Jump to ratings and reviews
Rate this book

Tafsir Al-Azhar #3

Tafsir Al-Azhar Juzuk 3

Rate this book
Tafsir Al­-Azhar adalah hasil karya terbesar ulama agung nusantara, iaitu Profesor Dr. Haji AbdulMalik Karim Amrullah, ataupun lebih dikenali sebagai HAMKA. HAMKA telah menggunakanbeberapa metode dalam penyusunan tafsir ini, antaranya adalah metode tahlili (analisis), tafsir Al-Quran dengan Al-­Quran, tafsir Al­-Quran dengan hadith, tafsir Al­-Quran dengan pendapat sahabatdan tabi’in, dan tafsir Al­-Quran dengan tafsir muktabar yang lain. Di samping itu, beliau jugamentafsirkan Al­-Quran dengan menggunakan syair, dan menganalisis dengan kemampuan sendiridengan pendekatan meraikan kepelbagaian mazhab.

Tafsir Al­-Azhar menitikberatkan penjelasan ayat­ayat Al­-Quran dengan ungkapan yang teliti,menjelaskan makna­makna yang dimaksudkan dengan bahasa yang indah dan menarik, danmenghubungkan ayat dengan realiti sosiobudaya masyarakat nusantara. Ia turut diperkaya denganpendekatan sejarah, sosiologi, tasawuf, ilmu kalam, sastera, dan psikologi.

312 pages, Paperback

First published January 1, 2001

29 people are currently reading
443 people want to read

About the author

Hamka

112 books1,088 followers
Haji Abdul Malik Karim Amrullah, known as Hamka (born in Maninjau, West Sumatra February 17, 1908 - July 24, 1981) was a prominent Indonesian author, ulema and politician. His father, syekh Abdul Karim Amrullah, known as Haji Rasul, led and inspired the reform movement in Sumatra. In 1970's, Hamka was the leader of Majelis Ulama Indonesia, the biggest Muslim organizations in Indonesia beside Nahdlatul Ulama and Muhammadiyah. In the Dutch colonial era, Hamka was the chief editor of Indonesian magazines, such as Pedoman Masyarakat, Panji Masyarakat, and Gema Islam.

(source : wikipedia)

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
102 (58%)
4 stars
45 (25%)
3 stars
15 (8%)
2 stars
6 (3%)
1 star
6 (3%)
Displaying 1 - 5 of 5 reviews
Profile Image for Nawasandi.
113 reviews9 followers
May 14, 2009
Selain Muhammad Asad, panafsiran HAMKA terhadap Al Quran bagus sekali untuk yang merasa tidak cukup dengan terjemah dari DEPAG RI.
Profile Image for Syed Shahrom Wafa.
273 reviews16 followers
April 29, 2020
Juzuk 3 dimana terdapatnya kesudahan surah yang terpanjang di dalam kitabullah ini, iaitu Al-Baqarah. Juzuk dimana terdapat satu lagi ayat terpenting buat pegangan Muslim seluruh dunia, ayat pengikat tauhid secara umumnya, iaitu Ayatul Kursi.

Selain keterangan panjang lebar berkenaan ayat ini oleh pentafsir, huraian kisah berkaitan Nabi Ibrahim dengan Allah berikutnya juga tidak kurang menariknya. Kisah bagaimana demi mengukuhkan tahap iman & tauhid baginda, Allah membuktikan dengan kuasa-Nya untuk menghidupkan kembali burung yang telah mati dicincang dan diletakkan berjauhan jasadnya antara satu sama lain. Kisah seseorang dan kampung yang dilawatinya yang dimatikan untuk 100 tahun sebelum dihidupkan kembali juga sebagai bukti lain berkaitan isu pegangan tauhid ini.

Surah ini juga banyak menceritakan perihal sedekah. Segala perinciannya, sedekah jenis apa yang paling digalakkan oleh Islam, adab-adab bersedekah, dan sedekah apa yang boleh menjadi sia-sia sahaja hasilnya, semua itu dihuraikan dengan mudah & padat oleh pentafsir. Kesinambungan dari itu, turunnya ayat berkaitan isu keharaman riba dan hukum berhutang juga telah dijadikan asas penting perlembagaan negara Islam yang baru terbentuk di Madinah pada ketika itu.

Seterusnya untuk surah Ali Imran pula, surah ini tidak kurang menariknya memandangkan sebab-sebab ianya diturunkan. Surah yang diturunkan Allah kepada Rasulullah ketika baginda menerima kunjungan rombongan hampir 60 orang Nasrani dari negeri Najran, yang mana ada juga terdapat pemuka & ilmuan agama  dalam rombongan tersebut. Surah ini banyak menceritakan mengenai berbahasan Rasulullah dengan mereka.

