lisa dan zamil berkenalan. lisa seperti begitu fanatik terhadal zamil. menjadi kehairanan pada sahabatnya bila lisa sentiasa bercerita tentang kebaikan zamil, sehinggalah terbongkar satu rahsia...
bila halusinasi menguasai diri..penyampaian berkesan. ringkas tapi menarik.
2) KERANA KAU, SYURGA BUATKU AFIFAH RAZAK
mukmin terkenang kembali tentang isteri yang tidak pernah diendahkan. ainul yang begitu menghargainya dan sanggup belajar apa saja berkenaan dirinya. sayangnya, hanya mardhiah syifa yang tinggal sebagai bukti kasih ainul terhadap dirinya..
sayu saja, sangat mengesan pada hati...
3) PUTUS CINTA ALLY L
hani dan jamil putus tunang. jamil menjadi seperti bukan manusia melayan perasaan kecewa. tapi dia lupa ada cinta yang lebih indah dari itu...
nasihat yang amat berguna buat semua.. ada manusia hebat cintanya kepada umatnya...
4) JODOH YANG TERTANGGUH M.S. RINDU
iskandar dan tengku zaharah bertemu kembali. sebelum ini cinta mereka berantakan dek kerana orang tua yang mahu menentukan jodoh anak-anak.
takdir itu indah. tidak kira sama ada suka atau sedih akan ada keindahan sebaliknya. penyampaian yanh baik.
5) NOKTAH UNTUK KEKASIH FARAH HAMIRDIN
luqman dibayangi mimpi yang indah. tanpa disangka keindahan bertamu dalam realiti kehidupannya. sarah pula bangkit dari kesedihan. jodoh mereka?
sangat santai tapi punya makna yang amat dalam. ada jodoh takan ke mana..
6) BAYU CINTA NIAGARA ISKANDAR ZULFAQAR
azzahra bertemu jodoh dengan qalbi. mana nak disangka selama ini hidup di rumah anak yatim tapi Allah kurniakan jodoh terbaik untuknya dan apa yang dia tiada dapat dimiliki setelah berumahtangga..
hidup jangan terlalu berkeluh kesah. ada saja kenikmatan sebalik ujian menarik, santai namun padat pengajaran..
7) ZULAIKHA UNTUK YUSUF SYAHIDA HASSAN
yusuf kemalangan. bertemu dengan juurawat zulaikha yang sangka bidadari. dalam masa yang sama yusuf mahu dijodohkan oleh haji aiman dengan anaknya nur. zulaikha menolak hasrat hati yusuf kerana menurut perintah ayahnya yang sudah menetapkan jodohnya..
cinta datang tanpa diduga. jodoh datang tanpa dipaksa. lembut olahan, cantik penyampaian..
8) DAN SERU PUN TIBA SAODAH LASIM
kamal rajin membantu di rumah puan rahimah, mungkin itu saja cara mengubat hati atas pemergian intan syamira. tapi rupanya jodohnya tetap ada di situ..
sweet seadanya. jodoh datang tak dijangka. simple tapi cantik isi kisahnya..
9) CINTA, BERSABARLAH MAIZURA MUHAMAD
humairah amat diminati hakim dalam diam. zahirnya perlakuan kasar saja yang ditunjuk tapi semuanya mahu menutup perasaan malu. dan hakim mengambil tindakan drastik. ibunya menjadi perantara...
takperlu nak bercinta, nak berpasangan sebelum bernikah. baik niatnya maka cantil jugalah perjalanannya. cantik ideanya dan menarik olahannya..
10) ANUGERAHNYA AKADMU AMIR ROZA
mya, tidak mampu menerima duda, syed muzaffar sebagai jodohnya. terkesan dengan cerita ramizah iaitu bekas isteri syed muzaffar buat hati mya tidak mampu menerima lelaki tambah dengan sejarah mayesa yang hilang nyawa sebab lelaki..
fitnah mampu merosakkan hubungan manusia. tambah pula manusia yang hanya menerima tanpa mahu menyiasat terlebih dahulu. cantik olahan sesuai dengan sempurna penyampaian..
11) KALAU SUDAH JODOH ROHA MUDA
asma' nabila menerima jika dia tiada jodoh di dunia akan ada jodohnya di akhirat. tanpa di sangka muhammad izzat fahmi datang dalam hidupnya kembali bersama anak kecil aiman.
ringkas. cantik. bersahaja.
12) PELUANG TERAKHIR THEYA NUR
qaisara bertemu nazim kembali. dan dia tidak suka pada mulanya pertemuan itu. tapi nazim pula bertindak pantas. dia tidak mahu mengulang kesalahan lalu. sudikah qaisara menerimanya kembali?
peluang kedua seharusnya digunakan sepenuhnya. jika dilepaskan adakah ada jaminan untuk yang seterusnya. cantik ideanya..
