Jump to ratings and reviews
Rate this book

RAHSIA

Rate this book
Arif berhempas pulas mencari jalan penyelesaian untuk datuknya Sumardi yang sudah berbulan terlantar sakit. Menurut pakar perubatan, Sumardi sepatutnya sudah lama meninggal dunia.
Dengan bantuan Faz, teman wanita Arif, dia diperkenalkan dengan Melissa, seorang gadis yang mempunyai deria keenam. Mereka menyelami sejarah hitam keluarga Arif dan menemukan kisah cinta antara Sumardi dengan seri panggung bernama Dewi Anindyawati Alang Syukor, seorang penari Inang Renek yang datang ke Pekan Sungai Besar kira-kira 70 tahun lampau.
Rahsia mistik terbongkar satu persatu. Siapakah yang akan tergoda untuk menuntut bela? Dan siapa pula yang akan menjadi mangsa?

266 pages, Paperback

First published July 2, 2017

4 people are currently reading
61 people want to read

About the author

Faizal Sulaiman

16 books28 followers
Faizal Sulaiman was born in Batu Pahat and grew up in Kota Tinggi, Johor. He has published short stories in the 2012 anthologies KOPI and BOLA and SUMBAT (2012) is his first novel.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
46 (23%)
4 stars
74 (38%)
3 stars
58 (30%)
2 stars
14 (7%)
1 star
1 (<1%)
Displaying 1 - 30 of 57 reviews
Profile Image for Asmar Shah.
Author 20 books136 followers
August 12, 2017
3.6* untuk Rahsia!

Sebenarnya aku asyik tukar bintang GR untuk buku ni dari 4* jadi 3* lepas tu tukar lagi jadi 4*. Dua tiga menjak ni, Asmar Shah takde pendirian tetap untuk buku-buku yang dia baca. *kuis kaki kat lantai* Tapi kalau nak dibandingkan antara buku ini dengan buku FS sebelum ni, Rahsia ni dua kali lebih ok dan baik kut. FS dah mengubat kekecewaan peminat dia dengan naskah ni. Jadi 4* GR tu, berbaloi gak lah. *angkat kening*

Aku rasa blurb buku ni macam tak tepat je. Macam rasa tertipu pun ada. Kawan-kawan Arif tu takdelah membantu sangat pun. Mungkin strategi untuk memancing pembaca kut.

Buku ni seramkah? Sikit-sikit jek seram dia. Lebih kepada kita nak tahu macam mana dorang nak rungkaikan sumpahan dan apa misteri di sebalik tu semua. Owhh ya, dengan kita berharap tiada kebodohan yang watak buat sepanjang kisah ni.

Bahasa FS? Takkan nak pertikaikan bahasa penulis berpengalaman Fixi kan? Tapi memang tak dinafikan, bahasa FS boleh tahan. Banyak perkataan-perkataan yang pelik dan memang sesuai digunakan untuk jalan cerita ni yang menggambarkan zaman yang berbeza. Nice~

Kalau ada meter ukuran tahap 'kesedapan' sesebuah novel, jalan cerita Rahsia ni akan berada sedikit di aras pertengahan dan kekadang pandai jatuh sedikit ke aras bawah dan naik semula ke aras atas tengah. Tapi tak berada di aras paling awesome pun. Tak faham? Abaikan jek! *gelak*

Rasanya FS ada tinggalkan hint di awal cerita mengenai siapa dalang tu. Mungkin?

Annoyed-nya dengan beberapa watak dalam ni. *Sigh*

Aku sangat suka bila masuk suku terakhir buku ni sebelum Arif pergi Langkawi dan jumpa Alex. Part kat Langkawi tu, mendatar giler.

Cuma, pemutusan sumpahan tu, macam terlalu mudah. Macam tu saja? Orang tu dah lama menderita dan mahkluk tu dah banyak susahkan orang, tapi bila datang hero, hanya macam tu saja? Malahan cerita lampau Dewi dan Sumardi tu pun terlalu cepat. Kalau tiada bab terakhir diterangkan oleh FS, mungkin rating buku ni pasti akan jatuh. Malahan hanya semudah itu saja dalang tu mati? Aiyooo. Dan hantu pondan tu untuk apa? Ada kaitan dengan rancangan dalang tu kah atau apa? Atau cuma untuk tambah keseraman? Hurmm. Apa pula barang yang si Alex bagi kat Arif tu? Semuanya dipermudahkan oleh tuan penulis. Kat dunia ni, banyak benda yang sangat rumit dan kompleks. Banyak juga benda yang aku harapkan ada dalam cerita ni, tapi takde. *Asmar Shah, pergi buat novel sendiri!*

Harap-harap takdelah sekuel. Takut sekuel akan menghancurkan reputasi buku ni saja. Tapi kalau buat sekuel, harap lagi sedap dan seram dari ni. Tahniah FS!

