Masyarakat sering bertanya, “Ustaz, apa hukum perbuatan ini?” Sewajarnya kita perlu bertanya, “Ustaz, apa hukum perbuatan ini dan kenapa hukumnya begitu?” Ilmu asas Fiqah ini adalah ilmu yang membicarakan ‘kenapa hukumnya menjadi begini dan begitu'. Disitulah sedikit sebanyak hikmah dan objektif syariat dapat diserlahkan serta keindahannya dapat dirasai.
Kita mengamalkan ilmu bukan sekadar ikut-ikutan sahaja, tetapi kita perlu tahu mengapa kita lakukan begini dan begitu. Selain mengetahui keaslian sumber agama, kita juga akan berasa puas untuk beribadah kepada Allah.
Semoga Allah memberi kefahaman agama kepada kita, ditambah kesungguhan untuk menuntut ilmu.
Buku ini adalah terjemahan daripada kitab qawaid fiqhiyyah Al-Saadi, dalam bentuk nazom dan di syarah kan secara ringkas dan menarik oleh ustaz Ahmad sabiq Abdul rahman. Syarahan yang tidak berjela-jela dan mudah difahami, contoh yang sangat sesuai dengan keadaan semasa hari ini, Mudah difahami untuk orang awam mengetahui bagaimana hukum2 dikeluarkan. wallahua'lam
Sebuah buku yang sangat baik bagi mereka yang mula berminat mendalami ilmu fiqh. Asas-asas yang diterangkan dapat menerangkan dengan ringkas setiap perkara sebelum diperincikan kalau sesuatu perkara itu diperincikan perbincangannya. Sangat bagus jika ada yang mensyarahkan buku ini.
A good book as well.:) Well written,well explained untuk memahami sebab2 sesuau hukum dikeluarkan. We can appreciate our deen more when we understand it more.:)