Jump to ratings and reviews
Rate this book

Salju Sakinah

Rate this book
Salju Sakinah sebuah novel yang masih membumbukan secebis kisah cinta namun tetap mesra dan tepu dengan persoalan global dunia Islam, ekonomi, politik dan sosial yang digauli wataknya. Novel Islami ini menyorot ketabahan watak Sumayyah, siswi Malaysia di Universiti Yarmouk, Jordan yang berada di semester terakhir pengajiannya.

KISAH cinta memang enak dibaca. Namun tidak banyak kisah cinta yang dinovelkan menyuguh batas-batas cinta menurut Islam apalagi menyuntik wacana pemikiran yang seharusnya menjadi bekal sekaligus memperkaya jiwa pembaca. Lantas Salju Sakinah cuba menawarkan apa yang jarang-jarang ditawarkan selama ini.

Salju Sakinah sebuah novel yang masih membumbukan secebis kisah cinta namun tetap mesra dan tepu dengan persoalan global dunia Islam, ekonomi, politik dan sosial yang digauli wataknya. Novel Islami ini menyorot ketabahan watak Sumayyah, siswi Malaysia di Universiti Yarmouk, Jordan yang berada di semester terakhir pengajiannya.

Meskipun Salju Sakinah menjadikan wanita sebagai watak utama dan mengambil dua latar tempat yang jauh berbeza iaitu Jordan dan Malaysia, novel ini dengan sengaja mengetengahkan suasana kehidupan pelajar Malaysia di Timur Tengah selain konflik sosial seperti hasad dengki, fitnah-memfitnah serta kepercayaan khurafat dan ilmu sesat yang menjadi penyakit sebahagian masyarakat.

Berbeza dengan novel-novel Zaid Akhtar sebelumnya seperti Sesegar Nailofar dan Rona Bosphorus yang padat dan bertempo pantas, Salju Sakinah yang mendapat banyak feedback pembaca ketika disiarkan dahulu dirasakan lebih tenang, damai dan agak membuai – sesuai dengan judulnya yang bermaksud salju yang mendamaikan.

559 pages, Paperback

First published January 1, 2008

27 people are currently reading
662 people want to read

About the author

Zaid Akhtar

6 books49 followers
Zaid Akhtar atau nama sebenarnya Mohamad Yazid Abdul Majid lahir di Endau, Mersing pada 16 April 1977. Anak kedua daripada tiga beradik. Mendapat pendidikan awal di SK Teluk Lipat, Endau dan menengah di SMK Agama Segamat sebelum melanjutkan pelajaran dalam bidang Bahasa Arab di Kulliyyah Adab, Universiti Yarmouk, Irbid, Jordan. Kini selain mengajar di sekolah lamanya selaku guru bahasa Arab, Zaid turut menyambung pengajiannya ke peringkat Sarjana di Universiti Malaya.

Mula menulis pada akhir 1993 dan cerpen sulungnya yang tersiar di majalah Dewan Siswa Januari 1994 berjudul Juara yang Tewas telah memenangi Hadiah Sastera Siswa Bank Rakyat- DBP 1994. Selain itu, cerpen Mencari Kiblat terpilih untuk memenangi Pertandingan Cerpen Sekolah Menengah Malaysia 1994 (Minda Pelajar-DBP). Dua lagi cerpen beliau telah meraih anugerah dalam Hadiah Sastera Darul Ta?zim iaitu Nil Masih Mengalir (HSDT III ? 2001) dan Pendedahan (HSDT V ? 2005). Sementara dua novel beliau iaitu Sesegar Nailofar (2000) dan Rona Bosphorus (2002) telah memenangi tempat ketiga dan kedua Hadiah Sastera Kumpulan Utusan. Kedua-dua novel tersebut turut meraih anugerah dalam Hadiah Sastera Darul Ta?zim IV (2003) dan V (2005). Novel bersiri beliau berjudul Salju Sakinah juga tersiar setiap Isnin-Rabu sepanjang 2005 di Ruangan Agama Utusan Malaysia.Pada tahun lalu, beliau terpilih untuk mewakili Malaysia sebagai peserta ke Program Penataran Sastera MASTERA (genre novel) di Bogor, Indonesia. Weblog peribadi beliau boleh dilawati di www.myzaidakhtar.blogspot.com. Terbaru, novel keempat Zaid, Justeru Impian di Jaring telah memenangi tempat ketiga Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2006. Selain itu, beliau turut dipilih sebagai penerima Hadiah Cipta Karyawan Muda Johor 2007.

http://pts.com.my/index.php/penulis/b...

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
332 (44%)
4 stars
206 (27%)
3 stars
149 (20%)
2 stars
41 (5%)
1 star
14 (1%)
Displaying 1 - 30 of 44 reviews
Profile Image for Taufiq Yves.
509 reviews320 followers
August 26, 2025
Ada 2 orang novelis Islamik yang sangat aku kagumi sejak dulu lagi - selain Habiburrahman El Shirazy, Zaid Akhtar, adalah seorang lagi karyawan yang sering mengangkat latar Timur Tengah dalam karya - karyanya. Salju Sakinah adalah sebuah kisah cinta Islamik dengan naratif yang sarat dengan pencarian makna, keteguhan jiwa, dan pertarungan batin seorang wanita dalam dunia yang tak selalu adil. Nak kata novel ini sebuah novel cinta - ia menolak stereotaip novel cinta Islamik yang klise, aku rasa ia sesuai diangkat sebuah sastera yang mendalam, reflektif dan penuh wacana.

Sumayyah, seorang mahasiswi Malaysia di Universiti Yarmouk, Jordan, berada di ambang tamat pengajian apabila hidupnya mula dilanda badai. Janji cinta yang dipateri selama 7 tahun dikhianati tanpa penjelasan, meninggalkannya dalam kekosongan dan kecewa. Kepulangan ke tanah air tak membawa ketenangan, sebaliknya membuka pintu kepada ujian yang lebih berat - kematian ayah tercinta, penglibatan kakaknya dalam ajaran sesat, dan tekanan masyarakat kampung yang memandang serong terhadap statusnya sebagai wanita berpendidikan tinggi tapi belum berumah tangga. Dalam keributan itu, Sumayyah terpaksa menggalas amanah keluarga mengurus kilang kerepek warisan ayahnya, sambil berdepan dengan 2 lelaki yang mengetuk pintu hatinya - Luqman dan Naufal. Cumanya, yang dicari Sumayyah bukan sekadar jodoh, tetapi juga sakinah - ketenangan yang hakiki dalam hidup yang penuh luka dan kehilangan.