Korang tak nak baca ke? Buku ni seronok untuk dilayan. Buku seram kut!

Peace!
Profile Image for heril azwan.
524 reviews62 followers
July 18, 2017
Faizal Sulaiman, salah seorang penulis fav aku setelah membaca #sumbat kerana begitu berani memaparkan teknik penulisan yang berbeza dan olahan yang bersahaja.

dalam #rahsia, belaiu mengupas isu saka yang menjadi momokan dikalangan masyarakat kita sejak sekian lama. cuma, kali ini diselitkan dengan elemen percintaan yang utuh antara Atuk dan Dewi.
adengan seram yang menjadi, tidak terlalu terikut2 dengan tipikal cerita seram lain.

ending yang agak twist, namun sedikit sebanyak boleh diagak andai dibaca teliti.

namun, sedikit sebanyak ending mengingatkan drama kasihku seru & waris lakonan umie aida..hehehe

ps -sumbat masih jadi pilihan peribadi.
Profile Image for Ririn Aziz.
795 reviews106 followers
February 23, 2018
The story was there, the characters were quite there but the execution was not there.

Plot holes, loopholes were quite big that it just can't be ignored. Especially towards the ending, when the supposedly Rahsia has to be cleared. But it seemed like the writer only gave the easiest way out. Scratched everyone out, and there you are, the culprit.

I also have some big problems with the timeline and the generation gap. I still can't find an explanation or even an excuse to link them. It's not a simple 4-5 years gap, but 2 generations, which means about 40-50 years age gap. Up till now, I'm still calculating :p
Profile Image for Regina Ibrahim.
Author 22 books112 followers
July 9, 2017
RAHSIA oleh Faizal Sulaiman
Genre: Seram dan Sosial

Memikat sekali cara penulisannya.
Penulis begitu cermat menyusun plot plot penting sambil tidak lupa menganyam budaya hidup anak anak muda di kota dan kehidupan di desa. Hubungan watak watak dilakukan dengan begitu sopan sekali, gambaran tata hidup mereka yang menurut aturan semasa. Diperkenalkan beberapa istilah yang jarang muncul dalam bicara harian Melayu. Bejana, Cemilan, Kudapan, Sampeyan dan dua tiga lagi. Kisah seram ini bukanlah jenis muntah muntah hijau yang tipikal. Saka yang sudah sinonim dengan kehiduan orang Asia digambarkan dari resah sehingga timbul pengertian pada kesukaran menghembuskan nafas, usaha baik pulih, pencarian rawatan diwarnai dengan sikap setiap watak terhadap isu utama penceritaan.
Hubungan kasih sesama manusia dan cinta digambarkan secara berpada pada dan realistik. Penulis harus dipuji kerana berjaya menggambarkan suasana kota dan desa dengan berkesan. Dialog yang tersusun dan tidak jengkel semakin menambat hati pembaca begitu juga gambaran gambaran dalam setiap bab yang serba sederhana menambahkan lagi kesan realisitik penceritaan yang tidak terlihat mencuba berat. Syabas!
Penamat novel jadi tambah memikat bermula dari 4 bab terakhir. Flashback dan monolog harus dibaca dengan teliti, novel yang baik halamannya jangan dilangkau. Kesan seram yang tidak melulu, parapanelia yang menyumbang pada cerita juga tidaklah terlalu komplikated, sekali lagi penulis harus dipuji kerana tahu bersederhana.
A MUST READ!!!!
Profile Image for Juliza.
208 reviews29 followers
December 31, 2017
(2.5 bintang)
Fuh, hamba menyudahkan buku ini ketika baru beberapa minit tahun berpindah nombor rumah. Ya, nampaknya 2017 bukan tahun yang baik untuk Cabaran Membaca hamba *lapairmatakesayuansambilmenyalahkanStrangerThings*.

Baiklah tentang Rahsia, perjalanan cerita bermula dengan lambat pada permulaan membuat graf minat hamba menurun. Dan graf ini hanya menaik semula selepas kira-kira 65% pembacaan. Cerita ini seperti dilambat-lambatkan tanpa alasan yang menyakinkan membuat hamba merasa sia-sia. Mungkin konflik perhubungan Arif dan Faz tidak berjaya memuncakan rasa tidak sabar hamba untuk membaca Rahsia dengan kadar segera.

