Jump to ratings and reviews
Rate this book

Gantung #2

GANTUNG: 2

Rate this book
Dia membuka nota tu dan menunjukkannya pada Gibbs; KJ turut menjenguk.
“What does this mean?” tanya Gibbs.
“Tak tahu. Mungkin... apa yang aku pernah buat kat sekolah?”
“Seriously, Ray... takkan kau rasa ni ada kena-mengena dengan sekolah?”
“Melainkan kau ada buat benda lain yang kitorang tak tahu,” sampuk KJ.
Kalau bukan tu, aku kena mengaku semua kesalahan aku. Kesalahan yang mungkin aku buat secara tak sengaja atau di bawah sedar. Kesalahan yang aku buat lepas dah tinggalkan SMCGT – dan aku jadi manusia heartless yang tak lagi korang kenal...

284 pages, Paperback

First published July 2, 2017

146 people are currently reading
1738 people want to read

About the author

Nadia Khan

31 books520 followers
Nadia Mohamad Hatta, or Nadia Khan, graduated with M.B.B.S. in 2009 and is now a part-time tutor,full-time writer and all-time procrastinator. Also on her plate is wannabe philosopher slash filmmaker, but not yet cooked to perfection. Discovered by Buku Fixi after winning a national script-writing competition, she had her first novel Kelabu published in 2011. This was followed by her short stories anthology aptly named Cerpen (2012) which also included her contribution to another short stories anthology entitled Kopi (2012). Her first script to be made into a telemovie was 'Aku, Dia dan Tong Sampah', produced by Playground Productions. Currently tutoring a medical faculty at a Malaysian university, she is also pursuing her Master's degree in Psychology.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
418 (42%)
4 stars
344 (34%)
3 stars
180 (18%)
2 stars
30 (3%)
1 star
20 (2%)
Displaying 1 - 30 of 144 reviews
Profile Image for Asmar Shah.
Author 20 books136 followers
September 25, 2017
*Cough!*

Aku berbelah-bagi sama ada nak suka atau tak dengan buku ni.

3.45* untuk Gantung: 2!

Berbaloikah untuk mendapatkan naskah ini? Terpulang pada kalian. Tapi rasanya, peminat NK, kipas-susah-mati dan pendek kata memang ramai yang menunggu karya dari puan penulis ini. Jadi, terbitnya Gantung: 2 ini telah mengubat kerinduan mereka pada penulisan NK yang sempoi dan selalunya memang boleh tahan mengujakan.

Perlukah baca Gantung yang pertama? Aku rasa, lebih baik korang baca dulu Gantung sebelum baca naskah ni supaya korang tak terlepas apa-apa pun info penting dan tak buat kalian terpinga-pinga apa benda-alah yang korang tengah baca. Tapi kalau kau jenis sailang, apa salahnya kan baca terus buku ni?

Fixi jarang gagal untuk mempersembahkan cover buku yang lawa.

Ya seperti biasa tulisan NK memang dibuat/dihasilkan untuk memenuhi kehendak pembaca generasi baru. Tulisannya sempoi, simple dan naratif ceritanya tidaklah memeningkan. Penulisan NK juga semakin lama, semakin mantap. Tambahan lagi, hanya dalam bulan pertama, naskah ini sudah ada 8k dicetak. Tahniah! Tapi kalau kau pejuang bahasa aras tinggi atau pun sewaktu dengannya, buku ni tak sesuai dengan kalian. Sila cari buku lain. Nanti korang melenting tak tentu pasal.

Cuma aku agak kurang setuju apabila hampir 50-60% (mungkin) dialog di dalam Gantung: 2 ini menggunakan bahasa Inggeris. Aku tahu memang ramai pembaca Fixi di luar sana sangat bijak dan setakat dialog BI yang ringkas macam tu memang mudah difahami. Tapi macam mana dengan pembaca yang kurang dan tak pandai BI tapi nak juga baca buku ni? Bukan tak boleh guna dialog BI tapi aku rasa lagi seronok kalau cuba diminimalkan. Jadi pembaca yang tak pandai sangat BI tu, takdelah skip dialog hanya sebab tak faham apa maksud ayat tu. Sorry kalau berterus-terang. Ini hanya pendapat peribadi saja~

Itulah bilang orang, kalau nak buat satu-satu perkara tu, fikir dulu. Sebab kadang-kala dunia ni memang adil. Pembalasan mungkin datang menuntut tak kira cepat atau lambat. Aku suka jalan cerita kali ni. Ia nampak lebih realistik berbanding Gantung. Tapi di awal suku buku, ianya terasa agak sedikit lambat dan langsung tak mengujakan. Ia diselamatkan oleh gelagat Gibbs dan KJ yang mencuit hati.

Aku ada kawan lelaki nama dia Firdani. (okay takde kaitan)

Korang tak nak baca ke?