Sumayyah ni watak yang kompleks dan berlapis. Dia tabah, tapi juga bergelut dengan idealisme, realiti dan spiritualiti. Keteguhannya bukan datang dari dogma, tapi dari proses panjang memahami makna sabar, redha dan perjuangan. Luqman dan Naufal pula bukan penyelamat, dorang ni lebih kepada cerminan pilihan dan dilema yang dihadapi oleh wanita moden Muslim. Kakaknya yang terjebak dalam ajaran sesat pula menjadi simbol kepada keretakan nilai dalam masyarakat yang gagal membezakan antara agama dan manipulasi. Premis ini amat menarik pada aku.

Tuan Zaid Akhtar menulis dengan gaya yang tenang, mendamaikan dan penuh kesedaran. Naratifnya tak tergesa - gesa, sebaliknya membuai dalam aliran emosi dan renungan. Bahasa yang digunakan bersih, elegan dan adakalanya puitis, tapi tidak berlebihan. Teknik naratif yang digunakan ialah gabungan introspeksi dan dialog yang realistik, menjadikan pembacaan terasa hidup dan dekat dengan pengalaman sebenar. Latar Jordan dan Malaysia digunakan dengan bijak untuk menunjukkan kontras budaya dan tekanan sosial yang dihadapi oleh wanita Muslim dalam dua dunia yang berbeza.

Novel ini mengangkat falsafah sakinah sebagai tema utama — maksudnya ketenangan yang bukan datang dari luar, tapi dari dalam jiwa yang menerima dan memahami takdir. Ia juga menyentuh tentang peranan wanita dalam masyarakat, pendidikan sebagai alat pembebasan, dan cinta sebagai ujian spiritual. Tuan Zaid tak memaksa kita menerima 1 tafsiran agama, sebaliknya membuka ruang untuk dialog dan refleksi. Dalam dunia yang sering menyempitkan peranan wanita kepada soal jodoh dan rumah tangga, Novel ni tampil sebagai suara yang berani dan berwibawa.

Apa yang menjadikan novel ubu sebuah karya yang lain daripada lain ialah keberanian Tuan Zaid untuk menulis novel Islamik yang tak dogmatik, tak simplistik, dan tak menjadikan cinta sebagai penyelesaian segala masalah. Ini sebuah novel yang mendidik tanpa menggurui, menyentuh tanpa merayu, dan mengajak kita untuk berfikir, bukan sekadar merasa. Mungkin satu yang aku rasa harus diperhalusi - penyelesaian konflik dalam novel ini selalu bersifat sempurna - ideal dan kurang dramatik, walaupun sesuai dengan nada keseluruhan yang mendamaikan.

Ini adalah sebuah karya yang matang, berani dan penuh jiwa. Ia adalah karya yang hidup dan mengajar kita untuk hidup lebih sedar, lebih tenang, dan lebih bermakna.

4.8 / 5 stars
Profile Image for Najmuddin.
Author 5 books47 followers
May 1, 2009
Kalau anda penggila Ayat-ayat Cinta, novel ini mungkin untuk anda. Dan kalau kalian sukakan Tunggu Teduh Dulu (FT), kalian mungkin sukakan buku ini juga.

Seperti Ayat-ayat Cinta, buku ini juga menyoroti kisah seorang pelajar jurusan agama di Timur Tengah, bezanya ia di Jordan bukan Mesir. Dan watak utamanya adalah wanita bukan lelaki. Dan inilah persamaannya dengan Tunggu Teduh Dulu. Selain watak utamanya wanita, kedua-duanya kemudiannya terlibat dalam perusahaan berkait hasil pertanian. Kalau TTD dengan ladang betiknya, Sumayyah dalam Salju Sakinah pulang dari Jordan mendapati bapanya meninggal dunia dengan kilang kerepek yang ditinggalkan untuk diusahakannya.

Dari segi plot, aku kira cerita ini biasa saja. Walaupun penulisnya cuba untuk membuat sedikit kejutan di sana sini, tapi ia boleh diagak. Novel ini mungkin kuat pada mesejnya. Berdakwah tapi tidak terlalu berkhutbah, atau memaksakan ke atas pembacanya.
Profile Image for Nookie.
32 reviews2 followers
April 11, 2009
My interest in malay novels were ignited once again after reading 'Ayat-ayat Cinta'. This book is a far cry from the usual malay novels about love stories in our modern era. Yes, the author did touch on love but it is confined within the true Islamic ways/teachings.

This novel is about a girl named Sumayyah. It tells of her story from her last semester studying at Yarmouk University, Jordan, to her life back at her kampung hometown in Malaysia - taking over her dad's business, being wrongly accused and badmouthed by her neighbour, sharing and passing on her knowledge with her villagers, helping her eldest sister get back on the right path and lastly finding out that she did not graduate after all because she flunk one subject. Sumayyah is the perfect example of a Muslim girl. That is not to say that she is a perfect human being but her ideals, her way of life and thinking, that is how every Muslim girl should be like (me included). This book is full of teachings and realisations and the overall consensus I get from this book is calmness and peace, just like the title of the book which means snow which calms. A definite good read.
Profile Image for مستور١ مكنن.
90 reviews8 followers
February 7, 2013
macam tak percaya penulis nya seorang lelaki sebab ini kisah perempuan. menceritakan perjalanan hidup sumayyah yang belajar di Jordan. pelbagai dugaan yang dihadapi dan bagaimana cara sumayyah berdepan dengan semua ujian hidup dikisahkan dalam novel ni. banyak ilmu dapat bila baca novel ni :)
Profile Image for Juliana Es.
254 reviews30 followers
April 7, 2018
Splendid!

Aku memang tak ikut trend, dan tak kisah pun jika dikata ketinggalan keretapi. Bagiku masing-masing ada timezone tersendiri dalam pembacaan.

Novel ini sudah lama berada di pasaran yakni ketika trend novel Islami begitu galak, dan sudah lama kumiliki namun baru-baru ini sahaja aku terangsang untuk membacanya.