Namun, Rahsia mula memberi impak yang mengesankan apabila sesi rawatan sebenar Sumardi bermula dan betapa hamba mengharap kisah lampau Sumardi bersama Dewi diperincikan malah dimulakan sedikit demi sedikit dari mula lagi. Kisah pemuda kampung dan penari Inang yang bertemu di akhir tahun 40-an itu lebih menarik dari kisah Arif, Faz, Tajul (walaupun hamba menyukai beliau), Mel mahupun Alex.

Tetapi kerana hamba menyukai tema mistik dan ada beberapa adegan dalam buku ini yang membuat hamba memaku perhatian 100% seperti sesi rawatan Wak Gono (sebenarnya lebih kepada siknifikan bahan-bahan di luar kelaziman yang digunakannya) maka hamba boleh mengatakan yang Rahsia tidaklah mengecewakan.
Profile Image for Haq Raihah.
300 reviews55 followers
October 5, 2017
ok laaa... seramlah jugak, kan?

tp gitulah, aku tak berkenan betul dgn perangai si Faz, Tajul dan Mel semua tu. perangai mcm harey...

storyline ok...
ending pun ok. well... not bad.
Profile Image for Sri Rahayu Yusop.
Author 24 books260 followers
August 20, 2017
Saya mengambil masa 3 hari untuk membaca RAHSIA karya Faizal Sulaiman & 3 hari tersebut memang saya sibuk dengan kerja & keluarga. Tapi Rahsia memudahkan pembacaan tersebut.

Saya senang dengan laras bahasa yang digunakan kerana ia teratur dan betul, serta lancar. Bahasa digunakan untuk menyampaikan plot tanpa celaru, menjadikan saya cepat menikmati novel ini. Percampuran bahasa Melayu & bahasa Inggeris ada, tapi tidak keterlaluan atau mengganggu.

Saat saya mula membaca Rahsia, saya teringat siri filem Cina masa remaja dahulu, Troublesome Night (adegan Faz dengan hantu LGBT & mimpi Arif dengan puaka datuknya) tapi format ini tidak diteruskan kerana novel ini memang bercerita tentang puaka/pendamping hingga ke akhir. Oleh kerana saya berketurunan Jawa, kisah ini rapat dengan saya. Entah kenapa ibu saya pernah cerita yang mbah saya ada saka yang tolong dia buka tanah sawah dulu. Tapi saya tak pandang serius langsung hal ini. Mungkin itu memang folklore masyarakat Jawa. Cerita berjalan lancar. Tetapi pembaca mesti fokus kerana ada adegan-adegan masa lampau dan selari yang akan muncul tiba-tiba & adegan-adegan ini pendek: blink & you'll miss it.

Saya menikmati novel ini sebagai sebuah cerita peristiwa & sejarah, dan bukan sebagai novel seram. Novel seram bagi saya ialah House of Leaves tapi itupun sebenarnya ialah novel tentang pemuda yang jadi gila sebab kena dera, dadah & alkohol so yeah. Novel seram perlu ada sense of dread & anticipation dan 2 unsur ini tiada dalam Rahsia. Tapi cerita yang baik masih cerita yabg baik.

Saya pembaca yang memfokus pada watak hero. Watak Arif ini agak santai orangnya, jadi saya tidak merasa connection dengan Arif. Jika Arif ini diberi satu tragedi peribadi, mungkin kewujudan Dewi bukan saja fizikal tapi mental. Jika ada satu unsur yang boleh menjadikan Rahsia unapologetically seram ialah jadikan Arif one messed up hero yang punyai puakanya sebelum Dewi, puaka dalam diri dia.

Cerita ini diakhiri dengan 2 plot twist. Plot twist memang patut terjadi memikirkan yang puaka itu dengan mudah dibuang. Saya bersedia untuk plot twist tersebut. Jadi tidaklah plot twist ini came out of nowhere.

Jadi, Rahsia ialah pembacaan yang enjoyable & santai. Jika ia dijadikan filem, ia amat possible tapi ia tidaklah jadi filem yang sangat disturbing. Is that good or bad? Bergantunglah jenis seram macam mana yang pembaca/penonton mahukan.
Profile Image for Amal Hamsan.
1 review
November 25, 2017
Setelah sekian lama saya tak membaca buku, akhirnya saya berjaya habiskan novel tulisan Faizal Sulaiman ni. Pertama kali membaca karya beliau, wow. Gaya bahasa, cara beliau menulis dan menyusun perkataan sangat mengkagumkan. Cuma saya lebih suka jika ada maksud untuk perkataan-perkataan jawa yang digunakan.