Peace!
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,334 reviews67 followers
September 24, 2018
[BOOK 64]

Gantung 2 by Nadia Khan.
.

Another amazing sequel that i have ever read!
(Ku sejenis tak suka cerita sambungan ni. Sebab macam meleret je. Konflik pon tak strong. Hahahah.. But i love this Gantung 2 sooo much)
.

Warning: korang memang wajib baca Gantung 1 dulu. Dan kalau boleh, repeat la baca kalau dah bertahun korang baca yang first tu. Serius, untuk dapatkan mood.
.

Dulu (semalam baru lepas repeat baca Gantung 1), ku rasa apa la motif penulis ni nak tulis sekuel? Rasanya macam dah settle dah. Tapi, rupa-rupanya, penulis nak cerita lebih tentang Ray aka Khalil ni.
.

Dalam Gantung 2, penulis menulis tentang perasaan Ray. How did he barely survived for the past 10 years? Apa yang jadi sepanjang tempoh tu? Dan apa sebenarnya hikmah kenapa Ray satu-satunya yang terselamat? Dan apakah unfinished business dorang yang masih belum selesai yang buatkan dorang takleh move on?
.

Kali ni, dah takde sangat dah part mind-blown. Ye lah, apa yang paling mengejutkan selain sebenarnya 3 orang sekawan tu dah mati?
.

Masa Ray diculik, masa ni lah kebenaran mulai tersingkap. Bukannya Ray tak pernah move on, he did. Bersama Natalia di Prague, banyak mengingatkan tentang Gibbs. (Yup, Ray ni gay. Dia suka Gibbs) Tapi, bila bahagia je, Ray akan mula fikir balik, kenapa bukan dia yang mati?
.

Dan si penculik ni pulak duk paksa Ray ingat balik, apa lagi yang pernah jadi dulu? Rupanya, kecuaian Ray mengakibatkan kematian Mika, adik si penculik.
.

Unfinished business si Ray ni ialah untuk confess dekat Gibbs. Dulu, dia hampir confess, tapi tak sempat sebab dorang kena tembak. Dan kali ni, still tak confess pon. Just Ray boleh agak je yang Gibbs ni suka jugak kat Ray, based on his character towards Ray. (Adoiii... Ku tak support LGBT. Ku imagine kalau Ray ni perempuan, they will make a good couple. Hahaha... Tapi, ku suka Ray, sebab walaupun dia ni gay, but he kept it as secret. Yer la, dah tahu yang kita ni diluar norma manusia, diam-diam sudah. Tak payah heboh satu dunia tahu)
.

Dan hikmah kenapa Ray masih hidup ialah...... Ray ada anak. 😅 hahahhaha.... Please read this book if you wanna know why and how.
.

Best!

Ku suka sangat part setiakawan dorang. Macam mana la Ray tak rindu The Musketeers, sedangkan aku yang baca je pun bergenang air mata.
Profile Image for Ririn Aziz.
790 reviews106 followers
August 7, 2017
3.75 stars

Terhibur rasanya dengan gelagat KJ. Cheer up the gloomy atmosphere of this tale.

And yes, rasa sedih tu tetap sama 😭😭
Profile Image for Naim al-Kalantani.
283 reviews17 followers
October 16, 2017
Buku pertama lebih menarik ketimbang buku kedua ini. Selalunya begitulah walau di mana-mana penulisan bersiri pun.

Cerita yang menarik. Tetapi tetap tak boleh lawan buku pertama.

Penulis menulis mengikut gaya yang menarik; bagaikan si penulis berkata-kata dengan pembaca. Penulisan tidak skema membuatkan novel ini seperti bercerita.
Profile Image for ωαη  ïzzαz.
56 reviews12 followers
April 20, 2018
Masih lagi 5 bintang!!

Terus terang,aku sendiri x tahu apa aku rasa lepas baca epilog.Happy sbb Ray dh ada kehidupan sendiri,dan dah boleh move on or sedih sebab dah takda Gibbs n KJ,ofclah nanti ak akan rindu perangai KJ yang kebudak2an dan Gibbs yang cool tu😢.

Apapun,aku x menyesal baca novel ni,sebab banyak benda yang terungkai.Mula2 tu blur la jugak sbb semuanya watak2 baru tpi kau kena baca dulu baru faham..

Tapi kan....
Aku kurang setuju dengan dialog bahasa inggeris yang boleh dikatakan hampir 50% digunakan.Jujurnya,aku kurang pandai BI ni,jadi ak terpaksa belek kamus jika terjumpa perkataan yang ak tak faham,ini agak melambatkan pembacaan aku okey.Aku harap dialog BI ni boleh dikurangkanlah untuk buku2 yang bakal diterbitkan oleh penulis.

