Jump to ratings and reviews
Rate this book

Projek Thriller

Projek Thriller: CIP

Rate this book
1. GODAM – Fitri Hussin
SINOPSIS :
Sekumpulan saintis melayu, Lokman, Saifullah dan Amran berjaya mencipta satu cip canggih yang dapat memulihkan memori pesakit-pesakit alzheimer, trauma otak, trauma perang dan sebagainya.

Kejayaan mereka itu mendapat liputan luas media tempatan dan luar negara. Mereka menjadi kebangaan melayu, Islam dan Malaysia. Tetapi kejayaan itu dimusnahkan oleh satu artikel yang disiarkan di sebuah blog konspirasi tempatan yang mendedahkan bahawa dana penyelidikan untuk mencipta cip itu adalah dari Nathan Rotchield, pindar kepada 13 keluarga yang menguasai dunia.

Pendedahan itu menyebabkan Saifullah dan Amran dibunuh secara langsung di Facebook Live. Kes itu disiasat dan polis mendapati Lokman adalah suspek utama berdasarkan bukti-bukti yang diperolehi.

Sejak itu Lokman menjadi buruan pihak berkuasa. Apa sebenarnya yang berlaku? Benarkah Lokman adalah pengganas seperti yang dituduh? Siapakah dalang di sebalik semua itu? Apakah tujuan dalang tersebut?

2. PANDORA – Sufi Abqari
SINOPSIS :
Ted telah menyelamatkan seorang pemuda daripada mati akibat dikebumikan. Pemuda itu telah ditusuk oleh sebuah chip yang terevolusi dengan virus merbahaya. Ekoran dari itu Ted dan Adam telah pergi ke Malaysia mencari seorang lelaki bernama Ungku Azizi. Disamping menjejak kembali chip paling merbahaya yang dipanggil Pandora. Pandora telah dicuri sebaik Ted kembali semula ke Amerika. Ekoran itu dia telah dituduh sebagai pengkhianat. Dalam masa yang sama untuk menyelamatkan nyawa Adam yang terancam akibat chip di dalam tubuhnya.

Di Malaysia Ted dan Adam terpisah. Adam diseksa sebelum Zaiton iaitu perisik wanita datang untuk menyelamatkannya. Ketegangan berlaku apabila Ted tidak mahu Zaiton merawat Adam. Dia beranggapan nyawa Adam akan lebih terancam ekoran zaiton telah membunuh Jamal, salah seorang perisik musuh. Sepanjang pencarian pelbagai ketegangan wujud, termasuklah sifat syak wasangka di antara mereka. Pada mulanya Ungku Azizi dituduh sebagai penjahat dan merancang segalanya. Akhirnya penjahat sebenar dikesan. Ia adalah Adam yang telah merancang dan bertindak untuk mendapatkan Pandora bagi memusnahkan populasi dunia. Dengan tujuan mewujudkan order baru dunia.

3. MANIPULASI – Arifful Baqi
SINOPSIS :
Cip Utama, sejenis komponen yang mampu mengaktifkan Program Penggerak Pembasmian yang bertujuan untuk melenyapkan tamadun manusia.

Wan Iskendar diburu oleh Organisasi Create dan sebuah android yang saling berebut hendak mendapatkan Cip Utama tersebut.
Lebih mengejutkan, identiti sebenar Wan Iskendar ialah ‘Redzuan’ yang dikatakan sebagai pengkhianat dalam Organisasi Create.

Bersama dengan Diana, Wan Iskendar cuba melarikan diri daripada diburu oleh musuh-musuhnya.

Kekejaman android bernama Shaha telah berjaya meletupkan seluruh pangkalan Organisasi Create. Semua anggota Create maut terkorban dalam nahas yang berlaku.

Sebaik Cip Utama berjaya dirampas Shaha, android itu berasa berang. Sebenarnya cip yang diperoleh itu adalah cip palsu. Lantas Shaha mahu membunuh Wan Iskendar kerana berani mempermainkannya.

Detik perhitungan berlaku, Diana mendedahkan dirinya yang sebenar. Perempuan itu juga merupakan sebuah android yang dihantar untuk melindungi Wan Iskendar. Dia meletupkan diri sendiri untuk turut menghancurkan jasad Shaha.

