minta dibukakan hijab.
Profile Image for RAHAMAH.
14 reviews
September 23, 2017
Jalan cerita yang bagus tp Tajuk buku tidak sesuai dengan isi kerana, hijab terbuka bermula di hujung2x novel namun banyak pengajaran yang dapat kita peroleh dari buku ini kerana ia memang berlaku di sekitar kita, dendam,khianat dan cemburu merupakan penyakit hati yang setiasa membawa mudarat jika tidak diatasi.
Profile Image for waceed.
111 reviews
September 15, 2019
Betul lah kata orang, kalau seseorang tu dah dengki, macam-macam benda dia sanggup buat sampai orang yang dibenci itu menderita. Sampai sanggup sombong dengan Allah.
-
Ceritanya mendedahkan pembaca betapa teruk dan dahsyatnya apabila seseorang itu disihir sehingga boleh membawa maut. Ini semua angkara dengki dan kebencian yang timbul dari dasar hati. Walaupun mereka itu datangnya dari rahim ibu yang sama, tapi demi harta dunia, sanggup korbankan darah dagingnya sendiri.
-
Saya yang baca ni pun takut dan seram apatah lagi orang yang sendiri mengalaminya. Tak usahlah sampai sihir-menyihir. Dosa mensyirikkan Allah tu kan tak akan diampun oleh Allah.
-
Tapi, apa pun kalau kita tergolong dalam orang yang ditimpa ujian sebegini, janganlah kita cepat mengalah. Ingat, Allah sentiasa ada di sisi hambaNya yang memerlukan. Doa orang yang teraniaya pasti akan dimakbulkan oleh Allah. Jangan pula kita ada hasrat untuk membalas dendam. Tugas menghukum bukan tugas manusia tapi ianya tugas Allah. Allah yang berhak menghukum hambaNya yang berdosa. Wallahualam.

Sayang,
🥀
Profile Image for Ubi.
314 reviews
August 5, 2020
Cerita yg sgt realistik. Mmg best!!
Profile Image for Hamidah Effendi.
359 reviews2 followers
October 28, 2025
Hijab oleh Aida Adia

Cerita ini mengisahkan seorang gadis bernama Annisa yang dikurniakan kelebihan sixth sense. Seiring perjalanan cerita, “hijab” yang menutupi pandangannya terhadap alam ghaib mula terbuka sedikit demi sedikit. Gabungan konflik keluarga, unsur mistik, pengkhianatan, dan seram menjadikan jalan ceritanya menarik namun agak kompleks.

Namun begitu, bahagian akhir terasa agak kelam-kabut dari segi susunan. Selepas babak “pertempuran”, cerita sepatutnya terus bergerak ke fasa selepas itu — atau dimulakan dari saat adik Annisa mula mengesyaki perubahan kakaknya — tanpa perlu terlalu banyak imbas kembali (flashback).

Bahagian di mana Annisa salah guna kuasanya agak memeningkan kerana penulis cuba menggabungkan elemen dunia mistik dan balas dendam secara serentak, memerlukan pembaca membaca semula untuk benar-benar faham. Flashback kalau nak buat juga letak tanda ke, so tak adalah aku rasa jump plot agak pening sikit. Macam masuk rumah sesukahati tanpa minta izin. Ini gambaran aku untuk plot-plot akhir.


Sebenarnya, jawapan kepada konflik besar Annisa sudah tersirat di permulaan cerita. Dari situ, kita boleh lihat bahawa Annisa bukan sahaja berdepan masalah keluarga, tetapi juga menjadi sasaran dunia ghaib. Kisah-kisah sampingan berfungsi sebagai pelengkap untuk mengembangkan kuasa dan watak Annisa yang semakin berubah, terutama selepas dihasut oleh adiknya — menjelang penghujung cerita.

Jika diberi pilihan, aku lebih suka hijabku tidak terbuka, supaya tak payah menghadap situasi yang dialami oleh Annisa. Seramnya pun masih menjadi, boleh buat mata jadi “mata panda” 😅 kalau ada kebolehan macam watak utama.😫😫😫🐼

Kesimpulan:
Hijab oleh Aida Adia ialah kisah mistik yang menyatukan konflik keluarga, kelebihan deria keenam, dan pergolakan jiwa seorang gadis bernama Annisa. Walaupun jalan cerita menarik, penyusunan akhir sedikit berserabut. Namun mesej utamanya jelas — kuasa tanpa kawalan boleh menjerumuskan manusia ke kegelapan yang mereka sendiri tak mampu hadapi.
Profile Image for Annur Hadija.
6 reviews
July 11, 2025
The rating is high therefore my expectations was high too. Overall is alright if I don't know the rating beforehand, I'm a bit disappointed since there's not a lot to feel when I read this book and the romance kind of unnecessary? I don't have much to comment since.. I don't feel anything. The ending felt rushed. The bunian part is good.. but I hate misinformation. I understand this is a fiction work but... able to look at the future? I feel like it's crossing the line since only ALLAH knew everything what happened in the future. So this kind of plot is pretty dangerous especially for those who had a low media literacy and comprehend it as a real characteristics of bunian and imagine! if they themselves already believe in bunian and reading this book. 😔 That's the only part I think.. shouldn't be overlooked by the editor. The story felt rushed too. Not to mention the vocabulary, nothing new to learn. But if you want to add that dramatic thing? this is just my POV as a reader, why not put the plot of her parents death when she's still doing her diploma? I would love to see how she navigates out of that situation since it is in fact, quite resonate with most of us. And you don't even mention how she struggling with the financial health clearly.
99 reviews2 followers
Read
February 4, 2023
Nota utk aku

Antar penulis yang aku start nak suka dengan penulisannya.first aku baca dari projek seram kem.Ni kedua.Novel ni aku suka sbb ianya memang terasa benar.Aku sering terbawa dalam diri annisa.Sambil baca sambil membayangkan.Aku doakan penulis sekeluarga dalam keadaan sihat walafiat.
Profile Image for potato_.
2 reviews
November 12, 2023
Jalan cerita yang seram dan buatkan saya meremang time baca. Hijab antara salah satu novel seram yg saya takkan baca time malam.
Profile Image for Kayblack.
34 reviews1 follower
November 12, 2017
jatuh cinta dengan penulisan aida adia..cerita yg menggangu emosi dan mampu menitiskan airmata..setiap penceritaan memainkan peranan dan penuh dengan nasihat..good job dear
Displaying 1 - 15 of 15 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.