Bagi yang suka mengembara, fiksyen yang berlatarbelakangkan tempat-tempat di luar negara pasti akan mencetuskan senyuman riang kerana fikiran bebas terbang ke tempat yang digambarkan itu. Apatah lagi apabila tempat itu musimnya berbeza daripada negara kelahiran sendiri, atau tempat yang pernah disinggahi suatu masa dahulu.

Aku ingin sekali meletakkan 5 bintang ke atas novel ini, namun pengakhiran yang agak pantas dan ringkas membuatkan aku merasa kurang puas. Bukanlah bermakna aku suka jika kisah cinta kedua watak itu dipanjangkan, kerana tujuan penulis sungguh murni sekali, yakni mempercepatkan pernikahan untuk menjauhi perkara-perkara yang terlarang di dalam agama.

Ahh, mungkin aku seorang perfectionist yang sentiasa inginkan sesuatu yang lebih sempurna setiap kali selesai membaca sesebuah fiksyen.

Walau bagaimanapun, tabik spring kepada pengarang novel ini. Beliau berjaya mengetengahkan perspektif watak dan perwatakan wanita, yang kukira aneh apabila penulisnya seorang lelaki.

Semoga suatu hari nanti aku diberikan kekuatan untuk menulis sebaik beliau.
Profile Image for Aini Akmalia.
100 reviews70 followers
March 7, 2015
The favorite thing about this book is ianya berlatarkan sekitar Universiti Yarmouk, Jordan. Dan buku inilah pencetus semangat untuk saya meneruskan pengajian di Universiti Yarmouk. Jazakallah Ustaz Zaid Akhtar!
Profile Image for Tigrisliyana.
16 reviews2 followers
June 2, 2015
Announcement. saya nak jual buku ni for RM 13. Sesiapa yang berminat blh tngglkan mssge here. ^_^
Profile Image for Hidayah Arifin.
23 reviews1 follower
Read
March 29, 2014
Salju Sakinah mengisahkan tentang Sumayyah, pelajar tahun akhir Universiti Yarmouk, Jordan. Kisah bermula beberapa minggu sebelum Sumayyah menduduki peperiksaan akhir, tiba-tiba didatangi warkah kiriman seseorang yang amat dinanti olehnya. Malangnya, warkah yang dinanti rupa-rupanya membawa perutusan duka, Afnan memutuskan ikatan kasih sayang mereka secara tiba-tiba dan meminta melupakan dirinya kerana dia bakal berkahwin dengan pilihannya yang lain di Kaherah. Khabar duka itu disimpan diam-diam oleh Sumayyah, tidak diceritakan kepada teman-teman rapatnya, Hakimah dan Fatehah.

Dalam kegalauan hatinya menghadapi kesedihan itu, berlaku satu peristiwa yang menemukannya dengan seorang mahasiswa senegara di universiti yang sama, lelaki berkopiah ala Raihan, yang cukup meninggalkan bekas di hatinya. Tidak lama selepas itu, selaku mantan exco tertinggi siswi, dia telah diundang sebagai salah seorang panel forum anjuran Persatuan Mahasiswa Malaysia Yarmouk (PERMAYA). Meski bakal menduduki peperiksaan paling penting, serta hati yang sedang gundah dengan berita perpisahan, Sumayyah yang tebal dengan semangat da’ie tetap menerima tugasan tersebut, yang tanpa disangka telah menemukannya lagi dengan lelaki berkopiah ala Raihan yang telah membantunya, Naufal.

Peperiksaan akhir berlangsung, dan Sumayyah melaluinya dengan persiapan yang sebaiknya. Lima hari selepas peperiksaan selesai, seperti yang telah dirancang, Sumayyah terbang meninggalkan bumi Jordan, dengan rindu yang sarat kepada keluarga di tanah air. Namun, tanpa diduga, dia disambut dengan berita yang maha mendukacitakan rasa, abah yang amat disayangi rupanya telah pergi dijemput Ilahi! Belum lagi sembuh rasa duka lewat warkah Afnan, dia diduga lagi, dengan rasa duka yang lebih besar. Beberapa hari pemergian abahnya ditangisi, dia mula sedar akan tanggungjawabnya menjaga umi dan menguruskan perusahaan kerepek yang ditinggalkan oleh arwah abahnya.

Dengan dibantu oleh Muazam, pemuda bersuara persis Afnan yang menjadi pekerja kepercayaan arwah abahnya, Sumayyah mula menyesuaikan dirinya dengan urusan perniagaan. Dalam kesibukan dengan urusan di Desa Wali, Sumayyah juga mula melibatkan diri dengan aktiviti dakwah dan tarbiyah di sekitar daerahnya, atas ajakan dan dorongan bekas gurunya, Ustazah Samihah. Sumayyah semakin betah dengan kehidupan barunya, menjaga umi, menguruskan Desa Wali dan melibatkan diri dalam dakwah dan tarbiyah.

Namun, ujian Allah sentiasa ada untuk mengangkat darjat hambaNya yang bertakwa. Begitu yang menimpa Sumayyah. Di kampung, dia diuji dengan fitnah Zaleha- jiran yang cemburu dan menuduh Sumayyah menggoda suaminya; diuji dengan Kak Long dan suaminya yang terpengaruh dengan ajaran sesat Tok Ayah Mit; dan juga kehadiran bekas teman sekolah- Lokman yang saban waktu menagih kasih darinya. Sebagai manusia biasa, ada kalanya dia hampir tewas dengan ujian yang mendatang, namun sebagai seorang yang punya pegangan agama yang utuh, Sumayyah terus mengharunginya dengan tabah dan yakin dengan ketentuan Allah, di samping berbekal semangat yang selalu diulang arwah abahnya bahawa dia harus kuat dan tabah, setabah Sumayyah Ummu Ammar bin Yasir!