13) CINTA SI PRAMUGARI DIA FARHANA
stigma pramugari buruk sifat. itu yang difikirkan oleh mak rizman bila rizman bukan memilih bukan gadis yang solehah dan menutup aurat juga pandai mengaji. mampukah isma berubah? mampukah mak rizman menerima dirinya?
tanggapan manusia yang suka jatuh hukum tanpa mahu beri peluang untuk penjelasan. idea yang bagus dan penyampaian yang sampai rasanya di lubuk hati..
14) SETULUS KASIH PATIN TEMPOYAK DR MAHYUDDIN
farzana sebaik mungkin menjaga hubungan dengan suami. sebaik mungkin menyempurnakan tanggaungjawab sebagai isteri. namun fitrah wanita yang ada rasa cemburu bila suami yang tiba-tiba seperti mengabaikannya. rupanya ada kejutan untuknya...
suami isteri harus jujur pada diri sendiri barulah mampu percaya pada pasangan. idea yang harus di ambil berat kerana sarat pengajarannya.
15) BUNGKUSAN CINTA NADZ ZUMIERAH
zarra fasihah selalu bersikap kasar dengan idlan. penolakan zarra buat idlan mencari jati diri yang harus ada. berkahwin bukan sekadar memenuhi impian perasaan hati tapi lebih besar dari itu tanggungjawab yang ada sebalik setiap perkahwinan..
olahan dan penyampaian berkesan. cantik idea dan cantik pengajarannya..
16) AKU DAN CINTA NIDRA
hadi, amar, mimi, fizah bersahabat dari sekolah hingga mereka belajar ke peringkat lebih tinggi. adakah cinta mampu menutup segala kekurangan yang ada?
santai dan bersahaja. jodoh bukan manusia yang tentukan sebaliknya ianya sudah ditentukan sejak azali...
17) ISTIKHARAH MEMILIH CINTA NUR NIZAM MUARA
ada gadis yang berkenan dengan mizan. mizan berbelah bahagi. cuma keyakinan pada setiap percaturan yang Allah hamparkan ada tandanya. mizan hanya perlu mengadu pada Yang Maha Esa dan percaya pada setiap apa yang ditakdirkan untuknya.
ringkas kisah, ringkas penyampaian dan tajam sindiran.
18) BIDADARIKU DEANA APRIL
faqir dan balqis, suami isteri yang sesungguhnya saling melengkapi. walaupun faqir sentiasa kesusahan namun balqis sentiasa di sisi membantu. niat mahu meminjam along untuk menampal lompong kekurangan kewangan balqis bertindak dalam diam mencari penampal yang lebih baik.
bila suami yang sering mahu menyenangkan kehidupan keluarga dan isteri yang sentiasa membantu, segala kesusahan mampu dihadapi bersama. cantik dari awal hingga akhir.
19) PENCINTA DAN PENDOSA NORILLAH ABDULLAH HASIM
yusra terpedaya. terpedaya dengan topeng manusia yang memperalatkan agama. hingga dia menolak sahabatnya nadia. hingga dia menidakkan yusuf, lelaki yang punya perasaan terhadapnya. sehingga dia sanggup berprasangka terhadap keduanya. pelajaran diletakkan ke tepi. agenda utama konon mahi berjihad. tapi lupa yang manusia ramai yang pandai berpura-pura. ustaz kamal adalah di antaranya..
sangat mengesan kisahnya. manusia sekarang ramai yang suka mempergunakan agama untuk kepentingan diri sendiri. idea walaupun pernah diketengahkan tapi olahan amat baik dan cantik.
20) WASIAT DARI KAMAR BANDUAN AKHIR DHODHENN RASA
amran tahu kesilapannya. amran tahu hukuman yang bakal diterima. siti aisyah yang ada dalam fikirannya. segala ada dalam kenangannya hingga akhir hayat. dan ada hadiah terakhir darinya untuk bekas isterinya itu..
betapa beruntung bila manusia tahu bila hayatnya berakhir kerana setidaknya dia mampu memohon keampunan dan menutup sedikit sebanyak lompong hidupnya. idea yang cantik dan sayu penyampaiannya...
SECARA KESELURUHAN kisah cinta bila agama diletakkan paling hadapan pengakhiran akan sentiasa manis walaupun terpaksa menempuh dugaan. kelompok kisah yang harus dibaca dan diselami kerana walaupun hanya beberapa muka surat untuk setiap satunya tapi pengajaran untuk kesemuanya amat padu dan harus diselami oleh pembaca. tahniah buat tuan Khairy Tajudin dan setiap semua penulis yang terlibat dalam VALET CINTA.