Jump to ratings and reviews
Rate this book

Man Katang

Rate this book

Paperback

First published January 1, 2017

2 people want to read

About the author

Uu Syaurah

6 books

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
2 (28%)
4 stars
2 (28%)
3 stars
1 (14%)
2 stars
2 (28%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 2 of 2 reviews
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 14 books108 followers
September 25, 2017
Karya asal, SOTONG & BESI diberi nafas baru dan disusun lebih kemas dan teratur. Idea yang segar dari puan penulis cantik ini tentang kisah masyarakat yang berlaku di luar sana. bukan kisah menggapai bulan bintang, bukan kisah ending happily ever after. Tapi satu kisah yang seharusnya dipandang oleh semua. Kisah masyarakat yang tuli, yang buta dan konon hanya diri sendiri yang terbaik. Lupa Allah menjadikan sesuatu itu bertujuan. Apa yang ada di pandangan mata terus dihukum dengan kata-kata yang maha kejam. Adil ke?..

Macam kisah man ini, atau namanya manura. Berperwatakan lelaki, kasar dan katang. Dilabel kurang ajar bila tidak tahu cara yang betul berkomunikasi dengannya. Terus melabel perempuan yang salah asuhan, tak guna dan macam-macam lagi sampaikan mak ayahnya pun terpalit sama, kononnya tak pandai jaga dan didik anak. Mak nani, mak pada man sendiri, cukup kasar dengan anak. Kata-kata ibu tu kan doa. Bila asyik sentiasa disumpah seranah kan makbul doanya itu...

Berjumpa dengan fiza@fizal seorang jejaka yang berperwatakan perempuan sewaktu man balik berlumba. Atas perasaan tanggungjawab kerana dia melanggar fiza, dia uruskan semua urusan fiza dari ke hospital sehinggalah mencarikan rumah sewa kerana fizal lari dari rumah. Fizal pula, mak dia cukup baik tapi masyarakat sekeliling pula sering mencemuh penampilannya. Dia tidak mahu memalukan lagi orang tua itulah sebab dia lari...

Mereka menjadi rapat. Tapi masih dengan sifat dan sikap masing-masing. Kutukan masyarakat kampung tidak dihiraukan. Tapi, mak mana yang tak terasa bila anak sering jadi buah mulut orang. Mak nani sampai pernah tonyohkan cili api ke mulut rakan sekampung yang begitu rancak menabur cerita, membuat fitnah terhadap anaknya, man. Sehingga ayah man mahu menjodohkan anaknya itu. Man gelabah, dia hanya nampak fizal yang mampu membantu. Mereka bertunang tapi di hari pertunangan mereka, dua perkara besar berlaku di kampung mereka. Perkara yang mencemar agama dan kesusilaan masyarakat..

Amat baik sekali cara penyampaian puan penulis CikPuan U Syaurah. Walaupun penggunaan bahasa yang amat lepas laku, tapi itulah realitinya. Realiti yang menyakitkan. Banyak tauladan yang terselit dicelah-celah kisah MAN KATANG ini. Terus terang, ianya walaupun pada dasarnya banyak dialog yang menghiburkan, banyak babak yang menarik dan melucukan tapi ianya bukan sebuah karya yang sekadar itu sahaja. Ianya sebenarnya... amat memilukan... Kisah setelah 3 tahun berlaku perkara yang mencemar kampung mereka, adalah lebih memedihkan jiwa....

karya yang harus dimiliki buat anda di luar sana.. Bukan karya anak orang berada dan bukan karya cinta manis bergula. Dapatkan dan hayati dengan seikhlas rasa....
Profile Image for Regina Ibrahim.
Author 22 books112 followers
July 9, 2017
Ini merupakan buku berunsur unsur Lesbian/Pengkid tempatan ketiga dibaca. Garapan ceritanya kemas dan menarik. Seperti yang dikatakan awal awal dahulu, hal hal seksualiti kalau takut takut sebaiknya jangan disentuh. Bagaimanapun, saya terpikat pada teknik penulis bercerita dan bahasa bahasa jalanan yang diguna pakai. Ianya agak realistik.

Watak Transwoman yang diperkenalkan sehingga dia bertunang dengan Man Katang agak aneh, seolah olah hidup dan seksualiti begitu mudah. Penulis mungkin keliru samada itu adalah Drag Queen atau gay lembik sahaja.

Penulis penulis kisah lesbian dan cinta sejenis di Malaysia masih terlihat takut takut untuk berkisah lanjut realiti sebenar. Penulis masih berada dalam lingkungan moral dan takut untuk dinilaikan oleh pembaca sedangkan watak utama sudah hidup seperti lelaki.

Resah hati ibu kepada Man Katang ditonjolkan dengan berkesan, begitu juga watak watak orang kampung yang saya dapati menarik.

Dialog dialog yang terdapat di dalam buku ini sangat menarik. Pembaca berjaya dibawa untuk menghayati resah hati mereka. Watak masing masing digambarkan dengan jelas.

Jelasnya SEKSUALITI bukanlah hal enteng untuk dikisahkan.

Sekiranya kamu hanya mahukan buku santai Man Katang boleh dibaca.
Displaying 1 - 2 of 2 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.