Satu kemusnahan mega akan berlaku pada 25hb Disember 3457. Namun tiada sesiapa pun tahu apakah punca dan bagaimana kemusnahan mega itu berlaku.
Luna Scarlet ditugaskan untuk mencari jawapannya dengan menggunakan panduan mesin Nostradamus versi 10.2 dan juga Inventori Akashic. Semasa dalam kajian itu, dia berdepan dengan ancaman pembunuhan di kota bulan lalu dibawa lari ke bumi. Semasa berada di bumi, perlahan-lahan identitinya terdedah. Sejarah silamnya, membawanya jauh ke episod penyeludupan manusia di mana dia sendiri merupakan salah seorang mangsa penyeludupan itu. Sementara itu juga, ibunya, Isabel, cuba mendapatkan kepercayaan komuniti KIAMAT di bumi.
Dalam imbasan sejarah silam itu, dia dipertemukan dengan seorang wanita ketika itu, yang mengemudi makmal yang menghasilkan chimera seperti Toritu, sejenis raksasa humanoidal yang ganas. Wanitu itu kini merupakan ibunya, Isabel. Mereka masing-masing terlibat dalam penggempuran ke atas sindiket-sindiket penyeludupan manusia dengan bantuan chimera, Toritu.
Mereka ditidurkan selama 500 tahun kemudiannya untuk menentang penyeludupan manusia selaku pertukaran dengan teknologi makhluk asing. Peperangan itu membawa kepada keruntuhan sifat kemanusiaan mereka lantas digubah memori mereka agar trauma itu lenyap.
Pertemuan dengan Lazarus di bumi telah membangkitkan kembali memori pedih itu, sehinggalah raksasa di dalam diri Luna terbangun dan menyembelih kesemua manusia dalam komuniti itu. Biarpun begitu, Joseth, selaku pemimpin bulan dan juga pemilik kepada kapal angkasa Judas Iscariot yang musnah telah berjaya mematahkan amukan raksasa dalam diri Luna. Setiap orang yang dibunuh oleh Luna dibawa kembali ke bulan dan diubah menjadi Toritu. Luna pula dicantumkan mindanya dengan Nostradamus versi 10.2 agar menjadi Nostradamus Ultimatum yang mampu menterjemah pilihan-pilihan terbaik untuk menghalang kemusnahan alam semesta itu.
Beberapa tahun sebelum itu, kisah Lazarus dan konflik Isabel dengan orang bumi didedahkan melalui pengenalan watak Nimbus, yang merupakan bekas pembunuh dahsyat yang meratakan kota dengan ledakan berantaian. Mereka bersama membantu komuniti di bumi mencari bekalan air bawah tanah. Biarpun begitu, komuniti KIAMAT telah menghantar Toritu khas bernama Gabriel, untuk membawa Lazarus ke dalam komuniti KIAMAT ketika itu. Lazarus diubahsuai agar menjadi manusia superhuman.
Lokman Hakim is the author of 23 novels, 11 novellas, three short story collections, two poetry collections, and a nonfiction book. He was shortlisted for the 2019 Commonwealth Short Story Prize, and in 2024, received the Anugerah Penulis Harapan Sarawak at the Anugerah Sastera Sarawak ke-11.
His works have earned numerous literary awards, including the Hadiah Sastera Selangor (2019, 2021, 2024), the Hadiah Sastera Penulis Sarawak (2019, 2020, 2022), and the Hadiah Sastera Perdana Malaysia (2019/2020, 2021/2022). His acclaimed short stories—“Tivi Rafah,” “Jam Menanggalkan Jarumnya Lalu Menghitung…,” “Selimut,” “Masjid,” “Tiga Cerita Tentang Bahasa,” and “Gergasi”—have each won major prizes in these national and state-level literary awards.
His novel Kosmonaut (DBP, 2021) was longlisted for the Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2021/2022 (Novel Category), while his short story collection Pengap (Biblio, 2022) was shortlisted in the Short Story Collection Category for the same award cycle.
An active and prolific writer, Lokman continues to write short stories on weekly basis and had his short stories published in local literature magazines, newspaper and portal such as Dewan Sastera, Dewan Bahasa, Tunas Cipta, Cukaria, SelangorKini, Berita Harian and Mingguan Malaysia.
Satu cerita saifai apokalips yang baik. Pada saya penyampaian cerita Lokman semakin baik dari karya awalnya namun masih dikekalkan pengalaman ngeri berdarah pada kebanyak bukunya yang saya baca.
3.65* untuk Hipotesis Lunar: Apokalips, Sarwajagat, Kegelapan!