Eleman seram ada. Ada ketika yang saya rasa berdebar, tapi masih mampu untuk tidur malam.

Saya suka apabila penulis pandai membuatkan saya tertanya-tanya, siapa sebenarnya yang jahat. Tetapi, di penghujung cerita, saya rasakan seolah-olah semua perkara diasak untuk diperjelaskan. Tidak se-smooth dari permulaan sehingga pertengahan cerita.

Namun, jalan cerita tetap menarik dengan hal-hal mistik, tarian traditional dan sebagainya. Saya siap Youtube bagaimana Tarian Inang dilakukan.

Anyway, good job, Faizal!
Profile Image for Mr. Joey24.
18 reviews10 followers
December 17, 2019
Ok guys. Sekarang pukul 2.30 pg and aku baru habis baca buku ni. Haha.

Ni first time aku baca karya Faizal Sulaiman dan karya ni berjaya membuatkan aku tertarik dengan gaya penulisannya yang bersahaja. Segala penceritaannya smooth dan tidaklah serabut sangat. Apa yang aku suka, penulis berjaya menghidupkan jiwa setiap watak sehingga berjaya membuatkan aku meluat terhadap watak Faz (suka merajuk tak tentu pasal, selfish. Rasa macam nak lempang je. Bgus Arif ni dia penyabar) dan Mak Cik Senah (terasa palat ooo makcik bawang ni).

Plot twist yang dibuat penulis agak mindblown jugak. Tapi tak tahu kenapa samada aku memang gifted atau penulis saja memberi gambaran mudah kepada pembaca untuk meneka siapa di sebalik dalang cerita ni yang cuba memorakperanda (ntah betul ke tak aku tulis ni) kehidupan Arif. Aku dah boleh agak pelakunya dan tekaan aku tu betul. Apa2 pun aku salute penulis sebab idea untuk buat plot ni memang debommm. Berjaya membuat pembaca meneruskan bacaan.

Aku agak kagum dengan penulis sebab penulis kemungkinan aku anggap ada darah jawa kot. Dari Johor katakan. Beliau mampu membuatkan satu kelainan yang mana menyelitkan dialog jawa. Yang mana menimbulkan keunikan, tambah2 lagi adegan Wak Gono. "Aku orang Indonesia, Kalau tidak penuh ilmu di dada, enggak sampe ke puncak Everest" terbayang do cite hantu kak limah. HAHAHAH.

Aku memang akui semua cerita penulis tu memang seram dan aku tak rasa penulis menulis cerita tu secara mengkhinzir buta. Family aku pon penah mengalami cerita ini & benda yang ada pada Tokwan tu memang bukan saka yang biasa2 boleh dibuang. Aku pernah belajar benda ni daripada ust aku yang mana ada benda yang memang takleh dibuang. Ianya warisan. Aku pun tak faham sebenarnya. Meleret dah aku ni. Haha

Banyak pengajarannya dalam cerita ni. Sayangnya tidak dicerita pulak side story si Tajul tu. Macam mana dia boleh terlibat dengan benda tu. Dan aku masih ragu2, seriously la Faz buat camtu. Celaka betul betina ni kalau betul la. Apa yang aku rasa la, penulis kena ceritakan jugak bagaimana perangai sekor2 ni boleh berubah. Terlalu drastik sangat. Penulis juga perlu ceritakan ending kwn2nya secara detail. Buat aku tertanya2. Begitu juga dengan bapok tu? Apa kena mengena? Oh, mungkin disebabkan RAHSIA?

Apa2 pon. Aku akan terus follow penulisan Faizal sbb berjaya menarik minat aku. Endingnya menarik ditambah pula dengan prolognya yang agak celaka. Tak guna punya Tajul Alif. Setakat tu je la review aku. Aku recommend buku ni kepada semua peminat cerita seram. Dan aku tak rasa cerita ni hanyalah sebuah. cerita. REKAAN.
Profile Image for Abdullah Hussaini.
Author 23 books80 followers
September 27, 2017
3.8 untuk Rahsia. Novel yang ditulis dengan laras bahasa yang baik dan penamatnya memuaskan hati aku.

Ianya tidaklah seram sangat dan aku rasa ada satu atau dua part je yang betul2 buat aku rasa seram. Pertukaran2 POV tak menjadi masalah dan aku rasa macam ada sekuel ?
Profile Image for Iz.
2 reviews
July 13, 2017
Thank you FIXI for this scary-emotional –joyride piece. Review Mama Regina kat goodreads buat aku nak beli buku ni. Pelaburan aku rupanya tak membazir.

