" Tiada manusia ibarat pulau, terpencil sendirian; Sa-tiap orang sa-chebis dari Benua, sa-bahagian dari keselurohan. Kematian sesiapa pun memperkechil harga diriku, kerana aku sa-bahagian dari kemanusiaan; dan kerana itu janganlah bertanya untok siapa locheng kematian berbunyi; locheng kematian itu berbunyi untok-mu. " - For Whom the Bell Tolls, John Donne -
13 Mei merupakan satu pengalaman dan pengajaran yang tidak dapat kita semua lupakan buat selama-lamanya. Kerana kejadian itu dapat menunjukkan kepada kita semua tentang bahaya-bahaya yang boleh timbul sekiranya kita terlampau lalai atau cuai.
Kita seharusnya bangga dengan apa yang telah kita capai. Dengan semangat perpaduan dan keharmonian serta kerjasama dan rasa muhibah, maka kita telah mengatasi segala kesulitan untuk mencapai kemajuan dan kemakmuran yang tidak ada tolok bandingnya.
Oleh itu, amatlah mustahak bagi kita semua untuk cuba sedaya upaya hidup bersama-sama dan cuba memahami antara satu sama lain dengan semangat persefahaman, hormat-menghormati agar kita dapat memelihara keharmonian dan keamanan.
- Tunku Abdul Rahman Putra, 1969 - ----------------------------------------------
KANDUNGAN
Dedikasi Penghargaan Senarai Gambar Kata Pengantar Prakata
Bab 1 Ilham dari Hospital Bab 2 Bayangan Masa Lampau Bab 3 Pilihan Raya Umum Bab 4 Kongsi Gelap dan Orang Cina Bab 5 Tipu Helah dalam Kempen Bab 6 Sidang Islam yang Bersejarah Bab 7 Upacara Pengebumian "Pahlawan" Merah Bab 8 Pengundi Membuang Undi Bab 9 Hasil-hasil yang Mengejutkan Bab 10 Mabuk "Kemenangan" Bab 11 Api Menyala Malam Bab 12 Tindakan-tindakan dan Kejadian-kejadian Bab 13 Keadaan Darurat Bab 14 Pulih Kembali Bab 15 Sepucuk Surat Bab 16 Rebutan Kuasa dalam UMNO Bab 17 Perlembagaan dan Hak Asasi Melayu Bab 18 Pemerintahan Beraja atau Republik? Bab 19 Khidmat Bakti dan Pengorbanan Bab 20 Falsafah Hidup Bab 21 Peranan Akhbar dan Rusuhan Bab 22 Pengajaran daripada Baling Bab 23 Mimpi dan Alamat
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah of Kedah Chief Minister of The Federation of Malaya / Prime Minister of Malaysia 1955 - 1970
tak minat sangat dgn isu ni,sensitiviti kaum. Tapi alang2 terjumpa aku baca. Bagi aku, buku ni tak banyak memberi gambaran tentang belakang tabir 13 mei, tapi lebih memberi gambaran kepada fikiran penulisnya iaitu tunku abd rahman sendiri yang aku sifatkan sebagai paranoid.
hampir semua isu yang dihadapi,semuanya disalahkan ke atas komunis. -pemulauan piliharaya 1969 = didalangi komunis -kemenangan PAS dalam pilihanraya 1969= didalangi komunis -perarakkan mayat belia parti buruh = didalangi komunis -500 motor menyertai perarakkan = dirancang komunis -kematian petugas pilihanraya = dibunuh komunis -perarakkan kemenangan parti pembangkang = didalangi komunis
malahan untuk gerakkan pelajar universiti pun dikaitkan komunis, mahathir menyebarkan surat anti tunku pula dianggap subversif dan pelampau, dan untuk gerakan ganyang malaysia anjuran sokarno juga dikaitkan dengan komunis :(
Seperti kumpulan teori konspirasi yang mengaitkan semua segitiga dengan dajjal dan freemason, tunku akan mengaitkan semuanya dengan komunis.
~terdapat juga percanggahan dalam sistem logik aku bila Tunku cakap dia dapat merasakan perarakkan UMNO pada hari tersebut boleh mengakibatkan rusuhan kaum dan dia hanya mampu berdoa semoga tak ada perkara buruk berlaku?? Sebagai Pemimpin UMNO tertinggi, sepatutnya dia menpunyai kuasa untuk menghalang perarakkan yang boleh mengakibatkan pertumpahan darah semacam itu.
Tulisan beliau dalam buku ini hanyalah pandangan sebelah pihak sahaja, aku patut baca dari pihak perusuh melayu , pihak pembangkang dan para saksi yg berada di tempat kejadian untuk dapat gambaran lebih jernih.