" Suka boleh dilelong,sayang boleh dibahagi tapi cinta tak boleh dikongsi "
Profile Image for Zaghol .
1,115 reviews
December 21, 2018
Kalau mengikut biodata ringkas Goodreads ni, novelis Neddo Khan tengah pursuing master degree in Psychology. (tak tau la dah abis ke belum)

Patut la pandai bebenor dia mainkan psikologi karakter2 dan pembaca dia sekali dalam sequel ni. Setiap watak punya karakter,sifat,habit yang berbeza dan sama dengan manusia yang kita biasa jumpa dalam kehidupan seharian kita.

Satu kelebihan yang aku nampak oleh Neddo Khan ialah dia tau bebenor apa yang budak2 lelaki 16 tahun/dewasa selalu fikirkan (Realistik gila kot, aku lelaki aku faham la). Memang dia buat research.

p/s: sekolah boleh jadi memori yang indah atau sebaliknya.

p/s2: aku tak faham camne boleh ada pompuan yg tunduk dgn maskiter kod, yg ni pure fixion.
Profile Image for Regina Ibrahim.
Author 22 books111 followers
July 15, 2017
GANTUNG 2 oleh Nadia Khan
Editor Peruding: Hani Suraya
Genre: Seram Sosial

Kali ini gantung2 dinikmati dalam versi Bahasa Malaysia. Gantung 1 dari penulis ombak pertama Fixi sejak 2009 sudah memaparkan pengkisahan yang tidak pernah ada di rak buku Malaysia. Teknik segar dari penulis mampu membuat pembaca berhenti seketika dari buku buku di pasaran yang bernada biasa.

Untuk menikmati buku ini Gantung 1 harus kamu jelajahi dahulu (no brainer advice). Naskah kali ini lebih matang dan tidak lari dari kemelut jiwa, hubungan manusia, selitan unsur unsur seks dan gender identiti untuk pembaca matang dan terbuka.
Secara peribadi masih dalam skala menarik dengan latar belakang pengiat filem dari awal sehingga tamat. Melakarkan banyak dialog dialog bijak sesama watak watak yang ada. Paksinya kali ini tentulah Raymond De Silva yang bergelut untuk terus menjalani kehidupan sebagai manusia dan pengiat seni.
'Hidup sekadar untuk memenuhi jasad untuk apa?'

Para gentayangan yang masih belum bisa move on kembali mewarnai jalan cerita, ditokok tambah dengan watak watak baru yang hadir selaras 'timeline' semasa tidak kurang menariknya. Masing masing membawa sifat dan ungkapan yang boleh membuatkan kamu berfikir. Syabas pada penulis yang mampu membeza bezakan karektor watak watak yang ada dan mengekalkan momentum gentayangan yang bersahaja namun penting untuk pengukuhan ceritera. Penambahan manis yang berbau hipster yakni dialog Inggeris, kata penamat manis warga muda Kuala Lumpur seperti Kot, Setan, Jer, Sial, Dowh banyak digunakan untuk gambaran dialog novel indie ini.

Perilaku perilaku dewasa dan gerak nafsu seksual berjaya dipaparkan dengan jelas oleh Nadia tanpa menjadi garapan kotor. Pembaca akan banyak berfikir dalam beberapa bab terakhir apabila Ray harus tawar menawar dengan lelaki yang menculiknya. Penculik juga akan membuat pembaca tertanya tanya dan cuba menebak dari mana? siapa? apa dia ada di naskah pertama? Banyak diselitkan falsafah falsafah manusia dan kekesalan di situ. Dialog dialog singkat tanpa melehe lehe mampu memberi kesan intense/kejang jiwa pada pembaca yang bijak dan matang.

Secara peribadi, apa yang telah dilalui oleh gentayangan sebenarnya adalah PILU meskipun masing masing masih dalam elemen jenaka dan bersahaja. Kesan lucu dan bijak bukanlah hal yang mudah untuk digambarkan dalam penulisan.

Proses cerita semasa dan paparan memori bagi mengukuhkan cerita tidak akan menggelirukan, namun disarankan ada buku Gantung 1 sewaktu kamu membaca Gantung2 nanti. This is the fun part of reading sequel. Akhir kata kita ucapkan BRAVO untuk Nadia Khan kerana berjaya menghasilkan buku yang berbeda isinya, suasana fiksyen yang realistik dan suasana seram yang tidak konvensional.

A MUST READ... especially if you have started with Gantung 1.
Profile Image for Jessica.
353 reviews45 followers
June 27, 2017
This review is going to be in two languages (English and Malay)

Format: Ebook

After I was done with the first book, I just needed to immediately get to the second one and it was worth it and it was pilihan yang paling brilliant.
Buku sequel Gantung ni sememangnya best and mengandungi elemen-elemen in the first book. For example, the plot twists dan hubung kait watak-watak and their stories. The fact that I read this book in only one day surprised me. Cara penulisan yang sedap untuk dibaca dan to follow up with was a blessing.