Satu per satu dugaan ditempuhi, dan Sumayyah teruji lagi, apabila mengetahui salah satu subjek yang diambilnya tidak lulus, dan untuk bergelar seorang graduan yang hakiki dia perlu kembali ke Jordan semula untuk mengulang semula subjek tersebut. Dengan hati yang berat dan rasa malu yang tebal, dia kembali semula ke sana untuk menyelesaikan pelajaran yang belum sempurna, tanpa menduga ada takdir yang indah untuknya di sana. Rencana Allah untuk hambaNya tak siapa pun mampu menduganya, dan sesungguhnya benarlah bahawa di setiap kesulitan pasti akan muncul kesenangan, pada setiap yang terjadi pasti ada hikmah yang tersembunyi.
_______________________

Apa kata saya:

Saya amat meminati karya Zaid Akhtar, semenjak saya mula mengenalinya melalui novel pertama beliau – Sesegar Nailofar. Selepas Sesegar Nailofar, saya juga membaca Rona Bosphorus dan novel ini, Salju Sakinah merupakan karya ketiga beliau yang saya senangi.

Gaya bahasa yang digunakan oleh Zaid Akhtar dalam SS masih ada persamaan dengan SN dan RB, dan mungkin juga lebih baik berbanding kedua-duanya (saya agak sahaja kerana kedua-duanya saya baca lebih kurang 10 tahun yang lalu). Beliau masih selesa menggunakan perkataan-perkataan arab untuk menggantikan perkataan melayu seperti ‘karib’(dekat), ‘rafik’(teman/ kawan), ‘istifham’(persoalan/pertanyaan), ‘mauduk’(topik/tajuk), ‘rukyah’ (pandangan), ‘jihat’ (arah/sudut) dan banyak lagi. Bagi seorang yang pernah belajar Bahasa Arab, hal ini tidak menjadi kesulitan malah saya menyenanginya, dan bagi yang tiada pengetahuan Bahasa Arab tidak perlu risau, kerana glosari disediakan di muka surat terakhir novel 559 halaman ini. Selain itu, banyak juga perkataan melayu yang jarang ditemui dalam buku-buku biasa digunakan oleh penulis dalam novel ini, sebahagiannya tidak pernah saya temui sebelum ini (mungkin kerana saya kurang membaca karya sastera).

Setiap novel yang ditulis oleh Zaid Akhtar pasti mengandungi satu isu utama yang menjadi tunjang ceritanya, dan dalam buku ini beliau mengemukakan isu ajaran sesat. Isu ini ditonjolkan melalui kisah kakak sulung Sumayyah bersama suaminya yang terpengaruh dengan ajaran sesat satu kumpulan yang diketuai oleh Tok Ayah Mit. Penglibatan pasangan tersebut dalam ajaran sesat tersebut telah mengubah sikap Kak Longnya terhadap keluarga, dan menjadi salah satu ujian yang besar buat Sumayyah. Walau bagaimanapun, pada pandangan saya penulis tidak mengupas isu ini dengan mendalam dan terperinci, sedangkan ada ruang untuk didalami dengan lebih baik.

Satu pujian saya buat penulis ialah- beliau berjaya menggarap watak Sumayyah dengan baik sekali. Bukan mudah untuk seorang penulis bercerita tentang watak yang berlawanan jantina dengan dirinya sendiri, tetapi watak Sumayyah dapat dibangunkan dengan baik oleh Zaid Akhtar, pada pendapat saya sebagai seorang perempuan. Ini adalah perbezaan terbesar Salju Sakinah berbanding Sesegar Nailofar dan Rona Bosphorus, kerana kedua-duanya ditunjangi watak lelaki- Iqbal (SN) dan Afham (RB). Watak Sumayyah digarap dengan kekuatan dan kelemahan, tidak terlampau idealistik. Begitu juga dengan cara perhubungan Sumayyah dan teman-temannya seperti Hakimah, Fatehah, Izzati dan Marianis – sangat ‘hidup’, tidak kaku dan saya rasa seolah-olah persahabatan mereka benar-benar berlaku, bukan direka-reka, sehingga lelucon dan usik-mengusik mereka turut saya ‘sertai’ dengan senyuman semasa membacanya.

Salah satu bahan bacaan yang baik bagi saya adalah yang mampu membuat saya mengeluarkan air mata, dan itulah yang berlaku semasa saya membaca Salju Sakinah. Satu per-tiga yang pertama, sudah banyak air mata saya yang mengalir; saya kasihankan Sumayyah yang sedih ditinggalkan Afnan; saya terkesan oleh kesayuan hati Sumayyah berpisah dengan teman-teman baiknya di Jordan; dan saya amat sayu dan sedih apabila kepulangan Sumayyah disambut dengan berita abah tersayang dan amat dirindui telah pergi dijemput Ilahi. Saya cuba membayangkan jika saya yang berada di tempat Sumayyah, dugaan demi dugaan datang bertimpa-timpa!

Soal hati, cinta dan jodoh seperti sudah menjadi sesuatu yang sinonim dengan Zaid Akhtar (ini pendapat peribadi saya sahaja). Hal ini saya temui dalam ketiga-tiga novel beliau, Sesegar Nailofar, Rona Bosphorus, dan Salju Sakinah juga. Hal ini bagi saya bukanlah sesuatu yang negatif, malah salah satu faktor penarik untuk saya setia meminati karya beliau, selain susunan bahasa yang indah dan segar. Dalam Salju Sakinah, beberapa watak lelaki muncul dalam hidup Sumayyah ; Naufal, Lokman dan Muazam, yang membuat pembaca tertanya-tanya, jejaka manakah yang akan berjaya mendapat cinta Sumayyah? Namun, jika anda seorang peminat karya Zaid Akhtar, jawapannya sudah boleh dimaklumi sebelum cerita berakhir. Jadi kepada penulis, saranan saya mungkin Ustaz boleh mencipta penamat yang berbeza dan tak terjangkakan untuk karya yang seterusnya nanti, jika ada.

Secara keseluruhannya, saya menyenangi Salju Sakinah, terutama dua per-tiga bahagian yang pertama, iaitu semasa Sumayyah masih berkuliah di Jordan dan semasa Sumayyah berada di Malaysia. Bab-bab terakhir bagi saya sudah agak meleret-leret, kisah cinta selepas perkahwinan antara Sumayyah dan suaminya pada pandangan saya tidak perlu dipanjang-panjangkan, dan menjadikan Salju Sakinah seolah-olah sama dengan novel cinta yang berlambakan di pasaran.
1 review
October 17, 2021
Salju Sakinah berkisahkan seorang wanita yang bernama Sumayyah. Sumayyah, nama wanita Islam pertama yang mati syahid. Adakah watak yang bernama Sumayyah ini imannya seteguh srikandi Sumayyah?