Dari gambaran yang dalam buku ini, aku lebih suka mengatakan ianya adalah rusuhan politik berbanding rusuhan kaum. Walaupun punca adalah dari kedua belah pihak, tapi tunku dalam buku ini hanya menyalahkan parti pembangkang bukan melayu sebagai punca. Bias
Turut menarik perhatian adalah tindakan dr mahathir yang menyalahkan tunku atas apa yang berlaku dan mengatakan tunku hanya bermain poker sepanjang tempoh darurat.
Ternyata tunku tak menafikan, malah beliau menganggap poker dan judi lumba kuda adalah sukan yang sihat :)
Syukurlah aku membesar di zaman mahathir, setiap hari dengar pasal wawasan 2020, belilah buatan malaysia, wawasan 2020, inflasi sifar...err wawasan 2020 lagi.. Kalau aku membesar zaman tunku, asyik paranoid pasal komunis saja lah
buku ni dalam lama disimpan .. buat pekasam tapi tahu kenapa dan mengapa terbuka hati untuk membaca buku apabila membaca buku .. sedikit demi sedikit minda ni teringat dengan keadaan negara sekarang kerajaan PH .. gabungan parti PKR, DAP dan AMANAH dan PPBM cuma zaman dulu .. parti komunis malaya bergerak solo dan melancarkan hasutan kepada kaum cina sahaja tapi sekarang parti komunis malaya tidak wujud .. yang wujud DAP berhaluan komunis tidak sama tapi serupa .. serupa cara DAP menghasut rakyat ... bekerjasama dengan melayu dan melakukan kejahatan disebalik tirai
aku tak faham kenapa Mahathir sanggup menulis surat yang mengandungi fitnah terhadap Tunku Abdul Rahman? adakah untuk mempercepatkan dia naik dan jadi pemimpin? nah sekarang sudah jadi .. menjadi perdana menteri sebanyak 2 kali
hasutan demi hasutan ... sehingga tersebar ke minda para penuntut universiti samalah dengan sekarang ...
isu PTPTN .. senang sungguh penuntut universiti termakan hasutan .. sanggup membuat demonstrasi demi memperjuangkan hak tidak bayar PTPTN alangkah bodohnya ... tugas penuntut universiti ialah belajar, menimba ilmu ... mendapat keputusan cemerlang menjadi generasi yang bakal memimpin negara .. bukan sampah! hutang adalah hutang wajib dibayar melainkan mendapat biasiswa sepenuhnya ..
aku tak boleh nak describe sebetulnya kerana perasaan marah wujud didalam hati ini
motif DAP masih wujud adalah untuk memerintah negara ini .. orang yang nak kuasa akan duduk diam-diam sambil membuat perancangan hasil sudah ada sekarang ini cuma ... adakah rakyat sudah buka mata dan minda? bagaimana dengan kaum melayu? sudah bangun kah?
sudah lupa ke perjuangan generasi kaum melayu yang terdahulu? bagaimana mereka berjuang untuk mempertahankan tanah melayu? setiap hari buka suratkhabar, facebook, twitter dan sebagainya ada sahaja berita yang menyentuh tentang hal ehwal orang islam dan kaum melayu tabung haji .. wang zakat .. bantuan terhadap orang FELDA dan nelayan .. majoriti semua ini adalah kaum melayu .. orang islam ...
sedih tengok kaum melayu sekarang tidak bersatu ada yang tidak mengundi dengan alasan kerajaan tak bagus tapi mereka lupa segala bantuan datang dari kerajaan tidak ke ini seolah seperti parasit? walhal kaum cina penuh semangat keluar untuk mengundi sebab apa .. mereka sedar mereka tiada yang istimewa walaupun mereka warganegara mereka akan pastikan kaum kerabat mereka keluar undi .. sokong DAP
baca buku membuat minda ku kecamuk .. benci kepada DAP ... jangan sesekali bersekutu dengan DAP ... jangan jadi puppet niat DAP amatlah jahat sekali ... jangan biarkan DAP menakluk Malaysia ... jangan biarkan kaum melayu ditindas di bumi sendiri ...
Saya juga suka memetik kata-kata TAR di dalam buku ini, “apakah kita ingin mejadi seperti mencuri daripada Muhammad dan diberi kepada Salleh”(m/s 118, 13 Mei Sebelum dan Selepas) sewaktu beliau di desak meletakkan jawatan oleh kumpulan ultra ini. Kata-kata ini simboliknya selepas perletakan jawatan beliau, bangku perdana menteri akan diisi oleh seorang melayu juga. Muhammad adalah melayu dan Salleh juga adalah melayu.