Kalau nak baca Gantung 2 ni kena betul-betul ikuti kisah Gantung, the two books are closely related to one another sebab ada banyak la juga flashbacks, etc. One more thing, this second book pun agak lebih berterabuh gak sebab banyak watak-watak baru diperkenalkan dan mostly datang dari kehidupan Khalil(Ray) dalam kerjaya dia sebagai director. Tapi tak berat, dalam berterabuh pun, masih boleh ikut sebab cara penulisan yang simple, senang nak faham. Jangan masa baca tu, skip sini sana dah, sesat la kau dalam buku ni.

Again, for this book. It is darker actually, gray to be exact. Their friendship shone even brighter. I couldn't help but to focus on that area: friendship. Also, buku yang kedua ni juga lebih tertumpu kepada moving on with life and it was written really well.

P/s: Yes, I cried again masa ending buku ni tapi tak seteruk the first one la haha
Profile Image for Cik Pah.
290 reviews102 followers
July 14, 2017
Sambungan kpd kisah sebelum ni, kali ini menceritakan bagaimana proses Ray aka Khalil nak move on. Bertahun juga Ray dengan budak hantu 2 ekor tu sampai kadang2 depa panggil dia abang 😂😂😂

Berat hati juga untuk menamatkan bacaan. Lps ni takkan ada gantung 3 pulakkan. Kecuali NK nak cerita pasal budak 3 ekor tu di alam sana. Troll yg bukan Troll tu apa yang bukan siapa ... Misteri!!!

Renungan Jumaat.
*Nilai Akhlak yang Baik*.
Daripada an-Nawas bin Sam ‘an RA daripada Nabi SAW sabdanya, “Kebajikan itu ialah berakhlak dengan akhlak yang baik, dan dosa itu ialah perasaan yang bimbang dalam hati dan engkau tidak mahu perbuatan itu diketahui orang lain.”
(Hadith Riwayat Muslim)
Profile Image for Haq Raihah.
300 reviews55 followers
August 28, 2017
Benci dgn endingnya! ( îoî )



Hmmm...

Dulu lepas habis baca Gantung, nangis jugak.
Ni, lepas habis baca Gantung:2 pun nangis jugak.

Tak tahulah nak kata happy ending atau sad ending.

Rasanya aku prefer ending tergantung lg mcm Gantung dr Gantung:2 ni.

Aku suka sebenarnya dgn storyline Gantung:2 sbb byk persoalan mengenai Ray dan Gibbs terjwb. Dan tak sangka kan...



"Gibbs pernah... masak untuk aku. Pernah sekali aku bangun tidur - aku ingat yang aku tak pakai selimut malam tu, tapi bila aku bangun pagi ada selimut. Kadang-kadang bila aku balik stress, rumah dah kemas."

"You wanna know what that's all about?"

Khalil mengangguk.

"Aku rasa... Gibbs cuba jawab apa yang kau tak pernah tanya. Not through words, but through his actions."



Ok, sekarang aku dah faham perasaan Gibbs.

Tapi...

Ah! Aku tetap tak boleh terima ending macam tu! Benci betul. Menyesal pulak baca epilog tu, patutnya tak payah baca langsung.

(Terlebih emo sbb takleh move on dgn Gibbs n KJ lah ni)

Dan... walaupun mereka bertiga tu selalu berlawak, tp di sebalik lawak tu tetap terasa pilunya, kan? Lebih2 lg bila ada part imbas kembali masa diorang kat SMCGT, lg lah rasa sayu jer :(

(Ke aku yg melankolik sgt? Huhu)

Rasa terganggu betul emosi baca buku ni. Sungguhlah.

Dan satu lagi, Danny tu anak sape sebenarnya? Aku confused dah ni...
Profile Image for Syazana Zahida.
31 reviews
January 15, 2018
To be honest, aku lagi suka Gantung daripada Gantung 2. Mungkin sebab high expectation untuk Gantung 2. Overall, persoalan-persoalan dalam Gantung dah terjawab dalam Gantung 2 dan untuk yang rindu The Musketeers, boleh lah baca Gantung 2!
Profile Image for Bil Halim.
82 reviews10 followers
August 24, 2017
( SPOILER ALERT)