20 jam kemudian, Wan Iskendar bertemu dengan seorang lelaki yang berwajah mirip dengannya. Sebenarnya, lelaki itu ialah ‘Redzuan’ yang sebenar. Dia memanipulasi semua pihak dan merangka rancangan supaya semua orang percaya bahawa Wan Iskendar ialah ‘Redzuan’ dan membuatkan Wan Iskendar diburu oleh musuh-musuhnya, sedangkan Redzuan yang sebenar berada di tempat lain.

Setahun kemudian, Wan Iskendar memilih untuk menjadi ahli perisikan. Tugasnya adalah menangkap individu terakhir yang masih melakukan kejahatan atas nama Create.

464 pages, Paperback

First published January 1, 2017

1 person is currently reading
25 people want to read

About the author

Fitri Hussin

17 books18 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
7 (43%)
4 stars
4 (25%)
3 stars
4 (25%)
2 stars
1 (6%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 8 of 8 reviews
Profile Image for Hilmi Isa.
378 reviews29 followers
December 2, 2018
Novel Cip merupakan sebuah buku yang mengandungi tiga buah novelette yang ditulis oleh tiga orang pengarang yang berbeza. Judul-judulnya adalah Godam (Fitri Hussin),Manipulasi (Arifful Baqi) dan Pandora (Sufi Abqari).

Godam ditulis (sekurang-kurangnya pada pandangan saya) umpama dengan mentaliti penulis sedang menulis sebuah novel. Terdapat beberapa persoalan yang tergantung dan tidak terjawab serta membuka kepada perkembangan yang lebih lanjut dan jelas. Mungkin Godam boleh dipindahkan di dalam bentuk novel pada masa hadapan? Pandora merupakan cerita yang paling saya tidak sukai di dalam novel ini. Bukan sahaja terdapatnya banyak kesalahan ejaan dan proof reading yang lemah. Malahan,pembentukan plot cerita dan watak-watak amat lemah sekali dan tidak difikirkan dengan sebaik-baiknya. Gaya penulisan penulisnya juga saya lihat amat kaku dan mendatar. Sufi Abqari saya lihat gagal untuk memberikan perasaan saspens yang sepatutnya dirasai oleh pembaca ketika membaca cerita yang bergenrekan thriller sepertinya. Manipulasi merupakan karya yang paling saya sukai di dalam Cip. Jelas,cerita ini diinspirasikan dari siri filem Barat iaitu Terminator. Insya-Allah,saya akan mengikuti perkembangan Arifful Baqi kerana saya sukakan idea dan gaya penulisannya. Hm...! Penulis juga mungkin sekali peminat nombor satu selebriti wanita jelita iaitu Neelofa kerana mengabadikan namanya sebagai nama panggilan kereta.

Secara keseluruhannya,hasil persembahan novel ini boleh dianggap OK. Namun demikian,saya amat tidak berpuas hati dengan mutu proof reading yang lemah dan kesalahan ejaan yang amat banyak. Perkara ini mungkin nampak remeh pada pandangan sesetengah orang. Tetapi,perlu diingatkan bahawa para pembaca menghabiskan RM28 ke RM30 untuk membeli sebuah novel terbitan Buku Prima. Jadi selaku pembeli dan pembaca,saya amat mengharapkan mutu yang berbaloi dengan harga yang perlu dibayar. Untuk membuktikan,di dalam muka surat 432,perkataan 'lava' sepatutnya digunakan dan bukannya 'larva'. Terdapat perbezaan yang besar dari segi maksud antara kedua-dua perkataan!
Profile Image for Ain.
138 reviews14 followers
July 22, 2019
Cip
Ada 3 kisah dlm novel ini.

Kisah pertama : Godam
Ideanya bagus dan menarik , tetapi penulisannya hambar.seakan tak terikut kisahnya.kisah throwback dan yang current bercampur-campur,jadi hilang arah kisah itu. Idea penambahbaikan yg sy blh bg,mungkin penulis boleh tambah di awal setiap kisah tarikh peristiwa itu, contohnya : July 2019,bila perlu diflashback tulis jun 2019 misalnya.supaya pembaca tidak la hilang fokus arah kisah itu.