Buku ni betul-betul buat aku rasa seram sejuk. Cara penulis takutkan aku melalui ayat dia yang baik (poetic on certain chapters, but in a good way) pun berjaya. Buku ni tak terlalu dragging, padat isinya (yang ni aku kena puji editor sebab betul-betul buat kerja dengan baik) dan kombo masa sekarang dan lewat 40 an tu diolah dengan sangat cemerlang. Seramnya buku ni terletak pada penggunaan ayat yang tepat dan sangat bagus dan takde kesan bunyi yang annoying, which makes me remind of keluaran2 awal FIXI circa KNB, Ridhwan Saidi, Gina Yap, Shaz Johar , Shaihan Syafiq dan Julie Anne (just to name few)

Aku jarang dengar nama Faizal ni sebenarnya. Underrated kot? Ke aku yang dah lama tak follow Fixi? hahaha. Dan kerana Rahsia ni, aku mula minat penulisan kau weh. Keep up! Tahniah!

PS: Tolonglah buat sambungan. Aku nak tau apa jadi kat Wak Gono dengan anak-anak Arif tu.

Profile Image for Nur Azmin.
13 reviews1 follower
July 22, 2017
habiskan membaca naskah ini dalam masa sehari. yes, jalan cerita dia menarik. unsur seram pun boleh tahan. paling seram part hantu pondan tu lol.
Profile Image for Tarmizi Rahim.
1 review1 follower
July 14, 2017
Sebuab buku fixi yang lain dari lain, kadar keseraman setanding dgn Tamar Jalis, penulis Siri Bercakap Dengan Jin yang popular pada tahun 1990an.

ps: Sila baca pada waktu siang dan pada waktu malam sila tidur sambil buka lampu..
Profile Image for Aqil Ahmad Tarmizi.
1 review1 follower
July 5, 2017
Third. A charm.

Sumbat dan Bongkar keduanya OK bagi aku. Tapi Rahsia ni sesuatu yang menakjubkan. Eksperimen Faizal dalam Rahsia aku katakan sangat berjaya. Seramnya bukanlah dibuat-buat dengan kesan bunyi melampau seperti keluaran seram Fixi yang lepas2. Rahsia mengingatkan aku pada karya seram Tamar Jalis. Emosi seramnya mencengkam. Rahsia yang diceritakan juga sangat tepat pada buku ni.

To Faizal, congrats!!! Aku betul2 suka buku kau kalini. Bahasa kau bagus. Ada peningkatan. Aku harap Rahsia ada sambungan. Aku cuma nak tau apa jadik kat kembar tu. Tak sesia aku beli e book haritu. Bagusnya buku ni, dia boleh habis bca dalam satu sitting je. Bravo!

PS: Scene paling seram masa Arif jumpa hantu bertenggek kat alang rumah. Cibai betul!
Profile Image for Arif Zulkifli.
Author 27 books184 followers
August 12, 2017
Nak bagi desclaimer awal-awal, ini semua pandangan aku saja dan review aku ni bukan berniat nak menjatuhkan penulis, tapi (harapnya) untuk membantu penulisan faizal di masa akan datang.

oh dan disebabkan penulis sendiri tunggu review aku (lap peluh), aku akan cuba review dengan setulus mungkin, tanpa sugar-coat apa-apa.

fuh. okay.

so what I like. penulisan faizal memang dari dulu lagi tak dapat disangkal lagi memang best. vocab faizal memang luas, at least lagi luas dari aku. banyak perkataan yang aku baru jumpa dalamni. dan cara faizal describe satu2 scene tu kira boleh tahan, dan tak terlalu detail. which is good, sebab boleh biar pembaca imagine dengan imaginasi diorang.

so, yeah.

yang aku tak suka. boleh kata majoriti daripada watak dalam cerita ni. first Arif. oh, I have high hopes dengan watak ni sebab nama sama, but oh, boy. aku tahu penulis nak portray Arif sebagai seorang yang pemarah, tapi kadang-kadang sebab dia marah tu macam tak masuk akal langsung, macam dalam bab lapan. bagi aku lah, dia macam tiba2 sentap dah kenapa? lepastu kita ada Faz pulak. yang aku tak suka dengan Faz ni, cepat sangat jelous. well, i know ada je perempuan macamni, tapi macam, yihhh stress aku baca orang yang jealous macam tiba2 je. dalam nota aku (gitu siap ada nota) bab 12 tunjuk Faz tiba-tiba jealous tanpa sebab (kukuh).