Losing a bestfriend(s) due to whatever occasions can actually be fatal. Hiding an unspoken pain is even worst, you can see everyone around you breathing well while you are drowning.
You are an angel NK. Although i was put in between when i started reading this, lil bit disturbed by NK's too santai writing style and also need to recall everything in the previous book ( i remembered nothing weh except the fact that Deepa mati sebab suicide) and dah start questioning everything. What happened to the musketeer s? Who shots them died? What actually happened between Ray and Gibbs.and i like how it refolds slowly througout the story.
I found myself shedding tears silently the moment Gibbs tuangkan air pada Ray, the moment KJ leraikan gari dari tangan Ray bcause for the first time it was real for Ray to feel their touchs and i knew then, it is gonna end soon.not to mention the moment Troll confessed that he was not even real and finally how fate brought Ray , Danny and Rafiza and how honest Ray could finally say " I love you , too " to somebody other than Gibbs. Huwaaaaaaaa! And everything was solved beautifully tho i din know it was a happy ending or sad ending! But at least, dah tak terGANTUNG yeay! And bila nak kuar woi HMMMMM #gantung2#nadiakhan#bellaandbook#goodreads#bukufixi.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for farahxreads.
715 reviews263 followers
March 21, 2022
Gantung 2 ini walaupun tak berapa nak intense kalau nak dibandingkan dengan Gantung, tapi impaknya lebih besar ke atas saya. Ia lebih melankolik dan buat perasaan saya jadi berat - macam bila kita sedih dan kita rasa berat nak bernafas? Ya, itu yang saya rasa sepanjang membaca naskhah ini; pilu, berat, rasa bahagia juga ada tapi pilu lebih mengatasi.

Terima kasih, Nadia Khan untuk naskhah ini. Saya bakal merindui The Muskeeters - selamat tinggal Gibbs, KJ dan Troll. Dan untuk Ray, hiduplah.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Bax.
512 reviews35 followers
March 8, 2018
“The problem with running from your past is that your past will always catch up to you. It’s your past; it’s a part of you. Macam mana kau nak lari?”


From the way I see it, this whole book is about letting go and moving on. It sounds easy, right? But it's not. To shut down your emotion and pretend like nothing ever happened might appear easy but it's not a solution. It's a temporary escape from reality. Once your past comes back and haunt you, you can't keep on running. I know exactly what Ray felt when everyone kept badgering him to let go and move on. It's not easy. Especially knowing that once you let go, it will all be too real. And you can't go back.

It didn't make me cry, but it did mess with my emotion, a lot. It's always easy to think that people are playing victim, that they're overreacting towards their problems. Yes, there are far worse problems out there, but you can't simply dismiss what someone feels about the problems they're facing. Ray and I are two different people with different issues at hands, but reading this only strengthen my belief, people won't understand something unless they go through it themselves.

I loved how Gibbs kept looking out for Ray even when there was nothing much that he could do. Gibbs and Ray had one of those beautiful kind of friendship/relationship that will never cease to amaze me.

“Selagi aku ada, aku akan jaga kau.”
Profile Image for heril azwan.
524 reviews62 followers
October 3, 2018
Kali ini, lebih memnfokuskan dilema Khalil aka Ray, dalam menghadapi hidup bersama geng hantunya. Dan, tanpa dijangka dosa silam kembali menghantui Khalil, tanpa rela mengimbau kembali kenangan silam.

Selepas dihidangkan dengan Gantung yang begitu memberi kesan dan impak tersendiri, saya terpaksa bersetuju sepatutnya ia berakhir di situ. Mungkin, walaupun Ray bukan hidup dalam normal (berkawan dengan hantu kot), namun itulah kelainannya. Fixi kan?

Dalam naskhah kali ini, dosa-dosa yang pernah dilakukan secara sedar atau pun tidak, kembali menghantui Khalil lantaran diculik seorang psikopat yang ingin membalas dendam. Walau pun banyak kenangan dan mungkin trigger kepada peleraian yang dikehendaki, namun macam tak berapa related dengan motif sebenar penculik. Dan, terasa pengakhiran yang begitu drastik. Tapi, masih mampu menggamit emosi dan memberi kesan tersendiri.

Secara peribadi, saya suka dengan endingnya, pengakhiran yang 'putih' buat Khalil, namun saya tak berapa 'masuk' dengan kes penculikan dan imbasan semua tu. Tidak dinafikan ia memberi impak dalam hidup Khalil, namun tidak secara langsung dengan motif penculik. Bagaikan tidak begitu syncronized pada saya.

Tapi, olahan penulis tetap santai, berkesan dan memberi impak tersendiri buat pembaca. Still, penulis adalah antara fav writer saya. Tahniah penulis!
Profile Image for Annakarenina.
142 reviews15 followers
November 8, 2017
Jalan cerita mantap. Unexpected ending jugak. Cuma kena baca dengan teliti sebab ada babak throwback yang kita mungkin terlepas pandang, so mungkin agak lost. Overall memang terbaik. Suka dengan persahabatan 4 sekawan ni, terutama bila ada flashback2 semasa dorang di sekolah. Boleh menangis bila baca. Gila tebal nilai friendship dorang. Kawan sampai mati kut (kecuali Ray sorang yang masih hidup).
Profile Image for Miyuke.
192 reviews2 followers
October 25, 2022
Naskah sambungan ini lebih diperkemaskan dengan flashback serta peristiwa-peristiwa yang berkesinambungan dengan naskah Gantung yang pertama. Secara keseluruhannya - watak utama untuk naskah ini adalah Khalil/Ray yang masih terkesan dengan pemergian sahabat-sahabat terbaiknya.