Kisah kedua : manipulasi.
kisahnya ternyata lagi umph ! Kisahnya dan kisah pusing belakangnya dapat difahami.dan of course endingnya tak terjangka.

Kisah ketiga : Pandora
suka dialognya.lebih puitis.mungkin kerana ada sikit unsur cinta.Sampai ke akhir,masih ragu-ragu siapa yg jahat,siapa yg baik.Overall aku suka.ni kisah yg paling cepat aku habiskan,tak sampai sejam utk kisah yg menarik ni.
This entire review has been hidden because of spoilers.
66 reviews3 followers
February 20, 2019
Fuh gambar cover novel ni entah kenapa buat aku teringat cerita RoboCop. Serius bookcover dia nampak agak sama! Belum baca lagi but rasa excited nak baca dalam versi eBook sebab taknak ketinggalan dari housemate yang asyik baca kat smartphone je. Nasib baik link eBook dia aku still ingat iaitu:-https://www.e-sentral.com/book/info/1...
Profile Image for Sha Mohamed.
2,519 reviews1 follower
September 28, 2017
Memang ohsem bila tiga penulis bergabung untuk satu novel.. Hasilnya sangat mengagumkan.. Bila pengGodam cuba Manipulasi keadaan, Pandora yang menjadi mangsa.. Terbaik!! #projekthrillercip #fitrihussin #ariffulbaqi #sufiabqari #bukuprima #novelthriller #actionnovel #bookstagram #hobisaya #booklover #bookworm #novelmelayu #bloggerbuku #bookreview #blogger #bloggerperak #blogkasihkuamani #membacajambatanilmu
Profile Image for Shah Si Pencinta Buku.
466 reviews41 followers
March 3, 2025
Godam membawa kisah sekumpulan anak muda yang berjaya mencipta cip yang mampu menolong mereka yang mempunyai masalah berkenaan otak seperti Alzheimer, trauma otak dan sebagainya. Namun ternyata kejayaan mereka tidak disenangi oleh beberapa pihak. Ada yang mahu menggunakan cip ciptaan mereka itu untuk tujuan keganasan.

Boleh tahan berbelit cerita ini. Kena baca sampai penghujung baru faham apa yang sebenarnya terjadi kepada Lokman. Manusia berhati hitam memang sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan apa yang mereka hajati. Hingga sanggup mengorbankan siapa sahaja yang dianggap sebagai penghalang.

Pandora pula membawa kisah cip yang digunakan untuk menempatkan virus berbahaya dalam badan mereka yang terpilih. Seumpama kotak Pandora yang penuh dengan bencana andai penutupnya dibuka.

Kasihan dengan mereka-mereka yang sering menjadi bahan ujikaji bagi manusia yang rakus membangun senjata biologi tanpa memikirkan baik dan buruknya.

Puas SH meneka-neka watak mana yang sebenarnya jahat. Banyak keadaan yang boleh menyebabkan setiap orang menjadi suspek. Dan ini adalah antara yang menarik minat SH untuk membaca sampai ke hujung cerita. Biasanya kalau jalan cerita mudah diteka, rasa ingin tahu mampu berkurangan dan pembacaan akan sedikit perlahan.

Kasihan betul SH dengan watak Wan Iskander dalam Manipulasi ini. Tak tahu hujung pangkal tapi dikejar dua kumpulan yang ingin membunuhnya sekali gus mencari lokasi cip utama yang menjadi rebutan. Antara yang memburunya pula adalah Shaha sebuah android yang sangat kejam dan ingin menghapuskan semua manusia.

SH suka dengan strategi Redzuan dalam menyembunyikan cip utama yang sememangnya punya keistimewaan tersendiri hingga menjadi rebutan.

Dan antagonis dalam cerita ini memang sangat licik dan manipulatif. Sehingga orang yang rapat dengannya juga mampu ditipu begitu sahaja.
28 reviews
September 30, 2025
Trilogi ini mengangkat kisah perjuangan saintis Muslim, konspirasi teknologi, dan pengkhianatan manusia yang berlegar di antara kebenaran, fitnah, serta perebutan kuasa.