ketiga, Tajul. astaga. tak pernah aku rasa nak tumbuk seseorang watak (selain Thomas dalam buku ketiga) macam aku nak tumbuk si tajul ni. annoying nak mampus. hurgh. dan dalam bab awal pulak, kemunculan bapok (yang aku tak faham langsung apa point dia muncul entahlah) yang sangatlah annoying dengan phrase2 nok jejanz dan macam2 lagi. aku tak ada kawan yang macamni, so aku tak tahulah memang diorang cakap macamtu ke apa, but still.

bagi aku, apa-apa watak dalam sesebuah novel, mestilah melalui phase2 yang membuatkan dia berubah di akhir novel, tapi aku tak rasa watak2 dalam novel ni berubah. at least bagi aku.

satu pet peeve yang aku ada, kalau aku baca novel, aku tak suka kalau novel tu ada campur2 pov. kalau novel tu guna first pov, staaayyy je sampai habis guna first pov. tapi ni, pet peeve je. tak ganggu sangat pembacaan aku. kacau sikitlah. haha.

kalau nak ukur tahap keseraman, biasa2 je. tak seram mana pun. setakat ni buku paling seram under fixi, still kacau.

oh, dan aku boleh teka siapa 'anak ibu' dari awal lagi. so, yeay for me!

overall, buku ni okaylah, biasa je bagi aku, tapi sebab watak2nya yang tak likeable, so aku jadi kurang suka nak teruskan pembacaan buku ni. jujur aku kata, aku paksa pembacaan aku untuk 3/4 buku ni.

tapi sekali lagi, ini semua hanya pendapat aku je. lain orang lain pendapatnya kan. aku tengok, ramai juga yang enjoy buku ni. so, aku dalam kalangan minoriti je. so, jangan risau, trylah baca buku ni!

untuk abe pejal, jangan berhenti menulis!

(fuh terpanjang pulak hihu)
Profile Image for Lanzz.
816 reviews25 followers
April 11, 2019
Mengisahkan tentang masalah mistik yang dihadapi oleh Arif dan keluarganya akibat gangguan saka datuknya. Datuknya tidak dapat meninggal dunia akibat perjanjian yang diikat bersama saka yang dikenali sebagai Dewi. Malah, rakan2 Arif; Tajul, Faz, dan Mel turut terjebak ke dalam masalah itu. Apakah rahsia di sebalik perjanjian itu, dan dapatkah perjanjian itu diputuskan?

Sebuah lagi novel seram keluaran Fixi. Tapi lepas habis baca, rasa macam bukan style Fixi (mcm style Karangkraf jer, ha3)... Plotnya tak serabut, straight to the point jer. Endingnya jer sedikit ada plot twist, tpi mcam boleh diagak...
Profile Image for Sha Mohamed.
2,525 reviews1 follower
March 3, 2018
Rahsia dalam rahsia.. Memang menarik baca bagaimana Arif menyelesaikan misteri atuknya yang terlantar.. Dalam masa yang sama ada pula yang berniat jahat dan memporak perandakan usaha Arif.. Persahabatan dan hubungan cinta Arif juga diganggu.. Siapakah dalang disebalik Dewi? Rahsia sungguh..
Profile Image for Zwanrizly.
16 reviews1 follower
July 21, 2017
Sehari aku habis baca buku ni, maksud dia cerita dlm dia berjaya menarik aku untuk baca sampai habis..penulis berjaya "menyorokkan" peranan seorang dlm cerita ini..pengakhiran bru kita boleh tahu..so ni je ulasan aku..sebab klu korang nak tahu lebih..g beli baca sendiri..x rugi..ni novel kedua yg aku baca dr penulis..
Profile Image for Amalin.
4 reviews
July 17, 2017
Forbidden love, cast a spell and drawn in a black magic. There is something unique bout this piece. It’s well written horror (bow down to the writer. His words enrich. I even don’t know the meaning of bergelampung or rambas or cekati but when I Googled it, it’s beautiful ) with a touch of love story, somewhat reminds me of local hits Pontianak Harum and Kekasihku Seru. Well-developed characters with a great backstory.

Gripping, words-festive & terrifying.

Kudos!
Profile Image for MAF.
9 reviews3 followers
July 17, 2017
Babi buku ni seram. Camne aku nak explain tah tapi buku ni bagi satu rasa chill / goosebumps kat kau. Worth reading. Plot cantik. Bahasa bagus. Tau beza la naratif ngn dialog. possible utk sequel tak agak2? haha
3 reviews
July 5, 2017
Ok. Another cerita seram oleh fixi. Tema saka. Tema yang biasa. Alam melayu kan. Saka dan bangsa melayu tidak dapat dipisahkan.

