Al-Quran, juga disebut - di dalam al-Quran - dengan al-Kitab, al-Huda (petunjuk), al-Furqan (pemisah haq dan batil), ar-Rahmah, an-Nur (cahaya), ar-Ruh, asy-Syifa (penyembuh), al-Haq, al-Bayan (penjelasan), al-Mau’izoh (peringatan) dan az-Zikr.
Bagaimana kita dapat mendapatkan manfaat dari al-Quran sebagaimana yang disebutkan di atas?
Pernah tak tertanya-tanya; kenapa saban tahun berlalu, azam dan misi hidup kita jarang sekali tercapai semuanya? There's always will be something missing dalam hidup seseorang, yg tiada penglibatan Alquran dgn aspek kehidupannya.
Buku ini mengajak kita untuk merubah diri dan mengubah kehidupan melalui Alquran. Nak mula ubah hidup, ubah iman, akal fikiran kita terlebih dahulu. Barulah segala yg di sekeliling turut berubah sama ke arah kebaikan yg dituju. Tiba masanya kita memulakan perubahan, dgn Alquran - yg Allah turunkan sebagai penawar penenang buat manusia. Penawar penyakit insan segala penyakit-penyakit hati yg selama ini menghalang kita utk berubah.
Buku yg nipis dan memanggil untuk dibaca. Saya suka bila penulis ingatkan kita untuk tidak sekadar membaca quran, sebaliknya kita perlu faham quran untuk diamalkan. Kat hujung tu penulis ada kongsi 6@7 cara untuk ambil manfaat dari quran. Buku yg ringkas, boleh dihabiskan dengan cepat.
Apa pun, biasakanlah mendengar quran. Mudah-mudahan hidayah Allah untuk kita faham quran masuk menerusi pendengaran dan penglihatan.