Buku ini memang sebuah buku fiksyen sains dan kalau kau yang 'gerun' dengan buku-buku bergenre macam ni, sila cari buku lain. Penceritaan, latar, plot, watak dan segalanya, memang menjurus dan dicipta untuk ke arah itu (saifai). Dan aku terfikir, kalau manuskrip ini dihantar ke sayembara yang lalu dan diedit sedikit menjurus ke arah islamik, pasti mampu dan boleh bersaing dengan para pemenang yang sedia ada (mungkin). Ah, lupakan cerita sayembara yang lalu tu, kan LH?
Aku gelak tengok kulit depan buku ini. Ia nampak comel tapi bila ditenung lama-lama, nampak macam buruk pula. Maaf~
Bahasa dan penceritaan LH semakin padu. Cuma satu saja yang masih belum ditemui di dalam bukunya adalah untuk merasai wataknya itu betul-betul hidup dan cuba untuk berkawan dengan aku. Kekadang terasa watak-wataknya seperti tiada emosi. Hanya menjalankan aturan cerita seadanya. Tapi LH kan memang begitu? Jadi untuk apa dipertikaikan? Tapi lagi-lagi hal berkaitan ini yang aku bentangkan selepas habis membaca buku LH. Takpelah, mana tahu selepas ini, dia muak dan cuba mencari jalan macam mana untuk menyuburkan perasaan pada watak-wataknya. *Gelak*
Aku suka buku ini yang mana agak kemas dari semua aspek. Tapi naskah ini masih tak mampu nak lawan macam mana rasa suka aku pada buku sebelum ini -Eksistensi.
Apa-apa pun moga LH akan terus maju lagi di dalam penulisan. Aku yakin, tak lama lagi, dia akan menjumpai cara macam mana nak buat watak-wataknya mampu berlari-lari di sekitar kepala pembacanya. Good luck LH!
Hipotesis Lunar. Bila membacanya, aku dapat membayangkan seperti menonton anime. Mungkin imaginasi terlampau tinggi agaknya. Menggunakan teknik first person sebagai naratif penceritaan, ada 5 bahagian dalam ni iaitu :
I - Luna Scarlet II - Lazarus III - Nimbus IV - Roth V - Joseth
Setiap bahagian mempunyai perkaitan dan menyelongkar setiap perjuangan melalui point of view watak tersebut. Okey, watak-watak dalam novel ini sememangnya hidup. Setiap watak ada kepentingan dan pendirian masing-masing untuk ditegakkan.
Oh, part Lazarus memanggil Nimbus dengan gelaran 'uncle', tiba-tiba dapat flashback dari novel Monarki (scene Kadir panggil Uncle Tom).
500 tahun ditidurkan? Macam babak dalam filem Alien : Convergence. Ia sangat menarik bila aku dapat recall kembali.
Secara ringkasnya novel ini ada banyak menyentuh tentang kepercayaan kepada Tuhan, manusia ingin menjadi Tuhan, mengelak kematian hakiki (meski setiap perkara pasti ada penamat), pengkhianatan, gila kuasa, dan macam-macam lagi.
Manusia menjadi Toritu. Ia seperti manusia melepaskan syaitan dalam diri mereka. Ah, aku fikir ia ibarat Hollow (Bleach) yang ganas dan hanya mempunyai niat membunuh sahaja. Elemen false memory antara perkara menarik dari POV Luna dan juga POV Joseth.
Setiap watak dijadikan buah catur kepada watak lain. Dan cycle itu berulang. Ia ibarat kau kawal dia, tapi ada orang lagi atas kawal kau. Macam itulah.
Perasaan cinta Lazarus pada Luna agak kurang. Mungkin aku tak dapat memahami sisi cinta Lazarus. Nimbus dan Rubina, aku okey dengan itu. Ia baru betul cinta. Kalau boleh tambah sikit elemen pikapline atau mengorat... Mungkin dari situ ada sedikit perasaan cinta. Hmm.
Untuk pengetahuan korang juga, jangan terkejut kalau setiap watak menghadapi kematian. Memang itu agaknya cara plot driven. Kasihan watak yang baru aku nak suka, tiba-tiba mati. Itu mati, ini mati... Siapa yang hidup? Sendiri bacalah.
Apa pun, satu novel yang sangat enjoy selaku pengembaraan saifai. Harap Lokman Hakim dapat menulis sebegini lagi.
Nama pun hipotesis kan. Memang banyak hipotesis tu. Beberapa novel LH yang aku baca, inilah yang paling susah nak hadam. Tapi aku berjaya habiskan. Ada beberapa scene yang aku minat disebabkan penceritaan yang jelas dan sinikal (?)