Kadar keseraman: Lagi seram dpd Asrama dan patung. Ada perenggan-perenggan yang bila di baca secara automatik bulu roma naik.

Plot: Jalan cerita menarik. ada yang boleh dijangka. Sebab banyak sangat baca cerita seram kot.

Bahasa: sesiapa yang dah beli buku faizal sulaiman ini adalah standard gaya bahasa dia.

Total bagi 4 bintang. Sebab cerita ni mmg seram dan boleh membuatkan aku terbayang-bayang imej-imej 'itu'.
Profile Image for Gjul Idris.
4 reviews
July 8, 2017
buku yg sgt menarik utk dibaca. karater semua nya well developed, senang difahami & dpt merasai dan bayangkan keadaan semasa. tak terlalu sarat dgn adegan seram tapi cukup utk meremangkan bulu roma.

sedikit tidak puas dengan ending dia sbb rasa terlalu "rushing" utk conclusion.

overall, mmg good book. aku baca dengan sekali seating sahaja sbb tak sabar nak habiskan.
Profile Image for ohnibster.
2 reviews
August 31, 2017
Novel seram-mistik 2017 dan eksperimen pertama aku dengan buku Fixi. First thing first, Tahniah Faizal. Rahsia adalah satu genre yang menarik.

Ini bukan kali pertama aku baca buku yang plot plot penceritaan mimik rahsia. Pandangan peribadi (positif) ada beberapa bab yang agak so-so dan karektor untuk sesetengah watak tidak unik dan agak fiksyen.

Apa-apapun,

Penceritaan detik suspen bermula diri permulaan bab berkisar tentang kisah Faz di stesen minyak agak kreatif dengan pemilihan nama hantu drag queen yang over the top dan mimpi misteri sawi berjaya memberi idea tentang genre keseluruhan isi kandung novel.

Mungkin, penghujung rahsia boleh ditulis dengan lebih kompleks bagi sepadan dengan plot sarat kisah dewi, sumardi dan arif sepanjang penceritaan.

Lagi satu, penggunaan perkataan "usai" secara obsesif agak cringy. Sorry bro, I've to mentioned this.

Aku pernah baca satu cerita nenek dia nak pass saka ke penulis. Every detail dia cerita seram nak mampus. Rahsia ini okay-lah still boleh baca alone at night. Belum level "seram-shit why the hell I read it alone at night"

Kudos untuk Faizal. You did well. Kena banyak eksperimen untuk genre macam ni. Don't give up.
Profile Image for Zulaikha.
3 reviews1 follower
July 25, 2017
Baru ada masa nak tulis review panjang.

Deliciously evil!
Pertama, seramnya Rahsia terletak bagaimana bijaknya penulis bermain dengan ayat-ayat Melayunya. Perkataan Inggeris yang tak bercampur dalam naratif Rahsia membuatkan aku kagum kejap sebab kebanyakan penulis sekarang banyak guna switch coding-malay English dalam naratif cerita. Sebenarnya ok je. Tapi untuk pembaca macam aku it’s not working. Ganggu mood kot?


Kedua, teknik ‘show don’t tell’ digunapakai hampir keseluruhan buku. Hasilnya aku dapat rasa ‘feeling’ seram yang nak disampaikan. Sudut pandangan pertama watak (I do this, I do that) membantu teknik show don’t tell dan memberi impak seram secara maksimum. Walaupun some horror scenes macam been there done that atau aku macam pernah tertengok dalam filem atau terbaca dalam buku lain, olahan penulis mengubah haluan mengikut acuan sendiri itu yang perlu diberi pujian.
Buku ni secukup rasa. Susunan plotnya kemas. Wataknya dikembang baik. Tidak berlebihan. Aku paling suka watak Sumardi. Dinamiknya watak ni sampai boleh buatkan kau suka dan menyampah dalam masa yang sama. Aku setuju dengan beberapa commentators kat sini. Peleraian kisah Tajul dan Faz agak laju. (cara aku baca yang laju atau memang tergesa). I don’t know man. Sian doh ngan Tajul. He didn’t deserve like that. Marah betul aku penulis buat Tajul camtu je. (haha nampak tak aku yang clingy?)

Buku ni ditamatkan dengan cantik. Aku suka walaupun aku expect lagi boom. Tapi yelah kan. Tak semua ending boom tu best. Ha that’s the proper words. Mengharapkan ada sambungan. Sebab aku rasa jalan ceritanya indah.