Ya. Dugaan yang menimpa kepada dirinya hadir secara bertalu-talu. Permulaan cerita, agak santai tetapi konflik mula terjadi setibanya Sumayyah pelajar dari Jordan, tiba di tanah air. Penuh tanda tanya. Apa yang bakal berlaku pada setiap muka surat seterusnya? Sedih, gembira, marah, geram, semuanya berbaur setiap kali membaca setiap penyampaian penulis.

Ajaran sesat? Zina? Fitnah? Jodoh? Kegagalan? Kematian? Tugas yang harus dipikul oleh Sumayyah sebaik-baik tiba di Malaysia, sangat berat. Antaranya, Sumayyah mula berjinak-jinak di dalam bidang pendakwah dan perniagaan. Fitnah mula menjalar. Tetapi Sumayyah tekal bersabar, kisah Rasulullah SAW dan zikrullah sentiasa dijadikan pedoman.

Ujian bertambah, adiknya seorang pendakwah yang menentang keras mengenai ajaran sesat. Tetapi kakaknya pula terpesong dalam ajaran sesat?

Sangat sukar untuk Sumayyah sekeluarga menyelamatkan akidah kakaknya yang kian terpesong. Kadangkala hanya dapat membanteras melalui doa seorang ibu. Cerita ini pada pendapat Honey, memang based on reality. Zina, fitnah dan ajaran sesat semakin berleluasa pada akhir zaman. Nauzubillahiminzalik. Azab Tuhan itu jangan dibuat main. Sungguh ngeri.

Kepahitan yang terjadi kepada Sumayyah terlalu banyak, dia juga berhak untuk merasa kemanisan biarpun hanya seketika. Perempuan yang baik penaka dia, memang wanita idaman semua jejaka. Tetapi siapa jodoh yang terbaik untuknya?

Karya penulis Zaid Akhtar yang bertajuk Salju Sakinah ini, memang sangat padat dengan pengajaran dan ikhtibar. Antara pengajaran yang terdapat di dalam karya ini, janganlah kita terlalu mengagungkan seorang manusia melainkan Rasulullah SAW. Kerana hanya Rasulullah SAW yang sudah dijamin untuk masuk ke dalam syurga.

Salju Sakinah mempunyai maksud yang tersirat. Ingin tahu? Boleh dapatkan e-buku genre islamik ini di google books atau E-sentral. Terima kasih semua. ❤

5⭐
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Mali.
210 reviews
February 27, 2017
4.8 stars: Patut dibaca/Rugi tak baca

Mencegah yang mungkar itu lebih berat daripada mengerjakan yang makruf.


Ramai orang dah compare buku ni dengan Ayat-Ayat Cinta and I agree it has the same vibe to it. Bezanya, buku ni bukan seratus peratus settingnya di Jordan, di bahagian tengah tu dia ada balik Malaysia and I think semua noteworthy ujian yang dihadapi Sumayyah, berlaku ketika dia berada di Malaysia.

This is the second book I've read yang mengutarakan tentang ajaran sesat and also the second book di mana K, pasni mmg aku akan jauhi apa2 bomoh. Don't let the title fool you, asalnya aku ingat watak utamanya bernama Sakinah, tapi tuptup namanya Sumayyah. haha.

Buku ni mengisahkan tentang ujian yang dihadapi oleh sorang graduan dari Jordan. Ujiannya termasuk ujian difitnah, ujian keluarga berpecah-belah, ujian dipinang ramai lol.

But I'll have to say, writingnya mmg very bagus. Seorang penulis lelaki berjaya menulis tentang perempuan and it's very detailed. Walaupun tajuk ajaran sesat itu agak subtle, namun ia menjadi peringatan buat kita yang merupakan sebhagian drpd mrkt Melayu yang sentiasa agung-agungkan mende2 mistik spt bomoh, sekian.

Buku ni aku beli 2ndhand from Carousell, sbb buku camni dah lama and aku rasa klw aku masuk MPH or POPULAR agak mustahil untuk cari buku ni. Warkah Cinta Berbau Syurga pon aku separuh mati mencari dulu.
Profile Image for Sumeiya.
2 reviews1 follower
February 21, 2021
Buku ini berkisarkan tentang perjuangan seorang muslimah bernama Sumayyah.
Seorang wanita yang tabah ini perlu mengharungi ujian yang telah ditakdirkan untuknya sepanjang bergelar sebagai pelajar di Jordan sehinggalah ke jenjang pelamin..
.
Salju Sakinah menjadikan wanita sebagai watak utama dan menceritakan bagaimana Sumayyah mengharungi segala konflik sosial seperti hasad dengki, fitnah-menfitnah serta kepercayaan khurafat dan ilmu sesat yang menjadi penyakit sebahagian masyarakat.
.
Buku ini sangat dekat dengan realiti kehidupan manusia dan ia membuktikan bahawa rahmat Allah itu sangat besar kepada setiap hambaNya..
.
Sesuai dengan tajuk Salju Sakinah yang membawa maksud ketenangan dalam kehidupan meskipon Sumayyah diuji dengan pelbagai rintangan..
Profile Image for Nona.
100 reviews
February 6, 2022
Q U O T E


Sumayyah memberi salam, bertahmid dan berselawat sebagai mukadimah. Dia tidak berkeinginan bercakap lama, apatah lagi di hadapan rezeki. Lantas dengan tangan kosong dan tanpa sebarang persediaan, dia mengungkapkan sepotong hadith Rasulullah yang diriwayatkan oleh Al-Hakim berbunyi:

"Barang siapa yang memperbaiki hubungannya dengan Allah, maka Allah akan menyempurnakan hubungannya dengan manusia. Barang siapa memperbaiki apa yang dirahsiakan (takwa), maka Allah akan memperbaiki apa yang dilahirkannya."
Profile Image for Welma La'anda.
76 reviews20 followers
January 10, 2010
Tidak ada perancangan untuk membeli novel Salju Sakinah pada mulanya. Tetapi entah kenapa apabila baca-baca tulisan di blog orang akhirnya saya terpengaruh dengan kalimat best seller dan bagus itu.

Tajuk : Salju Sakinah Penulis: Zaid Akhtar Halaman : 559 Penerbit : PTS Milennia Harga: RM26

Saya mula membaca novel ini pada sebelah malam 8 Jun dan selesai pada sebelah malam 9 Jun. Alhamdulillah di atas kelapangan yang Allah berikan!

