Buku ini ditulis berdasarkan kisah benar seorang anak kecil yang dijumpai di tong sampah di Pahang.
Bermula dari rumah anak-anak yatim, kemudian diambil sebagai anak angkat sehinggalah didera oleh bapa angkatnya sendiri.
Marven ataupun nama islamnya Khairul Hafiz, melalui pelbagai rintangan dan dugaan dari sekolah sehingga ke dewasa. Khairul Hafiz kini masih berjuang membantu anak-anak yang senasib dengannya dan banyak memberikan ceramah motivasi untuk kanak-kanak ini.
Ini salah satu buku yang susah aku nak letak, lalu aku habiskan pembacaan hanya dalam satu duduk (one seating) pagi tadi, kerana ceritanya yang sangat menarik.
Ia kisah benar seorang lelaki bernama Mohammad Khairul Hafiz Abdullah, yang dijumpai dalam tong sampah oleh sepasang suami-isteri. Namun kemudiannya terpaksa diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat. Oleh kerana dia dijumpai oleh pasangan Cina tersebut, maka dia diberi nama Cina, walaupun kulitnya gelap. Dia menukar namanya setelah dia mencapai usia 20 tahun.
Buku ini menceritakan bagaimana dia dipindahkan dari satu Rumah Kebajikan ke satu Rumah Kebajikan yang lain. Pernah melarikan diri, menjadi gelandangan dan susah nak dapat kerja kerana tiada Kad Pengenalan.