Jika surah Al-Baqarah lebih menceritakan berkenaan bangsa Yahudi & kitab Tauratnya, surah ini pula lebih kepada penceritaan bangsa Nasrani & kitab Injilnya.

Itu yang membawa kepada sosok tubuh orang alim yang dinamai dengannya surah ini. Antara kisah orang alim selain dari golongan Nabi yang diceritakan di dalam Al-Quran. Kisah kehidupan Imran dan nazar isterinya, yang membawa kepada lahirnya anak mereka, iaitu Siti Maryam. Salah satu dari wanita yang dimuliakan oleh Allah dalam Islam, dengan perantaraan rahim beliau lahirlah Nabi kedua terakhir buat umat Islam hingga kini, iaitu Nabi Isa as.

Antara pengajaran penting yang dapat diteladani dari kisah mereka ini, adalah bagaimana peranan ibu bapa dalam membesarkan anak, ditambahkan pula dengan fungsi seorang guru dan penjaga yang baik iaitu Nabi Zakaria, dapat melahirkan insan yang berbudi pekerti tinggi dalam susuk tubuh Maryam. Ibubapa & guru saling memerlukan, bukannya salah satu boleh melepaskan tangan dalam menjalankan tanggungjawab buat membesarkan bakal-bakal khalifah di muka bumi ini.

Kisah kelahiran Nabi Isa as juga tidak kurang menariknya. Bagaimana dengan kisah baginda ini terjadinya perdebatan antara Rasulullah dengan rombongan Kristian dari Najran, yang kadangkala membawa kepada perdebatan 3 penjuru dengan golongan pendeta Yahudi di Madinah. Demi menegakkan kebenaran Islam itu sendiri, arahan bersumpah dengan kehadiran anak isteri serta golongan beriman juga menjadi satu lagi bukti kukuh perihal keimanan seorang Rasul & pengikut setianya hingga kini.

Antara isu lain yang penting dari surah ini adalah berkenaan larangan Allah untuk mentafsir secara sendiri ayat-ayat mutasyabihat di dalam Al-Quran, iaitu ayat-ayat yang mempunyai pelbagai makna tersirat, mahupun berkenaan perkara ghaib. Selain perlu berpandukan kepada yang pakar (yang alim) dalam perihal ini, dituntut juga untuk kita supaya diimani dengan sepenuh hati. Seperti yang banyak terjadi kini pelbagai kekacauan berkaitan agama di dunia ini, adalah kerana banyaknya manusia yang mentafsir ayat-ayat sebegini hanya mengikut tafsiran sendiri & kehendak hawa nafsu mereka sahaja. Amatlah berbahaya & menyedihkan keadaan ini.

Bersambung di juzuk 4.

Sedikit cebisan dari tafsir ini;

1. Perbezaan ringkas antara Thalut, Tabut dan Thaghut - https://m.facebook.com/story.php?stor...

2. Asbabun nuzul surah Ali Imran, serta keakraban hubungan antara Rasulullah dengan puterinya, Fatimah - https://m.facebook.com/story.php?stor...

3. Kepentingan melafazkan salam dengan betul - https://m.facebook.com/story.php?stor...
Profile Image for Irfan Muhaimin.
93 reviews3 followers
June 9, 2023
Juz 3 ada dua bahagian penghujung surah Al
Bagarah dan permulaan baru Surah Al Imran. Al Baqarah ditutup dengan do supaya jangan dipikulkan beban yang berat dan diberi maaf serta ampun dan dikasihani. Mengenai surah al imran diturunkan sepenuhnya di Madinah, asbabun nuzul surah ini ayat 1-63 diturunkan bersempena kedatanag perutusan Nasrani dari Najran seramai 60 orang, 14 darinya pemuka dan pemimpin agama. Dalam Al Baqarah lebih fokus terhadap
Bani Israel dan perbahasan agama manakala surah in banyak dipersoalkan perbandingan dan I kepercayaan agama Nasrani sehingga sempat membicarakan kesucian Maryan dan kelahiran Isa.
• Kedatanga mereka sekitar 9 Hijirah. Mengikut
• HAMKA AI Bagarah dan Ali Imran keadaanya I sambung memyambung, lengkap melengkapi dan perbahasan mengenai hukum hakam dilihat konsisten.
Displaying 1 - 5 of 5 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.