Bagi saya, novel ini biasa-biasa sahaja. Isu-isu yang diketengahkan adalah isu biasa. Perjalanan kehidupan Sumayyah iaitu watak tonggak dalam Salju Sakinah juga adalah biasa-biasa . Namun begitu, Zaid Akhtar pandai bermain ayat dan perkataan sehingga saya sebagai pembaca begitu mahsyuk dengan novel karyanya. Novel ini disampaikan dengan penuh kemas, teratur dan menggunakan bahasa yang cantik sehinggakan setiap perjalanan cerita Sumayyah yang biasa-biasa itu menjadi sangat menarik sekali.

Ada sedikit geram kerana penulis selalu 'mematikan satu-satu bab' dengan tanda tanya, contohnya perjumpaan Yusra dengan Sumayyah di sebuah masjid, apakah isi perbualan di antara mereka dan juga nombor telefon siapa yang tertera pada telefon bimbit Salbiah ketika Sumayyah mengangkatnya DAN kesemua jawapan-jawapan itu hanya akan diperolehi pada penghujung novel. Wah, begitu bijak penulis mengikat para pembaca! Mungkin itu salah satu sebab kenapa saya terus baca dan baca mencari jawapan untuk soalan tergantung sehingga lenguh seluruh badan saya.

Saya tidak berapa setuju dengan ulasan Salju Sakinah di dalam Milenia (Jun 2008) yang mengatakan ' kisah percintaan tidak menjadi tunjang dalam novel ini'. Bagi saya kisah percintaan sentiasa menyelubungi novel ini dan saya sendiri menganggap novel ini adalah novel cinta. Kisah hubungan antara Sumayyah dengan Afnan, Lukman, Muazzam dan Naufal diceritakan dalam hampir keseluruhan novel ini. Tidak lupa juga kisah Hakimi-Hakimah . Itu semua adalah warna-warni cinta yang dipersembahkan dalam Salju Sakinah.

Cuma kisah cinta itu disampaikan dengan gaya yang berbeza daripada apa yang biasa kita faham dan dipertekankan bagaimana cinta itu sewajarnya dihadapi agar natijahnya akan membawa cinta kepada Allah.

Membaca Salju Sakinah mengingatkan saya kepada Ayat-Ayat Cinta karya Habiburrahman El Shirazy. Jikalau Habiburrahman menggunakan hanya Mesir sahaja sebagai lokasi ceritanya berbeza dengan Zaid Akhtar, dia mengambil lokasi Jordan dan Johor untuk dipersembahkan dalam Salju Sakinah. Lokasi tempat, selok belok tempat dan gambaran tempat itu diceritakan begitu detail.

Sampai sekarang saya masih tidak boleh menghadam nama-nama tempat yang diceritakan itu. Saya tidak menjumpai titik persamaan Salju Sakinah dan Ayat-Ayat Cinta kerana ia adalah 2 novel yang berbeza dengan gaya cerita berbeza dan mesej juga yang berbeza tetapi hati saya kuat mengatakan Zaid Akhtar mendapat inspirasi menulis Salju Sakinah melalui Ayat-Ayat Cinta. Adakah betul jangkaan saya?

Dalam banyak-banyak cerita yang dipersembahkan dalam Salju Sakinah, saya paling suka dan kagum serta menjadi alasan kuat untuk saya mengatakan ini karya bagus ialah melalui ruangan dedikasi penulis. Sebelum membaca satu-satu buku, biasanya saya 'ronda-ronda' dulu pada bahagian pengantar, penghargaan penulis serta rujukan dan perkara biasa saya lihat penulis lelaki yang sudah berkahwin mengucapkan ribuan terima kasiihnya kepada Isteri, anak-anak dan ibu bapa.

Tetapi Salju Sakinah berbeza sedikit. Terima kasih itu didekasikan dahulu untuk ibu-ibu, baru isteri dan anak-anak. Ini bukan isu besar atau penting, siapa dahulu untuk diucap terima kasih tidak menjadi masalah, cuma saya sangat berasa lapang membaca sesuatu karya orang jikalau penulisnya (lelaki) mengikut susunan ibu bapa dahulu baru isteri dan anak-anak
Profile Image for Shahkang.
Author 13 books81 followers
August 6, 2011
(ulasan novel ini pernah diterbitkan di Buletin BICARA UK-EIRE dan http://www.norshah.com)

Oleh: Shahkang
Ditulis 4 Mac 2010

Merenung pada kulit hadapan, segelintir khalayak pembaca mungkin beranggapan tiada beza karya ini dengan novel-novel bernuansa cinta Islamik yang lain. Lenggoknya pasti serupa dan klise. Namun jelas tanggapan tersebut terpesong. Salju Sakinah bukan novel yang menghidangkan angan-angan kosong kepada pembaca dengan pengisian yang sifar. Hakikatnya, ia bukan sekadar naratif tetapi kesepaduan antara ilmu dan aspek kreatif.

Citra wanita yang disampaikan pengarang menerusi watak Sumayyah kelihatan begitu santai dengan garapan bahasa yang mudah dihadam pembaca. Setiap detik cabaran yang dialami Sumayyah dimanfaatkan pengarang sebagai medium dakwah yang berkesan. Dari isu jodoh, perniagaan keluarga sampailah kepada kupasan masalah akidah. Penceritaan bukan hanya naratif kebiasaan yang sering kali dilakukan pengarang novel pop-Islami masa kini. Malah, pengarang telah berjaya menyelitkan penceritaan dengan isu dakwah dan secara tidak langsung mengheret pembaca menghabiskan bacaan dan menikmati intipati Islam dalam masa yang sama. Pujian juga harus diberikan kepada pengarang kerana penerapan bahan-bahan pengajaran tidak bersifat khutbah yang boleh mencacat-celakan nilai kreatif sesebuah karya.

