Jump to ratings and reviews
Rate this book

Elak ICU Kewangan

Rate this book
Apakah maksud kekayaan yang sebenar? Berapa banyak wang yang kita perlukan untuk bahagia? Kenapa kita sentiasa merasa tidak cukup?

Kebiasaannya, berapa banyak pun wang yang kita miliki, pasti kita masih belum puas dengan apa yang kita ada. Itu yang menyebabkan selalu terjadi, setiap kali gaji kita hanya dapat memegangnya sekejap. Duit gaji akan diagihkan untuk membayar hutang dan pada hujung bulan kita kembali menghitung hari untuk menerima gaji semula. Jangan biarkan rutin ini berterusan!

Buku ini membantu kita menguruskan wang dengan bijak dan merancang kewangan untuk mengelakkan pokai hujung bulan. Sesuai untuk rujukan mereka yang baru memulakan kerjaya dan peringatan bagi golongan yang telah berusia.

308 pages, Paperback

First published January 1, 2017

14 people want to read

About the author

Rohani Mohd Shahir

6 books4 followers
Hajah Rohani Datuk Hj Mohd Shahir

Anak kelahiran Kuala Lumpur. Pengasas dan Perunding Utama HIJRAH Wealth Management Sdn. Bhd., syarikat konsultan perancangan kewangan Islam ini merupakan akauntan bertauliah berkelulusan Bachelor of Economics dari Sydney University, Australia. Sebelum ini beliau merupakan Pengerusi Eksekutif HIJRAH Unit Trust Management Berhad yang mengeluarkan dana syariah pertama untuk wanita, dan Pengerusi Eksekutif ASNITA di mana beliau juga merupakan separa pemiliknya. Memulakan kerjaya di sebuah bank komersial tempatan sebelum berhijrah ke syarikat antarabangsa American Express sebagai Pengurus Akaun dan Kawalan Kewangan. Pernah menjadi Pengarah Urusan sebuah syarikat pengurusan dana Islam yang mengendalikan dana sebanyak RM150 juta.

Beliau pernah membentangkan kertas kerja di peringkat antarabangsa termasuk di Forum Perbankan dan Kewangan Islam di Bahrain. Beliau juga pernah ditemuramah Radio BBC, London. Dalam bidang sosial, beliau merupakan Presiden Persatuan Pengurusan Kewangan dan Harta Islam Malaysia, AJK Majlis Perunding Wanita Islam di bawah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia serta Ahli Lembaga Pengarah Tabung Warisan Negeri Selangor.

Beliau telah menghasilkan buku-buku pengurusan kewangan peribadi, Cukup Wang Hati Tenang (2005), Ke Mana Wang Anda (2009), Bijak Mengurus Wang (2012), Cukupkah Wang Anda (2014) dan Ada Apa Dengan RM (2017). Beliau pernah mengendalikan slot rancangan Wanita dan Pelaburan di radio IKIM.fm, Tip Pengurusan Kewangan di Radio KLfm dan slot di MelakaFm. Beliau sering muncul di kaca TV dalam program berkaitan pengurusan kewangan seperti Malaysia Hari Ini, Wanita Hari Ini, Selamat Pagi Malaysia, Astro Awani, dan beberapa program di TV3 dan TV AlHijrah.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
2 (33%)
4 stars
2 (33%)
3 stars
2 (33%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 of 1 review
Profile Image for Syawal Ameron.
202 reviews2 followers
October 4, 2020
Elak ICU Kewangan. Tajuk yang agak 'catchy'.
.
Dari segi penyampaian agak ringan. Terma yang digunakan tidak terlalu berat untuk pembaca yang zero ilmu pengurusan kewangan. Mudah faham dan mudah hadam.
.
Cuma jika anda seorang agen yang jual ASBf mungkin akan trigger dengan beberapa contoh yang dibawa oleh penulis, lebih-lebih lagi bahagian pengiraan tentang ansuran ASBf. Sebabnya aku dulu pun pernah kerja bank, jadi ASBf ni pon memang salah satu produk bank yang aku jual.
.
Namun kita menghormati pendapat penulis, berbeza pendapat itu biasa. Mencemuh pendapat orang lain tanpa hujah dan dalil, itu tanda kebodohan yang nyata.
.
Secara keseluruhan, bila baca buku ni anda seolah-olah sedang berbicara dengan agen dari Hijrah Wealth, sebabnya buku ni secara tidak langsung sedang mengajak anda untuk melabur dan membeli produk-produk kewangan mereka 😅. Ini pandangan peribadi ye, jangan lah marah. 🤭
.
Apa-apapun buku ini baik untuk dibaca oleh masyarakat awam.
.
#Letsاقرأ #syawalbookreview
Displaying 1 of 1 review

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.