Terdapat beberapa life lesson yang juga boleh diambil dalam naskah ini.

NOTA :
Jalan cerita novel ini agak perlahan berbanding yang pertama dengan plot penceritaan yang laju.
Profile Image for Amalia Masrom.
151 reviews7 followers
October 1, 2017
Sedih. Kalau aku ni Khalil, mungkin itu juga perasaan yang aku rasa.
Profile Image for Iris Ymra.
212 reviews36 followers
April 1, 2019
Seriously talking, I think I like Gantung 2 more than I like Gantung. Kisah yang katanya agak lambat bermula pada awal-awal bab pada saya adalah cara yang mampu buat saya selami hati Ray/Khalil so yes I know what had happened in Gantung really, really affected Ray in worst way. Can you ever imagine to create your own conversation with those who are dead -- dengan hanya memori-memori bersama mereka -- yang masih hidup dalam minda. It plays with my heart much more than Gantung does.

I love watching Criminal Minds, so most of the psychology terms are not hard to understand.

What I learned from Gantung2 is that thing that's happening, that should happen -- would happen regardless of whether one is ready or not.

There's this feeling -- the right of the wrong -- while reading Gantung 2, but the wrong of what feels right has its own reason and wisdom. The right of what Ray feels towards Gibbs is just - perhaps - human. Tho never in countless of times would I ever agree to such act. But people deserved to feel what they feel, and this world is merely a journey of a living trial towards eternity -- besides this is just a fiction (tho I am pretty sure it does happen in this damn real life.) *jauh aku merapuh haha*

And last things, I kinda know the answer to Ray's question, but not quiet sure of it and Danny -- is he Gibbs' or Ray's. Haha -_-''
Profile Image for Tsuki Shiro.
93 reviews34 followers
August 28, 2017
(;^;)
Heavy breath sepanjang baca. I don't want this to end.
Can't wait for the TV serials. Randy Pagalila as Gibbs and Ikmal Amry as Ray. Sesuai sangat!
Profile Image for Hn.ssss.
56 reviews1 follower
April 29, 2023
Gantung;2 - Nadia Khan

Rate : 5/5 ⭐️

⚠️ 𝐁𝐔𝐀𝐓 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐁𝐄𝐋𝐔𝐌 𝐁𝐀𝐂𝐀 𝐆𝐀𝐍𝐓𝐔𝐍𝐆(𝐒𝐈𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐌𝐀) , 𝐒𝐈𝐋𝐀 𝐁𝐀𝐂𝐀 𝐓𝐄𝐑𝐋𝐄𝐁𝐈𝐇 𝐃𝐀𝐇𝐔𝐋𝐔 ⚠️


“Live Khalil. Don't just survived.“ - Troll

🌾 Lepas apa yang jadi kat SMCGT , Khalil “hidup” dalam trauma. Hidup tapi hakikatnya mati.

🌾 Khalil fikir dia baik-baik saja sampaila satu hari tu dia terima satu surat layang. Bukan sekali tapi berkali-kali! Dia mula penasaran- angkara siapa? Satu hari tu , dia ada gaduh dengan Gibss dekat parking lot. Tapi entah macam mana, bila dia sedar…dia dah diculik 💀

“The problem from running from your past is that your past will always catch up. It’s your past; it’s part of you.” - Haikal

“𝐁𝐮𝐭 𝐲𝐨𝐮 𝐤𝐧𝐨𝐰 𝐰𝐡𝐚𝐭 - 𝐩𝐞𝐫𝐠𝐢 𝐦𝐚𝐦𝐩𝐮𝐬 𝐚𝐩𝐚 𝐣𝐚𝐝𝐢 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐝𝐮𝐧𝐢𝐚. 𝐀𝐭 𝐭𝐡𝐞 𝐞𝐧𝐝 𝐨𝐟 𝐭𝐡𝐞 𝐝𝐚𝐲, 𝐰𝐡𝐚𝐭 𝐦𝐚𝐭𝐭𝐞𝐫𝐬 𝐢𝐬 𝐲𝐨𝐮𝐫 𝐨𝐰𝐧 𝐰𝐨𝐫𝐥𝐝 - 𝐝𝐮𝐧𝐢𝐚 𝐤𝐞𝐜𝐢𝐤 𝐤𝐚𝐮 𝐬𝐞𝐧𝐝𝐢𝐫𝐢 . 𝐏𝐚𝐬𝐚𝐥 𝐭𝐮 𝐤𝐚𝐮 𝐛𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐣𝐮𝐦𝐩𝐚 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐚𝐡𝐚𝐠𝐢𝐚 𝐰𝐚𝐥𝐚𝐮𝐩𝐮𝐧 𝐝𝐮𝐧𝐢𝐚 𝐬𝐞𝐤𝐞𝐥𝐢𝐥𝐢𝐧𝐠 𝐝𝐢𝐚 𝐫𝐚𝐧𝐚𝐩 , 𝐚𝐧𝐝 𝐬𝐨𝐦𝐞𝐨𝐧𝐞 𝐰𝐡𝐨'𝐬 𝐦𝐢𝐬𝐞𝐫𝐚𝐛𝐥𝐞 𝐞𝐯𝐞𝐧 𝐰𝐡𝐞𝐧 𝐢𝐭'𝐬 𝐚𝐥𝐥 𝐫𝐚𝐢𝐧𝐛𝐨𝐰𝐬 𝐚𝐧𝐝 𝐮𝐧𝐢𝐜𝐨𝐫𝐧𝐬“