1) Godam
Mengisahkan tiga saintis Muslim Malaysia – Saifullah, Amran, dan Lokman – yang mencipta cip canggih bagi merawat trauma otak dan memori askar perang. Kejayaan mereka dicemari apabila didapati projek itu dibiayai oleh kuasa gelap melalui Franklin Foundation. Demi menjaga prinsip dan integriti, mereka menarik diri, namun fitnah dan pengkhianatan meranapkan kehidupan mereka. Kisah ini mengangkat nilai prinsip, ketabahan dan strategi dalam mempertahankan kebenaran.

2) Manipulasi
Kehidupan Wan Iskandar berubah drastik apabila wajahnya yang mirip salah seorang saintis pasukan Create menjadikan dia mangsa konspirasi. Manipulasi menunjukkan bahawa teknologi menjadi alat manipulasi yang mengawal hidup manusia hingga merosakkan nilai kemanusiaan. Kisah ini memberi renungan tentang bahaya kebergantungan pada teknologi, pengkhianatan dan keperluan manusia untuk kembali taat kepada Pencipta.

3) Pandora
Kisah Adam yang pada awalnya dilihat lemah tetapi sebenarnya dalang di sebalik penciptaan virus. Novelet ini mendedahkan bagaimana vaksin boleh dijadikan helah untuk membina senjata biologi. Ia menjadi peringatan bahawa ilmu, kuasa dan teknologi boleh dieksploitasi demi agenda tersembunyi, serta menuntut kita sentiasa berwaspada terhadap pihak yang cuba menguasai kezaliman melalui sains.

Tema Besar Trilogi
Ketiga-tiga kisah ini mengupas hubungan antara sains, kuasa, teknologi dan iman. Ia mendedahkan sisi gelap dunia moden – bagaimana integriti saintis, manipulasi teknologi dan pengkhianatan manusia boleh menggugat kebenaran hingga menyebabkan fitnah. Namun pada akhirnya, trilogi ini menegaskan bahawa prinsip diri dan kesedaran terhadap peranan sebagai hamba Allah adalah benteng utama menghadapi fitnah dunia.
Profile Image for Hamidah Effendi.
350 reviews3 followers
November 6, 2025
Ulasan Buku: Projek Thriller CIP – Fitri Hussain, Arifful Baqi & Sufi Abqari

Buku ini menggabungkan tiga kisah dalam satu naskhah, namun tetap berpusat pada satu tema utama — CIP. Genre yang diangkat ialah sains fiksyen, aksi, manipulasi dan thriller, menjadikannya sebuah bacaan yang pantas dan mendebarkan.

Kisah pertama mengisahkan seorang saintis yang diburu kerana ciptaannya — sebuah cip berteknologi tinggi yang mampu memusnahkan dunia jika jatuh ke tangan yang salah.

Kisah kedua membawa pembaca mengenali Rezuan, seorang watak yang dikehendaki, namun dalam permainan tipu daya ini, persoalan besar tercetus: siapa sebenarnya yang menipu dan siapa yang tertipu?

Kisah ketiga pula menampilkan Adam bersama tiga watak lain yang berjuang mencari Pandora — objek misteri yang mesti dimusnahkan sebelum dunia hancur.

Walaupun terdapat sedikit kesilapan ejaan di sana sini, aku tetap suka buku ini. Sebabnya mudah — aku gemarkan cerita yang pantas, penuh aksi, manipulasi dan kesan ‘twist’ yang tidak dijangka. Sebagai pembaca, aku sendiri turut tertipu dengan plotnya — dan itu bagi aku sesuatu yang hebat.

Kesimpulannya: buku ini tetap menarik dan menghiburkan. Teruskan menulis dan perbaiki mutu penulisan pada masa akan datang. Tahniah atas ‘baby’ ini — I like it, despite what people said.
99 reviews2 followers
Read
May 9, 2023
Notauntukku

Bolehlah
Displaying 1 - 8 of 8 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.