Buku Kompas 114 ini banyak membantu memberi gambaran atau peta minda mengenai satu-satu surah yang dibaca sama ada secara sendiri atau bersama dengan pelajar.
Perlu digandingkan dengan poin sejarah Islam semasa ayat-ayat al-Quran diturunkan untuk memberikan kesan yang mendalam semasa memahami situasi sebenar ayat yang dibaca.
Anak kelahiran Tumpat, Kelantan merupakan Jurulatih Utama (Principal Trainer) sepenuh masa di syarikat milik beliau sendiri, Ibrah Paradigm Training & Consultancy. Syarikat tersebut diwujudkan sejak Mei 2011.
Beliau merupakan Graduan Ijazah Sarjana Muda Bahasa dan Sastera Arab dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan kini sedang melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana dalam bidang Tafsir al-Quran di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Kajian Sarjana beliau bertajuk “Aplikasi Ilmu Munasabah dalam Kisah Nabi Ibrahim a.s.” dan bercita-cita untuk menjadi ahli akademik dan pakar dalam tafsir maudhuie al-Quran.
Beliau telah mendirikan rumah tangga selama hampir 8 tahun dengan Puan Nurul Suhadah Haji Shuib dan kini dikurniakan dua orang cahaya mata bernama Fatihah Wajihah dan Aqeel Muhtadi al-Fatih.
Beliau mula menggilap potensi dirinya dalam bidang kepemimpinan dan kejurulatihan sejak di bangku Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang. Beliau kini berpengalaman lebih dari 6 tahun dalam dunia latihan dan motivasi selain merupakan ahli berdaftar di bawah Pertubuhan Perunding Latihan Dan Motivasi Muslim Malaysia (TAMRIN).
Antara rancangan televisyen yang pernah menjemput beliau sebagai panel ialah TV3 dalam rancangan “Positif”, Astro Oasis dalam rancangan “Salam Muslim” dan TV Al- Hijrah dalam segmen “Assalamualaikum”. Ustaz Syaari juga merupakan panel tetap selama 4 tahun sejak tahun 2012 hingga 2016 di segmen “Ibrah” Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia, IKIM.fm.
Beliau merupakan jurulatih bertauliah di bawah Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) dengan sijil tauliah bernombor TTT 3891.
Terkini, beliau sedang menggembleng tenaga pakar-pakar dan sarjana- sarjana Tafsir di seluruh Malaysia untuk berbakti kepada Ibrah Institute Centre of Tadabbur yang akan menjadi pusat pembelajaran interaktif dan moden kepada ilmu tafsir dan takwil al-Quran.
Saya sejak tahun 2007 mula mengajar al-Quran hingga kini. Dan masih lagi belajar untuk memahami al-Quran. Buku Kompas 114 ini banyak membantu memberi gambaran atau peta minda mengenai satu-satu surah yang dibaca sama ada secara sendiri atau bersama dengan pelajar.
Perlu digandingkan dengan poin sejarah Islam semasa ayat-ayat al-Quran diturunkan untuk memberikan kesan yang mendalam semasa memahami situasi sebenar ayat yang dibaca.
Kompas 114 ialah sebuah buku separa ilmiah yang ditulis dengan tujuan untuk menjadi 'kompas' penunjuk arah buat para pembaca dalam pengembaraan menghayati makna dan keagungan setiap surah dalam al-Quran. -- Buku ini bagi saya merupakan sebuah buku 'must-have' untuk semua. Ia mengandungi info-info berkenaan setiap surah yang sebelum ini saya tidak pernah tahu atau terlepas pandang. Ilmu-ilmu ini bagi saya penting untuk kita tahu dan hayati agar kita lebih memahami kisah disebalik setiap surah. Antara info penting yang terdapat dalam buku ini ialah sirah disebalik sesebuah surah, objektif surah diturunkan dan rumusan makna kepada ayat-ayat dalam sesebuah surah. -- Memang betul, untuk belajar al-quran sebaiknya perlu berguru (secara talaqqi). Buku ini boleh dijadikan bahan bacaan awal (macam starter) sebelum kita belajar kitab-kitab tafsir yang lebih mendalam perbahasannya. -- Apa yang saya suka mengenai buku ini ialah bahasa yang digunakan sangat senang untuk difahami, memang sesuai untuk orang awam macam kita. Bila senang nak faham, kita jadi lebih bersemangat nak tahu lebih lagi 🤗 Ilmu-ilmu ni juga membantu dalam kita nak mentadabbur ayat-ayat al-Quran. Satu lagi yang menarik pada buku ini ialah peta sirah surah yang disertakan, so kita dapat overview dan senang nak nampak kaitan masa penurunan sesebuah surah tu dengan peristiwa yang berlaku kepada Rasulullah saw. -- Saya sangat bersyukur dan berterima kasih dengan usaha penulis untuk menulis dan menerbitkan buku ini. Ia memberi peluang kepada orang awam macam saya untuk tahu dan lebih menghayati kalam Allah swt. Kalau nak baca kitab-kitab tafsir yang lebih tebal dan panjang huraiannya, mungkin tak terbaca 😢
Sejujurnya, ini adalah buku yang paling lama tempohnya untuk saya tamatkan pembacaan. Namun, tidak sekali-kali saya berniat menghentikan pembacaan bahkan semakin saya rasa ‘haus’ untuk terus membaca.
Buku ini mendatangkan rasa ingin tahu yang sangat tinggi. Saya membaca sambil menyelak mushaf Al-Quran untuk merujuk surah yang sedang dibincangkan di dalam buku.
Bagi saya, buku ini sangat baik sebagai permulaan untuk mengenal tafsir Al-Quran kerana boleh membantu pembaca untuk memahami tema yang ingin disampaikan dalam setiap surah.
Buku ini sangat bagus untuk lebih mengenali & mencintai Al-Quran dengan sisi yang lain. Graphic imej yang sangat membantu untuk membantu memahami dan menghayati isi Al-Quran itu sendiri. Syabas & jutaan terima kasih kepada penulis.
Alhamdullillahh buku ini banyak mengupas isi-isi alquran. Murah Dan direct to the point. Amat-amat sesuai untuk beginner yang mahu berjinak-jinak dengan tafsir Dan tadabbur al-quran. Terima kasih ustaz.
Buku yang sangat membantu kita untuk mengetahui dan memahami sinopsis surah sebelum membaca sesuatu surah. Disediakan peta yang membolehkan kita memahami bila surah itu diturunkan.
Buku Kompas 114 adalah sumber yang sangat berguna untuk memahami al-Quran, memberikan gambaran dan peta minda mengenai setiap surah yang dibaca, sama ada secara individu. Ia membantu memudahkan pemahaman pembaca tentang konteks dan isi setiap surah dengan cara yang sistematik. Tambahan pula, untuk mendapatkan pemahaman yang lebih mendalam, buku ini menggalakkan pembaca menggabungkan isi surah dengan poin-poin sejarah Islam semasa ayat-ayat tersebut diturunkan. Pendekatan ini memberikan kesan yang lebih signifikan, membantu pembaca merasai situasi sebenar yang melatarbelakangi ayat yang dibaca, dan menjadikan pengalaman pembelajaran lebih bermakna. Buku ini sangat sesuai untuk pelajar dan mereka yang ingin mendalami al-Quran dengan cara yang komprehensif.