🌾 ahh bukan Ray ja rindu dengan tiga ekor beruk tu! Aku pon rindu! 😭 Ada yang cakap siri kedua ni lebih syahdu. Yepp, they’re right 😢
Profile Image for Hikaoru.
944 reviews24 followers
July 18, 2017
Finally went out and bought this. Gotta admit that I was fangirling the whole time. Okay, I was mostly fangirling because I was out watching Spiderman: Homecoming. Tom Holland is current bae, while Gibbs is a close second.

I could not have imagine a more perfect ending for the ghosts and Ray. Really, kudos to Madam Nadia.

She managed to incorporate humor into issue that is seldomly talked about such as suicide and grief. Not to mention survivor's guilt.

Oh and I love Ray now. I feel like a cougar for liking Gibbs sometimes...he's freaking 16!
Profile Image for Dayana Wong.
66 reviews7 followers
November 22, 2020
Tahun 2022,
Ray mempunyai hidup yang cukup indah, impian dia untuk menjadi pengarah filem tercapai. Lakonan pertama yang diarah oleh Ray memenangi anugerah drama terbaik.

Semua seperti berjalan dengan lancar

Tetapi kehidupan Ray mula menjadi kusut apabila dia menerima nota ugutan daripada seseorang yang tidak dikenalinya, dan mungkin juga dia kenal. Tetapi tidak dapat menebak gerangan yang berani memberikan kertas amaran itu.

Gibbs dan KJ meneka, mungkin ada orang yang tidak puas hati dengan kejadian 12 tahun yang lalu, iaitu tahun akhir mereka di sekolah menengah. Adakah orang itu tahu tentang insiden yang berlaku?

Tetapi Ray tidak bersalah dalam tragedi buruk itu. Ya, tidak secara langsung.

Mungkin juga surat ugutan tu berkaitan dengan kehidupannya setelah tamat waktu persekolahan. KJ, dan Gibbs tidak tahu. Ray menjadi orang yang agak kejam sewaktu tamatnya waktu persekolah dan masuk ke alam pekerjaan, dunia realiti di mana keseronokan bukan lagi matlamat utama seperti sewaktu usia masih muda dahulu.

Apakah yang Ray telah lakukan sehingga ada orang yang sanggup mengancam nyawa Ray? Ray diculik! Tetapi mukanya tidak dikenali oleh Ray. Tetapi lelaki itu amat mengenali dirinya...

PLOT
Plot twist yang menarik tetapi tidak berapa mengujakan seperti buku Gantung yang pertama ! Jalan cerita agak mendatar, namun saya suka dengan dialog-dialog antara Ray dengan penculiknya. sangat bermain dengan fikiran dan menyedarkan manusia tentang apa yang kita selalu terleka.

PENGAJARAN
secara keseluruhannya, buku ini sangat menekankan nilai setia kawan antara GIBBS, KJ, TROLL DAN RAY. 3 kali saya menangis ketika membaca buku ini kerana jalan cerita tentang 4 sahabat ini amat mengharukan saya sebagai pembaca.

Penulis menekankan tentang emosi yang dirasai oleh watak-watak utama sehingga saya dapat merasakan apa yang mereka lalui dalam cerita itu. Sedih, gembira, marah.

Pengorbanan seorang kawan. Ray,Gibbs,KJ mengutamakan persahabatan lebih daripada apa jua walaupun itu akan menyakiti mereka sendiri. "Letting go is not easy, but it can be done if you want it"

Pergi tidak bererti kita lupa dengan orang yang kita sayang. Itulah yang saya pelajari daripada buku ini. Selagi orang kesayangan kita berada di hati dan fikiran kita, mereka akan sentiasa dekat dengan diri kita.

PENAMBAHBAIKAN
Jalan penceritaan agak mendatar. Buku ini banyak fokus pada babak penculik yang memaksa Ray membongkarkan segala rahsia yang dia simpan sebelum penculik itu memberitahu Ray identiti dirinya.