Settle dengan 4.5 stars. Kurang 0.5 sebab ending Tajul. Why?? WHYYY *crying*

Profile Image for Kozakura.
7 reviews2 followers
July 21, 2017
Found it at MPH, so I thought I should give a try.
This book met all my requirements for a good horror and little bit of suspense & thrilling moment.

1) It kept me on the edge of my seat for much of the time. We know about saka or bequest sort of old Malay magic that endangered the entire family. It has been told millions of time, in any forms. You name it. TV drama, movies or books. It means the pattern has been used quite sometimes. Then there comes a storyteller and wrote it very well. To be dead honest, this book really scared the hell out of me.

2) There were interesting characters with a balancing backstory on each. I think it's important for writer to write a good backstory of each characters. Sense of empathy is crucial. Not too much I mean. At least we as a reader saw a glimpse of what happened before the real event, how he 0r she was before becoming a person right now. In Rahsia, it's cool if this book is planning to do a sequel or perhaps prequel. Maybe the writer should expand more on the backstory killed/dead characters? It’ll excite the readers.

3) Again, the suspenseful & horror feelings well build-up led to a satisfying conclusion, especially the epilogue. The writer brilliantly wrote 2 contrast characters in one chapter. It done very well-developed. Although a bit rushing, I believe there is so many stories to tell toward the end especially the aftermath of Tajul-Mel-Faz.

As a whole, this book should deserving 4.5 stars. A bit unfulfilled with the rushing Tajul-Mel-Faz conclusion (no 3). Highly recommended to tickle your sense of anxious.

PS: Bought also another Fixi’s bestselling like Patung, Asrama, Kacau, Gelap and Mereka. Hope these 5 scares me a lot!
Profile Image for Aza Holmes.
69 reviews5 followers
August 20, 2017
To be fair, nak bagi 2.5 stars.

Baca description belakang buku, boleh agak lah ni mesti ada kaitan bela benda2 ni. Come on, sekali baca ayat "sepatutnya dah lama meninggal tapi tak meninggal lagi" dah boleh deduce dah pasal apa.

Penceritaan dan gaya cerita menarik, cuma watak Sawi dengan Faz tu mcm annoying sikit. Yang sorang nak ikut kepala sendiri, yang sorang pulak perlukan constant attention. Tapi suka je flow of the story. Suka macam mana diorang cuba cari penyelesaian nak lepaskan atuk dari Dewi, nak untie the curse.

Tapi, Mel tu anak Dewi dengan siapa? Is she even related to Sawi or not hahaha. In the end, who actually died? I got confused for a moment there.
Profile Image for Amir A..
1 review
September 26, 2017
Buku pertama yang saya baca daripada penulis ini.

Dari awal pembacaan, penulis berjaya membawa saya masuk ke dalam dunia Arif yang diselubungi kesulitan berkaitan atuknya Sumardi yang ada sejarah silam. Penggunaan bahasa yang sedap dibaca. Namun ada beberapa kesalahan ejaan yang boleh dimaafkan.

Penulis pandai menggambarkan situasi seram yang betul-betul buat saya boleh merasai keseraman cerita Rahsia ini. Namun sayangnya, tidak banyak perasaan seram itu saya rasakan sepanjang saya membaca buku ini. Kalau boleh saya mahu lebih!

Empat bintang untuk buku ini. Satu bintang lagi saya simpan untuk sequel Rahsia. Harap ada la nanti sambungan kisah keluarga Arif dan Hantu Dewi yang liat nak lenyap ni!
Profile Image for Hazrin Zainal .
10 reviews
August 10, 2017
5 bintang aku lemparkan utk buku ni. Kalau boleh nak kasik 6! Over kan? Buku ni tak meleret la bagi aku. Every page is such a page turner, hantu dia plak bukan jenis keluar all the time sebab cara penulis menterjemah rasa takut tu buat aku seram sejuk.

Ada beberapa persoalan yang aku nak tanya tapi biarlah. Sesuaila ngan judul buku ni. Bagi aku tulah beauty of reading. Kita sebagai pembaca asyik pikir dan takleh nak move on. Tahniah!
Profile Image for Mimiey Potter.
131 reviews
June 7, 2023
2.5 stars! Premis cerita ni okaylah cuma I think the story tak well developed enough and twist tak banyak untuk jadikan cerita ni lebih menarik. It just plain.
Profile Image for Aezra.
108 reviews16 followers
October 16, 2017
Sedap dibaca. Menyeramkan. Penulisnya pula pandai mengadunkan plot-plot cerita yang tersusun kemas. Syabas! Untuk rasa lebih seram, kalau berani... Bacalah waktu tengah malam!
Displaying 1 - 30 of 57 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.