Pengarang juga banyak menampilkan istilah-istilah Arab bagi menyesuaikan latar novel tersebut yang bertempat di Jordan. Istilah-istilah asing ini sedikit sebanyak mampu menokok pengetahuan khalayak pembaca dengan kemudahan glosari di halaman-halaman terakhir. Sebahagian daripada konflik yang dialami Sumayyah turut dihadiahkan pengarang dengan potongan ayat Al-Quran untuk direnungi pembaca. Di samping itu, perwatakan Sumayyah sebagai muslimah ideal yang digambarkan melalui setiap bibit cabaran hidupnya sudah pasti diharapkan untuk menjadi ikutan pembaca. Sudah tidak bersembunyi kenyataan bahawa pengarang ingin menegakkan karya ini sebagai salah satu wahana penyampaian Islam dan pembentukan moral dengan gayanya yang tersendiri.

Pengarang turut sama bijak mengaitkan isu perjuangan dan cabaran wanita dengan nama yang dipilih untuk watak utama – Sumayyah. Kita sedia maklum, Sumayyah dikenali sebagai salah satu tokoh dalam sejarah Islam yang ketabahan dan perjuangannya dihayati saban hari. Oleh yang demikian, nama yang dipilih pengarang seolah-olah berfungsi untuk menjentik kesedaran pembaca bahawa novel ini mengusung erti yang khusus untuk difahami.

Secara keseluruhan, kemapanan Zaid Akhtar dalam menumpahkan idea dan penyampaian risalah Islam dalam kancah bersifat naratif tidak dapat dinafikan lagi. Lewat kejayaannya turun naik pentas Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) menerusi sebilangan novel remajanya, pembaca sememangnya tidak akan kecewa dengan method penyampaiannya dakwahnya yang bersahaja. Citra Sumayyah yang dibantu watak-watak lain bukan bertindak sebagai coretan kosong yang biasa. Malah hasrat penulis dilihat ada kaitan dengan penerapan nilai-nilai tertentu untuk santapan pembaca. Lantaran itu, tidak mustahil novel ini dilabelkan sebagai ‘The National bestseller’ dan telah berjaya berlabuh pada tangga ketiga carta jualan laris yang dikeluarkan pihak PTS.

Sumber gambar: http://http://myzaidakhtar.blogspot.com/
9 reviews2 followers
May 26, 2011
Best buku ni...the National Best Seller...Salju Sakinah ~ ZAID AKHTAR...novel ni pernah disiarkan dlm ruangan Utusan Malaysia thn 2005, dan dibukukan thn 2008, saya baca buku ni thn 2009..Best...penulis Malaysia yg berbakat..

Buku ni mengisahkan seorng gadis bernama Sumayyah, seorang mahasiswi di Universiti Yarmouk, Jordan, disapa ujian yang pelbagai setelah tamat pengajian. Kisah cintanya sedihnya, masyarakat sekeliling yg mengumpat krn lambat berkahwin, Sumayyah terpaksa menjaga syarikat ayah setelah ayahnya meninggal dunia sedangkan dia lulusan agama. Dia juga tidak lepas dengan ujian diri dan keluarga, bermula dari kesihatan ibunya yang tidak menentu, masalah rumahtangga kakaknya dgn ajaran sesat. Namun, pesan ayahnya selalu disemat dalam ingatan: Bahawa nama yang diberi kepadanya bukan sebarang nama, tetapi nama serikandi pertama yang syahid, tidak mudah putus asa dek dugaan. Maka Sumayyah bertahan, sehingga dia menggapai kebahagiaan.
Dikala sedih dukanya dia membaca La-Tahzan(jgn Sedih)...bila baca buku ni, terus minat nk baca La-Tahzan.

" Musim bunga terakhir KEKECEWAAN dan kegagalan adalah titik tolak kejayaan yang lebih bermakna. Kekalahan adalah iftitah kemenangan yang lebih akbar.'' Sejak petang tadi, kalimat itu bersipongang berulang kali di dalam dirinya. Dia meniupkan kata-kata yang entah dikutipnya daripada siapa setiap kali rasa duka cuba mengurung dirinya. Sumayyah melangkah meninggalkan Bait Raudhah yang terletak di belakang bangunan yang didiami kebanyakan pelajar Pattani. Jam sudah hampir pukul 9.30 malam. Derapnya tambah deras. Harapnya coaster ke Dawwar Jami'ah masih ada pada waktu begini. + Mai, kumbang bukan cuma seekor. - Ya. Tetapi bunga juga tidak semuanya didatangi kumbang. + Lelaki ada yang pergi dan akan ada yang datang mengganti. Masakan hanya kerana lelaki, kau mahu menumpahkan air mata berharga? - Tetapi dia lelaki terbaik yang pernah datang menghamparkan mimpi indah dan menawarkan kehidupan penuh sakinah. Bayu awal musim panas membawa rasa dingin ke pipinya sesekali. Sumayyah sedikit terkejut. Sejak petang, dia terlalu melayan perasaan. Tetapi itu bukan kehendaknya. Kemurungan dan kesedihan ini bukan sengaja direka-buat. Itulah fitrah yang sudah tersedia sejak lahirnya. Itulah perasaan yang boleh menyelubungi sesiapa sahaja. Musim bunga sudah berakhir, bisik hatinya sendiri. Dan inilah musim bunga terakhir sepanjang hayatnya di sini. Sayangnya musim bunga yang berpanjangan di hatinya selama ini juga sudah berakhir. Sudah menemui noktahnya. Lalu sekarang musim apa pula yang bertapak di hati?........."
Profile Image for Fadilah Tahir.
14 reviews2 followers
February 7, 2011
Kehidupan mahasiswi islami dibumi jordan, yang tabah dalam perjuangannya menuntut ilmu dan juga
dalam usahanya berdakwah dibumi kelahirannya

ia begitu menyentuh kalbuku ssebagai seorang remaja dan juga sebagai pejuang di bumi Allah ini.. aku tidak la sekuat dan sehebat watak utama novel ini iaitu Sumayyah.. dan aku juga bukan seorang Sumayyah.. Sumayyah seorang mahasiswa di Universiti yarmouk yang berada di akhir pengajiannya.. walaupun dia merupakan seorang solehah yang aku kagumi, tp Allah tetap memberi ujian yang begitu besar sekali kukira padanya.. sehingga ku sendiri tidak terjangkau itukah ujian yang bakal diterima oleh Sumayyah.. Namun ku mengerti, rahsia Allah itu maha Agung.. hikmah disebaliknya sangat hebat.. betapa seorang sumayyah itu sangat beruntung.. dalam diam ku mengagumi ciri-ciri yang ada padanya.. ku ingin sepertinya.. solehah dan mendapat suami yang soleh..