Saya suka buku ni kerana sedih bila dapat melihat kehidupan Ray dengan lebih dekat dan mendalam dalam buku ni
Profile Image for Mr. Joey24.
18 reviews10 followers
December 28, 2019
Aku tak tahu nak review apa. Jalan penceritaan yang baik dan macam biasa smooth je dan mudah faham. Tak serabut sangat.

Kepada pencinta bahasa aku tak syor sangat untuk baca buku ni sebab dialognya aku rasa hampir 80% dalam bahasa Inggeris. Bagi aku not a problem untuk faham tapi buat aku confuse ni novel Melayu ke Bi. Bercampur bahasa. Kesian dekat orang yang kurang mahir BI. Cover BM, isi dalam Bi.

Aku terlalu expect Gantung 2 ni lebih baik dari Gantung. Tapi meleset sedikit. Ceritanya agak mendatar berbanding Gantung. Namun, Aku tetap enjoy watak2 musketeer ni dengan gelagat bodoh diorang. Biarpun dah jadi hantu tetap macam tu jugak perangai. Tahniah penulis berjaya membangkitkan watak jiwa remaja 16 tahun.

Kak Rohiza, uhmm damn it. Ending memang aku puas hati. Walaupun keseluruhan cerita dari awal sampai akhir sayu je ceritanya. Yelah, kawan rapat mati depan mata kot. Tapi oklah, Happy ending. Saya suka. Saya suka.

Paling best scene last tu korang boleh tengok dekat cover buku. Disebabkan tu aku bagi 1 star. Feeling kot. Rindu wo zaman sekolah bila kau dah masuk alam kerja. Boleh menggila dengan kawan2. So korang yang masih belajar, hargailah masa korang masa belajar tu. Nakal sikit takpa boleh buat kenangan. Haha.

Last but not least, agak2 korang adakah Khalil ni akan terus gay tak? :D
January 17, 2022
Damn. This book is so deep man. I'm telling you. It's my fourth read of this year but it's already been listed as one of the best read I've ever had in 2022 🥲✨

Kenapa deep?

Kalau kau pernah hadap depression, kalau kau pernah hadap kehilangan orang yang kau sayang (tak kesah lah melalui kematian atau ditinggalkan), kalau kau pernah tak boleh move on dari sesuatu situasi, memang buku ni untuk kau. Memang kasi deep habis.

Sebab aku boleh relate 🥲. Aku boleh relate dengan Ray atau Raymond De Silva 🥲. Aku boleh relate dengan Khalil 🥲. I'm so sorry for anyone yang tak mampu bagi buku ni 5⭐ sebab aku boleh relate dalam dengan buku ni 🥲
Profile Image for Ann  Andrea.
72 reviews51 followers
February 5, 2019
I rated it 4.5/5 stars. It seems like I want to read more about Gibbs, KJ, Troll and Ray and the life after Gibbs and KJ move on and how does Ray get back with Rahiza.

But anyway, I still loves this book. It is very addictive tho. In the first book, Gibbs and KJ were gone and I eventually thought that they really move on but after 10 years, they come back. And they live with Ray. How can Ray lives with ghost and not feeling insane at all? I like the part where Gibbs and KJ helps to defend Ray from Haikal from falling off the building.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Sha Mohamed.
2,519 reviews1 follower
January 28, 2018
Sambungan the musketeers.. Hidup ini tak mudah bila kita hadap tragedi.. Tapi semuanya bwrlaku bersebab.. Kisah Ray yang tersekat dan tak boleh move on.. #gantung2 #nadiakhan #fixi #novelmelayu #bookreview #booklover #bookworm #bookstagram #hobisaya #reviewbukuolehsha #bookreviewbysha #bacaanjanuari2018 #bloggerbuku #blogger #bloggerperak #blogkasihkuamani #membacajambatanilmu
Profile Image for Azwa Azli.
17 reviews3 followers
July 18, 2017
Sequel yg plg menarik aku pernah baca. Kali ni x heavy sangat mcm novel dulu.tp still kene bc dgn hati dan minda yg terbuka (kt depan pon dh tulis utk pembaca matang shj😉)Semua soalan2 dlm novel Gantung terjawab dlm ni.best best!👍🏻👍🏻👍🏻kenot move on.rs nk bc blk novel Gantung😬
Profile Image for chelsannereads.
169 reviews2 followers
September 16, 2023
4.9🌟's

Warning ⚠ mature reader only!

overall it's so good!! plss 😩😭💖💕💕but I'm feeling like something is missing but I can't figure it out.. The way this series makes me emotional and so touched by their friendship 😭😭 oh my god this book banyak betul bermain dengan emosi aku😭 aku sedih psl everything they've been through.. The way they've been protective over each other 😩😞💔 there's so much unspeakable feelings that I can't put it into words😞 just know that I love this duet and the musketeers with all my heart ♥
Displaying 1 - 30 of 144 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.