tak kurang juga hebatnyer ujian yang ditimpa olehnya ketika berada di tanah air kerna dek ujian fitnah kerna menyampaikan dakwah Islam.. ku ingin sepertinya.. walau ku tahu aku tidak sehebat dia..

sesungguhnya menjadi pejuang itu bukan mudah, Rasulullah juga menerima ujian yang sangat hebat ketika menyampaikan ajaran Islam dulu.. inikan pula manusia biasa
Profile Image for Yazlina Saduri.
1,545 reviews41 followers
January 20, 2019
Novel ini sedap dibaca kerana sulaman bahasanya menenangkan. Salju kedamaian. Watak utamanya Sumayyah terpaksa merentas pelbagai pahit getir dalam kehidupannya selepas meninggalkan University Yarmouk pertama kalinya. Beliau diduga dengan kehilangan abah, wasiat abah supaya mengurus Desa Wali Food, fitnah jiran yang cemburu buta, desakan Luqman untuk menikahinya, Kak Long yang hampir terdampar hilang akidah. Gagal dalam salah satu kertas akhir, Sumayyah terpaksa pulang ke Irbid untuk satu semester lagi. Disebalik malu yang tebal menghadapi siswa siswi yang pasti ada akan mentertawakan kegagalannya, ada pula nikmat yang tidak tersangkakan.

Apa yang paling saya suka berhubung karya ini? Professor Abu Harith; saya rasa tenang membaca bicaranya.

Yang saya tidak duga? Muazam dan Kak Ngah Salbiah. Saya fikir Muazam simpan hati terhadap orang lain.

Yang macam too good to be true? Hakimah - Hakimi.
Profile Image for Sweet♡ساكورا.
189 reviews14 followers
February 10, 2017
Bacaan Kali Ke 2

Terasa rindu utk membacanya semula.
Novel yg banyak isi² nasihat, pengajaran, ilmu² berguna yg boleh d amalkan dalam kehidupan seharian.

Novel cinta yg bukan omong² kosong tp mempunyai temanya yg tersendiri. Kehidupan seorang Wanita yg cekal, tabah, sabar mengharungi ujian sebagai hambanya di muka bumi ini. Sumayyah seindah namanya setinggi budi pekertinya.

"Kekecewaan & kegagalan adalah titik tolak kejayaan yg lebih bermakna,
Kekalahan adalah iftitah kemenangan yg lebih akbar."
Sebaris sedutan ayat dalam novel Salju Sakinah
Profile Image for Faizah Roslaini.
123 reviews24 followers
December 22, 2010
kalau mengikut ulasan di pada kulit belakang, karya dikatakan ini tepu dakwah. Betul gamaknya, tapi semuanya yang saya sudah dengar/baca.

Kata orang buku yang hebat akan mengubah sesuatu dalam diri pembacanya. Tetapi malangnya bagi karya ini, jika saya bermula dengan 5, maka saya berakhir pun dengan 5.

Saya yakin Zaid Akhtar adalah penulis yang cemerlang, namun maaf, Salju Sakinah bukan untuk saya.

Profile Image for Plainqoma.
701 reviews17 followers
March 4, 2012
Kisah tentang Sumayyah dan perjalanan getir yang dihadapi dalam hidup. Jalan cerita yang agak perlahan dan berkisarkan tentang hal ehwal masyarakat setempat. Terdapat banyak babak-babak sedih tetapi tidak berjaya membuatkan aku mengalirkan air mata. Kisah di Jordan sangat menarik. Naufal, Muazam, Afnan dan Lukman. Siapakah pilihan hati Sumayyah? Memang betul banyak hikmah yang kita tidak nampak dalam sesuatu musibah dan dugaan yang diturunkan.
Profile Image for Syazwani Izzati.
3 reviews
June 25, 2015
Brilliant book. I found it in the school library. Again, this book is also packed with Islamic information in the form of debates and the actions carried out by the characters within these pages. I can see myself rereading this wonderful novel in the near future if I am fortunate enough to stumble across this book.
Profile Image for Assyafiah.
10 reviews8 followers
Read
July 20, 2008
I'm kinda take times to finish this book..however,
at the end it really amazed me. The messages were delivered just right through to my thought and heart. This is one of the best novel I've ever read so far
54 reviews6 followers
March 18, 2011
Sayang sekali aku telah ditemukan keranuman tulisan Andrea Hirata dan debaran fikiran Faisal Tehrani .Jadi sudah tentunya buku ini biasa biasa sahaja .Agak panjang dan tebal .Kesudahannya ,aku bertanyakan kepada adikku yang lebih meminati genre novel tebal .
48 reviews6 followers
September 7, 2016
There are lots of conflicts going on in this story. One after another. I was so sick of the conflicts actually but I managed to read till the last page. It has a happy ending, though. Overall, it was okay.

Just okay. Not more than that.
Profile Image for Mimosa.
10 reviews4 followers
July 2, 2013
Best seller book. indeed. tkenang zaman2 tggu baca kt paper dulu. byk y dpt dpelajari dr watak sumayyah ni. setiap y blaku, pasti ade hikmah Allah d sebaliknya. 3 cara Allah makbulkn doa:
1. Ya.
2. Ya. tapi bkn skrg
3. Tidak. krn itu buruk untukmu, dan Allah akan memberikan yang lebih baik.
Profile Image for Nor Haniza.
46 reviews1 follower
September 20, 2008
Memang suka buku ni sejak mula membaca sirinya di dalam Utusan Malaysia lagi.

Hari tu jumpa Sdr. Zaid di PBAKL08 dan sempat ambil tandatangan... hehhe
Profile Image for Wani  .
3 reviews2 followers
October 8, 2008
saya merasakan buku ini ada persamaan dengan sebuah buku lain..
230 reviews4 followers
December 16, 2012
Sebenarnya, aku tidak habis membaca buku ini.... Rasa bosan setelah membacanya separuh, mungkin kerana buku ini terlalu tebal dan jalan ceritanya meleret-leret.
Profile Image for Dayat.
93 reviews3 followers
Want to read
December 20, 2008
Pernah membaca di Utusan dahulu.
Tapi terputus-putus.
Displaying 1 - 30 of 44 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.